Pages

Pages

12.30.2011

Mungkin Post Terakhir di tahun 2011~Apa Rancangan di tahun 2012?

Semua orang dah ready countdown untuk menyambut tahun 2012..saya dengan en.azham plak tergelak terkekek tengok wayang dirumah 3 Idiots semalam, sungguh melucukan cerita tu, tak pernah plak tengok sebelum neh... Apapun berdating depan tv sambil makan popcorn dengan suami kenangan terindah untuk diingati nanti...hehe, okeii cukuplah ayat mengada, tak semua orang suka baca...muahahaha=p. 

Dah ramai yang mula mengira genapnya umur, genapnya ulangtahun dan semacam perkiraan genapnya peristiwa dalam hidup menjengah tahun 2012...saya pula?mengira genapnya berat badan sempena tahun 2012, huu...owwhh, need spirit to work out...come on!owhh dan jugak azam baru...baru perasan, saya tak pernah renew azam baru, all the thing just follow the flow...sangat teruk kan!that one thing i hate myself...nothing new...nothing happen and nothing miracle happen...just pray and some effort... apapun berharap, bukan semata tahun baru saja yang baru, hati pun nak baru jugak setiap masa, insyaallah...-_-'.

Rancangan di tahun baru masih kabur...*??***??!!**<---kabur. Sememangnya kabur..masih tidak kelihatan.  hehe...apapun happy blogging. Berharap masih ada sinar di tahun baru...cehh, ayat nak aje kena piat...ehhh, ooo...lupa nak timbang berat badan hampir berbulan lamanya...wishlist tahun baru (beli alat penimbang)

p/s: Ya allah kurniakanlah kesihatan yang baik buat keluargaku..amin^_^'

12.29.2011

Window Shopping yang Paling berjaya

Kalau ikutkan sejarah dan ingatan tulus ikhlas dalam kepala ne, window shopping paling berjaya dalam hidup semestinya dalam tempoh bertunang hari tu. Kalau ikut dalam tempoh tunang hari tu, saya dengan en.azham betul-betul ikat perut. Bahagian tengok wayang memang tak masuk list langsung, cut terus...alhamdulillah dalam tempoh ikatan yang masih tidak halal, pertemuan antara kami berdua sangat terhad... disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak terjangka berlaku, sememangnya pertemuan kami tidak diizinkan DIA..syukur, sekurang-kurangnya boleh menjaga diri, takut juga baca artikel-artikel tentang pasangan tunang dicekuplah dan semacam lagi kisah yang tidak elok untuk kita yang bergelar raja sehari. Takut juga sekiranya kita digoda dengan bermacam godaan yang tidak kita jangka. Walaupun ada perasaan dan emosi yang terguris akibat dugaan yang bertimpa, syukur Allah kuatkan hati  bersabar untuk dugaan sekecil itu (orang lain lagi teruk Allah bagi dugaan, boleh je diorang hadapi kan, so banyakkan bersabar). Untuk yang bergelar tunang, jaga diri sebaik mungkin, bertunang bukanlah tiket untuk selalu berjumpa dan melakukan perkara terlarang.

Begitu jugak bab shopping, shopping barang kahwin lagilah kena beringat..cehh, ne boleh dikira pesanan dari bekas pengantin baru, pasalnya dah hampir sebulan menjadi pengantin...hihi. Nanti nak ceritalah sikit pasal bajet dari pengalaman sendiri untuk panduan bakal pengantin. 

p/s: senyum sampai ke telinga..i love my life^_^

MUA/Mak Andam@ Pak Andam Pilihan Kalbu Majlis Kahwin

kalau ikutkan choice untuk cari MUA/ Mak andam zaman sekarang ne, memang rambang mata bila lihat hasil kerja mereka. Namun dalam hal macam ne, kita sebagai bakal pengantin kenalah bijak memilih siapakah bakal memberi khidmat solekan yang cantik menawan, pelamin yang gojes-gojes dan gambar yang super hot-hot! tapi duit yang keluar mestilah jimat vs sederhana...jangan jatuh membazir plak...asal apa yang dibuat ikut kemampuan bukan kemahuan..itu peringatan ye...hehe. Yang pastinya saya punya jurumekap, juru amik gambar, tukang buat pelamin adalah yang orang sama, takyah pening-pening cari photographer segala bagai, semua satu pakej lengkap!..tak sefemes yang top-top, tapi alhamdulillah hasil kerja tip top sebaris pro punya MUA/mak andam...sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Rusma... Kalau dekat kelantan memang banyak jugak bridal yang top-top, namun memandangkan saya pengantin yang cuba cut cost, so proses mencari MUA/ mak andam yang affordable sangat berbaloi. Lagipun kalau boleh nak mak andam yang selalu ada je ngan kita sepanjang majlis at least half majlis pun dah okei kan? boleh jugak touch-up pe yang patut...Kak Rusma sangat easy to work with, dan yang penting supercool, ikut seperti yang kita nak dan hasil kerja yang sangat-sangat memuaskan. 
p/s: sori kak ma, gambar cilok FB, majlis hari tu tak sempat shoot bersama...hehe
Paling tak sangka, sehari selepas majlis bertandang album kahwin dah siap dengan gambar yang super terkejut, sangat cantik dan berkualiti...really great job Kak Rusma! Kak Rusma ne kalau kira baru launch Bridal baru kat Kota Bharu, baru nak naik...hehe, mendoakan Kak Rusma berjaya dalam bidang ne..amin^_^. Dan tak salah rasanya saya recommend dekat bakal pengantin yang mencari MUA/mak andam untuk majlis bersejarah nanti. Insyaallah, saya yakin Kak Rusma akan bagi yang terbaik buat pelanggannya..eh macam iklan plak...hehe=). Pak andam saya tak jumpa..pasalnya masa yang bertandang pun guna khidmat solekan Kak Rusma. Thanks for everything you really made my day^_^.
p/s: nak jugak tayang potret bilik tidur...muahaha, jangan marah=p
p/s: kenyang...

12.28.2011

Bila nak ber'Honeymoon

Alhamdulillah, penat dah betul-betul hilang, habis sepagi buat peta dunia...kalau ikutkan kena pergi shah alam pepagi lagi, lepas je suami pergi kerja, tertidur tak hengat dunia...huuu, dasat betul..penat akibat jejak dua negeri dalam satu hari dari hujung selatan ke hujung timur betul-betul dah hilang...apapun itu pengalaman penat. Pengalaman mimpi tak cerita cerita lagi, tapi macam tak kena plak nak cerita pasal mainan tidur kat sini, 
mengarut!..hee-_-". 
pic source: thetravelerguides.com
Sungguh jeles tengok newbrides berhoneymoon sana sini, namun apakan daya, kena jugak memahami tugas suami. Lagi penat mencari rezeki untuk menyara keluarga sendiri. Tetiba touching plak, pasal teringat dok tenung suami tertido kepenatan yang amat selepas solat maghrib semalam, hampir menitis air mataT_T' (tengok suami tidur pun dapat pahala tau, alangkah untungnya^_^). Nak kejut bangun dinner pun tak sampai hati_T_T'..Penat drive sana sini satu, penat melayan kerja lagilah. So, untuk tidak memenatkan suami, lebih baik jangan meminta yang bukan-bukan. Insyaallah ada rezeki dan masa yang sesuai nanti, harap masa untuk berhoneymoon lagi indah lebih dari yang kita impikan, amin..hee,^_^'. 

p/s:Ya Allah permudahkan segala urusan suamiku dan murahkan rezeki kami.

