Nampak orang berniaga ni senang aje ye. Realitinya orang yang berniaga je tahu perit, susah, payahnya. Tambah kalau berniaga makanan. Penat tak boleh bawa bincang kot. Tapi kalau dah minat, depa kental je teruskan. Biasa orang berniaga makanan puas hati kalau tengok orang makan makanan yang dimasak berselera, habis, orang berulang datang makan. Puashati orang kata. Macam dapat menjamu orang makan, tapi dapat duit, gitu.
Tapi zaman sekarang nak jumpa tukang masak dalam masa sama penjual makanan yang dimasak tu datang dari hati payah. Yang ramai tahu nak untung, atau fikir as always boleh jual je. Bahagian sedap, puashati makan belakang kira. Tahu kos sekarang tak macam dulu, barang mentah makin mahal, apatah lagi costing yang terlibat semasa menyiapkan sesuatu masakan. Bukan cikai harganya. Sepatutnya dah tahu begitu mahal buatlah sebaik mungkin, buatlah seelok mungkin, buatlah sebersih mungkin, buatlah sesedap mungkin, macam nak jamu ahli keluarga sendiri, kita sendiri nak makan. Mesti nak buat sesedap mungkin, macam tulah bab menjual makanan ni.
Ku pernah pengakuan direct one to one ye, penjual dia recycle balik nasi lemak yang dah berbungkus tu, dia letak dalam peti sejuk, esoknya jual balik, kalau still tak habis recycle lagi, hingga dah mula berbau baru buang, sadis sangat ye dengar pengakuan macam tu. Tergamakla haii jual kat orang makanan macam tu, tak letak diri kat tempat pembeli, main taram aje asal dapat duit, tak nak rugi. Lagi satu pesen tak habis dah satu hal, tambah lagi dah tak elok, pergi pulak sedekahkan. Keji sangat ye peel cemni, sungguh memang keji. Tak belajar agama ka, nak sedekah kasi yang elok, cantik.
Entahlah, bab meniaga makananku ingat pesanan arwah Mak Minah lah, nak jual makanan jangan ada dalam hati nak 'kelorekk', sama erti dengan kedekut, kedekut bahan masak, jadi tak sedap, kedekut hasil masakan, sikit atau tak padan dengan harga, orang tak mai dah. Kena ingat kita jamu orang dalam bentuk niaga, kena buat elok-elok, cantik, bersih dan sedap. Biar kita puas hati tengok orang makan, biar orang pun puas hati makan apa yang kita masak. Tapi bila sendiri buat tak mudah ye, tambah bab maintain rasa tu, kikiki.
Sepanjang bulan Ramadhan lepas asyik terbaca aje komplen, keluhan dari peniaga-peniaga yang jualan tak laku, pembeli penuh bazar pun sekadar ronda-ronda cuci mata, yang beli tak sepadan dengan yang datang menuhkan bazar. Entahla simpati juga, tapi yakinlah apa yang berlaku, itulah rezeki kita. Masuk banyak syukur, masuk sikit pun syukur. Lagi sadis dari bab ni, yang puasa ramai, yang tak solat lagi ramai. Puasa bagus dah tapi itulah bab tiang agama semua buat ringan aje. Sedih.
Bab jual beli makanan ni jangan buat mudah dan jangan mudah-mudah,benda masuk dalam badan jadi darah daging, dari darah daging bersumberkan tak elok pastinya impak juga tak elok. Nak berjual beli letak diri kita kat pembeli, letak diri kita kat penjual, barulah rasional takdak main taram minta diskaun tak masuk akal, takdak main taram letak harga. Biar adil kedua-dua pihak. Itulah kita kebanyakannya di situasi pembeli kadang mikir mudah aje semua benda, tapi bila kita dipihak penjual pun ambil mudah bab masak memasak nak bagi makan orang, bila tak letak akhirat kat depan, macam-macam benda tak masuk dek akal boleh jadi. Apapun pelajaran, pengajaran, peringatan bukanlah bermakna kita lebih baik dari orang lain. Saling ingat mengingat tanda kita kasihkn saudara seagama jua.