Pages

Pages

1.17.2024

Yang Chalet Teluk Senangin

Pertama kali kami datang Teluk Senangin, memang fall in love dengan views kat sana, rasa pernah cerita bagaimana kami tersampai kat sini. So bila dah mabuk cinta ni, katalah apapun, tak tempias apa pun orang kata busuk, banyak lalat, lantakler that's our favor spot bila nak lepak tepi pantai, apatah lagi kalau pilih nak tidur bermalam, antara yang terdekat Teluk Senanginlah. Cuma part tempat bermalamlah renyah sikit nak dapat tambah bila cuti umum, weekend tu kalau dapat kira rezeki lah tu. Punya payah juga sebab antara port yang ramai buat gathering, family day dan pelbagai event lagi. Port geng mancing juga, tu yang payah benau nak dapat bermalam kat sini. 


Tapi okaylah kami sempat merasa duduk dekat banyak Chalet dah kat Teluk Senangin ni, antaranya Sri Senangin Village, Teluk Senangin Chalet, D'Nor Chalet, Chalet Casa Impian, Chalet Anak Kampung Pangkor, Pak Ya Chalet & Mini Camp, Chalet Serumpun Teluk Senangin, termasuklah Yang Chalet ni. Yang modern dan nampak okay sikit bilik kat Teluk Senangin belum terlintas lagi nak try, pasalnya jauh dari pantai, nak kena menapak kalau nak ke pantai, malas uii. Ku lebih prefer tempat tidur dekat dengan pantai betul-betul. Bunyi ombak gitu buat lullaby tidur. Ada orang memang tak boleh ye tidur dengan bunyi ombak, seram, bikin tak lena tidur, daku memang sengaja cari yang betul-betul depan pantai, barulah vibes kat pantai gitu, kihkih. So far semua chalet yang kami dah menginap kira puas hatilah semuanya, tempat tidur nak kata tip top takdelah macam resort mewah, tapi memenuhi keperluan untuk tidur, yang penting dapat view mahal tepi pantai, kihkih, itu lagi penting buat kami. 


So nak cerita chalet yang ku pilih ni, terlintas nak singgah (walk in style) tanya ada kosong tak, masa tu weekend biasa rasanya tak pun cuti awal sehari dari weekend sebab tak ramai orang, lalu tengok kosong je laman chalet, ikutkan banyak chalet dan agak besar kawasan Yang Chalet ni sebab ada dewan, betul-betul tepi pantai, so singgah tanya ada bilik kosong tak? Alhamdulillah, ada dari nak bermalam satu malam, tertambah jadi tidur dua malam, dah alang-alang ada bilik kan? Bukan sokmo. Dapatlah pilih bilik betul-betul tepi dewan, depan pantai betul-betul, wallah. Inilah yang paling best, sebab dah standby bawak dapur kecil kononya nak masak. So certain barang dan makanan dah lengkap tinggal nak masak je. 



Ku adore sangat geng camping nak setup tempat tidur sampailah part dapur, ku nak setup dapur je pun rasa nak merentan dah, tahap kesabaran tu tak tinggi sangat bab-bab setup bermacam khemah ni, apatah tempat nak landing, jadinya cukup jelah ku tengok video depa pun dah puas hati dah, rasa macam diri sendiri dah merasa yang setup camping site, letihhh, hahahah. Moga dapat semangat jugak, sebab ada satu camping site buruan geng depa ni dekat ja dengan kami, cantik sangat, tapi tak terpergi sebab camping not so our feel yet, kihkihh. So dekat Yang Chalet ni ada banyak bilik, rumah untuk group family yang besar pun ada, campsite pun boleh. Jadinya dapat bilik dengan double bed dua tingkat,dan double pun rasa heaven dah. Paling best bilik mandi kat sini mesra alam betul pasalnya memahami yang mandi pantai, boleh terus ke bilik mandi ikut pintu belakang tanpa buat sepah kat laluan bilik. 

Ni penting pasalnya tak menambah kerja nak mengelap lantai basah lepas mandi pantai, takde bersepah dengan pasir pantai. Kalau datang Senangin ni malas nak masak, ada je kedai makan tepi pantai, atau nak yang best keluar jauh la ke bandar Manjung, tapi dah ke pantai tu ambillah peluang masak-masak sambil nikmati bau dan angin pantai, bunyi ombak, syokk sangat, makan simple macam kuah ikan sardin dengan telur dadar pun boleh buat bertambah. Tak tahu kenapa, biasa kalau datang menginap tepi pantai, jeram, bab makan tu mesti lebih, selera bertambah-tambah. Haishh. Dari kecik sampai ke tua, cemtulah, hahahah. 

Point penting yang ramai orang tak perasan bila pergi kat pantai, atau lepak, santai kat pantai, once a moment masa kita betul-betul fokus dengar ombak tu kan, datang rasa mengantuk, mengantuk sangat, rasa nak celik mata pun tak boleh tambah masa tu cuaca panas ke apa, haa sini pointnya, bila mengantuk tu datang, jangan ditahan-tahan mata, rasa nak tidur masa tu, korang tidur. Serious ni, korang kena tidur masa ni, sebab masa tidur tulah terapi, tidur masa tu rasa panjang, deep sangat, deep sleeplah, terlelap. Bila bangun baru 15minit tidur rupanya, tapi rasa cukup, rasa lama sangat tidurnya. Lepas tu rasa segar, rasa best. Buat lah, ku datang pantai antara reasonnya inilah. Tak campur lagi berus gigi guna pasir pantai, cuci dan scrub muka pakai pasir pantai, rendam kaki dalam pasir pantai. Best uiii. 

Ku suka dekat Yang Chalet ni, selain bilik dekat pantai, mengadap pantai, buka pintu bilik terus nampak pantai, kat sini teduh dengan pokok-pokok. Matahari meninggi pun tak terasa. Tambah bila angin sepoi-sepoi datang, syahdu, damai betul fefeeling. Alhamdulillah rezeki kami, tuan tanah offer nak carikan ketam fresh, dapat dua kilo, terus masak. Isi kental, mantap padu betul ketam bila segar naik dari lauk, hari kedua tu ada jiran dari Kedah katanya, datang mancing, bawak family. So dapatlah berkongsi rasa ketam segar kami dapat, mereka checkout, kami pun checkout sama lah. Aktiviti kat tepi pantai, tak lain tak bukan main layang-layang, main pasir, mandi pantai, berjalan kat pesisir pantai, makan-makan, borak-borak. Takdak arah nak jalan-jalan boleh visit Segari Turtle Sanctuary, moga dapat repeat moment cemtu lagi, amin.