Sebab tertengok post Dr. Fatin liyana how her first syawal, terus rasa nak menaip. Sedih tak tara tengok video sebegitu di pagi syawal, Allah. Menjejes air mataku, tuan badan yang mengalami tak tahu lah macam mana, honestly bulan Ramadan, syawal tahun ni banyak ku nangis for strangers yang post video meruntun hati. Tak boleh ku imagine, the greatest lost at 'the nostalgic moment's". Perkara paling ditakuti oleh semua insan. Ku tengok video 'post raya' part semua anak cucu dah nak balik dari kampung lepas habis raya pun menjejes air mata, dari riuh rendah rumah dan kampung halaman sebab raya, habis raya jadi sunyi sepi, inikan pula kehilangan selamanya orang tua. Sobs. Iklan raya pun boleh tahan juga bab sedihkan orang ni.
Ku tak tahulah macam mana orang boleh komplen raya begitu begini, rupanya tak semua orang appreciate syawal moment ye?. Ada yang tak suka dan benci rupanya ekk. It's okay masing-masing ada reason. Ku asal raya, takde moment yang tak menggembirakan dari kecil hingga sekarang, dulu tahu sambut, fikir duit raya, sekarang tahu nak meraikan, jumpa saudara mara, dan menghargai waktu yang ada. Ya, betapa cepat waktu berlalu, rasa baru je minggu lepas sambut satu syawal, ni dah nak habis minggu kedua syawal. Moment Ramadan tak payah nak cerita, how busy kita semua mengejar segala apa yang boleh menambah tabung amalan, tahu-tahu gone sebegitu sahaja sebulan yang dilalui. Tahun depan tak tahu berpeluang lagi ke dak, Allah ja tahu, kita doa moga Allah kurnia lagi ruang dan peluang, amin.
Mengenangkan apa yang dibuat sepanjang sebulan Ramadan, cuba juga ulang balik, adakah disebabkan bulan atau disebabkan kehendak dan keinginan sendiri, kenapa bulan Ramadan boleh buat, kenapa bulan lain tak boleh buat yang sama? Huhuu, struggle ye, sobs. Mengenangkan jua kegembiraan kita menyambut syawal, ada yang bersedih menyambut syawal, keriangan kita ketika syawal menjelma, kedukaan orang lain ketika meraikan syawal tiba. Sedih baca berita yang hilang keluarga, anak, yatim piatu ketika mana kita berbahagia, mereka terpaksa menerima kelukaan kehilangan orang kesayangan.
Syawal kali ni rasa sungguh berlalu pantas, dunia laju berputar, waktu berlalu pergi dan takkan berulang, hakikat masa yang mendatang menyedarkan waktu kita semua singkat,maka rugilah tak memaknakan kependekan masa dengan kasih sayang. Kehilangan akan tetap kita lalui bila tiba waktu dijanjikan, moga Allah kurnia kekuatan dan kesabaran bila detik tu datang.
Raya kali ni banyak plot twist, thing happen, dan tentunya banyak part menggembirakan.
Balik raya tahun ni macam tahun lepas juga, sebab tak nak terperangkap dalam jem jalan raya terlalu lama, decide tidur kat Cameron Highland dulu dan sambung perjalanan awal pagi esoknya. Walaupun jalan Lojing bumping teruk, rosak teruk dan sewaktu dengannya, syukur dengan pilihan yang ada sebab tak stress kena beratur atas jalan. Jadi driver dapat rehat cukup dan tak rushing balik raya, naik Cameron waktu Ramadan memang tak best sebab kedai makan tak banyak yang buka, dapat jumpa kedai makan untuk buka puasa tu rahmat besar dah. Bulan puasa awal Ramadan tu ramai juga yang naik Cameron ye berbuka kat atas sana, jalan-jalan bazaar Ramadan Tanah Rata, tapi akhir Ramadan tinggal foreigners je yang ramai terutamanya kat Tanah Rata tu, kedai pun limited.
Tahun ni kali pertama kali sepanjang kahwin tak balik berbuka puasa kat kampung, ikutkan kebiasaan memang setiap tahun setiap kali awal bulan Ramadan kami balik berbuka kat rumah mak ayah dan ma, tapi itulah tahun ni dah ada anak masuk sekolah menengah duduk asrama memang lain terus tune nya ye. Yang merasa tu tahulah macam mana rupanya, kita ni baru nak masuk fasa tu, menangis tak berlagu sebab in between, nak balik kampung, tapi anak everyweek pula nak kita datang jenguk, jadi weekends tahun ni dan tahun seterusnya takde dah episod tetiba bergolek tayar balik kampung atau unplanned version pergi bercuti memana, huahuaa.
Turn balik raya tahun ni memang kalau ikutkan belah mertua, sama dengan kakakku tapi disebabkan ayah decide tahun ni nak buat open house raya pertama kali setelah bertahun-tahun tak buat, maka suami suruh balik rumah mak ayah dulu, jadi beraya kat rumah mak ayah dululah jawabnya, kena taat apa suami demand, gitu,wakakka. Petang raya terus balik rumah mertua sebab second raya pulak rumah terbuka kat sana. Rumah terbuka tahun ni buat dua dua belah, penat tu tak sangat, tapi even semua cuti panjang, masih rasa tak sempat berborak panjang antara adik beradik, ipar duai, rasa tak puas. Bila buat rumah terbuka memang sibuk part masak, layan saudara mara, dapat jumpa yang dah lama tak jumpa, huhuuu. Tapi puas hati sebab dapat penuhi permintaan orang tua, depa nak jamu anak beranak dan bertemu mata. Ikutkan kita anak-anak, memang malas nak masak portion macam kenduri kecil, nak pergi jalan-jalan ziarah raya rumah orang aje kalau boleh, tapi raya kan bukan tentang kita dah bila umur macam ni, ia lebih kepada parents kita dah, bila umur bertambah, ramai dah yang pergi, yang berbaki tinggal ni jelah yang depa nak jumpa, why not layan je permintaan mereka, kita pun sampai masa mungkin Allah letakkan jua dalam keadaan sebegitu merasai apa yang mereka rasa jika panjang umur macam mereka pula.
