Pages

Pages

12.30.2011

Mungkin Post Terakhir di tahun 2011~Apa Rancangan di tahun 2012?

Semua orang dah ready countdown untuk menyambut tahun 2012..saya dengan en.azham plak tergelak terkekek tengok wayang dirumah 3 Idiots semalam, sungguh melucukan cerita tu, tak pernah plak tengok sebelum neh... Apapun berdating depan tv sambil makan popcorn dengan suami kenangan terindah untuk diingati nanti...hehe, okeii cukuplah ayat mengada, tak semua orang suka baca...muahahaha=p. 

Dah ramai yang mula mengira genapnya umur, genapnya ulangtahun dan semacam perkiraan genapnya peristiwa dalam hidup menjengah tahun 2012...saya pula?mengira genapnya berat badan sempena tahun 2012, huu...owwhh, need spirit to work out...come on!owhh dan jugak azam baru...baru perasan, saya tak pernah renew azam baru, all the thing just follow the flow...sangat teruk kan!that one thing i hate myself...nothing new...nothing happen and nothing miracle happen...just pray and some effort... apapun berharap, bukan semata tahun baru saja yang baru, hati pun nak baru jugak setiap masa, insyaallah...-_-'.

Rancangan di tahun baru masih kabur...*??***??!!**<---kabur. Sememangnya kabur..masih tidak kelihatan.  hehe...apapun happy blogging. Berharap masih ada sinar di tahun baru...cehh, ayat nak aje kena piat...ehhh, ooo...lupa nak timbang berat badan hampir berbulan lamanya...wishlist tahun baru (beli alat penimbang)

p/s: Ya allah kurniakanlah kesihatan yang baik buat keluargaku..amin^_^'

12.29.2011

Window Shopping yang Paling berjaya

Kalau ikutkan sejarah dan ingatan tulus ikhlas dalam kepala ne, window shopping paling berjaya dalam hidup semestinya dalam tempoh bertunang hari tu. Kalau ikut dalam tempoh tunang hari tu, saya dengan en.azham betul-betul ikat perut. Bahagian tengok wayang memang tak masuk list langsung, cut terus...alhamdulillah dalam tempoh ikatan yang masih tidak halal, pertemuan antara kami berdua sangat terhad... disebabkan terlalu banyak perkara yang tidak terjangka berlaku, sememangnya pertemuan kami tidak diizinkan DIA..syukur, sekurang-kurangnya boleh menjaga diri, takut juga baca artikel-artikel tentang pasangan tunang dicekuplah dan semacam lagi kisah yang tidak elok untuk kita yang bergelar raja sehari. Takut juga sekiranya kita digoda dengan bermacam godaan yang tidak kita jangka. Walaupun ada perasaan dan emosi yang terguris akibat dugaan yang bertimpa, syukur Allah kuatkan hati  bersabar untuk dugaan sekecil itu (orang lain lagi teruk Allah bagi dugaan, boleh je diorang hadapi kan, so banyakkan bersabar). Untuk yang bergelar tunang, jaga diri sebaik mungkin, bertunang bukanlah tiket untuk selalu berjumpa dan melakukan perkara terlarang.

Begitu jugak bab shopping, shopping barang kahwin lagilah kena beringat..cehh, ne boleh dikira pesanan dari bekas pengantin baru, pasalnya dah hampir sebulan menjadi pengantin...hihi. Nanti nak ceritalah sikit pasal bajet dari pengalaman sendiri untuk panduan bakal pengantin. 