Uncensor Wedding Picture~ Bride please Behave

wahh, tetiba tajuk cam hape..masa majlis haritu banyak mende yang uncontrolled...hehe, especially tak control ayu, atau pun tak cover sopan santun...nasiblah badan banyak gambar tak senonoh di shoot...hehe, apapun bila tengok boleh bikin gelak...tapi part yang paling tak boleh dimaafkan bila pengantin (perempuan especially) tak cover punya tatasusila...menci betullah...sampai bila tengok gambar neh...eh!apahal pengantin perempuan pelahap sangat?...tak makan sebulan ke??grrr...-__-".. memang lupa habis nak control masa makan...so wahai bakal pengantin...sila behave sikit masa majlis!masa dop rumah mentua pandai plak jaga...hehe=p..apapun semuanya kenangan^_^
pic: ouuchhh!memang tak senonoh...grrr

P/s: tetiba rasa lapar..-__-'

12.27.2011

Hand Bouquet (HB) Totally dilupakan semasa majlis

wahh, tak habis-habis cerita pasal majlis haritu..okei memang sengaja! pasalnya memang nak cerita sebelum basi terlajak ataupun sebelum dah malas nak cerita langsung, muahaaha...so hadap jelah sampai muakk...hehe=p. Paling sadis, pengantin (sayalah) dan mak andam memang terlupa habis pasal bunga tangan (HB) pengantin..bukan takat bunga tangan, payung untuk raja sehari pun lupa jugak, pasal pengantin sendiri  tak alert for that particular thing... nasib baik pengantin mood okei dan tenang je even mula-mula nak nangis tengok baju sanding yang tak seperti diimaginekan, dan pengantin lelaki merajuk pasal baju sanding tak fit dengan body...huhu, kena alter last minute...whatever, sangat puas hati dengan segala yang mak andam buat, pelamin, make-up dan baju (setelah ramai yang memujuk cakap baju tu cantik) see, entah apa yang tak puas hati tak tahulah masa tu...kihkih... so disebabkan masa nak ambil gambar baru perasan yang HB tak ada, maka rembat aje bunga hiasan di bekas hantaran mas kahwin...
untuk majlis sanding esoknya terlupa juga ingatkan mak andam bawak HB dan payung, biasalah dah jadik bini orang, nampak dan ingat suami je masa tu...kahkah, sampai mende lain dah totally lost dalam ingatan...hehe=p. So rembat aje bunga hiasan kat meja solek...Apapun HB ada ke tak bukan masalah ...yang penting gambar untuk kenangan cantikk.yeeahhh!!
 Owhh..nanti nak kenalkan mak andam saya...really affordable to hired for wedding to those yang nak jimat..^_^

p/s: still dreaming..

12.26.2011

The Best Ever 'Orang Kuat Majlis' Non-Reveal picture


 Tiada kata mampu diungkapkan atas usaha dan kerjasama ahli kerabat keluarga yang menjayakan majlis saya dan en.azham...terima kasih yang menggunung...semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat pertolongan dan ihsan tenaga kalian semua...love u all...muahxxs^_^. Alhamdulillah, the event goes smoothly for both side..thank you  ya Allah, memudahkan semua urusan kami...semoga kehidupan urusan rumahtangga kami diberkati dan dipermudahkan..amin^_^

12.25.2011

Majlis dah selesai, bekal Hadiah masih belum berakhir

Alhamdulillah...setiap dugaan ada hikmahnya...syukur, dan saya yakin apa yang Allah aturkan memang terbaik buat hambaNya..ikutkan dugaan dalam tempoh bertunang memang banyak kalau nak cerita satu-satu, tapi takpelah anggap semua dugaan menjadi pengajaran dan peringatan buat kami serta panduan dikemudian hari...yang penting kita kena yakin dengan rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk kita, lambat dengan cepat je^_^...dan orang kata bila kahwin ne, murah rezeki!Alhamdulillah..segala keraguan, ketidak yakinan atas kemampuan kami hilang begitu je...terbaca satu artikel tentang murah rezeki apabila berkahwin..
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” 
(Surah al-Nur, ayat 32)
sumber 


p/s: Lucu pula bila setiap kali suami balik kerja berbekalkan hadiah dari kawan-kawannya...hehe^_^...syukran!!

12.24.2011

Rokok Racun Kehidupan

Marriage life memang tak seindah mimpi bila asap rokok menjadi penghias dalaman rumah tambah pula orang tersayang perokok tegar. Even-thought gambar yang terpapar  dikotak rokok habis ngeri buat orang selembut saya ne (perasan..*blushing*), namun sedikit pun tidak menimbulkan perasaan ngeri buat si perokok agaknya..i guess??-__-'. Hidup bahagia tak semestinya bergantung kepada cinta semata...gaya hidup sihat, amalan hidup berkualiti jadi faktor juga pada tahap bahagia tu...kan?kan?

Kesan rokok terlalu banyak terutamanya bau badan yang kurang menyenangkan dan kesan yang lainnya tentulah bertambah-tambah teruk seteruk isi kandungan rokok. I wonder why, macam mana smokers boleh layan hisap benda seteruk tu...-_-". Tak sayang anak bini atau tak sayang diri sendiri?which one?hehe..

Kata ayah saya kalaulah si perokok cuba bertahan dengan menyusun duit yang nak digunakan untuk beli sekotak rokok setiap hari, tentu dah penuh wall rumah dengan duit...ohh, tentu best^_^. Semacam #duit free yang kita dapat hasil penafian dari keinginan diri untuk merokok..awesome kan? Tambah pula boleh join #photo contest keluarga bahagia hasil dari gaya hidup yang sihat.my..such a beautiful moment to portrait.
See, how wonderful our happy family seeing a sunset together in fresh air without smoke of cigarette.

Just remember..#smoking kills! Ianya bermula dengan diri kita, bukan saja mulut yang kata Tak Nak! Tapi katakan Tak Nak sepenuh hati, kehendak, kemahuan, keinginan dan seiring dengan kelakuan untuk berhenti merokok..berusaha untuk Tak Nak merokok!

ads for the Tak Nak Campaigns by the Ministry of Health 

p/s: i'm lucky my beloved husband SAY NO too for smoking^_^

Selengkap-lengkap barang Dapur ada juga yang Penting Tertinggal

Morning peeps^_^...wahh, apa jadah haku wish pepagi neh, biasa takde intro terus ke isi...muehehe=p. Alhamdulillah, tak pernah menjadi kebiasaan bangun pagi buat breakfast, siap mandi plak pepagi buta!biasa matahari terpacak kat atas kepala baru tahu nak jenguk bilik mandi...pasal dah kahwin ne, semuanya jadik awal plak...hehe*blushing* . Memang ngegada! padahal nak dengan tak nak je ubah perangai tu...haha=P. Apapun memang menjadi sejarah dalam hidup dan berdoa agar jadi amalan bangun pepagi dengan muka busuk buat breakfast dan bekal buat en.azham (entah apa motif en.azham suruh buat bekal, suruh banyak kerja agaknya-_-', takpela, boleh jugak berjimat kan?). 

Semalam selepas 25 hari halal(<-- motifnya??..pengantin masih hot...heheh) tinggal bersama, kantoi kat mak sendiri bila lesung batu untuk menumbuk segala jenis bahan asas masakan TIADA!(memang tak beli lagi) Kantoi sebab lupa nak control masa berbual dengan mak tanya resepi tumis nasi kerabu, sampai part kena tumbuk sambal kelapa dengan ikan..spontan plak pegi sambung ayat mak..."alamak, mak! saya nak tumbuk ngan apa?lesung takde ne mak"...terus mak terkejut "habis ko masak selama ne buat macam mana?tumbuk bawang pakai apa?"..."errr, pakai blender?ala mak kita kan masterchef, pandai-pandaila kita buat..haha=p''..terus kena bebel kat mak-__-' (mentang-mentang orang bagi blender, semua mende haku blender termasuk seulas bawang putih je...okei tipu  -_-'). Apapun, selepas berborak ngan mak saya, terus cerita kat en.azham isi perbualan.. spontan en.azham tanya plak "habis awak tumbuk bawang macam mana selama ne?"...loorrr, ingatkan suami tahu camne haku tumbuk bawang tu..kejang sekejap mulut nak jawab.haha...okei, misi mencari LESUNG BATU!

p/s: -_-"..

