Pages

Pages

4.29.2025

3 Tahun

Lima hari lepas alhamdulillah genap 3tahun umur anak bongsu, renung-renung masyaallah tiada daya dan upaya nak besarkan setiap anak, apatah lagi yang bongsu ni tapi Allah tolong, permudahkan segala urusan sejak mereka lahir. Setiap anak ada ujian dan nikmat. Sepanjang mengandungkan enam orang anak, mengandungkan anak bongsu ni lah paling serik sekali tambah banyaknya cabaran.



Masa  mengandungkan Hana ni banyak kali juga test UPT sebab banyak kali tak detect, mengandungkan Hana ni less stress bab check up sebab no more dah everyweek check up, less stress sebab ada selera makan, tapi banyak stress sebab terlalu penat bawa diri, berat sangat berat timbangan, kerap nangis sebab penat semata, takde energy. Memang tiap kali laki balik kerja daku hanya mampu menitiskan air mata saja, sebab nak cakap penat dah tak larat nak buka mulut. 



Penat sebab mengandungkan anak bongsu ni, masih kena layan toddler lain yang suka mengendeng, mengempeng, iaitu Haniy kakaknya. Punca penat yang paling memenatkan, sebab masih breastfeedingkan kakak nya, bermacam cara pun tak boleh nak cerai susu, Allah. Tak tahula kena mandrem camne dengan cap susu gantung. Masih rajin masak sebab anak-anak tengah selera makan semua nak membesar so tak boleh skip bab ni. Paling stress sebab masa PKP, stress berkurung, lepas tu sepanjang kena kurung batuk teruk sepanjang mengandungkan, details check up pun kata takde apa, batuk biasa takde jangkitan kuman, mana tak stress tak boleh tidur sepanjang  mengandungkan akibat batuk sepanjang tu, everytime buat test covid semua negative, how can it be, sedangkan daku batuk sangat teruk ye, nak cakap pun tak boleh, time malam lagi teruk sebab masa batuk tu tarik sampai ke urat perut bawah dada, adakala kahak pekat sampai tak boleh sedut nafas ikut hidung, semput. Batuk sampai terkencing-kencing ye, memang teruk seksa batuk, sampaikan mikir nak pergi admit kat wad aje biar tak boleh pun, nak suruh orang jaga daku plak, at least daku fikir diri sendiri aje dah masa tu, anak-anak lain lantak dia, nak duduk rest, sedut benda cairkan kahak tu aje sambil baring rilex. Once Hana lahir, batuk terus takde, gone. Allah, mana tak serik. Doktor cakap sebab pembawakan baby. Tobat serik, perit, pahit dan segala macam standing dengannya kalau cemtu pembawakan budak. Batuk seminggu pun dah rasa teruk, inikan pula nak kena batuk sampai keluar seketul budak, Allah, alhamdulillah merasalah azab sungguh. Banyak dosa agaknya, lahirkan terus gone cemtu je,how? macam jadi baby jugak kita ni, haisshhh. 




Tapi itulah, berangan bolehlah masa tu nak chill duduk baring rilex aje, nasib jugalah tak teradmit wad juga, sebab daku memang kaki berjalan masa anak bongsu dalam kandungan, bila kena kurung, stress tu mencanak, so dapat keluar pusing-pusing sekitar pun okay dah even tak dapat rentas situ sini, walaupun seram masa tu semua jalan sunyi sepi, rumah sepanjang kita orang lalu pun semua macam tak berpenghuni, betul-betul semua berkurung. Adalah terjumpa segroup dua aje kalau berkebetulan. Tapi masa tu betul best even creepy, macam dalam cerita zombie, semua tempat sunyi sepi. Macam mana kita boleh keluar? Orang lain tak keluar? Ku pun tak tahu, sebab masa tu memang dah boleh keluar tapi masih ramai tak berani, jadi bila semua dah mula2 keluar memang rasa macam kena panick attack, tak boleh tengok orang ramai, mungkin fear tu masih adalah kot ekk. Punya tahap takut tu sampai terjangkit kat anak bongsu, besar sikit tak boleh pergi tempat orang ramai, meraungg, rimas, macam-macam lagilah. 



