Pages

Pages

11.13.2024

Media Sosial

Puas hati baca entry Kak Di pasal hate stalking, one of my favorite blogger, by the way, cerita pasal hate stalking ni memang relatable sangat dengan penyakit hati dan mental. Baru je borak santai dengan dengan bestfriend pasal serampang dua tiga mata, media sosial ni banyak sebab diwujudkan, bukan depa tak kaji human behaviors and emotion ni, depa yang cipta ni memang terlebih deep kaji, impak media sosial ni yang baik tu toksah cakap la, yang buruk ni, sebenarnya tu pun tujuan dan goals 'mereka'. So janganlah letak media sosial, dunia maya melebihi dunia realiti. In fact, hari ni ramai yang wujud dalam tak wujud, ada tapi macam takde, impak dari dunia maya. 


Limitless involved. Ada yang tersedar, patah balik ke dunia nyata, ada yang hanyut terus hanyut, terbaca one post, "you shouldn't believe everything you see in media social". Betullah tu, kat media social semua tunjuk yang baik, yang cantik, yang kelihatan perfect, non of us yang nak tunjuk buruk-buruk even if dalam penulisan, bold sangat jadi macam Saiful Nang, kena kecam alih-alih tepat dan sangat betul apa yang dia khabarkan dulu, even those picture atau video yang tak menepati kehendak kita sendiri pun kena question, sekarang trending threads pula, hebat sungguh orang yang cipta platform sebegini, either boleh jadi ladang pahala atau dosa, kita yang buat dia. So masing-masinglah punya pilihan. 


Ku rasa paling best achievement sendiri sebab dah boleh let go one of media social yang paling payah ku nak get rid iaitu Facebook. Macam satu addiction bagi ku sehari kalau tak buka rasa tak boleh, scroll situ sini, baca situ sini, tahu-tahu dah gone 7-8jam begitu sahaja. Tu sebab ku usaha juga delete permanent. Nak kata Facebook toksik, entahlah kot-kot daku sendiri yang toksik sebenarnya. Alhamdulillah, i'm just fine rupanya malah rasa lebih banyak masa sendiri terisi. Dan paling penting, i'm not missing anything even dah delete permanent. Duluth masa nak delete, cancel, nak delete, cancel sebab dok mikir macam tertinggal news, duduk dalam gua aje. Instagram dan blog ku tak risau sebab dua platform ni sangat jarang ku jengah, kalau log in pun tak sangkut lama, macam lepas tulis, publish, terus tak ingat nak jenguk, melainkan ada benda ku nak tulis dan buat notes as a memory lane. 


So asbab takde benda nak dilayan, siap dah half of my lasagna raised bed kat backyard garden, dua tiga jam sehari tak terasa berada kat kebun, atau mungkin my phase of age memang nakkan ketenangan sebegini, malas nak ambil tahu pasal orang dan buat hal sendiri aje. Actually kita semua sedang buat hal sendiri aje, tapi wujud media social, orang jadi tahu apa yang kita buat hasil dari yang kita kongsi juga. Makin banyak kongsi, makin banyak orang tahu, makin tunjuk makin banyak orang tahu. So kita sendiri pandai-pandai nak limitkan bab mana nak kongsi. Setiap apa yang kita share akan berbalik kesannya dekat kita juga. Depends yang melihat, membaca, mengikuti perkongsian kita, tu yang timbul bermacam impak, boleh jadi inspirasi, boleh jadi panduan, teladan, boleh jadi fans, boleh jadi hate stalker juga. 


Ada yang kata, "eh, nak share sangat kat media social, hadaplah orang suka ke tak suka". In fact kita boleh pilih jadi person yang baik even kat media social, tak suka tengok, unfollow, block, tapi majoriti pilih jadi hate stalker and haters. Tak tahu kenapa, mungkin human being, itu sebab Allah wujudkan Syurga dan neraka kan. Sebab manusia ramai lupa tujuan utama lahir, hidup, tapi memilih untuk jadi penilai hidup manusia lain. 



So itulah antara serampang dua tiga mata media social, tapi ramai memilih yang tak baik dari yang baik, sanggup buat fake account dan buat hate comment dekat unknown person yang sekilas sahaja dia tengok kat media social. Penat jadi generasi sekarang kena hadap benda-benda macam ni ye, apa pun take a break from media kalau rasa media social ni memenatkan akal fikiran, do grounding, and involved with nature. 


Some tips untuk media social lover, take charge your scrolling, pertama set your algorithm, kenalpasti posting yang you suka, macam sharing tips berkebun, parenting, healthy relationship, healthy meal and recipe, post atau video yang memberi input yang baik, berguna, add knowledge and skills, FOLLOW. Kenalpasti juga post yang negative, gosip, ancaman, hasutan, post yang menimbulkan keinginan kita membeli sesuatu tapi kita kita tak perlukan pun sebenarnya tapi sebab terpengaruh dan takde bajet, klik kat tiga dots dekat post tu HIDE atau unfollow, atau block terus. Keep good stuff set favorite atau saved. Look easy tapi ramai tak mampu buat, tu yang lama bersangkut kat post yang buang masa, betul tak? 


Xoxo, be real. 

11.08.2024

Mengempeng

Masyaallah Tabarakallah, syukur alhamdulillah anak bongsuku dah berpisah susu badan, feeling dia macam-macam. Happy, sedih, rindu, geram, indescribable. Yang pernah merasa anak mengempeng ja tahu camne perasaanya sehari hari dilalui. Sorang pun stress, inikan pula berorang-orang, tiga orang anakku peel mengempeng ni. Pengalaman anak mengempeng ni, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. 


Dia asal je kau nak relax-relax landing, berehat, mula datang berlarian, mengempeng. Stress tahu. Asal baru nak duduk bersantai baca buku, berlari budak mengempeng datang mengendeng selak baju dan dengan santainya dia menghabiskan masa-masa yang terkira, hingga tahu dah habis seharian, takdak buat apa sangat dalam rumah. Sempat masak pun nasib baik sangat dah. 


Budak mengempeng ni macam-macam peel, annoying, lucu, geram, buat kita geram, buat kita serabut, buat kita happy, buat kita awkward kalau takdak dia datang ngendeng. Entahlah tapi kalau time banyak kerja nak settle tapi budak asyik mengempeng je, manalah tak stress. 


Daku masa memula hadap peel anak mengempeng ni rasa nak marah, emosi tak stabil, serabut serabai, mana tak serabutnya kat rumah sendiri pun tak buat apa dah, lagilah kalau balik rumah mak dan mak mertua, memang berlenggang kangkung mengabiskan beras orang kata. Mana tak sentap orang tegur asyik duduk kat bilik aje, takde keluar menolong apa, tunjuk muka time makan aje. Takkan nak selak baju depan diorang ehh sambil anak layan mengempeng, hahahah. Nak tahan sabar bab nilah yang boleh stress, kadang mertua, ipar takde kata apa, yang lebih orang luar pula, gitulah hidup. Baru bab anak ngempeng, haisshh stress haku kalau cerita balik pengalaman hadap anak-anak mengempeng, terhiris-hiris hati emosi sendiri, koyak.


Ingat tak sakit badan ke uii layan anak mengempeng ni, kalau dah biasa sebelah kanan dio layan, berjam-jam tulah ko baring sebelah, sampai sakit tulang belikat. Alhamdulillah daku support sistem terbaik, terutama laki sendiri, kalau laki sendiri pun buat tak faham memang daku tonyoh anak suruh mengempeng puting bapaknya, hahahaha. Ye, kadang stress tu ada masa support sistem sendiri buat tak faham-faham, budak kecik ni kalau ada button boleh control senang dah kerja kita, ini manusia, manusia yang tengah membesar, time nak tu larang apa pun, tak jadi hape, dapat distract sekejap tu dah kira okay dah. 


Alhamdulillah berlalu sudah segala pahit maung mengadap anak mengempeng ni, tak mudah, tapi Allah permudahkan, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Yang anak tengah mengempeng, ku takde tips, hadapp saja, keras hati dengan kata nista dan pandangan sinis itu. You all boleh! 