DIY Bekas Hantaran Kayu Fresh Carnation untuk Suami

Masa DIY fresh carnation untuk bekas hantaran hari tu tak terlintas pun camne rupa nak cucuk-cucuk carnation ne dekat bekas kayu tu...main buat je dulu bunga...sampai tiba waktunya nak balik untuk majlis, baru sibuk fikir nak hias bekas macam mana...memang kelam kabut pasal rujukan nak hias-hias bekas tu semuanya kat kampung... bukan main dulu kumpul majalah pengantin untuk buat rujukan, sekali masa nak guna main hentam je, buat cam ball saje. Apapun,bekas hantaran siap dihias  4 hari sebelum majlis..huhu, memang kelam kabut sikit, memang takkan dilupakan, ayah sendiri yang tolong saya pakaikan inai malam sebelum akad nikah (terharuT_T) sebab orang lain dah tido kepenatan ...memandangkan banyak hal yang kena setel sebelum majlis, pantang untuk bakal pengantin tak amik pusing...sehari sebelum akad nikah baru lekat kat rumah. Orang kata bakal pengantin takleh keluar rumah nak dekat-dekat majlis..betul ke? tak tahu nape sebabnya...^_^. Apapun tak sangka, sekeras-keras jari jemari neh..menjadik jugak bekas hantaran even tak sekreatif orang lain...yang penting jimat dan puas hati sangat-sangat...hihi. Malu sendiri bila tengok hiasan bekas hantaran dari suami hasil air tangan mak mentua sendiri, sangat-sangat kreatif..fuuh, tergamam! apapun awal-awal lagi mak mentua pesan boleh belajar darinya...nak turunkan ilmu...muahaha... love it ma^_^

pic: see...total different punya kreativiti...apapun dua-dua i suka sangat...yeeahhh!! err, apesal pengantin pun nak interframe, asal nak tunjuk gambar bekas hantaran je...heee

12.23.2011

DIY Solemnization Outfit & Veil hangat-hangat tahi ayam

Sehangat-hangat tahi ayam semasa proses DIY baju nikah, boleh jugak pakai masa akad nikah hari tu...maklumlah...pemalas satu, nak tunggu mood menjahit satu, paling penting tak bersungguh pun nak siapkan jahit manik tu...nasiblah punya adik yang penyayang selalu jugak dop bebel...3 hari nak balik nikah, barulah siap sepenuhnya...tu pun ada yang lompang, tapi tak siapa perasan...muahaahaa...apapun memang suka sangat dan tak menyangka boleh pakai baju akad nikah hasil jahitan sendiri...yang penting baju neh dah nak let go kat mak andam pasal mak andam berkenan nak buat collection...yeeaayyy!!alhamdulillah, syukur^_^...tak sia-sia menjahit dengan mood malas, ada jugak yang berkenan, hihi=P..tinggal kenanganla pasni..

p/s: hee..thank you so much intan norazam..you truly inspired!

12.15.2011

Hidup masih kelam kabut

lama sudah tidak menaip diblog sendiri, selama tiga bulan lepas hanya post autopublish yang dibuat tika masa terluang..rindu sungguh! dan apa yang berlaku selama 2, 3 bulan lepas seakan sekelip mata, seakan tidak percaya sedang menelusuri perjalanan hidup yang dilalui sekarang...eheheh! Yang penting perkara penting masih belum selesai, seakan berhenti sekejap perjuangan yang diagungkan semasa bujang..hihik...suami pun dah mula membebel, takut nanti bertambah ahli, makin payah perjuangan untuk menghabiskan pengajian...mmphh, mood mengemas rumah dah takde pasal dah takde apa untuk dikemas...apapun, terima kasih suami yang menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk kita...buat masa sekarang, masih terasa hidup kelam kabut..entah kenapa..

note: mood bercerita tentang majlis awal disember baru ne sudah tahap suam kuku...

12.13.2011

Senarai Semak Pindah Rumah buat Pengantin Baru

So entri kali ne saya nak share tips hasil pengalaman sendiri berpindah rumah. Memandangkan dalam tempoh nak berkahwin saya still student (nampak sangat gedik,belajar tak habis lagi, tak menahan, kalau ikut matlamat asal nak keje je dulu setel hutang ptptn <--hutang wajib bayar okei walau tak dituntut, yang penting kawen tak hutang! tapi dah tak tahan kawen jelah, dari dop tergedik dating je keje , habis cerita), so tak banyak barang nak bawak pindah just pakaian jelah dengan box besar gedabak yang dikumpul sepanjang pengajian. Untuk yang dah bekerja, mungkin dah banyak kumpul barang-barang seperti tv/perabot etc, so banyak sikitlah kerja nak mengemas dan proses nak pindahkan barang ke rumah baru maybe memerlukan lori dan sebagainya. 

Kebanyakkan barang-barang yang perlu kita beli adalah barang basic if rumah yang kita pindah masuk tu kosong. Actually untuk permulaan just concern untuk yang basic sudah, ...asalkan ada tempat untuk tidur dan barang-barang untuk masak tu pun dah cukup. Rumah kecik takpe as long as selesa. So tips lebih details untuk pindah rumah boleh klik sini. Banyak jugak particular things kena senaraikan, saya letak yang general sahaja, yang lain depends dan ikut keperluan masing-masing.

Note: enjoy ur new life ok=).

12.12.2011

Cerita Rumah Baru dan Kehidupan Baru

Setelah penat meng'google' dan mencari rumah yang bakal diduduki selepas kahwin...kesimpulannya memang sukar juga untuk jumpa yang kena dengan kehendak dan kemampuan...well said memang memenatkan! tak tambah lagi part mengemas. Sebelum kahwin ada juga mencari tips-tips untuk bakal pengantin yang akan berpindah rumah...sadly memang jarang kot post pasal isu tu...quite blurr dengan segala senarai semak yang perlu ada untuk pindah rumah baru..nanti ingat nak buat sikit senarai semak buat bakal pengantin yang mengalami situasi macam saya ne...
Yes, memang seronok bila duduk rumah sendiri even sewa je...ai mean kita dan pasangan more independent. Excited betul masa mula-mula nak pindah tapi ada jugak yang peningkan kepala rasa nak nangis pun ada mengenang balik akan banyaknya dugaan sebelum kahwin. Alhamdulillah, yang penting it goes smoothly and i can say that preparation pindah rumah sama penting dengan preparation for wedding day. So dalam persediaan dan keterujaan nak kahwin, kehidupan lepas kahwin perlu sama dititik beratkan. Jangan lepas kahwin tinggal sehelai sepinggang sudah. Jangan burn duit kita untuk majlis sehari dua tu (if banyak sponsor and budget just ignore this advice...ngeee)so spend more untuk kehidupan lepas kahwin okei...apa pun kehidupan baru memang menyeronokkan>_<

