Pages

Pages

4.27.2021

Cuti Nuzul Al-Quran

Semalam terbaca status seseorang update dah khatam Al-Quran sempena sebelum 15Ramadhan, bila terbaca status begitu, rasa sesuatu dalam hati, yes. Really jealous sebab dia mampu khatam Al-quran dalam tempoh kurang dari dua minggu, rasa tertampar, rasa tak aci, rasa aku pun boleh buat kalau dia boleh buat. Teringat dan tergiang-ngiang dan-dan kata-kata ustaz sekolah dulu, kita boleh dengki dalam bab melakukan Ibadah, adapun perasaan hasad yang dibenarkan hanyalah pada perkara-perkara kebaikan, dan ia pada asasnya tidaklah disebut sebagai hasad, bahkan ia lebih merupakan satu keinginan (ghibtoh atau raghbah) untuk dikurniakan kelebihan yang sama agar dapat meningkatkan amalan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT, dan tidak pula ingin supaya nikmat itu ditarik dari orang tersebut. So disebabkan terganggu dengan status tersebut timbul niat dalam hati nak khatam less than two week disamping baca terjemahannya jua, at least faham apa yang di baca sepanjang baca Al-quran. Seharian  memikir plan dan strategi nak habiskan juz dalam masa yang ditetapkan. Rasa macam mustahil. Yelah macamkan takde kerja seharian nak disettlekan walaupun duduk kat rumah as fully housewife. Takkan nak mengadap je seharian, anak-anak kecik nak makan nak menyusu pasti ada masa yang tertentu juga nak di bahagikan.


Mulalah datang dalam fikiran, start lepas Ramadhan pun tak apa, apa nak dikejarkan sangat, pasti ada bahagian masing-masing kan dalam berbuat kebaikan. Adoii baru fikir pun dah surrender nak buat, tak buat lagi pun. Sekali timbul camtu kat dalam fikiran, terbaca sharing sahabat lalu kat Wall facebook siapa ada tengok LIVE STREAMING kuliah TUAN GURU SYEIKH ZAINUL ASRI (TGSZA) sejak akhir-akhir ni dengar meremang bulu roma, lain macam pesanan Tuan Guru. Kelmarin Tuan Guru Syeikh Zainul Asri takbir dengan penuh semangat citer tentang tentera Imam Mahdi, hari ni TGSZA cerita tentang NUZUL AL Quran. Sayu sangat pesanan TGSZA
"Bacalah Al-Quran,berdampinglah dgn Al-Quran sementara Al-Quran masih ada dan masih boleh di baca. Al- Quran diturunkan dari langit dan akan diangkat ke langit sebelum helaiannya menjadi kosong. Masa Al-Quran diangkat akan kedengaran bunyi seperti lebah yang banyak. Nanti Al-Quran akan dikembalikan di tempat asalnya iaitu di Arasy Allah.Arasy Allah yang luas. Malaikat yg menanggung arasy iaitu malaikat Habbatul Arasyi ada empat dan mempunyai 600 sayap menunjukkan betapa besarnya Arasy Allah. Jarak bumi ke langit pertama adalah 500 tahun perjalanan, langit pertama ke langit kedua 500 tahun perjalanan sehingga ke langit ke 7 mengambil masa 7000 ke Kursi yang mengelilingi arasy Allah iaitu Pusat Pentadbiran Allah.Luasnya Arasy Allah ibarat cincin ditengah padang,maka yg luas itulah arasy Allah.


Al-Quran datang daripada hadrat Allah dibawa oleh jutaan malaikat yang mengarak KALAMULLAH yg hebat. Tingginya martabat Al-Quran, 'Kalam Raja Segala Raja'. Kalam Allah yg dibawa daripada hadrat Allah iaitu Baitul Izzah yakni tempat Al-Quran diletakkan sebelum diturunkan kepada Nabi Muhammadi s.a.w pada 17 Ramadhan. Surah Iqra' ayat 1-5 diturunkan sehingga surah-surah lain sehingga selesai Al-Quran diturunkan sebagai pedoman Ummat manusia, maka bacalah Al-Quran sebelum diangkat dan berakhir nanti. Hatta di syurga nanti tiada dah Al-Quran, hanya ada 2 surah Shah di syurga iaitu surah Toha dan Yaasin betapa Allah nak tunjuk mulianya Rasulullah s.a.w di dunia ni, tambah-tambah bulan Ramadhan perbanyakkan baca Al-Quran.


