Pages

Pages

2.21.2022

Remedi Wajib Ada di rumah Kala Pandemik

Ada yang bagitahu apa yang kita hadapi sekarang adalah pandemik dan juga plandemik, yang mana satu benarnya Allah jua yang tahu. Kita sebagai HambaNYA dikala waktu begini banyakkan amalan benteng diri dan keluarga dan juga remedi keluarga wajib tersedia kerana bab sihat sakit ni datangnya tak terjangka. Ujian sihat dan sakit ni semua orang lalui, takde orang yang tak sakit atas muka bumi ni kecuali Firaun, so kita manusia biasa ni sihat dan sakit datang bersilih ganti. Namun dalam menghadapi hari-hari yang tidak ketahuan mendatang, kita juga harus bersedia tak kira dari segi fizikal mental dan emosi.


Samalah juga dikala pandemik ni, ada orang prepare ubat-ubatan dan juga remedi semulajadi kat rumah untuk persediaan jika ada ahli keluarga yang tak sihat. Tak sihat tu biasanya demam, selsema batuk dan sebagainya. Bukankah kita pun selalu di ingatkan mencegah lebih baik daripada mengubati, begitulah tubuh badan kita ni, nak cegah dari sakit kena jaga perut. Ika kalau bab prepare ni, sejak dari ada anak memang dah belajar, ambil tahu dan cakna apa yang nak di bagi kat anak-anak. Macam mana nak buat bila anak-anak start batuk, selsema dan demam, sebab tiga benda ni benda yang selalu kita hadapi even sebelum pandemik berlaku pun. Ika bahagikan beberapa bahagian part remedi ni sebab terlalu banyak pilihan yang kita dapat sediakan untuk kegunaan seluruh ahli keluarga.


1. Bahan dari dapur
So the best remedi semulajadi yang wajib ada dari dapur adalah bawang merah, lemon, kunyit. Bagi Ika tiga benda ni sangat powerful untuk membantu anak dikala selsema batuk even demam sekalipun. Selain tu, rempah ratus lain ada gunanya juga tapi yang tiga tulah yang paling banyak membantu. Dr Suri Rowi banyak share setiap kelebihan dan manfaat dari makanan real food, malah bagus untuk tingkatkan tahap kesihatan diri. 



2. Makanan Sunnah
Minyak zaiton, habbatussauda, kurma, madu, Al-manna sangat-sangat bagus untuk amalan harian bukan suap masa sakit dah, masa sihat wajib amal. Zaman sekarang selamba saja perlekehkan bab pemakanan sunnah, takpe biarkan, asalkan kita jangan dibuat perangai begitu. Tak suka sekalipun, benci sekalipun jangan dilekeh-lekehkan okay. Biasa yang benci ni mungkin sebab ada certain golongan yang buat untung sampai rosakkan original source makanan sunnah tu sendiri contoh paling common madu, tapi disebabkan depa ni tak bolehlah kita pukul rata semua sehingga benci makanan sunnah, sampai tahap menghina tu, moga yang buat benda ni Allah laknat terus. 



3. Suplemen
Haa ni pun satu ramai juga yang benci dan anti, suplemen memang bagus pun tapi tengok brand lah. Ada yang suplemen sintetik dan semulajadi, tinggal kita jelah pilih yang mana selamat dan berkesan. Suplemen yang bagus dikala pandemik ni adalah yang tinggi kandungan antioksidan. Ni Ika share antara cadangan suplemen yang ahli farmasi recommended. Segalanya mudah dihujung jari dengan iherb 




4. Essential oil
Selain suplemen, Ika rasa nak wajibkan semua orang buat essential oil ni sebagai keperluan, sebab farmasi dari bauan ni memang power untuk bantu tingkatkan kesihatan diri dari segi mental dan emosi, maklumlah kita semua sekarang ni terlalu banyak isu yang menekan diri, tak kira dari dalam atau luar. Essential oil sememangnya salah satu keperluan dan remedi semulajadi untuk semua ahli keluarga dan sangat banyak membantu. Sediakan yang paling basic pun dah okay, pelaburan untuk kesihatan tak pernah tak berbaloi. 



5. Homeopathi 
Antara pilihan alternatif untuk remedi. 



6. Ubatan moden
Biasa panadollah yang ada sedia kat rumah kalau ada yang pening ke, rasa nak demam ke. Ada juga yang ambil ubat demam kat farmasi je, bagi Ika tak okay sebab ada risk untuk ubat expired atau tercemar, sebaiknya jika anak tak sihat baru ambil ubat yang di prescribed oleh doktor, lebih terjamin keselamatannya berbanding yang ambil kat farmasi berbayar dan di simpan.