11.10.2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go

Kalau ikutkan banyak je tempat nak pergi...yang penting dalam tempoh terdekat ne target nak kumpul duit untuk daftar haji lepas kahwin then yang satu lagi keep safe the secret...hehe (kita merancang, Allah jua merancang) so didoakan kami sentiasa dimurahkan rezeki kelak, nak jejak kaki ke tanah suci diusia yang masih kuat untuk mengerjakan haji...insyaallah..amin.
pic source:atozallnews.blogspot.com
Selain tu tentulah bab melancong je keje kalau tanya tang mana nak pergikan...So far tak kisah pun kat mana-mana...yang penting ada deruan ombak (sekali en.azham record bunyi deruan ombak, pastu kitaorang bercuti kat beranda rumah je, macam pantai jugak kata en.azham) okei dah terlebih imagine, siap ngan dialog sekali, memang sadis kalau macam tu...tak nakkkkkkk!tak nakk..over plak...macam betul-betul plak situasi tu-_-"  Harap en.azham tak buat macam tu...mmm. Apapun antara banyak-banyak pilihan tempat nak pergi adalah tempat yang ada pantai, atau pulau-pulau yang cantik. Pernah sekali bagitahu en.azham "awak, nanti kita g honeymoon kat pulau kita try air trekking nak?cam best jek tengok kat tv tu, mana tahu boleh hilangkan saya punya gayat"...muka tak puas hati en.azham "apa jadahnya orang nak honeymoon, ajak air trekking plak" itu saya agaklah jawapan dalam pale en.azham, pasal dia diam je takmo jawab..entah sejak bila ada penyakit gayat ne, tak puas hati betul, sebabnya masa muda remaja dulu aktiviti lasak adalah satu kegemaran saya..apapun pulau adalah tempat terbaik untuk bercuti...see saya memang tak demand nak pergi jejauh kat oversea sana pasalnya dah boleh pergi dalam mimpi...haha=P NZ and Switzerland still in dreaming..ngeehh

11.09.2011

Barang Hantaran Asal Ada Vs Branded

Cerita pasal hal barang-barang hantaran disebabkan memang saya ngan en.azham cut banyak benda untuk persediaan masuk rumah lepas kawen yang memerlukan belanja tahap hantuk-hantuk kepala, makanya barang hantaran saya yang cikai-cikai asal ada je. Namun semakin dekat nak kahwin ne dikhabarkan berita gembira ada sponsor untuk barang yang sepatutnya masuk dalam 'wishlist'. Diulangi 'wishlist' okei, maknanya entah bilalah nak dapat kan kalau dah masuk wishlist?. yeayyyy!love u so much ayahanda...tak sangka....nangis kejap, kesat-kesat mata...terharu. Terasa kesian kat diri sendiri...bila tengok saving makin susut, pastu ada plak yang simpati...lagilah nak nangis...emosi sekejapT_T. Apapun duit boleh dicari kata en.azham..pujuk!>_<. okeilah fine, inilah orang kata pengorbanan nak duduk bersama...sabar jelah, mungkin ada rezeki nanti...hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya....Alhamdulillah syukur dengan dugaanMu Ya Allah, semoga lebih kuat dihari yang mendatang, amin...
pic source: armaweddingcouture.blogspot.com~ cantik sangat kombinasi colour, tengah cari idea-_-'
Apapun hantaran branded memang langsung tak masuk list, sebabnya target 'asal ada' je atas bekas hantaran tuh. Malas nak amik kisah kalau ada mulut-mulut yang bakal berbunyi yang penting hidup lepas kahwin tenang...takde dop menyesal fikir burn duit kat mende merapu, tu je dalam kepala ni. Semua yang ada cuma beli untuk keperluan je. Anyway tu semua depends masing-masinglah, ikut kemampuan. Kalau tak mampu tapi nak jugak letak barang branded semata nak suruh orang puji ke hape, kepuasan sendiri ke, sebab sekali dalam hidup ke, lantak dikaulah, bukan guna duit daku pun...haha=p. Apapun pendapat haku ne sesuai untuk orang yang berbajet rendah macam aii neh..peace yooeww!>_<". One more thing, hunting time 'sale' memang berbaloi.

Note: baca INI untuk hilang stress...terkekek gelak...-_-". 

11.08.2011

Pembaca Senyap adalah Pembaca yang Setia

Pembaca senyap atau 'silent readers' yang mana mereka membaca entri kita tanpa meninggalkan jejak sama ada via comment, shoutbox dan sebagainya. Honestly, saya rasa macam tu, pembaca senyap adalah pembaca yang setia...walaupun pembaca senyap boleh dikategorikan dengan pelbagai karakter samaada sebagai seorang pembaca yang sukakan entri kita atau sebaliknya, seseorang yang tak sukakan kita tapi nak amik tahu pasal kita ataupun seseorang suka pasal kita dan memang akan amik tahu pasal kita, mereka tetap pembaca senyap melainkan tinggal jejak dengan komen sinis, ngee...macam-macam kategori jugaklah pembaca senyap ne, boleh jadi mereka adalah pembaca setia blog seseorang sebabnya kebanyakan mereka membaca entri kita secara details dan kalau boleh setiap post lama dihayati dengan baik. 
Pembaca senyap ne, boleh dikategorikan pembaca yang sentiasa tunggu kita update ape cerrr kat belog. Seronok begitukan, even tak banyak komen diterima, namun jejak kat traffic membuktikan pembaca senyap salah seorang penyumbang traffic. Kebanyakkan pembaca senyap tediri daripada orang yang kita kenali, dan ada juga yang tidak kita kenali yang suka membaca tentang hidup kita. Mereka tak kisah tentang apa yang kita tulis, setuju atau tidak mereka hanya membaca dengan setia. Ada blogger yang suka akan silent readers dan sebaliknya..tapi saya tak kisah, asalkan jangan jadi duri dalam daging sudah-_-"..By the way tak kisah lah pembaca senyap atau tidak sekurang-kurang saya tahu saya ada pembaca setia. Terima kasih en.azham dan adik kakakku. Mak in progress baca belog kudus saya ne...hehe. Apapun sayang mak...ayah juga. eh lari topik>_<"..

Note: Thanks for reading=)

11.07.2011

Adakah Nasi Arab Berkhasiat

Yup salah satu menu feberet saya adalah Nasi Arab...entah kenapa dan bila suka menu ne...apapun nasi arab memang masuk je dengan tekak melayu ne...haha...Setiap kali melihatkan berjenis menu nasi arab, saya hanya order Mandy Lamb... memang suka..dah jadi feberet...kan dah mention dah atas tadi-_-". Sekali sekala boleh lah layan kan aje selera tu...namun saya rasa nasi arab ne ada khasiatnya yang tersendiri...Beras untuk buat nasi arab biasanya guna beras basmati, membekalkan vitamin dan mineral yang tinggi, tiada kolestrol langsung dan rendah kandungan sodium. Tidak mempunyai glutin, kandungan asid amino yang tinggi beserta glukos yang membekalkan tenaga kepada badan kita. Banyak kan khasiatnya. Tambah pulak khasiat daging kambing. Memang superb!Kita banyak salah faham dengan daging kambing, jantunglah, darah tinggilah, kolesterol tinggilah, semua nak kaitkan dengan daging kambing rupanya semua tu silap. Sedangkan daging kambing sangat banyak manfaat dan khasiat. Malah daging kambing berfungsi sebaliknya mencegah darah tinggi serta obesiti juga pengurai kolesterol tepu. See!! banyak sangat manfaat sebab tulah saya suka nasi arab tambah-tambah dengan daging kambing. The reason why cakap semua mende kat atas tu sebab nak tempek gambar makan-makan..kahkah=p , cover baikk gitu!
note: Laksa penang pun sedapppp!huhu
Namun bila bercakap part portion nasi arab boleh berkongsi makan untuk 2orang, saya sebaliknya...tak pernah berkongsi even dengan en.azham (pinggan masing-masing okei)
-_-" . Tak pasti berapa besar perut saya ne, tapi alhamdulillah even suka makan banyak perut tak pernah plak mengalami situasi ditakuti kaum hawa "buncit"...so sangat senang hati bila makan...bahaya betul! dan peristiwa di Al-rawsya bertahun lalu tetap menjadi ingatan dek penangan soalan kawan lama en.azham...kahkah=P...buat malu aje kan, badan macam tu, alahai bila bab makan macam membela (bela perutlah) -__-"

