Musim cuti sekolah ni, pasti agenda jalan-jalan makan angin salah satu benda yang dirancang kebanyakan parents untuk anak-anak kan? Kalau tak balik kampung, ada yang memilih satu tempat lain untuk berkumpul. Aa, best betul. Ye waktu berkumpul ramai-ramai terutama dengan ahli keluarga bila ada cuti, cuti panjang ni memang best. Ada orang tak berapa gemar, tapi ini agenda yang paling ku suka sebab tak banyak kesempatan yang ada untuk berkumpul ni, so kalau ada peluang, memang macam dapat emaslah. Gold time, for us, for them lagi-lagi orang tua kat kampung. Memang harapan diorang lerr, walaupun ada yang tak terluah nak anak-anak balik berkumpul. Sebab ramai juga orang tua kita faham kekangan anak-anak mereka.
So yang berkesempatan, ambillah peluang. Macam dakulah, memang spesis adhoc plan nak pergi mana-mana, takde plan details. Kalau yang plan details tu melibatkan ramai orang, kalau takat kami-kami ja, memang main terjah je. So nak dijadikan bila tahu ma datang nak bercuti, terus kami book bilik kat tempat sama. Adhoc tapi menggembirakan, sebab tak plan nak berkumpul, adhoc tapi tak menyebalkan sebab memang itulah harapan, cuma tak terluah. Memandangkan kami pun dah lama tak pergi belah Nilai, makanya timing yang ada ni cantik sangat, tapi berturut-turutlah sebelumnya dah turun KL untuk hantar mak ayah. Jadi tempat kali ni memang tak pernah masuk dalam list pasal nya memang tak tahu, tapi area yang kami pergi kali ni adalah tempat kebiasaan kami lalu lalang masa menetap di Banting.
Most favorite arealah, sebab nak pergi tengok kapal terbang berlepas dekat aje, tempat lepak makan nasi kandar, jalan-jalan cari makan, tempat briskwalking dalam MITSui tu, kihkih. Memang tak terjangka dek akal dari hutan belantara jadi hutan batu dah, nak cakap cepatnya pembangunan bertumbuh kawasan tu. Jadi kami stay area Kota Warisan Sepang dan ambil bilik di Bell Suites Sunsuria City yang mana ianya berdekatan dengan Universiti XiangMen, persis bangunan di negara China. Pun kami baru tahu kewujudan universiti ni. Bila sampai memang kami dah pernah datang sini, tapi woww memang lain terus dengan yang dulu.
Nak cari Bell suites ni pun takde lah payah, ikut google Maps aje. Tempat agak baru dan kebanyakannya students universiti menyewa. Best kat sini sebab tak crowded dan safety sangat tempat penginapannya. Bell suites Sunsuria City macam apartment dan studio lah, nak book pun senang je melalui booking.com, nak kata besar tak juga, tapi okaylah untuk kami satu family bermalam. Kebetulan masa tu bilik pun harga promo dapat RM100± untuk satu bilik dengan double queen bed, kira okaylah sebab lengkap dengan kitchen utilities. Paling penting kat sini ada kolam mandi, itulah benda terpaling yang anak-anak soal dan tanya kalau pergi bermalam mana-mana.
Jadi bawa depa mandi kolam pun dah kira bercuti paling best dah tu, tak nanti nak pergi water park, dapat mandi kolam kira settle. Haihh, teringat daku zaman umur depa, cemtulah. Tak lepas pada main air. Memandangkan kami dah lewat petang bertolak, dalam pukul 9 malam jugaklah sampai check-in. Ambil kunci terus naik ke bilik, kami pun dah makan siap-siap masa singgah solat, jadi tinggal nak mandi bersihkan diri, tidur. Masa naik nak masuk ke bilik tu, kebetulan bilik kami kat hujung bangunan, so dapatlah tengok pemandangan malam yang sangat cantik, masa tu pun kapal terbang banyak yang baru berlepas dan mendarat. Memang best sangatlah kat sini. Nak dikira jarak memang jauh jugaklah dengan airport KLIA tapi masih boleh nampak dengan jelas termasuk hotel movenpick dari jauh. Cantik sangat bila malam.