10.23.2024

Fokus

Buku ni berzaman dah kat rak buku, tak ingat dah berapa kali ulang baca, waktu hilang fokus, serabai tak tahu nak start yang mana satu, this book memang one of yang daku belek bila macam blurr. Kelebihan paling penting buku ini ialah ia menyediakan langkah-langkah praktikal dan boleh diukur pada akhir setiap bab. Yelah hidup ni in everyday life routine pun boleh hilang fokus apa nak dibuat, tengah buat something pun boleh distract kita punya fokus lepas tu mulalah kelaut dalam, tak tahu mana hala dah. So yang sejenis dan sepesen macam daku ni, recommended sangat baca buku ni.

Tajuk Buku: The Power of Focus
Penulis: Mark Victor Hansen


Fokus sangat berkuasa. Berikut ialah 10 pelan tindakan mengubah hidup daripada buku "The Power of Focus":

1. Tentukan matlamat anda. Apa yang anda ingin capai dalam hidup? Sebaik sahaja anda tahu apa yang anda mahukan, anda boleh mula menumpukan tenaga dan perhatian anda untuk mencapainya.

2. Buat rancangan. Sebaik sahaja anda mengetahui matlamat anda, anda perlu membuat rancangan untuk mencapainya. Pelan ini hendaklah khusus, boleh diukur, boleh dicapai, relevan dan terikat pada masa.

3. Tetapkan keutamaan. Tidak semua matlamat dicipta sama. Ada yang lebih penting daripada yang lain. Utamakan matlamat anda supaya anda tahu perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu.

4. Hilangkan gangguan. Gangguan boleh menjejaskan tumpuan anda dan menghalang anda daripada mencapai matlamat anda. Kenal pasti gangguan anda dan hilangkan ia daripada hidup anda.

5. Ambil tindakan. Sebaik sahaja anda mempunyai rancangan, anda perlu mengambil tindakan. Jangan hanya duduk dan menunggu perkara yang berlaku. Ambil langkah setiap hari untuk menghampiri matlamat anda.

6. Bersikap gigih. Akan ada masanya anda ingin berputus asa. Tetapi jika anda gigih, anda akhirnya akan mencapai matlamat anda.

7. Raikan kejayaan anda. Apabila anda mencapai matlamat, luangkan sedikit masa untuk meraikan kejayaan anda. Ini akan membantu anda kekal bermotivasi dan fokus pada matlamat seterusnya.

8. Jangan takut untuk gagal. Setiap orang gagal pada satu ketika. Yang penting belajar dari kegagalan dan terus maju.

9. Bantu orang lain. Membantu orang lain ialah cara terbaik untuk kekal fokus dan bermotivasi. Apabila anda membantu orang lain, anda juga membantu diri anda sendiri.

10. Percaya pada diri sendiri. Perkara yang paling penting ialah percaya pada diri sendiri dan keupayaan anda untuk mencapai matlamat anda. Jika anda percaya pada diri sendiri, segala-galanya mungkin.

11. Anda tidak seharusnya cuba untuk menjadi semua yang anda mahukan tetapi tidak menguasai apa-apa. Terokai bakat semula jadi anda dan jadilah pakar dalam bidang yang anda sukai. Kena pilih dan fokus.

12. Jika anda sudah membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, mula-mula anda mesti memutuskan untuk memberikannya. Dan apabila anda dapat menguasainya, mula membantu orang lain.

13. Setiap orang harus memilih untuk mempunyai tujuan dalam hidup dan matlamat jangka panjang serta matlamat jangka pendek harus diselesaikan dengan kegigihan yang akan mempercepatkan kita ke arah tujuan utama kita.

14. Hidup kita hendaklah seimbang. Kita sepatutnya mempunyai masa yang sesuai untuk keluarga kita, satu hari untuk menikmati pencapaian dalam seminggu dan lain-lain dimana fokus pun ada tingkat keutamaannya.

15.  Fokus untuk belajar dan meletakkan wang bukan untuk dikejar. Belajar satu kemahiran pada satu masa dan teruskan hingga anda betul-betul menguasainya . Kehidupan akan menjadi lebih seronok dan seimbang. Contohnya kebanyakan dari kita tidak menyedari hobi yang kita lakukan dapat di tukar kepada nilai wang, bukankah seronok melakukan sesuatu yang kita cintai dan mendapat wang.




Kesimpulannya untuk focus, kena kecilkan skop yang kita nak capai, contoh kita tak tahu pun apa bendalah yang kita berbakat atau benda yang kita suka buat, banyak, tapi tak tahu mana satu yang betul-betul kita suka, so buat lah list, atau buat cabang/tree maps untuk kita nampak apa yang tertonjol dengan kemampuan kita. 



Share untuk peringatan sebab daku in this situation now. Let's. 


            

10.22.2024

Pilihan

Dalam hidup, kita terlalu banyak pilihan, hinggakan adakala kita tersalah buat pilihan, adakala pilihan yang kita pilih sangat tepat pada masanya dan ketika. Dikala pilihan yang kita pilih memberi impak, tak kira baik atau buruk, tetaplah tenang dan syukur kerana kita masih ada pilihan. Dalam pada punya pilihan untuk tulis, share, upload, pilihlah untuk yang baik-baik. 



Bukan takde benda buruk nak ditulis, bukan takde benda sedih nak dikongsi, bukan takde benda tak seronok nak dibagitahu, bukan takde benda yang dibenci nak kepochi, tapi tetap memilih yang baik untuk menjaga ketenangan. Jika diberi peluang, 1000 muka surat belum cukup untuk ditintakan. Luah memang seronok, tersalah luah jadi fitnah, makin buruk kesannya. Jadi pilih yang terbaik tempat meluah supaya segala rahsia dan balasan terserah kepada yang segala Maha. Nak mengumpat dengan Yang Maha pun terserah, sekurangnya rahsia dan aib masih dalam jagaan Yang Maha. 


Dikala platform semakin mudah untuk berkongsi, selagi mana ia ciptaan pemilik sekeping hati yang berbolak balik, maka pilihlah kunci, kunci jari jemari, jaga lintasan hati, kerana apa yang tertulis malah terlintas dihati, lambat laun merasa sendiri ketulahan yang terkhilaf. Ini zaman kezaliman, kezaliman yang tidak terbatas, bukan tunggu lidah berbicara, cukup jari mengetik, mematikan insan. 


Pilih. Pilih keterbatasan. Pilih sempadan. Ada benda jangan pecah dimulut, biar pecah diperut. Pilih. Mengadu yang kepada manusia yang terbatas jujur, atau meluah pada sang Maha yang tidak terbatas kasih. Percaya kuasa berserah selepas mengadu. I do believe, sebab semuanya banyak kali terbukti, mereka yang sombong dahulu dalam berkata, berbuat, natijahnya tetap mendapat. Pilih. Pilih untuk menyerahkan sebulatnya. 


Pilih. Pilih untuk terus berbuat baik, memperbaikkan diri. Bukan kerana manusiawi, kerana hidup bukan berkiblatkan makhluk. Kita semua akan kembali ke tempat asal, usah lalai dan leka. Kelicikan masa yang berlalu jangan disesali. Kita masih punya pilihan. 


Xoxo

Kudoakan moga baik-baik semua dan permudahkan segala urusan

10.04.2024

Langkawi 2 Hari 1 Malam

Pejam celik dah habis ogos, September, tau tau dah masuk oktober, banyak sangat berangan agaknya, tak sempat jenguk media sosial, too much thing to settle dapat plak information dari tuan rumah unexpected news, so betullah kejutan, dan juga dalam masa yang pushes us to wake up from long dreaming and move forward dengan apa yang dah di plan. Harraz pun dah nak habis darjah enam, exactly happen seperti mana yang pernah kami bercakap, bincang, plan lapan tahun dulu, tapi semua berjalan dengan cara berbeza dan plot twist 360° tapi menuju ke goals yang sama. Apapun bersyukur even yang berlaku too much different from what we plan, exactly the best and better will become,insyaallah. Really unexpected, amazing journey for us ahead biarpun berduri, berlecah, gitulah, hurm bermadah pula. 