11.06.2011

Kecewa dengan Diri Sendiri Lebih teruk dari Kecewakan Orang lain

Sejak-sejak akhir ne, mood nak siapkan tesis naik turun je semangat tu!sangat risau. Mengharapkan semua urusan sentiasa lancar seperti pengharapan lancarnya majlis nanti, begitulah juga dengan kesempurnaan tesis ne. Kalau boleh fokus sekarang memang nak cari duit je,mmm...entahlah..apapun saya berusaha supaya semuanya akan lengkap on time...tak nak dah jadi macam sebelum ne, wonder why kenapa orang lain boleh siapkan on time, tapi kita? sedikit kecewa dengan diri sendiri...so berharap saya tak kecewakan orang-orang yang tersayang...moga semuanya smooth!saya tak okei kecewakan orang lain...cukuplah sendiri yang rasa penangan tu...cehhh, macam orang frust plak...honestly little bit memang rasa frust kat diri sendiri...lebih teruk dari rasa frust kat orang lain...-__-". Apapun just cheers yourself...motivated diri sendiri tu penting, senyum okei (kelat).

note: senyum lagi...owwhh, still terasa kelat..hmmm

11.05.2011

Kenangan~Hantaran Kotak untuk Yang Tiada Masa

Teringat pulak kenangan masa bertunang...kalau ikutkan majlis dah dirancang awal. Cuma persediaan semua last minit termasuk baju dan hantaran. Kalau ikutkan masa cari baju untuk pakai masa tunang tu dalam 3minggu sebelum majlis...tudung pun samalah...last minit...tu pasal hantaran pun guna kotak kotak je, sebab dah tak sempat nak fikir nak decorate bagai...yang selebihnya recycle balik guna barang-barang bekas hantaran dari majlis tunang kakak. Dan paling rasa macam tak proper sekali barang-barang saya lipat-lipat cincai je letak dalam kotak as long as nampak dari luar, kotaknya kemas dan cantik. Kat dalam?haha...memang fail. Apapun saya tetap suka nampak kemas dan simple je=).

Note: Rindu moment tu..

11.04.2011

Tabiat Buruk yang Memakan Diri

Korang ada tabiat buruk tak?saya ada...paling ketara korek telinga selain korek hidung, kalau boleh 24jam nak korek telinga..entah sejak bila...tapi sekarang dah macam obvious sangat...sampai baru perasan akan tabiat buruk tu. Sampai ada sekali tu sampai balik kampung bawak balik stok cotton buds, standby takut tetiba balik masa tu cotton buds kat rumah dah habis stok. Dan akhirnya akibat suka korek mengorek atau dengan kata lain takde keje, sekali terkena infection, bernanah-nanah tu...eeeiiiyyuuu!! atas sebab kesan batuk berpanjangan sebelum tu dan jugak akibat aktiviti mengorek telinga...Seminggu jugaklah saya hilang pendengaran sebelah kanan. Baru tahu camne rasa bila dengar semua perkara sayup-sayup. Nak nangis pun ada masa dalam situasi tu...takut...hehe. Padahnya camtulah!Begitu cantik pengajaran. Even dah berlaku camtu, sukar juga nak kurangkan tabiat tu... guna cotton buds tak elok katanya doktor cantik. saya lebih suka jumpa doktor cantik berbanding doktor hensem...ehh tukar topik pulak. Apapun sakit apa-apa jangan tangguh jumpa doktor, neh jugak tabiat saya. Bertangguh jumpa doktor, sanggup tahan sakit dulu.huhu
pic source:sheknows.com
salah satu perkara yang paling saya tidak suka ialah jumpa doktor...takut okei..hukhuk, takut kat jarum. Tu pasal sampai sekarang saya tak derma darah...pheww memang alasan! cerita masa nak test HIV haritu, ada budak dan mak budak duduk kat sebelah saya kat kerusi menunggu..sebelum saya masuk bilik tu tapak tangan berpeluh-peluh sambil menunggu...ada debar disitu. Lepas tu terdengar mak budak tu cakap kat anaknya"kakak nanti kena cucuk sikit tau, nanti jangan nangis ye, kakak kan kuat"...budak tu jawab kat mak dia "ok, kakak tak nangis, sakit sekejap je, macam gigit semut"...wahh terus saya bersemangat kental masuk kena amik darah tu...kahkah...ishh buat malu kat budak je>_<". itulah ceritanya, kesimpulannya saya memang tak suka jumpa dr. saya suka jumpa en.azham je...adess!pelempang sebijik...

11.03.2011

Gunting Rambut Professional Tanpa Bayaran

salam mesra. Kejadah apa tetiba plak ada mukaddimah sebegitu. Apapun direct to point teruslah, korang biasa siapa yang gunting rambut dan berapa caj yang dikenakan?. Saya tak pernah plak berkunjung ke kedai gunting rambut selama umur mencapai sedang-sedang dewasa ne (cehh, konon takmo reveal umor lah plak, padahal berlambak entri cakap umo dah bertambah...hahah). Ini tidak tipu okei, memang tak pernah tahu pun berapa ringgit sekali potong rambut kat kedai rambut tu...selama ne, saya ada tukang gunting rambut professional sendiri yang penting free of charge...hehe kakak saya lah orangnya. Memang selama ne kakak sayalah tukang gunting rambut saya, dari kecik mak yang jadi tukang gunting bila dah remaja, kakak test power ganti tugas mak jadi tukang gunting rambut sampai sekarang. Biasanya proses gunting rambut ni ada timbal balik...lepas kakak saya potong rambut saya, saya pulak guntingkan rambut dia, adik-adik yang lain samalah...gilir-gilir tengok siapa yang jadi pilihan. hehe. Disebabkan bakat...errr takdelah bakat pun...mak siap belikan kitaorang set mesin potong rambut tu, so dah takde hal nak potong rambut sesama adik beradik...jimat pun jimat..So berharap jugak en.azham jadi tukang gunting rambut saya nanti (dalam mimpi jelah) ..hahah=p. Macam kurang yakin je nak serahkan rambut ai neh kat en.azham mahunya ditaram sesuka hati jadi cam ranting kayu...sebulan merajuk...hikhik. Tapi mana tahukan ada bakat terpadam >_<"
pic source: google
Suka sangat tengok gaya short hair macam tu, nampak energetic, young, chick and sexy...hehe=). Apapun biar tukang gunting professional yang decide...hikhik>_<

