Pages

Pages

12.29.2011

Window Shopping yang Paling berjaya

Kalau ikutkan sejarah dan ingatan tulus ikhlas dalam kepala ne, window shopping paling berjaya dalam hidup semestinya dalam tempoh bertunang hari tu. Kalau ikut dalam tempoh tunang hari tu, saya dengan en.azham betul-betul ikat perut. Bahagian tengok wayang memang tak masuk list langsung, cut terus...alhamdulillah dalam tempoh ikatan yang masih tidak halal, pertemuan antara kami berdua sangat terhad... disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak terjangka berlaku, sememangnya pertemuan kami tidak diizinkan DIA..syukur, sekurang-kurangnya boleh menjaga diri, takut juga baca artikel-artikel tentang pasangan tunang dicekuplah dan semacam lagi kisah yang tidak elok untuk kita yang bergelar raja sehari. Takut juga sekiranya kita digoda dengan bermacam godaan yang tidak kita jangka. Walaupun ada perasaan dan emosi yang terguris akibat dugaan yang bertimpa, syukur Allah kuatkan hati  bersabar untuk dugaan sekecil itu (orang lain lagi teruk Allah bagi dugaan, boleh je diorang hadapi kan, so banyakkan bersabar). Untuk yang bergelar tunang, jaga diri sebaik mungkin, bertunang bukanlah tiket untuk selalu berjumpa dan melakukan perkara terlarang.

Begitu jugak bab shopping, shopping barang kahwin lagilah kena beringat..cehh, ne boleh dikira pesanan dari bekas pengantin baru, pasalnya dah hampir sebulan menjadi pengantin...hihi. Nanti nak ceritalah sikit pasal bajet dari pengalaman sendiri untuk panduan bakal pengantin. 

p/s: senyum sampai ke telinga..i love my life^_^