17 Ramadhan ni sangat menghampiri 10 mlm terakhir dan malam Lailatul Qadar.Lailatul qadar ada aura dan ujiannya.10 malam terakhir cuba hadirkan diri imarahkan masjid.Aura Lailatul Qadar bermula daripada waktu siang lagi menandakan persiapan antara langit dan bumi.Pada 10 malam terakhir usahakan selepas waktu 1 pagi jangan tidur dan malam itu merupakan malam temasya ibadat. Usahakan Bangun solat dan baca Al-Quran hingga rasa manis di bibir membaca Al-quran. Ramadhan hanya berbaki 12 hari lagi,Ramadhan akan berakhir dan akan pergi sepatutnya kita menangis sebab Ramadhan akan tinggalkan kita.10 malam terakhir usahakan beribadat dan tinggalkan dunia. Sesiapa yg meninggal dalam bulan Ramadhan adalah orang yang mulia.Mulakan bilang berapa kali seumur hidup kita khatam Al-Quran.Semoga Al-Quran menjadi penolong kita di akhirat sana.


Allahu, lagi tertampar bila baca perkongsian saudara Blackmore Marty yang mengatakan Kalau kita ingin mengukur hubungan kita dengan Allah, ukurlah diwaktu Ramadan. Kalau dalam Ramadan pun kita gagal untuk akrab dengan Allah, dengan Alquran, dengan solat, dengan infaq dan dengan dakwah, maka itulah diri kita yang sebenarnya. Diri yang jauh dari langit amal. Memang hidup kita ini adalah pelakon dari takdir Allah tetapi Allah beri kita akal untuk berusaha dan berikhtiar dan ianya adalah milik kita. Kalau kita malas. Itulah kita. Kalau kita suka berehat rehat dan tidur saja, itulah realiti diri dan perangai kita. Jangan kita harap sebuah magis akan datang selepas Ramadan nanti untuk menjadi insan takwa seandainya dalam ramadan pun kita adalah manusia biasa yang dah terbiasa dengan kehidupan biasa. Malas untuk berubah.


Sepatutnya diramadan inilah kita rumuskan perenungan dan muhasabah diri yang panjang, pemetaan hidup yang tepat dan mengukur potensi diri. Zahirkan tujuan hidup kita. Sasaran amalan kita. Berlatih untuk menciptakan amalan unggulan yang akan kita sambung selepas ramadan nanti. Kita ini adalah hamba Tuhan. Hamba yang dilahirkan melalui sistem Allah berbekalkan syariatNya melalui lidah Rasul. Sepatutnya diramadan inilah kita sedut segala rahmat Allah, anugerah Allah, keampunan Allah, redha Allah, kemurahan Allah kepada kita untuk membina amal unggulan kita tanpa menyisa sedikitpun peluang untuk kita membina kekuatan yang nanti akan mengarahkan seluruh perjalanan hidup kita selepas ramadan nanti.


Masih ada ruang untuk membina lagi. Ada 14 hari lagi. Jadi, hadirkanlah obsesi diri setiap saat dalam kesedaran untuk berubah kerana kesedaran itu adalah anugerah bagi setiap jiwa yang mengenal dan setiap jiwa itu ada rahsia kesedarannya yang tersendiri. Moga kita semua termotivasi untuk buat terbaik sepanjang Ramadhan ini yang mungkin kali terakhir buat kita semua. Insyaallah.. 

4.19.2021

Shopping Baju Raya Online

Tahun ni walaupun harapan nak balik raya kampung kelam dan tak nampak jalan, tapi raya tetap raya. Betul tak? Mana taknya asal nak shopping Baju Raya kebanyakan baju dah sold out, maybe dari bulan lepas semua dah sauk beli masuk cart. Fuhh boleh tahan jugak ye Penangan nak raya, tinggal daku jugaklah selalu last minute, color baju pun pening lalat lagi dok mikir tak decide lagi, wakakka. Lagi pula musim camni semua tak sanggup lah nak beratur scan, etc. Baiklah jimat masa dan tenaga order online saja kan?