11.02.2011

Pengantin Hilang di Majlis Sendiri

Ini bukan olok-olok...ini realiti! Bahkan sekarang pengantin hilang dimajlis sendiri bukan perkara luarbiasa lagi...hehe..pengantin hilang pasal keluar photo shot outdoor...lucu pun ada baca tulisan Abd Jalil Ali... ada betulnya, semakin hari nilai-nilai dalam majlis perkahwinan semakin terhakis. Mana taknya masa majlis tulah nak jumpa sanak saudara jauh dekat selain hari raya. Masa majlis itulah kawan-kawan ibu bapa kenal anak menantu, mana tahu jumpa kat mana-mana nanti boleh tegur-tegur...masa itu jugaklah nak kenalkan 'teman halal' kat orang kampung. Disebabkan trend semasa, nilai sebegitu sudah tidak diambil peduli. Bila tetamu datang nak jumpa pengantin, pengantin dah hilang dibawa lari jurugambar...apa boleh buat, trend semasa. Semoga saya tak terikut...eee kalau ikut keiginan memang nak jugak sesi outdoor ne. Tapi kewangan membangkang banyak lagi mende yang libatkan kewangan lepas kahwin harus difikirkan, biasanya sesi outdoor ne sesi sekali harung je, kalau hari lain gamaknya 'caj' bertambah pulak, tak tambah sewa baju make-up lagi...so burn jelah impian...hehe, tak kisahlah yang tu semua..Satu je dalam kepala hotak sekarang ne, nak duduk sesama ngan en.azham je...hehe, yang lain dah tak amik pedulik dah...>_<
pic source:machoarts.com
Note: excited..>_<

11.01.2011

Akibat kereta Menjadi pilihan Ramai, Termalu Silap kereta

Memang memalukan betul peristiwa ne...akibat model kereta sama tapi tak serupa, kulit setebal kulit buaya tertempek kat mukaku...malu kat abg ensemmm nyahhh!boleh plak haku boleh silap kereta...patutlah tekan key alarm tak jadi...muahaha...confident betul masa tu, sekali ternampak patung domo tergantung kat cermin belakang. Punya otak lampi, boleh plak pikir seminit dua...eh asal ada patung domo, bukan ke sotong kurita eh kat cermin selama neh?ggrrr...pastu baru terpikir, ya allah...silap kereta wehhh....cover malu, cepat-cepat konon masuk  kedai Photostat tanya charge hard binding tesis berapa...kahkah=p..Tobat haku tak cerita mende neh kat en.azham! mahu kena bahan nanti...grrr..cukup jelah kena bantai gelak masa dia baca entri neh...hehe.ok. dah malas nak cerita panjang peristiwa tak seronot ne...hehe...korang pernah?
Note: lain kali perati betul-betul okei...jangan main bantai aje...huhu>_<

10.31.2011

Day 15 – Something you don’t leave the house without

Sehari dua hidup tak berapa nak balance pasal kesakitan menusuk jiwa raga akibat telinga mengalami keadaan yang tidak diketahui puncanya. Pointnya sakit dalam telinga akibat infection kuman-__-". Diduga dengan kehilangan sebelah pendengaran untuk sementara waktu T_T...berdoa sembuh cepat-cepat.amin. eh...actually dalam kesakitan bagai, nak jugak isi masa ngadap belog..
kalau nak keluar rumah for sure takkan tinggal mende alah setongkol kat atas tu (beg beli kat rantau panjang 28 hengget je, sampai sekarang suka pakai yang tu lagi pasal lasak...ngee, haku pakai beg murah je, asal cantik okei jelah plus boleh letak barang banyak) peristiwa masa beli beg ne masih kuat diingatan...kesimpulannya padan muka, haha=p...actually semua yang kat bawah (refer pic ke-2) adalah segala makhluk yang menghuni dalam handbag yang huduh tu yang setia dibawak kemana-mana je, asal keluar rumah mesti bawak, ai mean keluar jenjalan ke, pergi fakulti ke, takkanlah keluar buang sampah bawak jugak kot-_-, agak-agaklah kan...kat dalam pun huduh jugak, memang tak sangka isi kandungannya-_-...tu pasal bila ada calling-calling masuk mengambil masa 1925 saat untuk mengangkatnya atau tak sempat angkat pasal tak jumpa mende alah yang berbunyi tu-_-"...
Isi kandungan: kad pelajar, purse (semestinya), Olay total effect, bedak miyami, calculator (tak tahu apa motif mende alah ne ada lam handbag-_-)...tak nak ngaku fail bab congak...kahkah=p, yang lain boleh agak-agak...hee=)

10.29.2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing

Baiki diri  kearah yang lebih baik siapa lagi boleh ubah diri kita melainkan diri sendiri
blogging semestinya salah satu terapi juga
Senyum untuk awet muda...hehe
Suka amik gambar makanan sebelum makan (perangai sejak ada blog...motif??tentulah bahan untuk update)
Get a better job to settle down PTPTN...belajar je tahu, bab bayar hutang senyap je! trauma okei tengok iklan PTPTN tu...duuhh-___-"
Last but not least, really obvious i give some effort to complete 30 Day project challenges..awesome!haha=p..

okei kesimpulannya saya tak pernah letih buat something yang kita suka, dan perkara yang memang kita nak lakukan..happy then=)

10.28.2011

Cukup Kesian kat Diri Sendiri

Hari ini entah apa yang dibuat tapi habis jugaklah setengah hari menyelesaikan segala urusan-urusan kecil sebelum berpindah rumah sementara waktu di Ampang sebelum berpindah ke rumah bersama bakal suami (since tak kahwin lagi for this time, so 'bakal suami' just nice call...hehe) di rumah kekal buat tempoh yang tidak diketahui...eceehhh ayat macam nak kena lempang aje...wakaka=p. Apapun terkejut hokei caj streamyx bakal ditambah 6% cukai tambahan, yang ne memang betul nak kena lempang. Cukup hangin betul, nasib tahu, karang alih-alih masuk bil...bengang jugaklah sekejap.Namun sebagai rakyat yang taat haku bayar jugaklah nanti kan...pasrahT_T. Dahlah tengah sengkek neh, takpe...karang tahulah nasib diorang yang suka menge'paw' neh...

Even sengkek pun sebab niat baik dah nak beli sesuatu kat mak, ada jugak rezeki lebih...alhamdulillah, ada jugak bahagian mak>_<. Sekarang ne rasa kesian kat diri sendiri pasalnya boleh letak dalam senarai aje segala keinginan, kena rasional tahap super duper dah, takle nak ikut nafsu dan kehendak saja(nampak sangat sebelum ne ikut nafsu je, huhu)..so ada yang lebih penting untuk dipentingkan. Insyallah. Berdoa supaya dimurahkan rezeki selalu..amin>_<. 

Note: senyum=)

Telur dibungkus Tisu atau Bunga Telur

Kalau baca penulisan Jalil Ali saya teringatkan isu telur dimajlis kahwin...sekarang memang boleh dikatakan kebanyakan pengantin memudahkan perkara cenderahati buat tetamu dengan menggantikan telur pindang/rebus dengan makanan ringan lain. Selain mudah disediakan, cepat dan tahan lama ianya juga tidak memerlukan masa dalam menyediakannya, betul tak? Tapi orang dulu-dulu memang simple aje bungkus telur dalam tisu aje, jimat! Zaman sekarang, nak mencari bunga telur yang murah satu hal, kalau ikut hati nak je guna tisu bungkus telur, setel takyah fenim-fenim nak keluar duit sekali banyak..kot  jadi bahan nanti!tambah yang mulut puaka...tapi kalau ikutkan mende sememeh ne tak jadi hal pun kalau tak bagi kan? tapi tulah haku terikut jugak adat...heh!
nak jugak bagi tanda appreciation kata mat salleh=)
pic: Sekadar gambar hiasan, memang rambang mata kat sana=)
Kalau ikut mulut orang takkan habis kan?apapun kita jugak yang keluar duit...neh point utamanya nak cerita pasal misi mencari bunga telur dekat Nilai 3, so far nak kata murah sangat barang-barang kat nilai takdelah sangat...pada pandangan dan pengalaman sayalah. Masa pergi sana tu tak ramai orang mungkin sebab pagi lagi kot...berpeluh jugaklah jalan-jalan pusing semua kedai nak carik bunga telur yang paling murah...lastnya jumpa jugaklah yang serendah RM0.60, puas hati lah dengan barangnya. Kalau ikutkan ada lagi yang paling murah dalam RM0.40-0.50, tapi sangat teruk macam yang recycle pun ada gayanya..so decide amik yang pakej dia bagi 3 kotak RM 100, yang saya amik neh kira so-so jelah sebab fikir orang akan buang jugak nanti...huhuT_T...sayangnya duit, macam tu je dibuang!ada lagi yang cantik, tapi kitaorang ikut bajet betul-betul...tak nak membazir...

