Pages

Pages

12.24.2011

Selengkap-lengkap barang Dapur ada juga yang Penting Tertinggal

Morning peeps^_^...wahh, apa jadah haku wish pepagi neh, biasa takde intro terus ke isi...muehehe=p. Alhamdulillah, tak pernah menjadi kebiasaan bangun pagi buat breakfast, siap mandi plak pepagi buta!biasa matahari terpacak kat atas kepala baru tahu nak jenguk bilik mandi...pasal dah kahwin ne, semuanya jadik awal plak...hehe*blushing* . Memang ngegada! padahal nak dengan tak nak je ubah perangai tu...haha=P. Apapun memang menjadi sejarah dalam hidup dan berdoa agar jadi amalan bangun pepagi dengan muka busuk buat breakfast dan bekal buat en.azham (entah apa motif en.azham suruh buat bekal, suruh banyak kerja agaknya-_-', takpela, boleh jugak berjimat kan?). 

Semalam selepas 25 hari halal(<-- motifnya??..pengantin masih hot...heheh) tinggal bersama, kantoi kat mak sendiri bila lesung batu untuk menumbuk segala jenis bahan asas masakan TIADA!(memang tak beli lagi) Kantoi sebab lupa nak control masa berbual dengan mak tanya resepi tumis nasi kerabu, sampai part kena tumbuk sambal kelapa dengan ikan..spontan plak pegi sambung ayat mak..."alamak, mak! saya nak tumbuk ngan apa?lesung takde ne mak"...terus mak terkejut "habis ko masak selama ne buat macam mana?tumbuk bawang pakai apa?"..."errr, pakai blender?ala mak kita kan masterchef, pandai-pandaila kita buat..haha=p''..terus kena bebel kat mak-__-' (mentang-mentang orang bagi blender, semua mende haku blender termasuk seulas bawang putih je...okei tipu  -_-'). Apapun, selepas berborak ngan mak saya, terus cerita kat en.azham isi perbualan.. spontan en.azham tanya plak "habis awak tumbuk bawang macam mana selama ne?"...loorrr, ingatkan suami tahu camne haku tumbuk bawang tu..kejang sekejap mulut nak jawab.haha...okei, misi mencari LESUNG BATU!

p/s: -_-"..