Pages

Pages

8.16.2024

Seni

Terbaca suami tegur isteri buat sambal belacan tak sedap. Suami-suami nak tegur isteri boleh, tapi tegur biar berseni.


Isteri, bukan dia tak tahu pun dia buat tak sedap, tapi dia perlukan dorongan untuk bagi semangat dia cuba lagi buat terbaik.


Ika masih ingat situasi hujung minggu. Maklah orang yang paling kalut, sebab hujung minggulah waktu mak asah skill memasak.


Yelah, mak yang berkerjaya je tahu. Nak masak setiap hari memang mak tak sempat. So hujung minggu adalah waktu istimewa kami.


Ada suatu ketika mak cuba masak nasi ayam, sup tawar hebeyy, sos pedas tak menjadi. Kami yang makan pun terkedu.


Tapi ayah bijak, dia tak melatah dan tegur terus "tawarlah sup ni". Serius tak.


Ayah cakap "mm, special sungguh mak masak hari ni, alhamdulillah hari ni boleh makan nasi ayam special mak, payah nak jumpa",


Korang kalau suami puji macam tu depan anak-anak konpem kembang kempis dalam dada kan?


"kalau jual kedai ni wajib licin sokmo, cuma kuah sos ni kalau buat pekat sikit, pedas sikit, sup ni tambah rempah sikit lagi, ayah angkat 2 ibu jari, sedap hirup sup takdok tinggal."


Kami anak-anak pun senyum dan ketawa dengar pujian ayah, sambil mengiakan kata-kata ayah.


Comel sangat teguran ayah buat mak.


Walaupun masa tu masakan mak tak menepati piawai, ayah makan menambah.


Faham sangat, masa tu ayah menghargai usaha mak. 


2 minggu lepas tu mak buat lagi nasi ayam, wajiblah terus meletup rasanya, sedap, secukup rasa. Hebat. 2kali percubaan terus mak berjaya buat nasi ayam paling sedap dalam dunia.


Hasil teguran dan pujian.


Nahh, suami-suami, belajarlah kemahiran menegur dalam pujian. Wajib berkesan. Sungguh.


Suamiku ni kena banyak lagi belajar skill dari ayah nampak gaya, kikiki. Straight forward, sentap, tanpa tapisan. Kalau orang lain terus tak nak masak terus agaknya, daku? Alhamdulillah, sentap sentap pun, cemtulah. Time rajin masak, time malas, tapau kedai, hahaha. 


Senang aje orang perempuan ni kalau kena cara. Tak kena mulut manis sentiasa pun, hanya perlukan teknik berbeza saja dalam menegur.


Tak perlu tunggu bertahun nak hadap makanan isteri masak tak sedap. Kan?


Begitu juga seni komen. Komen nak tegur orang, lagi-lagi yang kita tak kenal sangat (read influencer), tegurlah dengan berhikmah. Kita semua manusia, tak sempurna, banyak buat silap, bukan hero, bukan real idola,komen jangan sampai melukakan hati orang. 


Reads some comment of eating influencer ni memang boleh naik darah, main media sosial ni sebenarnya kena ada akhlak, takde akhlak takde beza kita dengan binatang, tapi kalau influencer memang peel buruk? 


Dah tu kenapa follow, kau block aje senang citer. So the comment really harsh, takde empati, sangat tak berakhlak tak seiring dengan agama yang dianuti iaitu islam even if agama lain pun menuntut untuk berakhlak dan beradab. 


Tapi baca komen-komen yang beragama islam ni memang memalukan dan memualkan betullah. Ku yang baca ni pun turut sentap dengan body shamingnya, dan kutukan dan celaannya, Allahu, dasyat ehh penangan mata satu electronic ni dekat jari masing-masing, lupa eh kiri kanan malaikat dok mencatit even kau guna fake account. 


Tergamam bila komen masing-masing macam bukan manusia, tapi bila tengok profile, ada yang bapak, mak, suami, isteri, kakak, abang, dan anak orang, nenek orang pun ada wehh, rupanya semua bukan jebon. 


Bila komen orang lupa daratan jadinya, lupa nak cermin diri, ada yang komen kata orang gemuk hodoh, ku belek profile dia pun lebih hodoh rupanya dari yang di kata. Pakej pulak tu takde adab dan buruk peel. 


Manusia ni cemnilah, bab komen kata kata orang nombor satu, terpaling. Cuba suruh muhasabah diri, dan dan rasa diri sendiri suci murni walaupun orang yang tengok dan kenal aje tahu camne. Tu tak lagi sibuk menyibuk pasal harta, duit orang, sedap aje nak menyusun, nak ambik cara walaupun takde kaitan. 



So bab gemuk ni jangan body shaming sangat, kadang lambat laun Allah kasi merasa juga nanti gemuknya tu. Baru tahu seksa nak turunkan dan buang balik gemuk tu, satu kilogram nak buang pun rasa macam 100 kilo nak buang. 


Ku tengah gemuk sekarang ni, hehehe itu pasal sentap juga baca komen orang hahha, ye kadang komen sentap tu lah yang jentik hati untuk kita berubah, tapi tak memberi kita lesen untuk berkata sesukati kat orang lain, tak suka diam, nak nasihat juga, nasihat baik-baik, dia tak nak dengar tu pilihan dia. Tapi bila orang diam diam buat kerja, tunjuk hasil, eh tetap jugak kau bitter, tak sesuai kurus sangatlah, macam orang sakitlah, ehh lempang nak? 


Life ni masing-masing punya pilihan nak hidup lagumana, ada yang pilih nikmati makanan sampai overlimit last-last mati sebab makan, then it's theirs choice, kita akan mati dengan apa yang menjadi kesukaan kita. Kita jangan asyik sangat dok pi selak kain orang lain, rajin-rajin juga selak kain sendiri, kot-kot bila selak kain kita dah berkulat, berlendir dah dalam kain sendiri. 


Orang tunjuk kita tengok dan perati aje, suka kasi like, tak suka scroll. That's beauty and pretty people do. So keep polite and scroll. We worth than everything more than the harsh comment. Ermm, begitulah. Seni dalam kehidupan. Pilih seni yang indah, manis, mempesona untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sekadar peringatan untuk diri sendiri.