Note: yang penting tuan empunya puas hati..cukuplah=)

10.27.2011

DIY Veil Chiffon Patch Lace & Beaded

Tak sangka pulak last minute jugaklah decide nak buat sendiri veil ne, memandangkan baju akad nikah ne tak sewa, so why not buat sendiri je veil lagipun memang berbaloi, tak banyak cost dan yang penting puas hati mengikut kehendak sendiri...maybe little bit simple tapi memang puas hati. So much dramatik nak buat veil ne, hehe yang penting mood nak mengadap siapkan veil ne bukan main payah nak maintain. Lagipun refer B2B yang DIY veil buat diri sendiri pun teruja nak buat jugak...hihi, memang mengada!Haku memang suka wat keje last minute neh...grrr, apapun hasil okeilah kan...nak kata cantik tak sangat, tapi puas  sebab ada effort sendiri kat majlis nanti, tak banyak sikit pun takpe...ngee, rasa cam nak tambah bagi heavy sikit part yang glass pearl tu kat veil tak pun gam batu swarovski je bagi nampak bling-bling, kalau ikut dah berta dah veil tu, huhu, fenim-fenim...tak nak bagi nampak sarat sangat, tak banyaklah kena tambah pasne.. Untuk bedroom rasanya tak amik masa kot nak DIY sebabnya tema wedding nanti, so hentam jelah kan, yang penting "simple dan sederhana''...sukkaaaaa^_^
Note: sorilah, takde teaser....tempek terus!muahaha
20% to complete da veil...yeaahh

10.26.2011

The Pet Lover~Purity of a Person's heart

Owhh, tak sangka masa balik kampung hari tu dikejutkan dengan kecomelan yang amat oleh anak-anak arnab belaan budak adam dan kakak..baru ku tahu begitu penyayang jiwa adik-adikku seperti kakak-kakaknya (blushing+ perasan..kahkah) sehingga keinginan mereka membela sesuatu tertunai (harap takde yang mati kejung seperti sebelum ne ye adik-adikku sayang). Sesi termuramah dengan budak adam membongkar dari mana asalnya makhluk-makhluk comel tersebut, jauh import dari wakaf bharu, seekor 25 hinggit (4 ekor semuanya). 4 hari berada dikampung membuka mata saya sebagai kakak kepada adik-adik yang comel dengan belaan mereka yang comel jugak melihat akan begitu dasyatnya keprihatinan mereka. Setiap kali waktu makan punctual tu bagi makan...haha, kelakar pun ada, pantang orang usik...siap beli mangga khas lagi takmo bagi orang buka pintu rumah arnab comel sesuka hati. Comel betul adik-adikku^_^. Kan jelas kasih sayang tu...apapun memang pet lover punya jiwa betullah adik-adik saya, penuh dengan kasih sayang macam saya...owhh blushing again..kahkah=p
pic source: www.hamovhotov.com
eee...memang comel betul...grrr, geram-geram>_<"
Ada sekali masa pegi makan satay kajang kat Bangi 2 tahun lepas en.azham order satay arnab...-_-" (cian arnab comel, jadi satay je comel-comel camtu pun)...huhu, order sebab saya nak try. Masa tu tak faham lagi perasaan pembela arnab camne, lepas try makan satu memang tak sedap daging arnab tu...eee, lembik-lembik gituu, sekali tu jelah try..tobat tak nak dah lain kali...-_-"...menyesal, rasa kejam plak g makan arnab dalam bentuk satay...oowhh, man!

10.25.2011

Day 20 – The meaning behind your blog name

"Writing is therapy"
I choose this name for a few reasons. Masa memula start ber'blog' dulu semacam zero tentang blog ne apa, tapi one thing saya perasan ketika awal berblog saya tidak tahu menggunakan idea, apa yang patut ditulis atau tidak. So timbul untuk meletakkan nama blog writing is therapy sebabnya kebanyakan yang ditulis berdasarkan apa yang dilalui dalam kehidupan harian. Macam menjadi satu medium untuk meluahkan perasaan dan paling penting words yang tertulis bagi impak positif kat diri sendiri atau dengan kata lain wujud kelegaan dalam penulisan tu sendiri kepada diri saya...orang lain yang baca tapi tak suka, boleh klik X kat hujung kanan skrin...kahkah, saya tak paksa okei=)
"...writing or talking about your experiences may improve both your physical and mental health. I am not selling a miracle cure. Rather, recent studies from around the world are uncovering some exciting findings that may help you in your coping."-unknown source

Macam kita luahkan apa yang terbuku kat hati kat kawan baik kita, atau apa-apa saja rungutan, bebelan...tapi semua tu diluahkan kat blog...yup itu satu terapi untuk saya, kadang-kadang orang/kawan tak sanggup nak dengar semua tu, so much better semua diluahkan dalam bentuk penulisan, rungutan/bebelan/pendapat/penceritaan yang lebih santai, takde paksa sesiapa nak dengar cerita kita, so apa lagi tulis jelah...kita tengok, kita rasa dan yang penting ada blueprint...hehe=). Sekurangnya ada penulisan yang jadi pengajaran, ingatan, teladan dan semestinya kita happy dapat berkongsi cerita...kihkih=p. Lepas tu rasa macam simple je nama tu and direct meaning kan?hee..


Note: betul ke?

10.24.2011

DIY Corsage~Yellow Fresh Carnation

memandangkan bunga neh jek yang paling simple dan tak amik masa yang banyak untuk buat, so hentam jelah...Yang penting ada, kalau tak buat kan ada yang tanya plak...ngehehe=p. Perasan tak nape asyik warna kuning aje warna bunga, bunga hantaran pun sama...sebabnya nanti tema bigday warna kuning...heee...last decide pasal colour tu, nanti citer detail pasal tu..
Cost untuk DIY corsage ne dalam RM 8.60 sahaja, guna 3 helai paper crepe dan saya beli dua jambak daun-daun bunga hijau tu harga RM 3/unit...Pin pulak dalam RM1 sahaja untuk 60pieces...so 3 keping paper crepe dapat 58pieces corsage...memang jimat habeslah=). Memang sengaja buat bunga ni pasal tak nak guna gam...leceh,hee

10.23.2011

Harapan untuk Kehidupan

orang kata dalam hidup alangkah indahnya jika tiada kesusahan. Namun jika hanya manis manis saja dilalui sukarlah hidup, ibarat orang yang selalu makan manis-manis akhirnya dapat kencing manis..tentu lebih sukar. Sebab itu perlu dalam manis-manis kehidupan, yang pahit elok juga untuk dinikmati...buat pedoman dilain hari, sekurang-kurangnya kita pernah tertelan rasa pahit dan kelat. Suka atau tidak dengan rasanya pasti ada sesuatu untuk dibuat ingatan. Sekiranya kita rebah sekali tak bermakna kita akan rebah dalam cara yang sama dilain hari dan sudah tentu kita bangun dengan cara yang berbeza.Jika kita mengharapkan yang manis-manis sahaja untuk diingati apa guna rasa pahit untuk dilalui?Bukankah itu satu kerugian..
pic source:flixya.com
Note: Jagalah Allah, nescaya Allah menjaga kamu...eh asal cam jiwang memotivasikan diri sensorang neh...grrr, kadang2 kita perlu motivate diri sendiri kan untuk mencari sedikit kekuatan?ngee=p