Apapun dalam banyak-banyak online shopping biasa Ika cari kat instagram, senang. Dan kebanyakan butik muslimah online menawarkan harga yang berpatutan, average dan mampu milik. Yang penting baju, kain selesa di pakai. So antara shopping online yang biasa Ika terjah untuk cari baju raya a few list yang korang boleh jadikan rujukan dan pilihan untuk shopping sama ada untuk baju raya atau casual harian. Ika punya taste simple je, asal baju boleh dibuat baju harian selepas pakai untuk raya, kira dah lulus lah tu, kalau takat beli pakai sekali dua, memang tak beli lah jawabnya. Melaram Melaram juga tapi tengok manfaat jangka panjang kalau on pakai kerap, means berbaloilah beli baju raya tu, tu Ika punya guideline sendirilah, biasa borong abaya je. Ada sekali rentan shopping raya last minit borong baju abaya 8 helai terus dapat harga borong, kihkih. Jimat yang penting dah terjamin memang akan pakai yang tu sajalah nanti buat baju harian. Fleksibel gituh. 






Apapun dalam beraya, melaram jaga aurat sentiasa okay. Nak bercantik-cantik takde masalah tapi jaga tuntutan agama kita. Elakkan baju yang ketat, sendat, singkat. Tampak lebih sopan dan anggun jua jika tak nampak aurat. Kebanyakan baju sekarang banyak pilihan untuk muslimah bergaya, beraya. Pilihan baju loose dan selesa pun sangat banyak, tinggal kita je nak pilih yang mana. Kebanyakan butik online yg femes ames memang Ika elakkan, sebab dah tahu wajib sold out kalau time cemni, so cari yang average insyaallah ada bahagian untuk kita shopping. 





So korang dah settle baju raya ke? Ziss Ika belum settle lagi ni, entah nak gelabah ke tidak ni. Kalau ikutnya nak settle sebelum masuk Ramadhan lagi, sekali ni dah seminggu puasa bab color tak habis-habis lagi dok bincang situ lah. Asal berkenan, dah sold out, haishh, potong mood, tak sempat shopping, kita recycle mana yang ada sajalah agaknya. 


4.14.2021

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Kalau perasan TV Alhijrah mengangkat tema 'Andai Ini Ramadhan Terakhir' tahun ni, kebanyakan menceritakan peristiwa akhir zaman(secara berlapik) realiti yang berlaku hari ni. Tanpa sedar kita semua dalam fitnah besar akhir zaman, maka pilih lah jalan terbaik masing-masing, jaga iman, tingkatkan taqwa. Kita semua tak tahu apa lagi yang akan berlaku akan datang, sekarang pun dah banyak bala bertimpa-timpa akibat orang islam sendiri tak yakin dengan Al-Quran, Sunnah sendiri, selamba je orang kafir mengawal dan masuk campur agama kita. Apapun, yang punya mata hati dan berfikir sahaja yang mengambil ingatan, ni pun Allah dah kata dalam Al-quran, sebab realiti masih ramai yang buta walaupun depan mata dah berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku. Apapun jaga keluarga masing-masing jelah sekarang ni. All outlah kita semua menghayati bulan Ramadhan tahun ni, tahun depan belum tentu lagi kita berjumpa dan bertemu bulan Ramadhan ni, ambil peluang tadabbur Al-quran supaya kita tak sia-sia dalam beramal, biar faham apa yang Allah sampaikan dalam Al-quran dan jadi amalan kita. Insyaallah.

Tahun ni jangan berharap sangat dapat balik raya, takut-takut semua kena kurung balik. Kita minta sajalah kat Allah moga orang-orang yang melakukan penipuan dan kezaliman moga Allah bagi balasan setimpal. Kita tak mampu dan takde daya melainkan hanya dengan pertolongan Allah. So apa aktiviti anda sepanjang Ramadhan ni? 


Bulan dekatkan diri dengan Al-Quran. Bulan ni semua dah setting nak baiki diri, nak dekatkan diri dengan Allah, nak khatam Al-Quran, nak tadarus, nak tadabbur Al-Quran which is semua aktiviti tu sangat bagus. Renew inner kita sebaik-baiknya. Penuhi masa dengan aktiviti yang bermanfaat dan dapat tambah pahala kita seharian di bulan Ramadhan. Moga-moga asbab kita buat terbaik dalam amalan kepadaNya, Allah ampunkan segala dosa kita semua yang banyak terkhilaf dan cinta dunia.


