Pages

Pages

8.26.2024

Selera Senibong Seafood

Tiada yang lebih gembira bila partner nak bawa jalan-jalan tengok tempat dia belajar dulu-dulu. Diam tak diam hampir dua puluh tahun sudah berlalu episod kami belajar universiti tapi kenangan itulah yang paling mendominasi ingatan kerana ianya satu proses dan fasa hidup yang mengenal kehidupan sebenar untuk bermandiri. Rugi tak sambung belajar sebab banyak proses yang kita lalui sepanjang belajar tu, skill bersosial, skill manage masa, skill urus diri dan kewangan, banyak lagilah proses yang dilalui bila jauh dari keluarga, dan skill jaga maruah dirilah yang paling mahal dan bernilai bila jauh dari keluarga. Yelah masa ni rasa bebas sebebasnya, jauh dari pandangan dan pantauan mata mak ayah dan rasa boleh buat apa saja. 


Masa nilah diri sendiri yang tentukan bagaimana nak bawa diri, nak jaga diri, nak rosakkan diri, semua atas pilihan sendiri. Sebab waktu muda macam-macam keinginan nak kita rasa dan lalui, jadi bergantung kat dirilah semuanya, batasan dan nilai agama yang kita belajar, perhati, nak praktik kat diri sendiri. Antara nafsu dan keinginan, rasa ingin tahu, semua bersatu. Jadi proses ni semualah yang mendewasakan kita menjadi orang bernilai dan bermanfaat. Masa nilah kena pandai pilih kawan, kawan yang support, sefahaman dan sebagainya. Panjang pula mukaddimah tak berkaitan. 


Jadi memori universiti kita bungkus, cerita pasal makan. Dah sampai Johor Bahru, kami terus pusing sekitar dan decide cari makan malam terus, dan suami bawa ku makan kat tepi muara, berdekatan dengan Singapore. Dari tempat makan nampak negara Singapore, bestnya, even dekat tak pernah sampai lagi, tak tahu bila ada rezeki boleh sampai sana. Nama tempat makan ni Senibong, tempat agak tersorok juga, tapi ramai jugalah orang yang datang makan sini, mungkin salah satu sebab viewnya. Disebabkan kami sampai awal sikit dari timing makan, makanya tempat makan masih lapang dan parking kereta pun takde masalah. 


Menikmati makanan laut segar sambil menyaksikan pemandangan laut dan ketenangan pesisir pantai pasti memberi kelainan rasa, macam orang nak minum teh Kat cameron, sebab nak suasana, kihkih. Tempat makan Senibong ni  terletak di pesisir pantai Selat Tebrau yang menghadap Sembawang dan Senoko, Singapura menjadikan restoran di sekitar Kampung Senibong ini antara best views sambil makan. Malam lagi cantik view dengan lampu neon yang menerangi pesisir lautan. Serius cantik dan angin tepi laut best sangat. 




Kat sini banyak amat kedai makan ye, nak pilih kedai mana-mana pun boleh, dalam 10kedai juga rasanya berderet. Memang rambang mata ye untuk memilih lauk nak makan, semua nampak sedap kalau jadi lauk. Hasil laut seperti udang kara, ketam pelbagai saiz, udang kara, udang kecil, sotong, ikan jenahak, ikan siakap, siput dan seafood ku tak pernah tengok pun ada, jenis jenis siput pun masyaallah banyak jenis, tak pernah terfikir boleh makan, ada iras-iras kat tempat makan sabah pula dan macam-macam lagi boleh dibakar, digoreng atau dijadikan variasi lauk yang pelbagai atas pilihan kita. 


Terus tuju ke tempat makan, iaitu reestoren depan sekali Selera Senibong dan kami pilih dulu lauk yang nak dimasak, rate kat sini tak berapa murah juga ye, tapi no doubtly masakan kat restoren yang kami makan ni sedap sangat, ku masih teringat-ingat siput gonggong masak cili kering, dan kingcrab masak telur masin ni, cukup rasa dan sangat sangat sedap dikombinasikan dengan segala seafood yang segar bugar ya, memang perghh, ummphh terus bila masuk mulut, adoii kecurr liur kalau teringat. Sama juga masakan ketam, tak habis kami bungkus buat balik buat masak cili, sedap rupanya masakan cili kering ni, sambung ratah kat homestay pula. Tengok lauk yang kami pilih, tak sangka kami sanggup habiskan duit sebanyak tu semata makan aje, iyelah semuanya pencinta seafood, ku pilih siput, suami nak kingcrab, anak lelaki pula nak ketam biasa, anak perempuan nak makan udang pilih masak butter, favorite kami berdua sotong, buat sotong celup tepung pun tak tertinggal, nasib tak ambil ikan, kalau dak tak tahu nak telan camno, terlebih kenyang ratah lauk aje. Ada ye yang jenis kumpul duit untuk makan sedap, dakulah tu, kihkih. Tak beli emas takpe, hahaha. Masa tengok resit makan tu, kami laki bini cakap "lainkali kita tunggu orang belanjalah pula kalau nak makan cemni" hahaha, haraplah sangatkan, dalam mimpi ajelah. Tak pun kena menabung dulu semata bab makan macam ni. Yang pasti wajib kena repeat, huahuaa. 



Itu yang sebal bila naik penimbang sekarang. Karang lapor jadi harimau, terlebih makan jadi harimau gebu. Apalah dosa. Astaghfirullah, nak turunkan satu kilo pun seksa. Apapun singgah makan kat Selera Senibong antara best seafood yang kami pernah makan, puas hati tak tara, ada rezeki lagi singgah tempat makan seafood nak repeat kat sinilah. Yang penting semua lauk licin malam tu, berbaloi. Itu yang best bawak anak-anak makan, time depa taram sampai licin tu, masyaallah puas hati kita tengok dan rasa, tu sebab suka bawak depa jalan-jalan, they really appreciate it, alhamdulillah. Moga contoh kami tunjuk dapat anak lelaki praktik terutamanya perturunkan buat anak keturunan mereka, Amin. Belanja anak-anak makan is the best moment. 


Letak sini kenangan boleh makan makanan best, supaya kami tak pernah lupa nikmat yang pernah kami rasa, even sekarang banyak cubit ikan masin dengan budu, pun bertambah dan berselera juga, alhamdulillah senang dan susah ni, semuanya nikmat, nikmat diuji pun nikmat, begitulah hidup, yang penting dalam apa jua keadaan, bersyukur, yakin dan pasti dengan janji Allah untuk orang yang sentiasa bersyukur.