Fuhh penat melayan trip terbanyak within schooling week yang jatuh pada hari khamis, pening makan daging pun tak habis lagi. Tak ingat raya Haji ni kali ke berapa kami raya asing-asing sebab masing-masing ambil bahagian, terpaksalah bahagi samarata, anak-anak sebelah sana separuh, sebelah sini separuh, tapi penat sungguhla even tak buat kerja mana, punyalah tak fit badan nak melasak, berhuhuu saja, sakit urat duduk lama dalam kereta, sambung berdiri lama berjalan situ sini tak duduk diam, memang pakej mendapat juga sakit habis satu tubuh. Tak umur warga emas lagi dah teruk macam ni, haishhh. Badan overweight cemnilah akibatnya.
Apapun, balik raya haji kali ni, macam biasalah tak lari dari jem, tapi kami dah ada alternative lain jika nak bertolak awal sikit je, cari tempat persinggahan tidur. Badan penat pun dapat rehat dan tidur selesa dulu sebelum sambung perjalanan. So takdelah rushing, cuma raya puasa, raya haji tahun ni dikira agak pendek jadi tetap rushing bergilir-gilir balik raya. Syukur dapat jugaklah beraya masa terasa pendek pun.
Mungkin pertambahan umur, makan daging pun takdelah bersungguh-sungguh seperti zaman dulu, semua dah jadi sekadar buat rasa, tapi menu sehari dua duduk kampung beraya haji tak lari dari lauk utama daging. Makan daging dengan gigi dah banyak gap ni, tentulah bab lekat daging celah gigi, so item utama buat balik yang tak boleh tertinggal tentunya floss gigi. Makan memang sedap, bila yang terselit dan terlekat tu jadi tak sedap, lidah pun kena kerja lebih dok cuit daging celah gigi.
Pengalaman kali ni takde kalut potong daging apa, tolong makan aje banyaknya, sebab tukang potong cukup korum, jadi mengasuh anak-anak ajelah sambil perati orang buat kerja. Pastu makan, pastu ermm..makan lagi. Tapi best pengalaman makan kali ni, sebab sebelum sampai kat rumah, sempat singgah makan dulu dekat nasi sumatera, nasi sumatera ni macam ala-ala nasi kandarlah, tapi kelantan version, memang antara popular menu atau kedai, stail kuah campur semua jenis lauk ayam kampung goreng, atau daging gulai, kebetulan masa tu ada menu otak lembu, datang teringin nak rasa macam mana agaknya, ambil seketul, gaul nasi sekali dengan sambal lada belacan dan kuah campur, aummm, memang sedap rupanya otak lembu ni, tekstur macam lemak, tapi kental, rasa silky, tapi sedap, macam mana nak explain tak tahulah.
Rezeki adik bongsu daku rajin kerjakan kepala lembu, dapat lah bahagian otak lembu kali ni, pasalnya takde orang nak, kaki, perut lembu memang tak ambil sebab malas nak renyah kat dapur, makan memang sedap, tapi makan kat kedai ajelah, mudah, kihkih. Alhamdulillah even makan banyak kali ni dapat maintain berat sendiri, biasa harus naik dua kilo tiap kali balik kampung. Dalam makan pun beringat-ingat, gituuu. Dan rezeki jugaklah balik rumah sendiri tak sangkut jem, alhamdulillah smooth sampai sebelum tengah malam, siap makan bekal mak buat kat rumah lagi. Nikmat apa lagi yang di dustakan. Ye, ye tahun ni rasa Raya Haji tak semeriah dulu-dulu. Hmm. Apapun, yang penting moga segala pengorbanan kita semua diterima Allah Taala. Amin.