So masih ingat omelan daku nak pergi Pulau sekarang memang mahal, tambah pulak Langkawi, memang tak masuk list daku dah pun, macam kalau sampai alhamdulillah, kalau tak sampai pun alhamdulillah, dah pernah sampai, cuma itulah kerja suka repeat tempat kami pernah pergi tu tak boleh elak, tapi Allah sampaikan kami juga kat sana dengan cara tak terfikir sekalipun pada kami, ingat balik memang tak masuk akal, macam percaya tak percaya, begitulah. Exactly two weeks after aje omelan, terus Allah sampaikan kami kat tempat tak terduga. Tapi tulah, orang kata latih diri sentiasa bersangka baik dengan apa sahaja yang mendatang, insyaallah baik-baik saja juga akan berlaku. Masyaallah Tabarakallah, tak boleh move on lagi, dengan short trip Langkawi ni. Betullah orang kata ada duit pun belum tentu sampai, masa takde, cuti takde, kesihatan pun tak mengizinkan, tak sampai juga ke tempat yang kita nak pergi, semuanya dengan izin Allah. 


Setiap kali roadtrip, short trip banyak sangat pelajaran, pengajaran kami dapat, that's why we love to do it, even memenatkan, penat yang sangat berbaloi, even habis duit, habis yang sangat priceless. Pasti setiap kejadian ada ibrah, ada hikmah, so setiap kali end of trip memang kami bercakap, dan anak-anak dengar the end values from trip, what we learn, what we get in term of spiritual version. 


So trip ke Langkawi kali kami memang anak beranak lapan kepala ni memang tak boleh move on, termasuk Hana, hahaha. Asyik angguk ajelah kerja bila tanya best ke tak Langkawi Trip, tersengih-sengih tengok video dan gambar. Entah bila nak sampai lagi, Moga Allah sampaikan lagi kami kat sana, Amin. Ceritanya hari kejadian kami hanya nak keluar ambil cermin mata Haddad je, tapi yelah hujung minggu, bersambung pula cuti awal Muharam, tapi takde plan nak pergi mana, yang dah tahu memang nak pergi ambil cermin mata aje kat Teluk Intan, so pepagi dah bersiap, tapi berbekal dengan satu beg bagasi, who knows kan we change our mind? Setiap kali keluar hujung minggu cemtulah bekalnya. 


Settle ambil barang, kat tempat parking, so nak pergi mana ni? Pangkor nak? Ke lumut? So terus search, takde banyak pilihan dah, yelah cuti bersambung kan? Takpe kita jalan dulu. So kereta dah bergerak melalui lebuhraya WCE, nak pergi Taiping ka? Baru je pergi minggu sebelumnya, kita geraklah dulu. Anak-anak kalut dah tanya, nak pergi mandi kolam ke? Eh, terus search mana lah hotel kat arah sana yang ada kolam, search, the  takdak available dah. Dah nak hampir penghujung WCE kami dok memikir lagi nak kemana, tapi kereta tetap jalan dari WCE masuk ke PLUS. Search booking hotel area Penang, wehhh mahal nak kebulur duit orang je depa, caj double dah sebab weekend dan cuti umum, semua over bajet. Kalau semua penginapan dah over RM500± tu kira dah over bajet kamilah untuk semalaman.






Search area Kedah banyak tak available, tahu-tahu kami dah masuk Kedah, tapi tempat tidur takdak yang okay sebab nak cari yang ada kolam , camno?Eh, eh nak patah balik tidur rumah memang takler. Teruskan perjalanan ke perlis dan of courselah kami sampai tu dah petang, hotel dalam online semua dah takde yang available, even homestay sekalipun. Tingg! Tetiba datang idea nak cari tempat tidur kat Langkawi esok malam tu ada ke takde, haa berderet keluar dalam search, terkejut tengok harga tempat tidur tak masuk akal murah bawah RM300, cukup dan terlebih selesa untuk kami lapan beranak. Jeti dah tutup, hotel takde untuk malam ni, so kami cari ticket feri dulu untuk awal pagi esok kat kaunter. Part tidur malam ni kami settle kemudian, yang pasti untuk esok dah confirm ada. 


Selesai beli tiket feri, terus kami berpusing cari hotel ke, motel ke, kotlah ada lagi yang boleh celah nak tidur, last resort tidur dalam keretalah, tapi cari dulu. Sambil pusing suruh anak-anak doa sekali ada lah tempat tidur malam ni, tiga kali pusing kami berhenti kat satu restaurant, tanya kat kat area tu ada motel ke yang available, sekali orang yang ditanya itulah pemilik motel, bukan setakat orang kaunter, alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami, dapatlah tempat tidur, walaupun tak semenggah, tapi selesa untuk kami setelah seharian perjalanan, dan baru lega nak cari makan malam setelah skip makan tengahari, dengan kudap-kudap makanan beli kat Petronas aje buat alas perut. 


Kerja memikir last minute cemnilah, nak telan makanan pun tak tertelan. So makan malam tu kami dinner kat area Kuala Perlis dengan penuh lega, puas hati sebab ikan bakar Perlis sedap sangat, murah pula tu, even semua letih, tapi semua excited untuk unknown journey esoknya. Pepagi pukul 7 kami semua dah bersiap, terus checkout untuk cari makan pagi, makan pagi kat Kuala Perlis tak payah nak cari, banyak sangat pilihan, dan yang penting murah sangat. Memandangkan kami keluar awal takdelah rushing nak makan, timing naik feri kami ambil ticket pukul 9.30pagi. Untuk Hana, free ticket. Untung bawa anak-anak kecil berjalan, and that's we do through years until now. So anak-anak kecil rajin-rajin lah mengkome bawak jalan-jalan, kita pun dapat enjoy sama. Dah besar, costing bercuti makin bertambah dah, huhuu selagi boleh jimat, why not guna chance yang ada.


Yelah, jimat tak jimat, takde jimat mana pun, bukan anak seorang dua kami bawa ni, kihkih. But still within our bajet untuk lapan kepala. Alhamdulillah cuaca hari tu sangat baik, at least for that moment kami naik dari jeti Kuala Perlis until 15minit dah nak sampai ke Jeti Kuah, hujan lebat kenmain. Do we frust? Of course not, kami cakap kat anak-anak dapat main kolam pun dah kira okay dan syukur sangatlah, at least kita sampai Pulau Langkawi, yahuuu! Then sampai ke jeti, nak ambil kereta, hujan berhenti panas terik tetiba, like wehh, tetiba sangat cuaca bertukar ganti. So kami terus cari tempat penginapan malam ni kat mana to make sure mana tempatnya so we can imagine where and where to go sambil tunggu timing to check in. 





Sambil tu nak cari dobi, yelah bawak baju cukup-cukup aje untuk rotate two days and one night, sampai kat tempat penginapan kami berdekah gelak gembira, macam tahu-tahu aje kami nak ke dobi, depan resort tu dah jelas lagi bersuluh seketul dobi dah ada kat situ, so kami onz basuh, sambil menunggu kami singgah kat Laman Padi. Actually masa kami sampai area Pantai Cenang tu macam terkejut sangatlah sebab macam betullah kot orang kata kat Langkawi tak ramai macam dulu dah, kereta pun takde banyak sangat kat jalan, dan kami bergerak ke sana sini tanpa drama and chaotic scene macam dulu. Imagine kami sampai kat Laman Padi, just us kat sana, luas tempatnya dan cantik views kat sana tapi sayang macam tak sempat nak selenggara, dan takde seorang pun kecuali kami, seram juga ye, hihi. Tapi best. Berbeza sangat dulu, siap jem, bersesak tempat makan, tempat shopping. Tapi memang betul best jalan-jalan tak ramai orang ni, semua bertenang-tenang. 


Tenanglah sangat. Siap pusing satu Laman Padi, settle tunggu kain kering pula dan kami cari tempat makan tengahari, elok aje dekat dengan tempat kami mendobi ada satu kedai makan tengahari, so makan dulu kenyangkan perut, dan fikir nak pergi mana sambil tunggu nak habiskan masa untuk check in. So kami decide lepas makan terus ke Skycab, konon nak naik kereta cable lah, in grand wish, yelah tengok takdak orang sekeliling, atas jalan, sekali kami sampai area Skycab, masuk Oriental village, haaahh, ambikk, rupanya kat sini depa dok bertimbun nahh, wehh tergelak kami. Memang dah masuk line dah beratur nak beli tiket, rezeki kami ada someone cuit suami, sebab nampak daku dah scroll untuk online ticket purchase kononnya nak lagi cepat, skip beratur. Yelah tahukan daku alergik beratur. 