p/s: senyum sampai ke telinga..i love my life^_^

MUA/Mak Andam@ Pak Andam Pilihan Kalbu Majlis Kahwin

kalau ikutkan choice untuk cari MUA/ Mak andam zaman sekarang ne, memang rambang mata bila lihat hasil kerja mereka. Namun dalam hal macam ne, kita sebagai bakal pengantin kenalah bijak memilih siapakah bakal memberi khidmat solekan yang cantik menawan, pelamin yang gojes-gojes dan gambar yang super hot-hot! tapi duit yang keluar mestilah jimat vs sederhana...jangan jatuh membazir plak...asal apa yang dibuat ikut kemampuan bukan kemahuan..itu peringatan ye...hehe. Yang pastinya saya punya jurumekap, juru amik gambar, tukang buat pelamin adalah yang orang sama, takyah pening-pening cari photographer segala bagai, semua satu pakej lengkap!..tak sefemes yang top-top, tapi alhamdulillah hasil kerja tip top sebaris pro punya MUA/mak andam...sangat puas hati dengan hasil kerja Kak Rusma... Kalau dekat kelantan memang banyak jugak bridal yang top-top, namun memandangkan saya pengantin yang cuba cut cost, so proses mencari MUA/ mak andam yang affordable sangat berbaloi. Lagipun kalau boleh nak mak andam yang selalu ada je ngan kita sepanjang majlis at least half majlis pun dah okei kan? boleh jugak touch-up pe yang patut...Kak Rusma sangat easy to work with, dan yang penting supercool, ikut seperti yang kita nak dan hasil kerja yang sangat-sangat memuaskan. 
p/s: sori kak ma, gambar cilok FB, majlis hari tu tak sempat shoot bersama...hehe
Paling tak sangka, sehari selepas majlis bertandang album kahwin dah siap dengan gambar yang super terkejut, sangat cantik dan berkualiti...really great job Kak Rusma! Kak Rusma ne kalau kira baru launch Bridal baru kat Kota Bharu, baru nak naik...hehe, mendoakan Kak Rusma berjaya dalam bidang ne..amin^_^. Dan tak salah rasanya saya recommend dekat bakal pengantin yang mencari MUA/mak andam untuk majlis bersejarah nanti. Insyaallah, saya yakin Kak Rusma akan bagi yang terbaik buat pelanggannya..eh macam iklan plak...hehe=). Pak andam saya tak jumpa..pasalnya masa yang bertandang pun guna khidmat solekan Kak Rusma. Thanks for everything you really made my day^_^.
p/s: nak jugak tayang potret bilik tidur...muahaha, jangan marah=p
p/s: kenyang...

12.28.2011

Bila nak ber'Honeymoon

Alhamdulillah, penat dah betul-betul hilang, habis sepagi buat peta dunia...kalau ikutkan kena pergi shah alam pepagi lagi, lepas je suami pergi kerja, tertidur tak hengat dunia...huuu, dasat betul..penat akibat jejak dua negeri dalam satu hari dari hujung selatan ke hujung timur betul-betul dah hilang...apapun itu pengalaman penat. Pengalaman mimpi tak cerita cerita lagi, tapi macam tak kena plak nak cerita pasal mainan tidur kat sini, 
mengarut!..hee-_-". 
pic source: thetravelerguides.com
Sungguh jeles tengok newbrides berhoneymoon sana sini, namun apakan daya, kena jugak memahami tugas suami. Lagi penat mencari rezeki untuk menyara keluarga sendiri. Tetiba touching plak, pasal teringat dok tenung suami tertido kepenatan yang amat selepas solat maghrib semalam, hampir menitis air mataT_T' (tengok suami tidur pun dapat pahala tau, alangkah untungnya^_^). Nak kejut bangun dinner pun tak sampai hati_T_T'..Penat drive sana sini satu, penat melayan kerja lagilah. So, untuk tidak memenatkan suami, lebih baik jangan meminta yang bukan-bukan. Insyaallah ada rezeki dan masa yang sesuai nanti, harap masa untuk berhoneymoon lagi indah lebih dari yang kita impikan, amin..hee,^_^'. 

p/s:Ya Allah permudahkan segala urusan suamiku dan murahkan rezeki kami.

Uncensor Wedding Picture~ Bride please Behave

wahh, tetiba tajuk cam hape..masa majlis haritu banyak mende yang uncontrolled...hehe, especially tak control ayu, atau pun tak cover sopan santun...nasiblah badan banyak gambar tak senonoh di shoot...hehe, apapun bila tengok boleh bikin gelak...tapi part yang paling tak boleh dimaafkan bila pengantin (perempuan especially) tak cover punya tatasusila...menci betullah...sampai bila tengok gambar neh...eh!apahal pengantin perempuan pelahap sangat?...tak makan sebulan ke??grrr...-__-".. memang lupa habis nak control masa makan...so wahai bakal pengantin...sila behave sikit masa majlis!masa dop rumah mentua pandai plak jaga...hehe=p..apapun semuanya kenangan^_^
pic: ouuchhh!memang tak senonoh...grrr

P/s: tetiba rasa lapar..-__-'

