Pages

Pages

5.02.2024

Hari Bekerja

Asal 1 Mei mulalah naik post, kesian surirumah takdak cuti!weh tak penat ka asyik ulang tayang komplen benda sama, hahahha. ku yang surirumah pun naik muak wehh. Dalam hidup ni banyak cara kita nak hadap, nak renspons, cukup-cukuplah asyik mengeluh. Negative energy dan juga positive toxic pun sama memenatkan. Yes, i know kadang kita nak acknowledge kat orang lain apa yang kita lalui, tapi itulah, faham...faham sangat, tapi kalau dah asyik kita nak bagitahu, orang tak hadap pun, kitalah kena bijak bertindak. Dah kalau 1 Mei tu kita pun nak cuti, cutikan jelah semua rutin yang kita buat hari-hari tu. Eh, nanti anak-anak lapar, nanti rumah sepah, ehh, nanti serabut sakit mata tengok semua merapu meraban and list go on. Dah tu ko nak apa? Nak cuti, rasa malas tak nak buat, silakan. Pandailah laki ke, ko sendiri kasi arahan kat anak-anak ke, grab ke hantar makanan sebab cuti masak the whole day.  Tapi duit takdak, kenalah masak sendiri, orang sedaplah bercakap bila dia ada duit, macam kita ni takdak duit, semua kena sendiri buatlah. Dah tu!!! Haishh ye, kadang mengadap manusia sebegini penat. Kita kasi banyak choice, idea pun nak dibangkang, tak setuju. Lantaklah labu. Kita buat dia kan, so pepandailah hidup masing-masing.


Kebanyakan hari cuti umum sebegini, sebagaimana orang bekerja pejabat ambil peluang bercuti sama ada stay kat rumah atau go out for some activities, daku as housewife pun ambil peluang release my routine, tak stick dengan rutin harian. Tak basuh baju, tapi prepare breakfast, sebab hari biasa ku banyak skip breakfast. Jadi sempat bermalasan bangun tidur lepas subuh, dah rasa best sambil sip my extra americano untuk ermmm...takde aktiviti hari ni, nak ajak bapak dan anak-anaknya semua malas, dan daku pun malas sebab serba salah cutinya terkepit, melainkan ambil cuti extra terus jadi long weekend, memang rugilah dok sesaja macam ni kan? Jiran depan daku lagi liar rupanya dari kami, ingat kami je jenis hilang bila weekend, rupanya jiran daku lagi extra zasss...cepat teruk hilang,hahahhaa..geng camping, so kami faham, best juga nampak gaya, tapi ku tak sanggup lagi terjunkan diri dan anak-beranak ke bidang bukak tutup tent, wehh, punya pemalas dan nak bersenang masa bercuti. kebahagaiaan masing-masing, buatlah apa yang kita semua suka, ada yang buat deep cleaning, ada yang tengah bercucuk tanam dan macam-macam lagi aktiviti.


Daku kalau nak deep cleaning rumah, takdak motivation tahap dewa, melainkan orang tua, tak kisah mak ayah atau mak mertua tersebut nak datang rumah, terus macam supersonic ku tahap rajin. Siap pakej cat rumah, dinding lagi, punyalah effort tu kan? So hari 1 Mei even hari apa-apa aje yang kita nak declare cuti dari apa-apa rutin, buat jelah, tak payah tunggu validation dari orang lain, cukup hati bahagia dan senang, buatlah. Selamat menikmati cuti semua.