"Bang, akak nak beli tiket online ke? ” haah, kenapa ye? Tak payah bang, bukan apa kesian nanti,still kena beratur juga even beli ticket online untuk ambil hand tickets, even beli untuk special skip, bayar VIP price tambah RM50 satu kepala tu pun, tetap kena beratur juga. What? Terus mati keinginan nak naik Skycab, huahuaaa, angan-angan terbang ke langit, berdebu hilang, hancur hati. Memang frust sebab masa tu cuaca panas sangat tapi berangin, of course the view pasti cantik, dengan laut turquoise blue color kat atas sana, haahh mampu imagine sajalah. Sambung budak tu lagi "Hari ni lagi ramai sebab tiket semalam depa tak boleh naik, sebab angin kuat, sekarang kat Langkawi cuaca pagi hujan berangin, pastu panas, berangin, lepas tu hujan lagi, dok selang seli gitulah. Jadi ramai tu berganda hari ni. Terima kasih dik, jujur bagitahu, selamat duit kami dari beli ticket dan burn, yelah esok tu dah nak balik dah, too risky to buy sebab entah masa mana dapat naik, sebab masa tu pun dah pukul 4 petang dah. 




So kami pusing-pusing ambil angin kat sekitar Oriental village Skycab tu je, pun dah puas hati dapat mengubat kekecewaan wish list tak tertunai lagi. Mungkin skycab kat tempat lah kot nahh, who knows? Kihkihh. Lepas kami pusing singgah kat Marina harbour for viewing yatch bermacam version kecil, besar, mewah, standard and adding new list for next trip for yatching moments pulak, kahhh. Alhamdulillah cuaca memang panas terik terus sampai ke petang kami masuk check in, terus depa tak sabar-sabar terjun kolam. Well itulah tujuan utama at the first place sebenarnya. Alhamdulillah depa dapat mandi kolam. Hampir dua jam berendam pun dah lepas keinginanan depa. 


Petang tu dalam pukul 6.30 petang kami keluar ke Pantai Cenang, dekat je dengan penginapan kami, straightforward je jalan ke sana, owhh rupanya bukanlah takde orang sangat, tapi mungkin bukan timing orang keluar atau depa ke tempat tertentu, kami sampai Pantai Cenang, penuh juga parking dan ramai juga orang terutamanya foreigners. Siap parking kami berjalan-jalan sekitar, ermm memang best rupanya stay kat area Pantai Cenang, sebab meriah. Next time maybe, sebab masa kami search tu kebanyakan penginapan betul-betul depan Pantai Cenang dah tak available. 



Tengok-tengok harga boat ke Mangrove, Tasik Dayang Bunting dan pakej naik yatch, tapi sayanglah dapat tengok ajelah, masa tak mengizinkan untuk buat semua aktiviti tu, paling kurang lima jam saja untuk mangroves visit via boat dan pusing sekitar. Esoknya kami dah nak balik, even tiket feri pukul 4 petang, tu pun dah rasa rushing sebab kami plan nak singgah kat Complex Karangkraf. Short trip kali ni kami pergi kat tempat kami tak sempat singgah dulu. Malam tu dinner kami special sungguhlah, harga setara tempat di point centre, tapi sangat berbaloi, even now masih ingat rasa makan malam kami kat situ. Kami tutup aktiviti malam dengan pertunjukan bunga api kat tepi Pantai Cenang. Pandai depa noohh, tengok free, masuk tengok free, sekali duduk kena order air, and well, of course we enjoy the paid entertainment, hahaha. 



Balik malam tu semua dah penat, whole day penuh aktiviti. So we sleep and ready for next day, checkout and last day visit, kami pusing area Pantai Batu Hitam dan pergi ke Complex Karangkraf. Well, betullah takde orang, kami aje kat situ, huhuu masa dah nak balik tu fews foreigners visit. Lapan beranak enjoy the view and all entertaining activities dalam complex Karangkraf tu, sejam lebih jugalah kami kat situ, menarik dan lawatan yang sangat berbaloi untuk kami. Free for entries but not free for supporting our value culture handmade batik, songket etc. Cantik sangat end products kat sana, ku beli apa yang patut to support them sebab tak plan untuk datang shopping. Kihkihh. Bulan dua belas 2024 nanti ada event besar juga kat Komplex Karangkraf Langkawi ni, yang plan datang Langkawi tu boleh singgah sini. Tak rugi. 




Lepas tu kami singgah makan dekat Kak Yah nasi campur, berpuluh jenis lauk, dan antara favorite orang sini jugalah port makan tengahari yang sangat variety. Jenuh nak pilih lauk mana sebab tersangatlah banyak lauknya, ku tak sempat snap, sebab dah lapar, makan lebih utama. Sedang elok aje kami siap makan timing nak hantar kereta cukup, jadi kami decide hantar kereta dan solat kat Jeti Kuah je. Sambung shopping coklat lagi kat jeti, dan terus cek in masuk tunggu feri. 



Hurmm, kata aje tak ramai orang dekat Pulau Langkawi ni, tapi tetap ramai jugalah pada pemerhatian daku, ye tentunya Langkawi ada peminat tersendiri, cuma tak seramai dululah ataupun mungkin bukan timing long holiday kot masa kami datang, sampai bersesak kat Jeti, alhamdulillah our shock and short trip yang agak pendek kat Langkawi ni untuk dua hari satu malam sangat unexpected dan berbaloi . We all sangat enjoy short trip ni, anak-anak pun sama, asyik dok cakap nak repeat, dua hari satu malam macam tiga hari dua malam kat sana, even letih tapi semua happy, takde scenes dari depa, semua smooth alhamdulillah. Allah plan better, alhamdulillah, masyaallah Tabarakallah. Rezeki sampai sini tanpa plan apapun. Next tak tahulah bila pula dapat sampai Langkawi ni, next year? Next three, five years? Ermm, tak tahulah. Life goes on. 


Yang penting lepas je kami bercuti bermacam berita Langkawi lalu kat fyp, banjir kilat, ribut, feri sangkut dan bermacam lagilah, so I guess kami pergi pada waktu yang tepatlah, sebab dah nak masuk bulan yang kena beringat-ingat dengan bencana alam. Yang dah tempah tak boleh cancel kena pandai-pandailah plan a dan b ye. Take care semua. Fuhh sekali hembus jari jemariku menaip hari ni, terkojutt diri sendiri, angin kus kus apakah ini....daa

9.10.2024

Forearm

Haiihh terjebak dari komen forearm jadi tertengok the latest kdrama, ku nih kurengg sikit nak tengok yang tengah on going, sejenis tidak sabar menyabar, ku sanggup tunggu semua episode habis tayang dulu, baru pulun tengok, sehari dua, kena habiskan 16 episod terus. Teringat peel baca novel beribu mukasurat delulu kala, dalam dua ke tiga hari wajib habis, yang penting bawa masuk botol air buat kasi cas tenaga membaca, tak makan tak ngape, gila betul, hahaha. Ni nasib akibat umur dah tak berapa muda, tenaga dah tak banyak macam dulu, pukul 10 malam pasti dah lunyai biji mata tak boleh nak buka dah. Apatah lagi nak pulun 16 episod. Sekarang punya pesen ada notes khas kdrama sekian-sekian tengok episode berapa, kalau dak lupa terus tengok bahagian mana dah. 


Haihh, orang dok kalut pulun taddabbur, khatam bab fardhu ain, kita pulun benda lagha, Allah astaghfirullah ingat nak tulis juga content taddabbur, tapi tengok video, audio lagi best dari baca kot. So tak rajin mana nak tulis details, sebab salah tulis, misinterpreted lagi naya. Not my expert, so ku taip apa nak yang ditaip aje. September dah, sekejap aje masa ni ye, means tahu depan dah angka empat dah, sekarang pun anak-anak orang panggil acik, seller panggil boss, adik cashier panggil akak, then ai is okay, because that's we call aged gracefully, alhamdulillah. Kalau panggil budak sekolah tu exaggerated lah pulak. Kena sedar diri and make it simple. 


So back to forearm veins issues most likely sexy thing for women, ku pun pernah terjebak dulu masa muda mudi, ohh lelaki yang lipat lengan baju kemeja with strong forearm memang look sexy, then sekarang tak ke? Ermm, biasa-biasa jelah. Nothing to trigger dah kalau tengok post girls and women share forearm that they're dreaming. Sebab...ermm sebab....it's okaylah I keep opinion for myself,hahahaha. Let you treasure yourself then. Lucky one maybe when you get them?Huh, urmmm...Sekarang most concern my own muscle aje, hehehe. Daaa.... 