Paling best mengandungkan anak bongsu ni, lebih chill bab nak beranak, hari jumaat bulan puasa, pecah air ketuban, call suami cakap kita balik buka puasa kat rumah ma la, sebab air ketuban dah turun ni, bertolak balik ikut Gerik, sampai rumah, siap makan apa yang mengidam, pergi klinik check, memang dah sikit tinggal air ketuban jalan dah buka 3cm, so doktor refer ke hospital, padahal boleh sangat nak ke hospital terus, tapi punya rilex sempat lagi suami teman pusing satu mall, siap shopping jubah bagai, dari mall terus ke hospital, admit pun dah petang benar, memang suami tak boleh teman masa tu, buat test covid apa semua, okay negative terus ke bilik check up check jalan, masa tu memang sakit gila dah contraction, tapi jalan buka stay 3cm aje, masih sama. 



Tapi doktor suggest masukkan ubat paksa bersalin tu, apa dia nama dah ku tak ingat namanya, takdan ubat function, ku rasa kepala budak dah kat bawah, terus cakap kat doktor, rasa nak teran keluar, dahlah masa tu semua orang kalut baru siap buka puasa, dari takdak orang nak layan semua kalut mai, sedia apa yang patut, alhamdulillah sekali teran keluar si Hana. Masyaallah Tabarakallah, terus call suami bagitahu dah siap bersalin, suami tunggu dalam kereta je sepanjang tu, first time lakiku tak tengok anak lahir, anak bongsu nilah. Kelima-lima anak suami hadap tengok, paling mahal memori suami cakap masa tengok kelahiran Hajjar, 2,3 hari kemudian lihat pengakhiran abah pula depan mata sendiri, alone. Takde ayat  lagi nak describe sampai sekarang katanya, huhuu. 




Apapun rasa macam sekejap je semua berlalu pergi, kadang dah lupa part mana sepanjang membesarkan Hana ni yang buat daku perit, tengok senyuman, dengar ketawa dan tangisan, bermacam rasa bercampuk aduk, tapi alhamdulillah syukur dengan nikmat yang Allah kurnia. Hana bertuah sebab lahir dikelilingi abang kakak, jadi banyak guidance dari abang kakak dari segi progress berjalan, bercakap, bermain, bersosial. Umur dua tahun dah pandai sebut ayat pendek untuk sesuatu perkara dan buat perkara mindblowing yang kadang abang dan kakaknya tak pernah buat. Tiada doa terbaik dari seorang ibu untuk anak-anak nya. Moga Allah takdirkan yang baik-baik sahaja untuk anakanda kehidupan dunia akhirat, Amin yra. Moga yang menantikan si kecil, ku doakan Allah permudahkan rezeki kalian menikmati nikmat dan ujian yang datang dalam satu pakej ni, insyaallah, Amin yra. 



4.16.2025

Rasa

Dalam banyak-banyak kenangan Ramadan lepas, kenangan kat someone yang tak pernah mengenaliku, dan ku pun tak kenal sangat, hanya follow her story from medsos aje, sampailah Allah temukan daku dan dia kat dalam bilik pembedahan, look at me and take my hand, she smile and said "jangan takut ye, insyaallah everything will be fine", ku angguk dan senyum, calm with her courage and support sebelum jarum panjang lagi besor tu membenam belakangku. Tiap kali Ramadan tak pernah putus ku doa Allah kurniakan kesembuhan hakiki buatnya, even dah hampir 13 tahun berlalu pertemuan tu, and she even not notice and knowing me, ku doa dan yakin suatu hari Allah sembuhkan kak Pija seperti kak Pija bangun dari mimpi yang sangat panjang. Tahu-tahu anak dah besar dah, dan menceritakan segala apa yang dilalui sepanjang tidur yang panjang tu. Rasa macam mustahil, tapi perancangan Allah ni tak siapa tahu, yang mustahil tu pun boleh jadi, asbab kun fayakun. No one never know unpredictable jalan cerita kehidupan kita atas dunia ni kan? Ku rasa Kak Pija pun sebenarnya sebenarnya sedang merasai nikmat yang kita pandang nampak ujian. Nikmat terpelihara dari segala dari dosa akhir zaman, koma right after birth,ibarat sesuci seorang bayi tanpa sebarang dosa, masyaallah. May Allah ease the burden 'soul and physically' of her mother yang setiap saat menjaga dengan penuh ikhlas seorang anaknya. Pelangi selepas hujan tu bukan dongengan. 