Apapun di kesempatan ini, Ika memohon maaf atas segala salah silap sepanjang menulis dalam maya, jika ada yang mengguris perasan pembaca, semua keburukan itu datang dari kelemahan Ika sendiri. Moga Ramadhan kali ini dapat melahirkan diri kita yang baru, lebih baik dari yang sebelumnya, insyaallah. Moga segala amal kita di bulan Ramadhan diterima Allah. Amin. Selamat beribadah semua, walaupun aura solat terawih macam dulu dah pudar, moga kita semua dapat mengimarahkan masjid bagi yang lelaki. Kita mak-mak pula moga bijak menguruskan masa sepanjang Ramadhan supaya tak banyak habiskan masa di dapur. 

4.05.2021

Lubuk Timah Hot Spring Simpang Pulai

Salah satu aktiviti yang melibatkan sumber alam semulajadi ni memang tak boleh tinggal, dapat grounding, dapat nikmati keindahan alam sekitar memang aktiviti kesukaan kami lah. Tambah lagi dah lama berkurung, tak tahu ion apa dah bertukar dari dinosaur ke naga hijau, aktiviti yang melibatkan alam semulajadi memang satu terapi diri terbaik. Selain dapat neutralkan balik ion-ion dalam tubuh badan, anak-anak pun seronok dapat buat aktiviti luar, dapat menikmati udara segar hutan. Kalau kat Perak ni memang kayalah dengan air terjun, tapi tak semua air terjunlah dapat mandi, ada yang jadi lubuk meragut nyawa, so nak pergi mandi air terjun ni kena intai risik siasat dulu selamat ke tidak tempatnya tambah kalau kita bawa anak-anak kecil mandi sekali. So antara air terjun terpilih kali untuk mandi manda, dikala cuaca elok dan baik, Lubuk Timah Simpang Pulai antara pilihan yang agak okay untuk berkelah dan mandi manda. Selain Tiket masuk yang murah, tempatnya tersusun dan kemas dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Malah kalau nak tidur bermalam kat sini pun, harga penginapan berbaloi dan murah untuk mengisi hujung minggu anda. 


Ini kali kedua kami datang sini, dulu rasanya kemudahan masih terhad seperti wakaf-wakaf berkelah sekeliling air terjun, kali ni banyak sangat dah penambahbaikan untuk kemudahan pengunjung. Biasa yang datang sini ada agenda tersendiri termasuk buat aktiviti bakar dan makan, mandi manda be ramai-ramai. Bayaran untuk setiap tempat wakaf keluarga berkumpul hanyalah RM50 untuk sepanjang masa kat sana, kalau dari pagi sampai petang stay situ memang lah memadai, dapat berehat bersantai di tempat yang selesa.

Nak buat BBQ dengan keluarga pun takde masalah sebab tempat selesa ada, janji bawa barang sendiri, bekal-bekal makanan, so nak mandi manda seharian takde masalah nak cari makan, semua dah bawa. Kami memang cadang pergi untuk anak-anak mandi manda je, so memang tak berbekal kali ni. Masa kami datang tu boleh tahan juga ramainya, maybe yang dari pagi lagi, kami dah pukul 3 petang baru nak mandi, panas kenmain pun lantak pi Anak-anakku, depa layan main air tak nak naik sampai biru, punya sejuk walau cuaca boleh tahan panas, air pun takdelah dalam sangat, tapi kat batu-batu besar tu kena hati-hati jugalah sebab air agak deras. Orang kata tempat ni berbahaya, nama lagi jeram, biasa kait dengan kepala air lah, so kena beringat-ingatlah juga tengok keadaan nak pergi mandi jeram ni.

Kat sini kemudahan tempat mandi pun agak besar dan selesa, so takdelah rimas kalau ramai-ramai. Antara tempat pilihan baik juga untuk keluarga untuk mengisi masa hujung minggu ni. Masa PKPB ni ramai jugaklah ambil peluang datang tempat rekreasi, berduyun-duyun, ku ingat masih ramai yang takut kobidiah ni, rupanya ramai dah lupa agaknya peristiwa basuh duit, basuh tangan 37839619 kali sehari, alhamdulillah semua dah hidup macam manusia normal dah, that's we love, hehe.


