Tertengok ada yang share dari overseas pindah ke Malaysia, how they appreciate Malaysia beauty, how grateful they're. Kita yang duduk kat Malaysia ramai yang tak appreciate the beauty of malaysia, yet the truth memang banyak juga lompang and the bitter, but should we focus on good side? Ku sepanjang pindah randah ni, rasa tak habis lagi explore satu-satu negeri, setiap negeri ada sisi cantik masing-masing. Putrajaya dulu pun tak sempat habis explore masa duduk Banting, macam Terengganu juga, even 3 years stay tak sempat look every different place yang best kat sana, sadisnya. Sama macam Kedah, tak juga sempat nak explore banyak. Kesal juga tak manfaatkan peluang tu.
Pic source :corporatekeysaustralia
So masih berpeluang duduk kat Perak ni, I wish I could explore more and nikmati semua tempat cantik-cantik kat Perak. Even kegilaan sekarang naik turun Cameron Highlands sebab yang tu aje paling dekat dengan rumah, tapi tu negeri Pahang, dan Pahang atau Terengganu juga in my list forward kalau kena moving out from here. Ada orang memang tak suka pindah randah ni, tapi sebab dah go through banyak kali bab pindah randah ni, I think ada good side juga lah bab tukar tempat ni, memang certain part menyusahkan dan renyah, tapi memikirkan peluang dapat kenal negeri lain tu tak selalu peluang tu dapat. Kita hargai dan syukur.
Terbaca some quote "berhijrahlah, kerana dengan hijrah kamu mengerti makna pulang, keluarga dan teman". Ye, sangat bermakna bila tiap kali pulang ke kampung bertemu keluarga, dalam masa on the go ramai orang yang kita jumpa, ada yang kita kenal dengan hanya berselisih di perhentian rehat dan memanjangkan silaturrahim. Hijrah sememangnya membuka lembaran baru dari segi emosi, fizikal, banyak memberi peluang untuk kita membuka minda dalam menerima keadaan baru dan sekeliling yang berubah dari yang selalu kita lalui.
The challenge, the vibes, yang menentukan bagaimana kita nak respond, bertindak dan bawa diri terutamanya bila dah berkeluarga. Ramai juga nak moving out from Malaysia sebab dekat overseas lagi cantik, that's good sebab boleh kenal negara luar and gain more experience, ku pun berangan, tapi setakat nak jalan-jalan makan angin okay, tapi for stay maybe not. Well the grass is always greener on other side. Ku pulak cukuplah dapat pindah within in Malaysian state ni, tu pun tak cukup masa nak explore semua tempat lagi. Wishlist place in Perak ni pun panjang berjela lagi tak sampai.
Sekarang dok vibes nak pergi Pulau, tapi costing untuk ke sebuah Pulau Malaysia ni dengan anak-anak cemni, memang tinggi wehh. So we motivate each other nanti dah pindah belah sana bolehlah every month, every week pergi Pulau, hahaha, berangan teruk, well it's free kan, who knows one day we can do like we imagine. Tapi yang penting Malaysia ni cantik sangat tempat-tempatnya, cuma kadang harga tu lah yang tak masuk akal nak dihabiskan. Macam Langkawi sepuluh kali fikir pun tak lepas lagi nak repeat, haha, sambung fikir jelah. Buat kira-kira semata nak pergi pulau ni sama costing dengan daku sefamily lapan kepala ni duduk seminggu kat Thailand. Benua Eropah, Africa tak payah listkan, memang semua tempat kalau boleh sampai dengan pintu doremon, dah lama sampai, hahaha.