Ramadan kali ni banyak sangat reflect diri, bersyukur ke tak saat ni, hari ini, semalam dan segala apa yang dijalani sepanjang kehidupan ni, rasa macam woww, betapa banyaknya nikmat walaupun ujian berselang seli datang untuk menguji, betul ka syukur ni? Sync ke dak syukur kat mulut dengan kat hati tu? Sync ke dak rasa syukur kat hati tu dengan perbuatan? Dalam banyak-banyak senarai rezeki yang dirasa, rezeki dari rasa syukur sangat mind blowing ye. Ku tak tahu nak details macam mana, tapi korang yang banyak complain, banyak berkeluh kesah, you should try this feeling of grateful. Kot ada yang tak tahu, rezeki kita semua memang dah tertulis pun, tapi rezeki ni datang dalam banyak cara, ada 13 pintu/punca yang mendatangkan rezeki buat kita. Ku senaraikan

1) TAQWA - “Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya.” (Q.S. Ath Thalaq: 2-3)

2) TAWAKKAL - “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Q.S. Ath Thalaq: 3)

3) SOLAT - “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

4) SEDEKAH - “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha mengetahui.”

(Al Baqarah: 261)

5) ISTIGHFAR - “Mohonlah ampun kepada Rabb kalian, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat (melimpah ruah membawa kebaikan), dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai (yang penuh dengan kebaikan dan manfaat).”

(Surah Nuh ayat 10 – 12)

6) SYUKUR - “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Surah Ibrahim ayat 7)

7) SILATURRAHIM - Barangsiapa yang senang untuk dilapangkan rizkinya dan diakhirkan ajalnya (dipanjangkan umurnya), maka hendaklah ia menyambung (tali) silaturahim.” (HR. Muttafaqun ‘alaih dari Anas bin Malik r.a).

8 )TUNTUT ILMU - Diantaranya hadis Nabi Saw. dalam Musnad Asy Syihab karya Muhammad Al Qudha’i (w. 454 H) diriwayatkan oleh Sayyidina Zaid bin Haritsah (w. 8 H), “Barangsiapa yang mencari ilmu, maka Allah Swt. akan menjamin dengan rezeki-Nya.”

9) NIKAH - Dan kawinkanlah orang-orang yang sedirian[1035] diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Q.S. An Nuur: 32)

10) DAKWAH - “Ada tiga golongan yang mereka seluruhnya berada dalam jaminan Allah Subhanahu wa Ta’ala: (Pertama) seseorang yang keluar berperang di jalan Allah Subhanahu wa Ta’ala maka ia berada dalam jaminan Allah Subhanahu wa Ta’ala hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam surga, atau mengembalikannya (ke keluarganya) dengan pahala dan ghanimah yang diperolehnya. (Kedua) seseorang berangkat ke masjid maka ia berada dalam jaminan Allah Subhanahu wa Ta’ala hingga Allah Subhanahu wa Ta’ala mewafatkannya lalu memasukkannya ke dalam surga, atau mengembalikannya dengan pahala dan ghanimah yang diperolehnya. (Ketiga) seseorang masuk ke rumahnya dengan mengucapkan salam maka ia berada dalam jaminan Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Abu Dawud no. 2494)

11) TILAWAH QURAN -“, ‘Barangsiapa membaca surat yaa siin pada permulaan hari, niscaya akan dipenuhi segala hajatnya (pada hari itu).” (HR Darami) Dari Sayyidina Ibnu Mas’ud Ra, Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan menderita kefakiran selamanya.” (HR Baihaqi)

12) ZIKIR PAGI PETANG -  “Subhanallah wa bihamdihi subhanallahil adzim, dan beristighfarlah kepada Allah sebanyak seratus kali diantara waktu terbitnya fajar hingga menjelang waktu shalatmu, dengan itu dunia akan tunduk dan merangkak mendatangimu, dan Allah menciptakan dari setiap kalimat tersebut Malaikat yang selalu bertasbih kepada Allah hingga hari kiamat dan untukmu pahalanya.” (H.R. Bukhari)