Pagi esoknya agenda kami hanya mandi kolam, dan plan seterusnya belum dibincangkan. Jadi sambil mandi kolam kami borak-borak what the next, then baru teringat plan kami masa road trip ke Johor, Masjid Sendayan termasuk dalam pitstop kami yang tak sempat kami singgah sebab lalu route lain. Jadi alang-alang dah kat sini kami masukkan dalam pitstop bila keluar jalan-jalan nanti. Keluar dalam pukul 11 pagi kami terus tuju ke tempat makan tengahari Itik Salai Mastar di kawasan Nilai, kat sini pun dah banyak pilihan kedai makan. Sekitar tempat menginap pun boleh tahan kedai makan kalau tak nak keluar jauh. Tapi dah sebab nak makan masakan salai-salai kami tuju ke sini. Pilihan masakan agak banyak dan rasanya sedap. Sedap secukup rasa, kami kalau bab Salai ni tak lari dari nak rasa daging Itik, memang terbaik. Daging Itik ni antara favorite kamilah, sejak belum kahwin lagi kami dah suka daging Itik, dari saja-saja cuba, terjatuh cinta, gituuu.
Mashtar Itik Salai ni antara kedai makan pilihan ramai juga, kami datang awal jadi takdelah scene crowded atau beratur. Kedainya pun agak besar dan lapang, lengkap semua facilities. Nak datang bercuti atau ke tempat makan pilihan ramai, timing sangat penting. So timing kami pergi pun hanya weekend tapi dah hampir ke hujung bulan, jadi takdelah ramai sangat pengunjung. Nak makan pun bertenang-tenang aje. Selepas makan kami terus ke Nilai 3, untuk cuci-cuci mata kat kedai karpet. Datang sini lagilah, takde banyak perubahan kurang dari sepuluh tahun dulu, tapi agak berbeza jugalah. Memang dah tak cam tempat-tempat kami hunting barang-barang nikah kahwin dedulukala, kihkih. Nostalgia wehh kalau bab nikah kahwin, kenmain la dulu nak jimat, pelamin pun dalam RM1000± ja, asal boleh, yang penting nikahnya. Hahaha, asal boleh nikah.
Dah terberkenan karpet-karpet yang sangat cantik dan latest, terboronglah. Dah terborong, baru pening nak adjust macam mana dalam kereta. Siap memborong terus kami tuju ke Masjid Sendayan, masyaallah rasa jalan shortcut yang kami lalu dulu nak ke Port Dickson, perghh. Apapun terkejut, teruja. Sampai Masjid Sendayan memang kagumlah, sebab cantik sangat Masjid ni. Kami sampai tu, panas terik betul. Sebelum sibuk nak bergambar situ sini, kita selesaikan apa yang wajib dulu. Melihatkan senibina Masjid ni, Masyaallah Subhanallah, terus teringat someone yang suka berjalan-jalan memburu masjid-masjid sekitar Malaysia. Good content, sebab daku pun tak tahu sangat masjid-masjid sebegini wujud kat negara sendiri. Siap solat, sempatlah kami bergambar buat kenangan dan terus balik ke tempat penginapan.
Mode santai-santai malam last, kami keluar dinner kat area Sepang tu, banyak je pilihan tempat makan, siap makan sempatlah kami pusing-pusing tengok tempat sekitar Bellsuites Sunsuria City ni, agak menarik jugalah bila malam, meriah. Apapun nak bercuti tak tunggu kat tempat jauh, dapat staycation berdekatan dengan rumah lagi okay kan. Begitulah bab bercuti ni, ada seratus bercuti cara seratus, ada seribu bercuti cara seribu, ada angin saja, bercutilah cara free, nak seribu daya, usaha kritis dan kreatif. Walaupun tempat simple aje, yang lebih berharga moment berkumpul bersama tu yang diingati dan dirindui.
Antara tempat menarik di Kota Warisan Sepang yang boleh dilawati
Muzium Kereta
Mitsui Outlet KLIA
Hilltop Sepang
Masjid Sepang KLIA
HL Dragon fruit Farm