9.05.2024

Sunset Cove Danga Bay

Danga Bay dulukala tempat paling popular kat Johor, tu kata lakikulah yang stay Johor hampir 3tahun lebih, tempat port lepak, makan angin, nak bersantai hujung minggu kat sanalah. So mestilah kena bawa dan tunjuk tempat dulukala yang pernah dia jejak, boleh tahan jugalah tempatnya, agak menarik. Yang ku tengok banyak jugalah tempat menarik area Danga Bay tu. Sayangnya daku hanya sempat bermalam aje kat situ, tak sempat ronda sekitar Danga Bay tu. 


Memang tak semeriah dulu dah katanya, banyak juga projek terbengkalai mungkin over sangat kot. Jadi walaupun area ni ada yang terbengkalai tetap juga nampak best. Sebab Danga Bay dekat sangat dah dengan pintu masuk ke Singapore. Dapat tengok dari kejauhan pun dah kira okaylah, kami ambil homestay sekitar sini, pun last minit Google mencari masa bertolak dari Tanjung Balau. Alhamdulillah memang puas hati stay sini sebab dapat tengok view malam yang sangat cantik. Dan yang penting harga sangat affordable kami dapat under RM300 masa book tu. 


Busy betul nahh bandaraya Johor ni, tak sempat nak explore. Even bandaraya sibuk, bising, padat tapi ku tetap suka, sekali sekala dapat pemandangan dan feeling stay kat bandaraya metropolitan cemni, lain sungguh rasanya. Untuk sekali sekala okay. Orang kata tukar angin, tukar udara. 



View kat sunset cove homestay kami ni betul-betul mengadap Singapore, jadi malam-malam lampu nampak meriah dari kejauhan, cantik neon malam, bangunan kat sini iras-iras macam Kuala Lumpur juga tapi berbeza dari apa ye, memang ada beza yang ketara tapi tak tahu nak describe macam mana. 


Sunset cove yang kami stay ni private homestay, lengkap semua facilities termasuk kitchen utilities untuk masak, jadi dah makan banyak kat kedai tekak nak juga yang masak sendiri, so breakfast pagi sebelum kami bertolak balik, ku masak aje simple breakfast buat makaroni Bolognese, dan anak-anak layan makan cereal aje dengan fresh milk. 


Pagi tu takdelah kami rush sangat sebab tempat nak menyinggah kat Laman Mahkota Istana Bukit Serene dan Legoland aje, so santai sebelum checkout. Tak sempat depa nak mandi kolam apa semua, next timelah pula, dah mandi kat Tiara Residence tu kira iye dah tu.

Buat apa datang Danga Bay? Tempat berekreasi orang ramai, ada pantai, ada taman, tempat makan. Jadi even tak menyempat ku nak go through semua tempat kat Danga Bay, sampai kat Danga Bay dan lihat bagaimana rupa kat sana pun satu rahmat besar dah, alhamdulillah, memang boleh repeat, ku suka view dan feeling kat sana. 


9.02.2024

Tanjung Balau Desaru Johor

Tanjung Balau merupakan sebuah bandar berpantai di daerah Kota Tinggi Johor, Malaysia. Pantai bandar terletak berdekatan Desaru dan Bandar Penawar. Muzium nelayan tanjung balau di bina di sini menghadap Laut China Selatan. Kedatangan kami ke Tanjung Balau ni pun berkebetulan dekat dengan tempat Penginapan Tiara residence Desaru, jadi memikirkan nak buat aktiviti apapun takdan ingatnya sempatlah singgah ke muzium nelayan kat sini. Dah alang-alang sampai gitu, nak pergi Taman Buaya jauh pula, dan bukan route kami lalu nanti. 



Memandangkan checkout pun dah lewat tengahari, serang elok kami sampai kat area ni, kaunter muzium dah tutup sebab staf berehat tengahari, nak masuk kena tunggu sampai pukul 2.30 petang. Jadi kami cari makan tengahari dulu, order makan, tunggu orang masak makan jam juga, nak lagi anak berceretek ni, sejam waktu makan kat kedai tu kira dah paling sekejaplah tu untuk bahagian makan saja. Roadtrip macam ni, memang tak boleh bazir masa, kalau tak sesia je tak dapat apa pergi berjalan, kihkih, so disebabkan kami malas nak tunggu sampai pukul 2.30 petang kami lepak kejap ambil angin laut kat jambatan Tanjung Balau tu. 




Sungguhlah pantai dan air laut kat sini cantik sangat, tapi sayanglah tak sesuai untuk mandi manda terutamanya kanak-kanak, macam kat pantai Desaru pun anak-anak main kat gigi pantai aje. Ombak dan angin kat sini agak kuat, yelah pantai mengadap directly Laut China Selatan. Memang tak berapa sesuai untuk mandi, berenang macam kat pantai Terengganu, cantik untuk dipandang dan dinikmati mata sahaja. Angin sepoi sepoi bahasa memang mengasyikkan dikala panas lit lit, namun pemandangan gred Premium kat Tanjung Balau ni memang buat rasa diri iols tak nak balik. 




Tanjung Balau ni antara tempat tumpuan juga, untuk yang berkhemah, dan berkelah. Memang sesuai sangat, kalau duduk lepak seharian kat sini berbaloi uiii, pantai, air laut biru jernih kat sini, tak tahu nak describe macam mana, capture cantik original tu melalui pandangan mata kasar lagi best berbanding dengan kamera. Puas hati cuci mata mengadap air laut petang tu. 



Yang dah sampai Desaru tu singgahlah Tanjung Balau, wajib tak menyesal, memang kagum tu tak habis dengan kecantikan pantai dan air laut kat sini. Actually banyak sangat aktivit boleh buat kat Tanjung Balau termasuk riding horse, lawat muzium, playground untuk budak-budak pun banyak, daku jelah tak menyempat luangkan masa yang limited berlama-lama kat Tanjung Balau. Next mungkin boleh lajak ke Pangeran sekali kalau datang lagi dan mungkin boleh consider menginap area Tanjung Balau ni sebab banyak juga homestay dan resort chalet, cuma kena tempah awallah sebelum datang kalau tak macam kami, stay kat mana yang boleh aje. 



8.31.2024

Tiara Residence Desaru Johor

Punya lama simpan impian nak jalan-jalan makan angin Kat Johor, alhamdulillah merasa juga jejak kaki ke negeri Johor. Dan pilihan destinasi untuk menginap adalah Desaru. Sebut pun dah sedap, sesedap namanya, seindah tempat ya. Memang tak menyesal ye sampai Desaru ni, konon nak stay kat hotel okay sikit, mahal sikit takpe sebab tak tahu lagi bila akan sampai, jenis nak sampai ke tempat baru kalut nak cari tempat menginap, memang tak dapatlah. Haaa menggelabah cacing Google dalam kereta cari tempat tidur. Pergi pula time orang Johor cuti bersambung, memang tak banyak pilihan yang tinggal, dari nak booking Hardrock atau Lotus Desaru, yang tinggalnya  Tiara Residence aje yang available. Grab sajelah apa yang ada.



Alhamdulillah even tempat tak semenggah dari luaran, tapi sangat selesalah buat kami, saiz bilik studio kat Tiara masih quite okay for us, itu aje yang tinggal, pun okay yang penting ada tempat tidur dah dikira beres. Facilities kat sini pun complete dan yang paling penting kolam kat sini super best, luas dan banyak kolam. Puas hati anak-anak mandi. 


Masa depa dok mandi kat kolam ku baru teringat cerita arwah mak saudaraku, asyik repeat ke Johor dan tempat yang dia pergi kat sinilah, setiap Kali balik bercuti kat sini, dok berialah cakap "Ikah gi lah jalan kat Johor tempat cikyah bawak anak-anak, cantik sangat tempatnya,cikyah kalau pergi bercuti jauh sikit dari Shah Alam, memang pergi kat Tiara". Seingatku begitulah perbualan santai kami kat kedai stationery, bahagian depan tempat lepak tu. What a memory, tak sangka sampai tempat yang cikyah ku recommend tanpa sengaja. Memang tak rugi. 