10.22.2011

Day 10 - A photo of our favorite place to eat

Lot of favorites place for me to eat...kata lagi suka makan...ngeee=p. Yang penting sedap dan murah, confirm jadik feberet terus, macam seksyen 2...harga student..haha. Tapi dalam banyak-banyak tempat makan yang sedap-sedap (means sume sedap-sedap-_-") ...the best one dekat Bagan Lalang, entah dah berapa kali pergi dalam 4 kali jugak kot...sekali-sekala boleh lah, kopaklah poket...asyik nak makan sedap je...ihihi, tapi tak pernah sekali pun berpeluang duduk kat beranda tepi nak tengok pemandangan gold coast dimalam hari, tentu cantik kan...memang setiap kali pergi dah ramai yang reserved..memang ramai orang makan kat restoren ne...no wonderlah kan, memang sedapppp!
 Note: Udang masak petai
 note: Ketam masak cili
 note: sotong celup tepung
 note: lala masak halia
note: sayur kangkung  goreng
Amacam...meleleh tak?meleleh ke tak?okei..dah tak tahan tengok gambar sebelum tu nak tempek jugak part yang last...memang mabeles...haha=p. Kalau bab licin kan makanan memang tak boleh tahan gayanya...bukan en.azham je, haku pun sama...huhu-_-". Memang geng betul=)

Lokasi dan alamat tempat makan ne:-
Pantai Perkhemahan Bagan Lalang
43950 Sungai Pelek,Sepang
Selangor.
No. Telefon : 03-31412895

10.21.2011

Trip To Melaka Bandaraya Bersejarah#2#Asam Pedas

Kalau pergi melaka tak pekena asam pedas memang tak sah kan, tapi saya okei je, pekena atau tidak, yang penting makan...haha=p. Memang pelik bila makan asam pedas ne, sebabnya masakan sampingan lain seakan tidak kena...ngee, biasa orang makan asam pedas ngan nasik semata-mata je ke?ke apa lauk sampingan yang lain sesuai dimakan dengan asam pedas. So malam tu lepas siap solat dan berehat sekejap terus pergi makan malam berhampiran MITC tu...entah apa dah nama restoren tu, lupa!hehe..Makanan kat situ malam tu kebetulan semua jenis asam pedas dah habis kecuali asam pedas ikan senangin dan kembung aje..so order yang tu jelah...Kesimpulan lepas makan tu, komen dari en.azham "sedap memang sedap, tapi tak original, macam segera je serbuk asam pedas tu"...eheh, saya? meng'iya' kan apa yang en.azham cakap.ngee... 
 Note: asam pedas ikan senangin...sedap!isi tebal
Note: lauk sampingan..sotong masak apa ye
Lepas tu terus bercerita dengan en.azham masa saya balik kampung nak uruskan dokumen nikah kahwin dan setelkan barang-barang hantaran, mak saya suruh belajar buat asam pedas..haha, terus tak puas hati cakap kat mak "mak, kita tak kawen ngan orang melaka pun kenapa nak kena belajar buat asam pedas nya". Terus mak jawab " bukan takat asam pedas, yang lain pun banyak lagi nak suruh belajar buat, karang dah kahwin ko sibuk dop calling-calling mak macam kakak ko tu time nak masak"...haha, kantoi kakak haku...adess, pedas menusuk terus dibaginya...-__-'. So nak mengelakkan haku pun jadik macam tu, time tu jugaklah sibuk nak tanya resepi, mak ajar awal-awal...tapi memang confirmlah jadi macam tu jugak nanti kan..bukannya terus ingat sekali buat...ngeee. Agak-agak macam tu lah warga ibu melayan karenah anak dara  yang baru kahwin kan...hehe, kesian mak...tambah pulak haku sorang plak wat camtu nanti, kira pasne haku menuntut dengan kakak jelah...ngee

Note: mahu pergi melaka lagi...yeeahhh!

10.16.2011

Kenapa Orang Kurus Selalu Perasan Gemuk

Kadang-kadang wondering kenapa timbul perasaan 'perasan' sensorang macam tu...tak yah cakap orang lain lah, haku sendiri pun macam tu...Padahal dimata orang lain kita macam biasa yang dikenali seperti sebelum ne, kalau sedikit berisi/tembam pipi mungkin ye, bukan gemuk...Habis kalau saya di dalam golongan yang boleh dikatakan dalam tubuh sederhana, kenapa masih dikatakan kita ne gemuk?!Habis orang yang gemuk macam mana? Haku perasan sangat situasi ne semasa dop melangut tunggu bas...ada 4 ke 5 sekawan ne datang duduk sebelah, salah seorang dari mereka bertubuh gemuk dan lainnya dalam kategori kurus dan sederhana tubuhnya. Dalam borak-borak mereka (telinga lintah jugak haku, pasang telinga weii...kahkah) dalam sorang dua (yang tubuh kurus) dop merungut akan badannya dah gemuk dan sibuk bercakap pasal diet bagai...nak bagi kurus tang ne lah, tang tu lah.. kawan yang sorang tu hanya tersenyum sinis, sengih-sengih aje masa yang kawan  tu dop merungut. Sedarkah dalam rungutan tu membuat kawan kita tu terasa dengan fizikalnya yang dah sedia gemuk berbanding yang kurus dikatakan gemuk tu..-_-". Kesian plak tengok, zahir nampak okei, yang kat dalam macam mana kita tak tahu kan. huhu. At least dalam bercakap kita kena jaga jugak dan tengok situasi walaupun kita tidak terniat mengatakan perkara tersebut atau tidak berkaitan dengan orang lain. Jangan melihat orang lain, tapi lihatlah rupa sendiri...ubahlah kepada yang baik kepada lebih baik.
 Jangan pula jadi macam ini-----> (klik sini)=p. Eh pastu kan persoalan kenapa tu tak berapa terjawab tu...haku pun pelik kenapa kita yang kurus ne selalu perasan macam tu?korang tahu?ke sebab hormon?tapi okei jugak haku perasan macam tu, malu nak pakai yg ketat. yg loose aje menjadi pilihan, hee-_-"...ngeee

10.14.2011

Kesihatan#Tanda-tanda Kolesterol Tinggi

Orang kata badan kurus tak semestinya sihat (eceehhh, kira haku bajet kuruslah masa buat entri ne, biarpun dah naik 4 kilo...ggggrrr). Kerap juga terbaca dalam majalah harmoni, rapi dan mingguan tentang kolesterol tinggi ne, berisiko kat semua umur tak kira tua muda, gemuk kurus. So kolesterol ne macam zat putih macam lilin atau lemak yang dihasilkan oleh hati. Ada baiknya kolesterol ne, kuatkan membran sel dan hasilkan hormon tertentu macam steroid tapi kalau dah terlebih memang bahaya, tak pasal dapat jantung dengan darah tinggi. Most of symptom high cholesterol pening-pening dan paling jelas timbul tanda kekuningan dikelopak mata serta lingkaran putih di pinggir kornea. Dan paling menakutkan timbul ketulan seakan benjol di bahagian badan, macam leher, belakang kepala, benjol tersebut sebenarnya lelemak putih lilin (lemak) akibat kolesterol yang tinggi dalam badan. So kena sentiasa beringatlah masa makan. Kadang-kadang tak tersangka apa yang kita makan tu terkandung bahaya buat kesihatan kan?
pic source: www.trishabird.com
Note: kena kurangkan kolesterol...huhuT_T