12.27.2011

Hand Bouquet (HB) Totally dilupakan semasa majlis

wahh, tak habis-habis cerita pasal majlis haritu..okei memang sengaja! pasalnya memang nak cerita sebelum basi terlajak ataupun sebelum dah malas nak cerita langsung, muahaaha...so hadap jelah sampai muakk...hehe=p. Paling sadis, pengantin (sayalah) dan mak andam memang terlupa habis pasal bunga tangan (HB) pengantin..bukan takat bunga tangan, payung untuk raja sehari pun lupa jugak, pasal pengantin sendiri  tak alert for that particular thing... nasib baik pengantin mood okei dan tenang je even mula-mula nak nangis tengok baju sanding yang tak seperti diimaginekan, dan pengantin lelaki merajuk pasal baju sanding tak fit dengan body...huhu, kena alter last minute...whatever, sangat puas hati dengan segala yang mak andam buat, pelamin, make-up dan baju (setelah ramai yang memujuk cakap baju tu cantik) see, entah apa yang tak puas hati tak tahulah masa tu...kihkih... so disebabkan masa nak ambil gambar baru perasan yang HB tak ada, maka rembat aje bunga hiasan di bekas hantaran mas kahwin...
untuk majlis sanding esoknya terlupa juga ingatkan mak andam bawak HB dan payung, biasalah dah jadik bini orang, nampak dan ingat suami je masa tu...kahkah, sampai mende lain dah totally lost dalam ingatan...hehe=p. So rembat aje bunga hiasan kat meja solek...Apapun HB ada ke tak bukan masalah ...yang penting gambar untuk kenangan cantikk.yeeahhh!!
 Owhh..nanti nak kenalkan mak andam saya...really affordable to hired for wedding to those yang nak jimat..^_^

p/s: still dreaming..

12.26.2011

The Best Ever 'Orang Kuat Majlis' Non-Reveal picture


 Tiada kata mampu diungkapkan atas usaha dan kerjasama ahli kerabat keluarga yang menjayakan majlis saya dan en.azham...terima kasih yang menggunung...semoga Allah memberi ganjaran yang hebat buat pertolongan dan ihsan tenaga kalian semua...love u all...muahxxs^_^. Alhamdulillah, the event goes smoothly for both side..thank you  ya Allah, memudahkan semua urusan kami...semoga kehidupan urusan rumahtangga kami diberkati dan dipermudahkan..amin^_^

12.25.2011

Majlis dah selesai, bekal Hadiah masih belum berakhir

Alhamdulillah...setiap dugaan ada hikmahnya...syukur, dan saya yakin apa yang Allah aturkan memang terbaik buat hambaNya..ikutkan dugaan dalam tempoh bertunang memang banyak kalau nak cerita satu-satu, tapi takpelah anggap semua dugaan menjadi pengajaran dan peringatan buat kami serta panduan dikemudian hari...yang penting kita kena yakin dengan rezeki yang Allah sudah tetapkan untuk kita, lambat dengan cepat je^_^...dan orang kata bila kahwin ne, murah rezeki!Alhamdulillah..segala keraguan, ketidak yakinan atas kemampuan kami hilang begitu je...terbaca satu artikel tentang murah rezeki apabila berkahwin..
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga. Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu. Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud:

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” 
(Surah al-Nur, ayat 32)
sumber 


p/s: Lucu pula bila setiap kali suami balik kerja berbekalkan hadiah dari kawan-kawannya...hehe^_^...syukran!!

12.24.2011

Rokok Racun Kehidupan

Marriage life memang tak seindah mimpi bila asap rokok menjadi penghias dalaman rumah tambah pula orang tersayang perokok tegar. Even-thought gambar yang terpapar  dikotak rokok habis ngeri buat orang selembut saya ne (perasan..*blushing*), namun sedikit pun tidak menimbulkan perasaan ngeri buat si perokok agaknya..i guess??-__-'. Hidup bahagia tak semestinya bergantung kepada cinta semata...gaya hidup sihat, amalan hidup berkualiti jadi faktor juga pada tahap bahagia tu...kan?kan?

Kesan rokok terlalu banyak terutamanya bau badan yang kurang menyenangkan dan kesan yang lainnya tentulah bertambah-tambah teruk seteruk isi kandungan rokok. I wonder why, macam mana smokers boleh layan hisap benda seteruk tu...-_-". Tak sayang anak bini atau tak sayang diri sendiri?which one?hehe..

Kata ayah saya kalaulah si perokok cuba bertahan dengan menyusun duit yang nak digunakan untuk beli sekotak rokok setiap hari, tentu dah penuh wall rumah dengan duit...ohh, tentu best^_^. Semacam #duit free yang kita dapat hasil penafian dari keinginan diri untuk merokok..awesome kan? Tambah pula boleh join #photo contest keluarga bahagia hasil dari gaya hidup yang sihat.my..such a beautiful moment to portrait.
See, how wonderful our happy family seeing a sunset together in fresh air without smoke of cigarette.

