Berlegar kisah teddy bear ada abu mayat kat dalamnya, sejenis trend ke tak tahu. Tapi tak nak cerita pasalnya tu, daku pun masa remaja dulu pernah terjebak kumpul teddy bear ni, dari teddy bear kecik sampailah dari teddy besar sebesar orang, lebih besar dari saiz daku. Tak ingat beli kat mana, tapi warna putih cream, masa tu tahun kedua kat universiti. Dok rumah sewa dengan dua roomate lain, kira satu rumah sebilik sorang lah.
Nak di jadikan cerita masa awal-awal memiliki teddy bear tu takde apa yang pelik pun, malah teddy bear tu jadi bantal peluk, yelah saiz sebesar bas camtu, manalah tak sedap peluk, eee gebu sangat, lembut, sedap peluk, syokk!! memang buat teman masa tidurlah. Yang start jadi lain macam bila ada suatu masa tu daku balik cuti half semester, memang ingat letak tempat biasa kat atas kerusi komputer dekat meja, balik dari kampung, buka bilik sedikit terkejut sebab teddy tu bersandar kat dinding dekat tingkap, huhuu. Masa tu terkejut, tapi mulut tak bunyi, kepala dok ligat mikir, nak kata roomate masuk, daku kunci pintu, malah kunci bilik duplicate pun daku yang pegang, dan daku orang pertama sampai dari balik kampung tu, yang lagi dua lewat petang baru sampai.
Dah berdebar tapi, mungkin salah ingatan, bukan letak kat atas kerusi. So daku bersangka baiklah pastu, nak hilangkan rasa takut punya pasal. Kejadian kedua balik dari kelas yang panjang seharian dari pagi ke petang, ku ingat memang teddy bear tu duduk kat tempat biasa, kat kerusi komputer, balik tengok duduk kat tepi almari pakaian, masa ni, memang dah seram takut, tapi ku diam, masih bersangka baik, salah letak, tapi untuk kali kedua kejadian depan mata ni, ku setiap kali jadi nak tenung mata teddy bear tu, sebab rasa macam diperhatikan, siap belek-belek kotlah ada camera ke apa, tekan-tekan badan kot ada benda-benda keras dalam perut bear macam tempat control ke apa, takde. Bila dah jadi kejadian kedua tu, ku jadi aware dan perati-perati, tak senang duduk, takutnya ku yang salah, salah ingatan ke, terlebih fikir, rupanya tak ye.
Sampailah suatu malam, rasa tak nak peluk pun teddy bear malam tu bila nak tidur, jadi ku letak kat atas kerusi komputer siap kepitkan lagi antara meja dan kerusi. Tengah malam, ku tersedar dalam 2pagi lebih cemtu, memang terkejut beruk sampai berpeluh dan terlompat bangun, pasalnya teddy bear tu ada kat sebelah daku tertiarap dan kepala teddy mengadap daku pakej mata tengah teddy warna merah, uii meremang tak payah cakap, memang lepas tu, bangun ambil dan letak teddy bear tu kat ruang tamu, kunci bilik tidur dan tidur dengan lampu terbukak, tu pun tak lena, pagi esoknya terus cerita kat housemate tentang teddy bear tu.
Lepas tu, depa cakap dah agak dah, depa dah lama nak bagitahu, bilik daku tu seram, sebab tu jarang nak masuk, tak tahu kenapa, pastu ku bebellah kenapa tak bagitahu awal-awal, sebab depa tengok ku relax je, mungkin feeling depa je. So apa kami buat, bawak teddy bear tu tempat bakar sampah, bakar teddy bear tu sekali, kotnya tak bakar kang balik cari tuan. Since then daku tak beli dah patung-patung macam sempurna bentuk rupa termasuk teddy bear nilah, even anak-anak sekali pun, cukup lah trauma yang satu tu, gila betullah. Memang seram, nasib baik tak dicekik kita masa tidur. Masuk mall lalu kat patung-patung ni dijual pun, meremang bulu uiii