Pantai Desaru memang cantik, kat Tiara Residence ni memang betul-betul tepi pantai, menapak aje dari bilik nak ke pantai. Alhamdulillah cuaca cantik even awan nampak tebal macam nak hujan. Anak-anak ku memang pantang jumpa pasir,berejam pun tak ngape mengadap main pasir, memang sedar-sedar matahari naik meninggi dah. Sempatlah depa main pasir dan air pantai dalam sejam dua, lepas tu sambung pula main kolam sejam dua. Okaylah tu, buat lepas depa dah lega nak berjalan ke tempat seterusnya. 





Kat Tiara Residence ni kalau  dapat homestay privately booking direct kat owner, boleh lah masak kat bilik, macam daku ambil bilik ni yang basic bawah satu pengurusan jadi ada basic thing kat hotel je, peti sejuk, water heater dan lengkap semua standard facility hotel. Apapun percutian ke Desaru menjadi salah satu tempat yang menarik untuk datang bercuti. Masa kami mula-mula nak booking tu rasa seram jugalah tengok rupa, takut macam bangunan resort kat Port Dickson, tapi alhamdulillah semua okay dan kami berpuashati dengan penginapan kat Tiara Residence ni. Next time cuba stay tempat lainlah pula ye. Too much place to explore kat Johor, nangis tengok list tempat yang belum sampai, moga berpeluang lagi, Amin. 

8.26.2024

Selera Senibong Seafood

Tiada yang lebih gembira bila partner nak bawa jalan-jalan tengok tempat dia belajar dulu-dulu. Diam tak diam hampir dua puluh tahun sudah berlalu episod kami belajar universiti tapi kenangan itulah yang paling mendominasi ingatan kerana ianya satu proses dan fasa hidup yang mengenal kehidupan sebenar untuk bermandiri. Rugi tak sambung belajar sebab banyak proses yang kita lalui sepanjang belajar tu, skill bersosial, skill manage masa, skill urus diri dan kewangan, banyak lagilah proses yang dilalui bila jauh dari keluarga, dan skill jaga maruah dirilah yang paling mahal dan bernilai bila jauh dari keluarga. Yelah masa ni rasa bebas sebebasnya, jauh dari pandangan dan pantauan mata mak ayah dan rasa boleh buat apa saja. 


Masa nilah diri sendiri yang tentukan bagaimana nak bawa diri, nak jaga diri, nak rosakkan diri, semua atas pilihan sendiri. Sebab waktu muda macam-macam keinginan nak kita rasa dan lalui, jadi bergantung kat dirilah semuanya, batasan dan nilai agama yang kita belajar, perhati, nak praktik kat diri sendiri. Antara nafsu dan keinginan, rasa ingin tahu, semua bersatu. Jadi proses ni semualah yang mendewasakan kita menjadi orang bernilai dan bermanfaat. Masa nilah kena pandai pilih kawan, kawan yang support, sefahaman dan sebagainya. Panjang pula mukaddimah tak berkaitan. 


Jadi memori universiti kita bungkus, cerita pasal makan. Dah sampai Johor Bahru, kami terus pusing sekitar dan decide cari makan malam terus, dan suami bawa ku makan kat tepi muara, berdekatan dengan Singapore. Dari tempat makan nampak negara Singapore, bestnya, even dekat tak pernah sampai lagi, tak tahu bila ada rezeki boleh sampai sana. Nama tempat makan ni Senibong, tempat agak tersorok juga, tapi ramai jugalah orang yang datang makan sini, mungkin salah satu sebab viewnya. Disebabkan kami sampai awal sikit dari timing makan, makanya tempat makan masih lapang dan parking kereta pun takde masalah. 


Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan rasa, macam orang nak minum teh Kat cameron, sebab nak suasana, kihkih. Tempat makan Senibong ni  terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini antara best views sambil makan. Malam lagi cantik view dengan lampu neon yang menerangi pesisir lautan. Serius cantik dan angin tepi laut best sangat. 




Kat sini banyak amat kedai makan ye, nak pilih kedai mana-mana pun boleh, dalam 10kedai juga rasanya berderet. Memang rambang mata ye untuk memilih lauk nak makan, semua nampak sedap kalau jadi lauk. Hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap, siput dan seafood ku tak pernah tengok pun ada, jenis jenis siput pun masyaallah banyak jenis, tak pernah terfikir boleh makan, ada iras-iras kat tempat makan sabah pula dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk yang pelbagai atas pilihan kita. 


Terus tuju ke tempat makan, iaitu reestoren depan sekali Selera Senibong dan kami pilih dulu lauk yang nak dimasak, rate kat sini tak berapa murah juga ye, tapi no doubtly masakan kat restoren yang kami makan ni sedap sangat, ku masih teringat-ingat siput gonggong masak cili kering, dan kingcrab masak telur masin ni, cukup rasa dan sangat sangat sedap dikombinasikan dengan segala seafood yang segar bugar ya, memang perghh, ummphh terus bila masuk mulut, adoii kecurr liur kalau teringat. Sama juga masakan ketam, tak habis kami bungkus buat balik buat masak cili, sedap rupanya masakan cili kering ni, sambung ratah kat homestay pula. Tengok lauk yang kami pilih, tak sangka kami sanggup habiskan duit sebanyak tu semata makan aje, iyelah semuanya pencinta seafood, ku pilih siput, suami nak kingcrab, anak lelaki pula nak ketam biasa, anak perempuan nak makan udang pilih masak butter, favorite kami berdua sotong, buat sotong celup tepung pun tak tertinggal, nasib tak ambil ikan, kalau dak tak tahu nak telan camno, terlebih kenyang ratah lauk aje. Ada ye yang jenis kumpul duit untuk makan sedap, dakulah tu, kihkih. Tak beli emas takpe, hahaha. Masa tengok resit makan tu, kami laki bini cakap "lainkali kita tunggu orang belanjalah pula kalau nak makan cemni" hahaha, haraplah sangatkan, dalam mimpi ajelah. Tak pun kena menabung dulu semata bab makan macam ni. Yang pasti wajib kena repeat, huahuaa. 



Itu yang sebal bila naik penimbang sekarang. Karang lapor jadi harimau, terlebih makan jadi harimau gebu. Apalah dosa. Astaghfirullah, nak turunkan satu kilo pun seksa. Apapun singgah makan kat Selera Senibong antara best seafood yang kami pernah makan, puas hati tak tara, ada rezeki lagi singgah tempat makan seafood nak repeat kat sinilah. Yang penting semua lauk licin malam tu, berbaloi. Itu yang best bawak anak-anak makan, time depa taram sampai licin tu, masyaallah puas hati kita tengok dan rasa, tu sebab suka bawak depa jalan-jalan, they really appreciate it, alhamdulillah. Moga contoh kami tunjuk dapat anak lelaki praktik terutamanya perturunkan buat anak keturunan mereka, Amin. Belanja anak-anak makan is the best moment. 


Letak sini kenangan boleh makan makanan best, supaya kami tak pernah lupa nikmat yang pernah kami rasa, even sekarang banyak cubit ikan masin dengan budu, pun bertambah dan berselera juga, alhamdulillah senang dan susah ni, semuanya nikmat, nikmat diuji pun nikmat, begitulah hidup, yang penting dalam apa jua keadaan, bersyukur, yakin dan pasti dengan janji Allah untuk orang yang sentiasa bersyukur. 

8.23.2024

Hutang

Terkejut baca ramai anak-anak muda zaman sekarang buat loan semata-mata untuk bercuti, melancong. Fuhh, bukan kaleng-kaleng ujian ye. Yang belum terjebak lagi, big no. Jangan sesekali. Please. Bagitahu sebab dah lalui. Big disaster, even bukan loan sekalipun, kad kredit pun samalah juga kekdahnya. 


Nak berjalan-jalan kalau tak mampu, explore je dulu tempat sekeliling yang kita tinggal, tak keluar dari negeri pun takde pelik hape aihh, jangan dok ikut trending sangat. Cost takde tinggi sangat bila kita tak keluar jauh. Yelah zaman sekarang, asal buka pintu rumah, tayar bergolek, duit pun meluncur sama keluar macam air paip. Orang yang dok share tu banyak duit, kita kalau kayap, duduk diam-diam dan appreciate apa yang ada. Percayalah ramai je yang duduk dalam negeri kelahiran malah bekerja kat negeri sama, pun belum pernah explore negeri sendiri. Ku tak cakap orang lain. 