Just remember..#smoking kills! Ianya bermula dengan diri kita, bukan saja mulut yang kata Tak Nak! Tapi katakan Tak Nak sepenuh hati, kehendak, kemahuan, keinginan dan seiring dengan kelakuan untuk berhenti merokok..berusaha untuk Tak Nak merokok!

ads for the Tak Nak Campaigns by the Ministry of Health 

p/s: i'm lucky my beloved husband SAY NO too for smoking^_^

Selengkap-lengkap barang Dapur ada juga yang Penting Tertinggal

Morning peeps^_^...wahh, apa jadah haku wish pepagi neh, biasa takde intro terus ke isi...muehehe=p. Alhamdulillah, tak pernah menjadi kebiasaan bangun pagi buat breakfast, siap mandi plak pepagi buta!biasa matahari terpacak kat atas kepala baru tahu nak jenguk bilik mandi...pasal dah kahwin ne, semuanya jadik awal plak...hehe*blushing* . Memang ngegada! padahal nak dengan tak nak je ubah perangai tu...haha=P. Apapun memang menjadi sejarah dalam hidup dan berdoa agar jadi amalan bangun pepagi dengan muka busuk buat breakfast dan bekal buat en.azham (entah apa motif en.azham suruh buat bekal, suruh banyak kerja agaknya-_-', takpela, boleh jugak berjimat kan?). 

Semalam selepas 25 hari halal(<-- motifnya??..pengantin masih hot...heheh) tinggal bersama, kantoi kat mak sendiri bila lesung batu untuk menumbuk segala jenis bahan asas masakan TIADA!(memang tak beli lagi) Kantoi sebab lupa nak control masa berbual dengan mak tanya resepi tumis nasi kerabu, sampai part kena tumbuk sambal kelapa dengan ikan..spontan plak pegi sambung ayat mak..."alamak, mak! saya nak tumbuk ngan apa?lesung takde ne mak"...terus mak terkejut "habis ko masak selama ne buat macam mana?tumbuk bawang pakai apa?"..."errr, pakai blender?ala mak kita kan masterchef, pandai-pandaila kita buat..haha=p''..terus kena bebel kat mak-__-' (mentang-mentang orang bagi blender, semua mende haku blender termasuk seulas bawang putih je...okei tipu  -_-'). Apapun, selepas berborak ngan mak saya, terus cerita kat en.azham isi perbualan.. spontan en.azham tanya plak "habis awak tumbuk bawang macam mana selama ne?"...loorrr, ingatkan suami tahu camne haku tumbuk bawang tu..kejang sekejap mulut nak jawab.haha...okei, misi mencari LESUNG BATU!

p/s: -_-"..

DIY Bekas Hantaran Kayu Fresh Carnation untuk Suami

Masa DIY fresh carnation untuk bekas hantaran hari tu tak terlintas pun camne rupa nak cucuk-cucuk carnation ne dekat bekas kayu tu...main buat je dulu bunga...sampai tiba waktunya nak balik untuk majlis, baru sibuk fikir nak hias bekas macam mana...memang kelam kabut pasal rujukan nak hias-hias bekas tu semuanya kat kampung... bukan main dulu kumpul majalah pengantin untuk buat rujukan, sekali masa nak guna main hentam je, buat cam ball saje. Apapun,bekas hantaran siap dihias  4 hari sebelum majlis..huhu, memang kelam kabut sikit, memang takkan dilupakan, ayah sendiri yang tolong saya pakaikan inai malam sebelum akad nikah (terharuT_T) sebab orang lain dah tido kepenatan ...memandangkan banyak hal yang kena setel sebelum majlis, pantang untuk bakal pengantin tak amik pusing...sehari sebelum akad nikah baru lekat kat rumah. Orang kata bakal pengantin takleh keluar rumah nak dekat-dekat majlis..betul ke? tak tahu nape sebabnya...^_^. Apapun tak sangka, sekeras-keras jari jemari neh..menjadik jugak bekas hantaran even tak sekreatif orang lain...yang penting jimat dan puas hati sangat-sangat...hihi. Malu sendiri bila tengok hiasan bekas hantaran dari suami hasil air tangan mak mentua sendiri, sangat-sangat kreatif..fuuh, tergamam! apapun awal-awal lagi mak mentua pesan boleh belajar darinya...nak turunkan ilmu...muahaha... love it ma^_^

pic: see...total different punya kreativiti...apapun dua-dua i suka sangat...yeeahhh!! err, apesal pengantin pun nak interframe, asal nak tunjuk gambar bekas hantaran je...heee

12.23.2011

DIY Solemnization Outfit & Veil hangat-hangat tahi ayam

Sehangat-hangat tahi ayam semasa proses DIY baju nikah, boleh jugak pakai masa akad nikah hari tu...maklumlah...pemalas satu, nak tunggu mood menjahit satu, paling penting tak bersungguh pun nak siapkan jahit manik tu...nasiblah punya adik yang penyayang selalu jugak dop bebel...3 hari nak balik nikah, barulah siap sepenuhnya...tu pun ada yang lompang, tapi tak siapa perasan...muahaahaa...apapun memang suka sangat dan tak menyangka boleh pakai baju akad nikah hasil jahitan sendiri...yang penting baju neh dah nak let go kat mak andam pasal mak andam berkenan nak buat collection...yeeaayyy!!alhamdulillah, syukur^_^...tak sia-sia menjahit dengan mood malas, ada jugak yang berkenan, hihi=P..tinggal kenanganla pasni..

p/s: hee..thank you so much intan norazam..you truly inspired!

