Tengok post seseorang menangis beria kat kubur arwah isteri, ramai kecam brother tu. Entahlah, for me memang sedih sangat tengok orang menangis ditinggalkan orang tersayang tapi lagi sedih sebenarnya kalau ianya tangisan kesalan. Tambah sedih daku bila tengok someone post anaknya yang ketiga detect kena kanser, dah lama stay hospital untuk rawatan dan kimo, budak tu kecik lagi sebesar hana, kakak dan abangnya adalah dalam umur sembilan ke sepuluh tahun, adiknya balik mengejut selepas rawatan, abang dan kakaknya terkejut lantas memeluk kemas, lama, dan menangis sayu sedih, baca komen "mesti abang kakak sedih sangat sebab tak tahu adiknya akan balik ke tak selepas rawatan tu, kalau yang suka gaduh lagilah terasa". Aahh sudah, auto merembes air mata laju. Nak move on dari rasa sesal ni tak mudah, trust me. Kucakap sebab ku dah lalui.
Teringat arwah adik lelakiku, even dah 26 tahun berlalu rasa sesalan tu masih ku ingat tapi tak seteruk dulukala, sebab tu tengok video yang agak related memang ku merembes. Tiap kali singgah kuburnya dulu dalam 10 tahun ku tersedu nangis diam-diam kat belakang sekali in family group, lepastu tu dapat control diri hanya menitik air mata. Tapi itulah, dik benda dah berlalu tak boleh ulang, hanya sesalan dihati saja yang sudah berlalu pergi, moga berbahagia disana dik. Apa yang daku buat hingga sesal yang dalam, biarlah ku simpan kat hati saja ,Allah sajalah pengubat rasa sesal ni, tapi dengan arwah ku kuat bergaduh, ku kaki gaduh, ada time okay tu sekejap aje, walaupun sesama budak aje time tu, tapi boleh tahan cara gaduhnya. Beza umur jauh. Adikku memang sweet, tapi ku baran, degil, garang, kuat memberontak, rebel dan setara dengannya boleh tahan. Dan sesalan paling dalam bila kita dah tak boleh minta maaf, sebab tuan dah gone forever.
Sebulan sebelum kejadian yang menampar daku seumur hidup, kalaulahku tahu its last time i see you, tentu ku peluk dan minta maaf atas kelakuanku dengan ayat yang menyakitkan hati. Dah takdir Allah hari kejadian ku di asrama call lewat petang exactly kejadian hitam tu berlaku, i keep praying all the time nak sampai ke rumah tu ku masih dapat tengok dia okay, tak teruk tapi sebaliknya, hanya jasad terbaring kaku di bilik depan sekali, tertutup jasad dengan kain nipis, rumah yang penuh dengan orang kampung ku tak hirau dah, terus masuk ke bilik yang ditunjuk oleh sesiapa dah masa tu, rasa luruh, luluh, runtuh ditimpa sesuatu yang amat berat. Ku duduk tepi jasad adikku, perhati wajah adikku, lama ku tenung, comel adikkku, memang babyface even dah tujuh tahun pun, hitam manis, macam tengah tidur, bibir merah merekah tersenyum, kelopak matanya yang tebal dan beralis panjang menambah kemanisan. Pandangan ku teralih ke dahi, ada sedikit goresan memanjang luka , akhirnya keluar juga air mata yang tertahan, ku sentuh pipi adikku yang sejuk, mencari tangannya dan ku pegang, dik jangan tinggal aku, jeritan dalam hati bergema diseluruh pelusuk tubuhku sehingga tubuhku mula bergegar menahan tangisan yang sudah pecah. Ku teresak-esak ditepi jasad adik, ada yang datang memujukku, takpe, takpe adik dah pergi tempat paling baik, dah cium adik tu, nanti pagi esok nak simpan dah. Ku cium pipi, dahi adik, lamaaa, tak mahu lepaskan.
Macam percaya dengan tidak, love hate relationship ni teruk impak sesalnya. Ku tak tahu. Tambah bloodline sendiri, sesalan paling dalam tapi tak terluah. Masuk bilik sendiri dan dengar pula cerita adikku yang menjadi saksi mata kepala kejadian hitam tu, melihat adik lelakiku melayang tinggi dan kepala terhentak ditembok simen, trauma adik perempuanku lagi teruk. Percaya atau tidak, itulah malam kali terakhir kami bercakap tentang arwah, rindu, trauma, tapi sesalan yang ku simpan takde siapa tahu dari saat tu , yang terhambur malam tu kami simpan sendiri antara adik beradik selepas tu hanya melihat ayah setiap kali bercerita kepada sesiapa yang mahu dia ceritakan sambil air mata ayah berjurai cukuplah untuk kami menyimpan kesedihan hati. Takpe, your feel is valid ayah, grief as long as you need. Yang penting kami semua dah happy dah sekarang, ujian hidup begitulah, ada masa rindu, sebak jua, yelah rindu kat jasad yang dah takde.
Emak lagilah ku tak tahu apa rasanya, dikala kejadian masih memangku adik perempuan bongsu yang baru 18hari lahir, ku balik masuk tengok jasad arwah adik, lepas tu pergi ke ruang tengah tepi dapur, lihat mak termenung kosong, ku bangkit dari katil sebab tak boleh tidur pukul 3 pagi, keluar jenguk dan mengintai mak di tepi dinding, mak masih tak tidur, dalam posisi yang sama, termenung kosong sambil nenekku kat sebelah dok pegang baby. Ayah, ku tengok masih duduk tepi jasad adik sambil merenung satu-satunya arwah anak lelakinya sambil tangan mengusap kepala adikku tanpa henti seperti adikku masih bernyawa. Pandangan kosong, sungguh, ujian seorang ibu bapa hilang anak ni sangat berat. Ku masuk bilik balik dan terus air mata macam air hujan. Tak tahu bila terlelap, tapi sedar-sedar ayah suruh solat subuh, dan siap-siap, sebab kejap lagi dah nak pergi kubur bawa adikku. And the rest is history and memories. Memori yang .....................Macam tak percaya Allah buatkan kami jadi bestie selepas kehilangan satu-satunya adik lelaki .