13) PEKERJAAN- Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung. (Q.S. Al Jumu´ah 10)


Nampak simple senarai 13 tu kan? Tapi ramai yang pandang ringan, pandang enteng, semua tu berkait antara satu sama lain, bukan pilih-pilih buat dan usaha. Kena praktik dan doa moga jadi amal kita, insyaallah. Adakala bila kesusahan kita lupa, adakala kita terlalu menikmati dan senang sehingga melupakan. Dalam ujian dan nikmat selalulah ingat tiga belas pintu rezeki ni. Jika diingatkan balik segala yang pahit, yang dibenci, saat kecewa, terluka, perit, serik, semua datang berasbab untuk di masa akan datang. Kita ni memang lemah sebab banyak bersangka-sangka tak kira baik atau buruk, tapi nak didik diri tak mudah, diam tak bereti kalah dan mengalah, diam adalah kejayaan yang tak diiktiraf tapi manisnya Allah ja tahu, yang sedang melalui kepahitan, may Allah ease, tiada ujian tiadalah kemanisan. Yang sedang menikmati kesenangan, ingat dan syukur selalu, jangan sombong, table turn anytime, selagi mana nafas terhembus, rezeki tertulis milik kita, insyaallah. 

4.11.2025

Raya 2025

Sebab tertengok post Dr. Fatin liyana how her first syawal, terus rasa nak menaip. Sedih tak tara tengok video sebegitu di pagi syawal, Allah. Menjejes air mataku, tuan badan yang mengalami tak tahu lah macam mana, honestly bulan Ramadan, syawal tahun ni banyak ku nangis for strangers yang post video meruntun hati. Tak boleh ku imagine, the greatest lost at 'the nostalgic moment's". Perkara paling ditakuti oleh semua insan. Ku tengok video 'post raya' part semua anak cucu dah nak balik dari kampung lepas habis raya pun menjejes air mata, dari riuh rendah rumah dan kampung halaman sebab raya, habis raya jadi sunyi sepi, inikan pula kehilangan selamanya orang tua. Sobs. Iklan raya pun boleh tahan juga bab sedihkan orang ni. 



Ku tak tahulah macam mana orang boleh komplen raya begitu begini, rupanya tak semua orang appreciate syawal moment ye?. Ada yang tak suka dan benci rupanya ekk. It's okay masing-masing ada reason. Ku asal raya, takde moment yang tak menggembirakan dari kecil hingga sekarang, dulu tahu sambut, fikir duit raya, sekarang tahu nak meraikan, jumpa saudara mara, dan menghargai waktu yang ada. Ya, betapa cepat waktu berlalu, rasa baru je minggu lepas sambut satu syawal, ni dah nak habis minggu kedua syawal. Moment Ramadan tak payah nak cerita, how busy kita semua mengejar segala apa yang boleh menambah tabung amalan, tahu-tahu gone sebegitu sahaja sebulan yang dilalui. Tahun depan tak tahu berpeluang lagi ke dak, Allah ja tahu, kita doa moga Allah kurnia lagi ruang dan peluang, amin.


Mengenangkan apa yang dibuat sepanjang sebulan Ramadan, cuba juga ulang balik, adakah disebabkan bulan atau disebabkan kehendak dan keinginan sendiri, kenapa bulan Ramadan boleh buat, kenapa bulan lain tak boleh buat yang sama? Huhuu, struggle ye, sobs. Mengenangkan jua kegembiraan kita menyambut syawal, ada yang bersedih menyambut syawal, keriangan kita ketika syawal menjelma, kedukaan orang lain ketika meraikan syawal tiba. Sedih baca berita yang hilang keluarga, anak, yatim piatu ketika mana kita berbahagia, mereka terpaksa menerima kelukaan kehilangan orang kesayangan. 