12.15.2011

Hidup masih kelam kabut

lama sudah tidak menaip diblog sendiri, selama tiga bulan lepas hanya post autopublish yang dibuat tika masa terluang..rindu sungguh! dan apa yang berlaku selama 2, 3 bulan lepas seakan sekelip mata, seakan tidak percaya sedang menelusuri perjalanan hidup yang dilalui sekarang...eheheh! Yang penting perkara penting masih belum selesai, seakan berhenti sekejap perjuangan yang diagungkan semasa bujang..hihik...suami pun dah mula membebel, takut nanti bertambah ahli, makin payah perjuangan untuk menghabiskan pengajian...mmphh, mood mengemas rumah dah takde pasal dah takde apa untuk dikemas...apapun, terima kasih suami yang menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk kita...buat masa sekarang, masih terasa hidup kelam kabut..entah kenapa..

note: mood bercerita tentang majlis awal disember baru ne sudah tahap suam kuku...

12.13.2011

Senarai Semak Pindah Rumah buat Pengantin Baru

So entri kali ne saya nak share tips hasil pengalaman sendiri berpindah rumah. Memandangkan dalam tempoh nak berkahwin saya still student (nampak sangat gedik,belajar tak habis lagi, tak menahan, kalau ikut matlamat asal nak keje je dulu setel hutang ptptn <--hutang wajib bayar okei walau tak dituntut, yang penting kawen tak hutang! tapi dah tak tahan kawen jelah, dari dop tergedik dating je keje , habis cerita), so tak banyak barang nak bawak pindah just pakaian jelah dengan box besar gedabak yang dikumpul sepanjang pengajian. Untuk yang dah bekerja, mungkin dah banyak kumpul barang-barang seperti tv/perabot etc, so banyak sikitlah kerja nak mengemas dan proses nak pindahkan barang ke rumah baru maybe memerlukan lori dan sebagainya. 

Kebanyakkan barang-barang yang perlu kita beli adalah barang basic if rumah yang kita pindah masuk tu kosong. Actually untuk permulaan just concern untuk yang basic sudah, ...asalkan ada tempat untuk tidur dan barang-barang untuk masak tu pun dah cukup. Rumah kecik takpe as long as selesa. So tips lebih details untuk pindah rumah boleh klik sini. Banyak jugak particular things kena senaraikan, saya letak yang general sahaja, yang lain depends dan ikut keperluan masing-masing.

Note: enjoy ur new life ok=).

12.12.2011

Cerita Rumah Baru dan Kehidupan Baru

Setelah penat meng'google' dan mencari rumah yang bakal diduduki selepas kahwin...kesimpulannya memang sukar juga untuk jumpa yang kena dengan kehendak dan kemampuan...well said memang memenatkan! tak tambah lagi part mengemas. Sebelum kahwin ada juga mencari tips-tips untuk bakal pengantin yang akan berpindah rumah...sadly memang jarang kot post pasal isu tu...quite blurr dengan segala senarai semak yang perlu ada untuk pindah rumah baru..nanti ingat nak buat sikit senarai semak buat bakal pengantin yang mengalami situasi macam saya ne...
Yes, memang seronok bila duduk rumah sendiri even sewa je...ai mean kita dan pasangan more independent. Excited betul masa mula-mula nak pindah tapi ada jugak yang peningkan kepala rasa nak nangis pun ada mengenang balik akan banyaknya dugaan sebelum kahwin. Alhamdulillah, yang penting it goes smoothly and i can say that preparation pindah rumah sama penting dengan preparation for wedding day. So dalam persediaan dan keterujaan nak kahwin, kehidupan lepas kahwin perlu sama dititik beratkan. Jangan lepas kahwin tinggal sehelai sepinggang sudah. Jangan burn duit kita untuk majlis sehari dua tu (if banyak sponsor and budget just ignore this advice...ngeee)so spend more untuk kehidupan lepas kahwin okei...apa pun kehidupan baru memang menyeronokkan>_<