Negeri kelahiran Kelantanku tak sempat nak explore, malah tak pernah tahu pun kewujudan tempat tu, tahu sebab viral aje. Oo rupanya ada kat negeri sendiri. Mak ayah tak pernah bawak jalan-jalan jangan salahkan diorang, sebab mereka pun ada batasan dan kekangan, yelah nak besar kita sorang pun dah jenuh luruh segala bulu, apa lagi yang berbilang -bilang adik beradik. Ada kemampuan, keluar jalan-jalan ikut daya mampu kewangan yang ada bila dah ada kewangan sendiri. 


Teringat masa kena kurung tak boleh keluar daerah lain, jadi nak pusing keliling dalam daerah tempat tinggal aje, so itu yang kami buat, eh eh bila cemtu banyak pula jumpa tempat yang kami tak pernah sampai dalam daerah sendiri. Baru tahu. Bila kena kepung baru tahu nak appreciate, begitulah manusia ni ye, kihkih. 


So bertitik tolak dari kejadian tu banyak jugalah pengajaran, ambil peluang kenal tempat sendiri, ini tak orang luar dulu yang tahu, sebab kita sendiri yang tak nak ambil peluang, dok nampak yang jauh aje cantik, comel, best. Ku dah buat list tempat setiap daerah kat Perak, juling mata nak habiskan bucket list untuk sampai semua tempat, kekangan masa lah yang paling mendominasi, memandangkan kerap balik kampung sekarang, jadi fulus banyak habis atas jalan aje. Untuk orang tua, apalah sangat, yang penting setiap kali on the road balik kampung pun kami enjoy the views. 


Bila orang suruh menyimpan, menabung, mampu senyum saja. Takdak fulus nak ditabungkan, guna seoptimum boleh, ada lebih alhamdulillah, takde lebih korek syiling pun alhamdulillah. Yang penting kami dah tak terlibat dengan hutang takde keperluan, cukuplah yang dulukala nak dilunaskan secepat mungkin. 


Sungguh menyesal bila terlibat hutang ni, mula-mula masa buat memang rasa lebih dari mampu nak bayar, tapi bila lalui, gelabah nak cukupkan bayar bulan-bulan, kalau tertangguh dah mula buat sakit kepala, serabut, gelisah, tak senang duduk, tak senang hati. Ku tak tahu orang lain, tapi itulah yang daku rasa bila ada hutang ni, rasa macam dikejar something yang tak ketahuan. 


So kalau semata buat loan untuk berjalan makan angin toksah lah, seronok sekejap aje. Lepas serabut serabai, kalau cantik payment setiap bulan takde masalah, tapi kalau dah sampai kena cut sana sini, buat tidur tak lena, elakkan ye. What a memory, tapi itulah kalau tak lalui takde plak pengalaman nak handle situasi terburuk macam mana. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. 



8.22.2024

Roadtrip Johor

Johor Bharu ni pertama kaliku sampai. Bukan takat Desaru, actually negeri Johor adalah negeri kedua last yang daku sampai untuk pertama kali dalam hidup, jejak kaki kat sini, I means betul-betul menikmati berada di negeri Johor. Ku tak pernah sampai negeri Johor jadi ku tak terimagine macam mana bilamana orang bercakap tentang negeri Johor. So bila sampai Johor, I definitely in love with Johor, dan sebetulnya roadtrip Selatan Johor selama 3 hari 2 malam rasa tak cukup. 



Ikutkan plan asal road trip ni, daku plan stay in Johor dalam 7 hari 6 malam, cukuplah untuk explore tempat yang daku dah listkan dari Mersing ke Desaru, Johor Bharu dan berakhir kat Muar, tapi itulah bab kalau plan bersungguh ni, memang ada je yang buat tak jalan. Takde cutilah, berkebetulan dengan macam-macam uncertainty plan lain. Jadi dari roadtrip Kuala Pilah ke Johor dan lastday di Muar tak terjadi, maka kami ganti unplanned route sebab dah alang-alang ke belah sana untuk satu event. 



Dari bermalam kat Rompin, tertukar jadi tidur kat Melaka dan alhamdulillah even tak jadi macam yang dirancang, roadtrip kali ni kami happy sangat. Peluang sama tak selalu datangkan, so alhamdulillah tetap juga keinginan nak sampai ke negeri Johor dah tercapai. Masyaallah Tabarakallah, nikmat apa lagi nak didustakan. Kalau takde yang sanggup drive pun tak jadi juga. 


Semalaman sebelum bertolak ke Johor, kami bermalam di Melaka. Actually Melaka pun kami dah lama tak jejak kaki kat sana, last time sampai masa adinda kahwin je, lepas tu dah tak sampai dah, semata nak pergi jalan-jalan, tak sampai seru lagi, jadi kali ni kami sampai Melaka sempatlah kami pusing pusat bandaraya Melaka di waktu Malam, naik beca lampu lip lap pusing sekitar dan makan malam kat tepi jeti kecil area. 



Pagi esoknya selepas selesai segala urusan di Melaka kami terus bertolak ke Johor, exactly ke Desaru. Kenapa Desaru? Entah, ku rasa tempatnya secantik namanya, Desaru. Dan lagi satu ku ingat cerita arwah mak saudaraku pernah pergi sana, dan dia pernah suggest ku kesana, sebab cantik tempatnya. Berbaloi ke tidak perjalanan kali ni, kami pergi je, selepas singgah JPO selesai makan dan solat kat situ, kami teruskan perjalanan ke Desaru, kami sampai dalam pukul 4 petang dah, direct terus ke tempat penginapan untuk ambil kunci dan tengok bilik. Selepas tu kami keluar pusing sekitar bandar Desaru, dan decide untuk cari makan malam terus. Bab mandi kolam dan pantai kita extend esok pepagi terus. 



Malamnya kami singgah makan kat kedai seafood, quite famous jugaklah kot tengokkan orang yang datang makan, makanan dan masakan? Dikira okay dan sedap juga, kena dengan selera kami. Alhamdulillah kenyang kami balik ke bilik dan bersantai-santai borak dan bincang plan esoknya pula. Jadi pepagi semua dah bangun dan terus ke pantai, main pasir, mandi laut, settle mandi laut, sambung pula mandi kolam, memang sepuas hati lah, kami keluar sedang elok pukul 12 tengahari dan cari makan tengahari terus. 






Nak makan tengahari ni lah kami pening sikit, nak masuk cari kat area bandar malas, so kami ke belah Tanjung Balau. Alhamdulillah nasib baik ada juga kedai makan tengahari, even bukan lauk campur-campur, kami onz sajalah, kurang-kurang dapat nikmati angin laut sambil makan tengahari. Kami makan kat gerai tepi jambatan jeti je, sedap sebab masa tu semua dah lapar, kuat main air kolam. Siap makan sempatlah kami termenung sambil tengok pantai dan air laut Tanjung Balau, clear blue betul, nak mandi macam tak sesuai sebab pantai berbatu-batu tajam. Jadi view yang memukau kat Tanjung Balau memang menggamit memori kami anak beranak. Cantik sangat. Kalau masa panjang memang kami stay lepak Tanjung Balau aje, pemandangannya memang.....tak terkata cantiknya. Subhanallah. 



Dari Tanjung Balau kami terus ke Johor Bharu, tempat menginap baru nak cari, ingat nak pergi tidur ke Mersing bertolak balik ikut Rompin dan Kuala Pilah, nak jugak, tapi itulah memang takde yang available dah tempat menginap, jadi kami teruskan perjalanan ke Skudai singgah tempat belajar suami, dan terus ke Danga Bay, tapi tukar plan cari tempat makan dulu sebab dah hampir lewat petang, jadi kalau check in memang malas dah nak keluar. Alhamdulillah kami siap makan dekat area Senibong kami balik rehat. 






Esoknya dah nak bertolak balik, jadi kami breakfast sesiap kat homestay je, ohh dekat Danga Bay ni kami ambil bilik homestay, puas hati sangat. Nextlah cerita, checkout terus ke tempat Laman Istana Johor, untuk ambil gambar ikonik mahkota Johor sebagai memori kami anak beranak. Dari sana kami terus ke Legoland, konon untuk tengok suasana for next roadtrip pula, insyaallah, jadi dapat masuk tengok sekitar Legoland pun dah rasa seronok, apatah lagi masuk every themepark, masa tak mengizinkan cemnilah, kita teroka apa yang sempat je. 