Syawal kali ni rasa sungguh berlalu pantas, dunia laju berputar, waktu berlalu pergi dan takkan berulang, hakikat masa yang mendatang menyedarkan waktu kita semua singkat,maka rugilah tak memaknakan kependekan masa dengan kasih sayang. Kehilangan akan tetap kita lalui bila tiba waktu dijanjikan, moga Allah kurnia kekuatan dan kesabaran bila detik tu datang. 


Raya kali ni banyak plot twist, thing happen, dan tentunya banyak part menggembirakan. 


Balik raya tahun ni macam tahun lepas juga, sebab tak nak terperangkap dalam jem jalan raya terlalu lama, decide tidur kat Cameron Highland dulu dan sambung perjalanan awal pagi esoknya. Walaupun jalan Lojing bumping teruk, rosak teruk dan sewaktu dengannya, syukur dengan pilihan yang ada sebab tak stress kena beratur atas jalan. Jadi driver dapat rehat cukup dan tak rushing balik raya, naik Cameron waktu Ramadan memang tak best sebab kedai makan tak banyak yang buka, dapat jumpa kedai makan untuk buka puasa tu rahmat besar dah. Bulan puasa awal Ramadan tu ramai juga yang naik Cameron ye berbuka kat atas sana, jalan-jalan bazaar Ramadan Tanah Rata, tapi akhir Ramadan tinggal foreigners je yang ramai terutamanya kat Tanah Rata tu, kedai pun limited. 


Tahun ni kali pertama kali sepanjang kahwin tak balik berbuka puasa kat kampung, ikutkan kebiasaan memang setiap tahun setiap kali awal bulan Ramadan kami balik berbuka kat rumah mak ayah dan ma, tapi itulah tahun ni dah ada anak masuk sekolah menengah duduk asrama memang lain terus tune nya ye. Yang merasa tu tahulah macam mana rupanya, kita ni baru nak masuk fasa tu, menangis tak berlagu sebab in between, nak balik kampung, tapi anak everyweek pula nak kita datang jenguk, jadi weekends tahun ni dan tahun seterusnya takde dah episod tetiba bergolek tayar balik kampung atau unplanned version pergi bercuti memana, huahuaa. 


Turn balik raya tahun ni memang kalau ikutkan belah mertua, sama dengan kakakku tapi disebabkan ayah decide tahun ni nak buat open house raya pertama kali setelah bertahun-tahun tak buat, maka suami suruh balik rumah mak ayah dulu, jadi beraya kat rumah mak ayah dululah jawabnya, kena taat apa suami demand, gitu,wakakka. Petang raya terus balik rumah mertua sebab second raya pulak rumah terbuka kat sana. Rumah terbuka tahun ni buat dua dua belah, penat tu tak sangat, tapi even semua cuti panjang, masih rasa tak sempat berborak panjang antara adik beradik, ipar duai, rasa tak puas. Bila buat rumah terbuka memang sibuk part masak, layan saudara mara, dapat jumpa yang dah lama tak jumpa, huhuuu. Tapi puas hati sebab dapat penuhi permintaan orang tua, depa nak jamu anak beranak dan bertemu mata. Ikutkan kita anak-anak, memang malas nak masak portion macam kenduri kecil, nak pergi jalan-jalan ziarah raya rumah orang aje kalau boleh, tapi raya kan bukan tentang kita dah bila umur macam ni, ia lebih kepada parents kita dah, bila umur bertambah, ramai dah yang pergi, yang berbaki tinggal ni jelah yang depa nak jumpa, why not layan je permintaan mereka, kita pun sampai masa mungkin Allah letakkan jua dalam keadaan sebegitu merasai apa yang mereka rasa jika panjang umur macam mereka pula. 