Baju raya tahun ni dah cukup beringat ingat, daku beli sepasang seorang je, sebab tahun lepas terlebih baju raya sampai takdan nak pakai, memang soheh sekali pakai aje baju raya, jadi tahun ni tambah duit pun dah habis lenjan bayar yuran dan keperluan anak-anak sekolah, maka itu ajelah lebih dari mencukupi rupanya. Baju raya tahun ni, rupanya warna yang di katakan warna awam rupanya tidak, plot twist ramai pakai baju warna burgundy, pink, peach dan senada dengannya, apa nak kisah kita semua warna lebih kurang dalam satu Masjid, yang penting semua happy pakai baju masih baru, bersih dan dalam hati sentiasa ada rasa syukur. Dikala orang sibuk pertikai mahal murah baju raya yang dishopping, ku happy sangat dapat rembat baju raya anak-anak RM23.90 sepasang seorang kat shoppee, dapat jimat dah satu hal, yang pasti tak sesal beli sebab depa pun sempat pakai sekejap aje sebab semua cepat membesar, tinggi, melebar, worth every penny membeli, gituhhh. Ada orang happy boleh beli murah, ada yang happy dapat beli yang mahal, semua ada self taste kan, raikan saja. Duit orang yang membeli, jangan dok pertikai, persoal, dan fikir, dapat beli baju raya kita ikut kemampuan masing-masing aje pun dah satu nikmat dah. Jangan bebankan fikiran sendiri fikir pasal duit orang. Sederhana kita tak sama dengan sederhana orang lain. So takyah compare, takyah fikir. Raya kali ni yang pastinya semua orang cantik betul berbaju raya, sukanya tengok masing-masing share gambar raya, masyaallah subhanallah, tak kira in realiti atau yang kat medsos, semua cantik, tak puas scroll tengok. Aaa adore betullah.
Biskut raya tahun ni memang tak beli terus sama dengan kerepek, keropok sebab dah banyak tahun dah stop beli, banyak jadi pembaziran. Makanya biskut raya kami layan makan masa Ramadan dan tengah syawal sekarang ni pula baru mencari balik biskut raya, hahahaha. Masa raya memang semua pulun layan menu raya homecook, rendang, sayur lodeh, roti jala gulai ayam, ketupat, biskut memang tak pandang langsung ye. Balik rumah sendiri, kena pula merendang sebab tak puas makan sebab raya kali ni tak jumpa orang hidang lemang, jadi balik perak cari lemang cicah rendang ayam, raya sekali lagi, merayakan perut sendiri kekdahnya.
Misteri ketukan kat rumah mak ayah dan adik beradiknya dah berakhir masa bulan Ramadan, dan ku harap betul-betul berakhir. Cerita seram ni ku tak nak taip, sebab taip sejemput part ni pun dah meremang bebulus, jadi cukuplah ku doa, cukup-cukup sudah. Bab duit raya, takde point nak cakap, dapat alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah. Anak-anak happy dapat berkumpul dengan sepupu sepapat depa. Yang penting depa memang aim balik kampung tu depa dapat jumpa semua, dapat main bunga api sama-sama, berborak bermacam topik, main games dan beraya sesama, that's more than enough for them sebab time cuti cemtulah depa dapat bonding.
Apapun syawal 2025, sedar tak sedar abah, nenekku, bapa saudaraku, emak saudara ku, semua dah masuk tahun kedua dan lebih usia mereka berpindah alam, apatah lagi datukku dan moyangku yang dah berpuluh, berbelas tahun meninggalkan kami. Rasa macam baru je, tapi dah makan tahun rupanya. Sayu, hiba mengenangkan memori ketika mana mereka masih ada. Syukur tahun ni daku masih mampu memeluk mak ayah, ma, adik beradik dan saudara mara, nikmat apa lagi yang didustakan? Sobs, it's truely raya for me, because of them.
Ohh, not to forget, photo raya tahun ni part ambil gambar behind the scene, memang tak sempat langsung ku nak shoot, gambar beraya, gambar layan tetamu, gambar tetamu sanak saudara datang, lagilah tak sempat ku ambil, tahun ni semua gambar raya family kecilku sendiri pun takde dalam phone sendiri, tunggu ihsan orang lain hantar, punya tak sempat nak pegang phone, entah apa ku buat, tak tahu, huhuuu. Biasa part gambar behind the scene, random photo, unsetting scene memang kerja daku, tahun ni yilleks, hua padahal moment cemtu lah paling mahal nak dipotraitkan walaupun muka memasing, comot, belengas, kalut. Tak boleh buat apa, hanya diingatan sudah.
Post raya effect kali ni memang deep betulkan, macam sekelip mata je kan?