Dari Legoland kami decide bertolak balik je, nak hadap jalan sesak balik KL lagi, entahlah pukul berapa sampai rumah, tengahari kami singgah makan area sambil cari Masjid untuk solat terus sebelum gerak keluar dari negeri Johor. Honestly, memang tak puas jalan makan angin kat Johor, terutamanya Muarlah, Ku first time sampai Muar dah jatuh hati terus, pergi Muar semata nak ziarah orang sakit, tidur semalaman, esok terus balik, tak sempat explore Muar. Kali ni roadtrip Johor tak sempat singgah Muar, rasa macam tak lengkap, ku doa Moga sampai lagi ke negeri Johor, definitely banyak list tempat ku nak pergi terutamanya belah Mersing dan Muar. Huahuaa. Kalaulah banyak duit dan masa ye, hihuu. Roadtrip Johor pasti berulang, insyaallah, Amin. Berakhir sudah roadtrip kami, malam juga kami sampai kat rumah, singgah makan nasi Arab kat port favorite kami dah alang-alang lalu ye, tu yang sampai agak lewat malam. Letih tapi menggembirakan hati semua, alhamdulillah. 

8.19.2024

Ames Hotel Melaka

Siapa tak suka datang Melaka memang rugi, tapi ramai yang elak datang Melaka time cuti sebab jem teruk, tak sangka dulu boleh drive jauh dari Ampang ke Melaka, sekarang cukup kasi driver jelah. Sebab lakiku asal daku pegang stereng, dari mengantuk tak boleh nak celik mata, terus hilang mengantuknya. Entah kenapa, memang tak harap daku bawak. Elok je haahh ku dok ulang alik ambik anak, tapi itulah. Layannn,hahaha. 


Kami sampai Melaka dah dikira agak lewat dah, bertolak lepas suami balik kerja terus gerak ke Melaka, berhenti solat jamak dan makan malam terus sebab kalau delay jadi makan lewat anak-anak pun dah tak selera makan, depa dah fikir nak tidur aje. Sampai je hotel ni memang penuhla hotel nya, meriah dengan orang yang baru sampai macam kami juga, kebetulan masa tu cuti apa ye, ku dah lupa, huhuu. 




Yang penting dah boleh rest, tengokkan bangunan luar memang tak semenggah hotel ni, tapi bila masuk dalam boleh tahan juga nampak mewah, sebab tu jadi pilihan ramai VIP kat sini. Disebabkan kebetulan ada event, bilik connecting room tak available buat kami, jadi terpaksalah stay dua bilik asing-asing bahagi anak-anak. Cemtulah kalau nak stay hotel takde bilik family, memang dah fasa kena ambil dua bilik bila anak besar ni, costing bercuti bertambah asbab nilah, kihkih. 


AMES hotel ni lokasinya berdekatan dengan bandar. 5 minit dari Tol Ayer Keroh dah sampai ke hotel ni. Jadi sangat strategik juga pilihan penginapan untuk bercuti ronda-ronda bandar Melaka, kat pinggir bandarlah kekdahnya. Dekat dengan banyak attraction point, Night Zoo Melaka, Melaka Butterfly Sanctuary, Dataran pahlawan dan hotel ni dekat dekat sangat dengan MITC Melaka. Ku ni kalau sebut Melaka memang best sangat kalau difikirkan tempat-tempat menarik nak pergi tu. 


Tapi memikirkan sesak dengan orang time cuti tu, terus potong keinginan, memang kalau nak pergi kena weekdays lah kot ye, dah lebih kurang Cameron Highland, sesak dan jam aje kerjanya. Dari feeling nak bercuti terus boleh jadi stress. Macam daku every time naik Cameron Highland bukan nak kata nasib baik takde jam, ada je time kami naik tu jem teruk, tapi kami balik naik turun ikut Tapah, tak semua orang suka ikut Tapah sebab boleh muntah pening jalannya teruk berbelit. Ada masa yang jem paling teruk, kami balik ikut jalan orang paling elak ikut Sungai Koyan sebab sunyi yang seram. 


So sampai Melaka timing cuti bersambung is a Big No, tapi nak dijadikan ceritanya kami masa nak pergi Melaka ni memang terkenalah event pun timing masa cuti bersambung, mampu doa sajalah takde dok beratur kat jalan-jalan area Melaka, kihkih. Even hotel pun dah penuh, alhamdulillah tetap juga ada bilik untuk kami, rezeki. Rezeki juga dapat layanan sangat best kat Hotel AMES, 5 Bintang. 




Walaupun orang ramai, lobi agak sibuk, tapi services kat sini A plus ye, terus depa sambut bawa untuk angkut barang-barang kami ke bilik hotel. Masuk bilik hotel teruja sangat sebab memang bersih sangat bilik hotel dan nampak mewah dekorasinya. Paling best bab bilik airlah sebab ada bath tub sekali dan see through melalui tempat tidur, jadi tak risau nak pantau anak-anak Mandi sambil baring, kihkih. Memandangkan bilik asing, sukalah bahagian abang-abang sebab boleh conquer mandi bathtub tanpa tunggu giliran. Sajalah dengan adik-adik pun, even malam, nak juga mendi, pun boleh, depa berendam air suam kat dalam bathtub tu. 


Paginya kami breakfast kat hotel, makanan okaylah not bad, tapi kat sini memang banyak variety makanan untuk breakfast, ala western, ala kampung, semua ada. Ku ni kalau banyak jenis makanan pagi jadi pening nak makan apa, kalau tengahari takpe pula banyak-banyak. Bab sedap tu dikira okaylah untuk standard hotel. Yang penting kat sini ada coffee machine boleh pilih nak coffee macam macam mana. 



Tengahari pun sama, disebabkan kami dah letih nak keluar sebab selesaikan event yang ada, jadi decide untuk makan tengahari kat hotel aje. Order ala carte menu. Pun berbaloi, memang sedap. Tapi tak terlawan dengan fresh ikan asam pedas dekat Ani Parit kat area kedai-kedai kain tu, kedai tak selera nak masuk, tapi masakan gred premium bagi daku, memandangkan tak sempat pergi sana, so order asam pedas hotellah, baru lah sampai Melaka katanya. Tak sah kalau tak makan asam pedas. 




Petang tu walaupun masa agak pendek sebab penuh dengan aktiviti, kami sempat jugalah keluar ronda bandar Melaka, ingat nak makan asam pedas, tukar plan makan ikan bakar tepi muara Haji Musa, katanya kat situ agak murah. Sebelum pergi makan malam, sempatlah kami ronda naik beca lampu lip lap keliling bandaraya Melaka. Tak dapat masuk muzium, pusing keliling tempat pun jadi lah ye. Lepas tu makan bakar-bakar sampai dah tak boleh telan sebab banyak sangat, alhamdulillah. Memang sedap juga masakan kat sini. Seingat daku dulu pernah makan kat Umbai Melaka, pun sedap juga. 


Kat Ames Hotel ni anakanda sempatlah mandi kolam hotel juga. Puas hati depa noh, bathtub pun dapat berendam, kolam mandi pun depa dapat pi berenang.  Alhamdulillah stay kat Hotel Ames 3 hari 2 malam memang berbaloi dan 5 rate definitely worth to give for the services and their facilities. Yang nak pergi bercuti santai-santai, definitely Hotel Ames ni kena masuk in list hotel untuk stay. Jauh dari kesibukan bandaraya, dan sangat berbaloi. Next hotel yang agak menarik kat Melaka, Philae Resort, tapi itulah entah bila nak sampai balik kat Melaka ni, even ada kakak stay Melaka, imagine kami sampai sana balik selepas 5 tahun, punya lama tak sampai Melaka, sebab kekangan masa dan sebagainya. 




AMES hotel
Jalan PKAK 1 & PKAK 2,
Pusat Komersial Ayer Keroh,
75450 Melaka

TEL: +06 318 3399


Ames hotel official website : https://ameshotel.com-melaka.com/

Metrasquare hotel official website : https://www.hotel-metrasquare.com/