Pages

Pages

6.12.2024

Make up

Bila kakakku share tentang superboosting vitaminC serum kat muka yang best, daku baru tersedar dari realiti, realiti yang sebenarnya daku dah lama melupakan aktiviti menepung tawar dan bertepuk tampar pipi sendiri. Since when? Ku pun dah lupa waktu sebenar daku tak mengambil berat tentang penjagaan wajah sendiri, either nak cuci muka, scrub, atau mentonerkan wajah tu lagilah. Nak-nak menuju umur 40 an ni lagilah rasa...hermm. Buat pun sekerat jalan, atau time teringat. 




Tapi tengok wajah sendiri dengan garis-garis halus tu, rasa jugaklah sesal tak jaga dari awal kulit sendiri. Masa buat healthy test memang dah ternyata bahagian kulit daku pun agak teruk kekurangan vitamin B, C, E dan lainnya. Nak tak nak kena diri sendiri rawatlah dengan ubah lifestyle. Rasa kagum sangat yang mak-mak ambil berat and seriously make it work about healthy skin.


Daku tak nak menggunapakai ayat, daku sendiri tak suka make up, sebab walaupun itulah hakikatnya daku, memang tak suka make up, tapi jangan buat tu alasan muka tak bersiap even kita surirumah. Daku pun takdelah beria bab make up ni, tak reti dah satu hal tapi nak bersiap make up ni memang take a time. Bertahun-daku dah daku terbiasa jadi orang paling last bersiap, dan paling cepat siap, zapp zupp zupp siap! Boleh gerak. Like a typical mothers outhere.. Pakai tudung pun dah takde tengok-tengok cermin, saukk je! Begitulah. 


Jadi tertampar sekejap bila baca wasap kakak macam mengejutkan daku dari mimpi yang panjang, how i not treat myself the best even ada peluang, tapi itulah sebab dah terbiasa. Yeah, we all aged, even compare dengan wajah masa belajar universiti dulu, awal-awal kahwin and in thirties kagum dengan segala benda diri sendiri buat and dari segi appearance too. Berbeza terus, now heading to fourties,  antara yang terkorban bab beauty stuffla, untuk orang lain mungkin sama je tak berubah stay atau upgrade lebih baik, but for me it's okay, asalkan badan masih bertenaga, sihat dan boleh uruskan rumahtangga dengan baik tu pun dah syukur sangat.


Tapi, tapi, korang janganlah seratus percaya kalau suami korang cakap tak suka kita make up. Jangan sesekali percaya, even if dia kata tak nak perempuan suka make up, means yang tak makeup tu dah sama tara dengan yang make ups berlapis, neutral beauty dah, make up dan tak makeup pun memang sedia dah cantik double triple dah maknanya, itulah tricky ayat orang laki. Dah tu, kalau yang make up baru nampak cantik? teruskanlah make up, bukan untuk laki, tapi untuk kepuasan hati sendiri, our self-treat. 


Daku ni memang dah benci benor kalau dengar ayat dari laki, tak suka bini make up, sekali tambah bini yang suka make up, eh ko nak apa sebenarnya hahhh? Menipu ehh, tipu bini sekadar nak ambil hati, haihh sebut part ni berapi, jadi better to stop here. Begitulah, korang yang suka make up, teruskan kesukaan korang, jangan diikut-ikutkan sangat kata dusta dan tipu helah yang tak nak nampak kita cantik. Yang penting niat cantik tu bukan untuk makhluk lain. Jangan bercantik berlebih-lebihan pula, kita orang islam ada batasnya. 


Kesimpulannya, post ni daku baru nak start balik berjinak rawat kulit sendiri, baru rajin nak masuk Watson balik, kihkih. Cuci mata ja pun dah happy, hahah. Most favourite Watson kat Cameron Highlands, tengah mencari Watson paling besar nak jalan-jalan cuci mata, takdak arah betul. Happy treat yourself women, especially mothers.