Baju raya tahun ni dah cukup beringat ingat, daku beli sepasang seorang je, sebab tahun lepas terlebih baju raya sampai takdan nak pakai, memang soheh sekali pakai aje baju raya, jadi tahun ni tambah duit pun dah habis lenjan bayar yuran dan keperluan anak-anak sekolah, maka itu ajelah lebih dari mencukupi rupanya. Baju raya tahun ni, rupanya warna yang di katakan warna awam rupanya tidak, plot twist ramai pakai baju warna burgundy, pink, peach dan senada dengannya, apa nak kisah kita semua warna lebih kurang dalam satu Masjid, yang penting semua happy pakai baju masih baru, bersih dan  dalam hati sentiasa ada rasa syukur. Dikala orang sibuk pertikai mahal murah baju raya yang dishopping, ku happy sangat dapat rembat baju raya anak-anak RM23.90 sepasang seorang kat shoppee, dapat jimat dah satu hal, yang pasti tak sesal beli sebab depa pun sempat pakai sekejap aje sebab semua cepat membesar, tinggi, melebar, worth every penny membeli, gituhhh. Ada orang happy boleh beli murah, ada yang happy dapat beli yang mahal, semua ada self taste kan, raikan saja. Duit orang yang membeli, jangan dok pertikai, persoal, dan fikir, dapat beli baju raya kita ikut kemampuan masing-masing aje pun dah satu nikmat dah. Jangan bebankan fikiran sendiri fikir pasal duit orang. Sederhana kita tak sama dengan sederhana orang lain. So takyah compare, takyah fikir. Raya kali ni yang pastinya semua orang cantik betul berbaju raya, sukanya tengok masing-masing share gambar raya, masyaallah subhanallah, tak kira in realiti atau yang kat medsos, semua cantik, tak puas scroll tengok. Aaa adore betullah. 


Biskut raya tahun ni memang tak beli terus sama dengan kerepek, keropok sebab dah banyak tahun dah stop beli, banyak jadi pembaziran. Makanya biskut raya kami layan makan masa Ramadan dan tengah syawal sekarang ni pula baru mencari balik biskut raya, hahahaha. Masa raya memang semua pulun layan menu raya homecook, rendang, sayur lodeh, roti jala gulai ayam, ketupat, biskut memang tak pandang langsung ye. Balik rumah sendiri, kena pula merendang sebab tak puas makan sebab raya kali ni tak jumpa orang hidang lemang, jadi balik perak cari lemang cicah rendang ayam, raya sekali lagi, merayakan perut sendiri kekdahnya.


Misteri ketukan kat rumah mak ayah dan adik beradiknya dah berakhir masa bulan Ramadan, dan ku harap betul-betul berakhir. Cerita seram ni ku tak nak taip, sebab taip sejemput part ni pun dah meremang bebulus, jadi cukuplah ku doa, cukup-cukup sudah. Bab duit raya, takde point nak cakap, dapat alhamdulillah, tak dapat pun alhamdulillah. Anak-anak happy dapat berkumpul dengan sepupu sepapat depa. Yang penting depa memang aim balik kampung tu depa dapat jumpa semua, dapat main bunga api sama-sama, berborak bermacam topik, main games dan beraya sesama, that's more than enough for them sebab time cuti cemtulah depa dapat bonding. 


Apapun syawal 2025, sedar tak sedar abah, nenekku, bapa saudaraku, emak saudara ku, semua dah masuk tahun kedua dan lebih usia mereka berpindah alam, apatah lagi datukku dan moyangku yang dah berpuluh, berbelas tahun meninggalkan kami. Rasa macam baru je, tapi dah makan tahun rupanya. Sayu, hiba mengenangkan memori ketika mana mereka masih ada. Syukur tahun ni daku masih mampu memeluk mak ayah, ma, adik beradik dan saudara mara, nikmat apa lagi yang didustakan? Sobs, it's truely raya for me, because of them. 

Ohh, not to forget, photo raya tahun ni part ambil gambar behind the scene, memang tak sempat langsung ku nak shoot, gambar beraya, gambar layan tetamu, gambar tetamu sanak saudara datang, lagilah tak sempat ku ambil, tahun ni semua gambar raya family kecilku sendiri pun takde dalam phone sendiri, tunggu ihsan orang lain hantar, punya tak sempat nak pegang phone, entah apa ku buat, tak tahu, huhuuu. Biasa part gambar behind the scene, random photo, unsetting scene memang kerja daku, tahun ni yilleks, hua padahal moment cemtu lah paling mahal nak dipotraitkan walaupun muka memasing, comot, belengas, kalut. Tak boleh buat apa, hanya diingatan sudah. 


Post raya effect kali ni memang deep betulkan, macam sekelip mata je kan? 

Xoxo, 
Menaip dibucu katil ditengah malam