Pages

Pages

4.05.2021

Lubuk Timah Hot Spring Simpang Pulai

Salah satu aktiviti yang melibatkan sumber alam semulajadi ni memang tak boleh tinggal, dapat grounding, dapat nikmati keindahan alam sekitar memang aktiviti kesukaan kami lah. Tambah lagi dah lama berkurung, tak tahu ion apa dah bertukar dari dinosaur ke naga hijau, aktiviti yang melibatkan alam semulajadi memang satu terapi diri terbaik. Selain dapat neutralkan balik ion-ion dalam tubuh badan, anak-anak pun seronok dapat buat aktiviti luar, dapat menikmati udara segar hutan. Kalau kat Perak ni memang kayalah dengan air terjun, tapi tak semua air terjunlah dapat mandi, ada yang jadi lubuk meragut nyawa, so nak pergi mandi air terjun ni kena intai risik siasat dulu selamat ke tidak tempatnya tambah kalau kita bawa anak-anak kecil mandi sekali. So antara air terjun terpilih kali untuk mandi manda, dikala cuaca elok dan baik, Lubuk Timah Simpang Pulai antara pilihan yang agak okay untuk berkelah dan mandi manda. Selain Tiket masuk yang murah, tempatnya tersusun dan kemas dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Malah kalau nak tidur bermalam kat sini pun, harga penginapan berbaloi dan murah untuk mengisi hujung minggu anda. 


Ini kali kedua kami datang sini, dulu rasanya kemudahan masih terhad seperti wakaf-wakaf berkelah sekeliling air terjun, kali ni banyak sangat dah penambahbaikan untuk kemudahan pengunjung. Biasa yang datang sini ada agenda tersendiri termasuk buat aktiviti bakar dan makan, mandi manda be ramai-ramai. Bayaran untuk setiap tempat wakaf keluarga berkumpul hanyalah RM50 untuk sepanjang masa kat sana, kalau dari pagi sampai petang stay situ memang lah memadai, dapat berehat bersantai di tempat yang selesa.

Nak buat BBQ dengan keluarga pun takde masalah sebab tempat selesa ada, janji bawa barang sendiri, bekal-bekal makanan, so nak mandi manda seharian takde masalah nak cari makan, semua dah bawa. Kami memang cadang pergi untuk anak-anak mandi manda je, so memang tak berbekal kali ni. Masa kami datang tu boleh tahan juga ramainya, maybe yang dari pagi lagi, kami dah pukul 3 petang baru nak mandi, panas kenmain pun lantak pi Anak-anakku, depa layan main air tak nak naik sampai biru, punya sejuk walau cuaca boleh tahan panas, air pun takdelah dalam sangat, tapi kat batu-batu besar tu kena hati-hati jugalah sebab air agak deras. Orang kata tempat ni berbahaya, nama lagi jeram, biasa kait dengan kepala air lah, so kena beringat-ingatlah juga tengok keadaan nak pergi mandi jeram ni.

Kat sini kemudahan tempat mandi pun agak besar dan selesa, so takdelah rimas kalau ramai-ramai. Antara tempat pilihan baik juga untuk keluarga untuk mengisi masa hujung minggu ni. Masa PKPB ni ramai jugaklah ambil peluang datang tempat rekreasi, berduyun-duyun, ku ingat masih ramai yang takut kobidiah ni, rupanya ramai dah lupa agaknya peristiwa basuh duit, basuh tangan 37839619 kali sehari, alhamdulillah semua dah hidup macam manusia normal dah, that's we love, hehe.


Waktu operasi: 8 am to 6.30 pm
Parking: percuma
Tandas: percuma
Pakaian: tiada aturan, pakai ikut kesesuaian dan sopan
Tiket:
Dewasa: RM 5
Kanak-kanak: RM 3 (3 – 11 tahun)
Warga emas: RM 3 (60 tahun dan keatas
Sewa wakaf:
Gazebo: RM 50 (walk-in only)
Gazebo X: RM 70 (walk-in only)
Pondok: RM 10
Horse ride: RM 5/round
ATV (Kids only): RM 15/20 minutes
Air Wheel: RM 10/30 minutes
Inflatable Bouncers: RM 3