"eh! Seloww lah dia ni, orang dah sampai ke bulan dia baru nak start!", pedih ayat ni bukan. Tapi ketahuilah kita, dalam tak sedar setiap hari kita memberi tekanan kepada diri sendiri.
Sepatutnya dari tahun lepas lepas habis pantang Hana lagi Ika plan nak start detox, tapi biasalah rasa tak ready, macam-macam alasan timbul dalam kepala ni. Tau-tau dah masuk tahun baru, anak dah hampir setahun lebih dah, nak sampai fasa cerai susu badan dah, tapi bab turunkan berat masih statik. Bab makan asyik nombor satu.
Pagi tadi terbaca quote yang sangat bagus untuk motivasikan diri, 'no matter how slow you go, you're still lapping everyone on the couch'. Ika suka, sebab ayat ni sangat dekat dengan Ika.
Selalu memaksa diri untuk buat lebih baik, buat lebih cepat, buat lebih produktif, buat lebih dan segala-galanya adalah lebih, melebihi apa yang kita nak. Baca ayat pun dah penat kan?
Boleh rasa tak bagaimana emosi dan perasaan kita bila kita terpaksa melalui hari yang tak diingini atau omputeh kata 'bad day'.
🎶Cause you had a bad day,
You're taking one down
You sing a sad song just to turn it around
You say you don't know
You tell me don't lie🎶
Adakah kita hilang nilai diri bila kita tak dapat buat apa yang kita mahu? Kita tak ada tenaga seperti yang kita mahu? Adakah kita rasa tertipu dan kecewa bila tak dapat apa yang kita ingini?
Kita masih memaksa diri buat, walaupun badan dan otak memberitahu kita supaya berehat!Mulai saat ini, ubah perspektif kita.
Ayat ini mengingatkan kita langkah kecil yang bayi kita buat. Adakah anak kita lahir terus pandai berjalan? Tentulah tidak. Biasanya bayi kecil ada perubahan dan kemajuannya yang tesendiri dan unik. Dari pandai mengengsot, jadi pandai meniarap, dari pandai meniarap, jadi pandai merangkak, dari pandai merangkak pandai meniti, dari pandai meniti jadi pandai berjalan.
Perubahan yang kecil tapi berterusan lebih besar impaknya. Kita selalu kata, 'jangan bandingkan diri kita dengan orang lain, bandinglah hidup kita dengan diri sendiri'.
Tetapi pepatah ini bawa makna yang berbeza buat Ika. BERMULALAH SEKARANG, tak kira di mana kita berada, ia penting kerana ianya membawa kemana kita mahu pergi/dapat.
So sedar tak sedar dah hampir sebulan tanpa plan, tapi BUAT JE, dalam tak sedar dah pilih jalan buat Lazy Keto, nak buat sekali dengan Intermittent Fasting tak jadi-jadi lagi, so gerak dengan yang mampu dulu. Mazhab nak turunkan berat badan ni banyak cabang ye, pilihlah yang mana suka dan buat ikut kemampuan diri. Jangan rigid sangat. Yang penting kita boleh sesuaikan dengan tahap badan kita, dan faham kemampuan diri. Ambil ilmu dari pelbagai sumber dan adjustlah dengan diri, yang penting ada progress.
Ada yang rasa payahnya nak diet, nak jaga pemakanan, memang betul-betul mencabar pun kat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis makanan, masakan. Suasana tak membantu dan anything jelah yang boleh distract kita punya goals. No wonder Malaysia adalah negara di dunia pertama in list obesiti paling tinggi, hebat tak? Kihkih, yang rasa insaf takut dalam tak sedar kita dalam peratusan obesiti tu, marilah sama-sama kita insafkan diri. Kesihatan out takde siapa boleh tolong melainkan diri sendiri yang ubah.
Yang rasa dan banyak fikir
"eh, boleh buat ke ni?"
"karang buat, separuh jalan je"
"nanti-nantilah bila dah sedia" Percayalah lagi lama bertangguh, lagi lah banyak risiko ditanggung kalau dah ada tanda dan simptom penyakit-penyakit kronik.
Since tak lama lagi dah nak masuk 40an, rasanya tak boleh tangguh-tangguh dah fasa restart balik untuk better health, fit body and stamina. Sekarang paling teruk ideal weight dah kelaut dalam, kulit, gigi breakout teruk after last pregnancy. Cannot go dah orang kata, bekam pun lama dah tak terbuat, pendek kata semua kelaut dalam lah. Selow tak seloww asal kita bermula. Letss.