Bila baca tentang pergaduhan adik beradik memang kita yang baik baik saja dengan adik beradik ni takkan faham, mereka yang lalui je tahu pedihnya bila orang sedarah sedaging yang jadi musuh, jadi orang yang terpaksa mengadap perangai tak semenggah masing-masing, betul ka kami ni semua serahim mak? Bergaduh macam hape, tapi percayalah itulah ujian. Dah tertulis kisah Nabi Yusuf dalam Al-Quran tentang adik beradiknya yang iri hati, penuh hasad dengan Nabi Yusuf sehingga khianat dan melakukan kejahatan terhadap adik sendiri. Ku syukur sangat Allah bagi jalan pulang kat daku ketika kemuncak umur remaja, umur lima belas tahun ,masih muda, bertenaga, ku masih ingat ada satu petang angin sepoi-sepoi meniup mukaku dikoridor sekolah, semua dah balik ke dorm masing-masing selepas solat, daku je naik kekelas masa tu, sambil termenung kat koridor, ku renung masjid yang ku tinggalkan selepas solat asar tadi. Entah kenapa tiba-tiba terasa sedih, sebak, teringat dua minggu lepas balik rumah, peristiwa di mana ku mengadap muka mak dengan muka heartless, usai saja makku hempas ganggang telefon, ku masuk bilik hempas pintu sekuat hati, menunjukkan amarahku sama. Ku tak keluar bilik lama juga, hampir tiga jam, last-last dengar kakakku dengan nada kalut dan menjerit panggil namaku, ku keluar tengok mak baring kat kerusi sofa rotan, bawah sofa darah penuh pekat.
Ku terkejut, dada bedebar, terkaku, kakakku cakap paggil mok timoh cepattttt! Ku yang terkejut dengan tempikan kakak, terus berlari turun dan naik ke rumah nenek bagitahu mak keluar darah, nenek naik bersamaku, dan suruh cari kain batik, ku ambil beberapa helai kain batik mak, nenek ku kesat darah yang penuh dilantai bawah kerusi, sambil suruh ku bawa kain batik penuh darah tu ke bilik air. Ku kutip semua kain batik tu dan berlari bilik air di dapur. Mak hanya diam je dan menyuruh kakakku call ayah| ayahku takde masa tu sebab KL berkursus|, berkali-kali call baru ayah angkat, nenekku bagitahu kena bawa mak ke hospital ni sebab darah tak berhenti keluar, janin dah keluar tapi tak sempurna saki baki mungkin tak keluar, tu yang darah tak berhenti. Mak pergi ke hospital macam tu je dengan mukayang sangat pucat, tanpa kata apa-apa selain pesan kakak sulungku, tolong jaga adik-adik. Ku takut, takut yang sangat jika mak tak balik lagi. Petang tu dikoridor aku nangis sensorang,mengingatkan keras hatiku yang sikit pun tak minta maaf atas apa yang ku dah buat. Boleh tahan ego, habis nangis ku langkah tanpa tujuan tahu-tahu sampai kat tempat wudhuk masjid. Ku perati dinding yang berlumut hijau, kesan hitam di batang paip dan lantai, cari penyapu dan berus bawah tangga masjid. Masa tu memang masjid kosong dah semua dah kat dorm masing-masing.
Ku ikat dan simpulkan hujung tudung depan dan mula memberus setiap sudut kolah dan tempat berwudhuk, siap kawasan basah ku menapak naik ke tempat solat, menyusun segala kitab Al-Quran dan buku zikir. Sekali tertengok ada satu Al-Quran terselit celah belakang rak, kemungkinan jatuh, tapi Al Quran tu jatuh dalam keadaan terbuka, dan tengok surah Yasin, termenung seketika dan ku ambil al-Quran dan duduk bersila dan memulakan bacaan, tumpah air mata sambil memerhatikan tafsirannya. i dont know, tapi selepas habis baca segala apa yang berat dalam hati, fikiran, gone!terasa ringan dan angin lembut bertiup menampar pipiku, pandang keluar, matahari dah nak terbenam, angin petang bertiup lembut, cantik sangat Subhanallah, itulah sunset terindah dalam hidupku, dengan rasa yang tak terungkap. Sekarang ku minta sangat Allah hadiahkan perasaan ketika itu, i`m missed that feeling, so deep feeling.
Nikmat sekarang yang Allah hadiahkan moga Allah terus kurnia, peluang yang Allah yang titipkan, sentiasa jadikan ku hamba yang sentiasa bersyukur tak kira apa yang mendatang. Alhamdulillah ku sudah berdamai dengan apa yang Allah takdirkan. Sesalan itu benar-benar bermakna bila Allah pujuk hati yang berdarah. Thank you dik sesalan itu banyak mengajar kakakmu tentang indahnya kehidupan jika banyak bersyukur dan merendah hati. Masyaallah Tabarakallah, past experience memang satu batu loncatan untuk kita growth better, there's no reason to look back when you have so much to look forward too. Sekali sekala perlu menoleh kebelakang untuk mengingatkan kita dan berterima kasih dengan pengalaman lalu, tenggelam dan dikawal kisah lalu tidak sekali-kali, move forward okay.