Waktu operasi: 8 am to 6.30 pm
Parking: percuma
Tandas: percuma
Pakaian: tiada aturan, pakai ikut kesesuaian dan sopan
Tiket:
Dewasa: RM 5
Kanak-kanak: RM 3 (3 – 11 tahun)
Warga emas: RM 3 (60 tahun dan keatas
Sewa wakaf:
Gazebo: RM 50 (walk-in only)
Gazebo X: RM 70 (walk-in only)
Pondok: RM 10
Horse ride: RM 5/round
ATV (Kids only): RM 15/20 minutes
Air Wheel: RM 10/30 minutes
Inflatable Bouncers: RM 3

4.02.2021

Tips dan Idea Menu Makan Ketika Berpantang

Ramainya ibu-ibu nak berpantang lepas bersalin tahun ni. Seronok tengok baby kecil ni tambah lagi yang baru lahir. Wanginya lain macam. Biasa yang nak berpantang ni wajib dah ready lebih untuk anak biasanya. Ika pun macam tu dulu, lebih kan preparation untuk anak, tapi belajar dari pengalamanlah, sejak dari anak kedua Ika lebih kan preparation untuk diri sendiri dah. Set berpantang Ika sediakan yang terbaik untuk diri sendiri, sebab Ika niat nak menyusu badan penuh untuk anak, Jadi self preparation untuk diri lebih penting, sebab ibu yang sihat cergas bertenaga sangat penting dalam tempoh berpantang. Ika masa anak kedua memang penat ya Rabbi, sebab nak jaga anak sulung at the same time struggle menyusu anak kedua. Memang letih penat takleh bincang, emosi teruk mental breakdown akibat keletihan. Mommy berpantang memang kena ada tenaga ye, sebab nak pakai barut, bertungku tu semua pakai tenaga sendirilah, upah orang boleh tapi kena standby kos lebih lah. So masuk anak ketiga hingga kelima memang Ika buat habis baik untuk diri sendiri sembuh fizikal emosi selepas berpantang. Memang happy betul pengalaman habis pantang tiga anak-anak terakhir ni sebelum tutup buku episod beranak.

Set bersalin Nona Roguy dan Shaklee

So mommy yang bakal berpantang memang kena buat cash plan terbaik untuk masa pantang, terutamanya kos makan semasa berpantang, ada orang layan salmon je sepanjang berpantang, atau ikan-ikan, lauk lauk terbaik untuk di makan sepanjang berpantang, good for moomy and baby, ikut kemampuan masing-masing. Kalau dah plan awal-awal memang semua lauk tu takde masalah untuk di sediakan. Lagipun lauk pantang lah paling mudah di sediakan, sebab guna konsep rebus, bakar dan kukus sahaja, bahan masakan pun hanya garam dan lada hitam, simple dan sempoi tapi sedap. Idea menu masa pantang ni banyak sangat, cuma bezanya bahan lauk yang digunakan, ada yang pilih-pilih jenis ikan yang nak di makan, ada yang taram semua ikut negeri masing-masing. Asal badan boleh terima makan jelah. Ika alhamdulillah ikut sahaja apa yang orang tua cadangkan dan adjust mana yang boleh dan mampu telan. Sekarang nak berpantang sendiri pun dah takde masalah sebab banyak pilihan sama ada nak ambil upah untuk confinement sepanjang berpantang of course dah pakej sekali dengan makanan, ataupun nak masak dan berpantang sendiri semua atas kudrat dan rancangan masing-masing.

Makanan kat hospital lepas beranak paling sedap

Tips untuk menyediakan makanan pantang mudah sangat, mommy just perlu ambil tahu lauk atau buah-buahan atau sayur-sayuran yang perlu di elakkan ketika pantang, ada orang cakap makan jelah semua sayur takde kesan apa pun, tapi kalau yang jenis ambil tahu dan cakna ada sayur dan buah-buahan yang tak sesuai diambil bergantung kepada tubuh badan masing-masing kerana ada yang ambil terus badan jadi berangin dan bentan. Biasa apa yang orang tua bagitahu ada logik ya untuk kita amalkan termasuk makanan dan lauk yang 'sejuk-sejuk', kalau orang yang ada Gerd memang kena elak makanan yang boleh buat badan tak boleh tolerate so jangan main sebarang taram je,modenlah kata kan. Nak mudah bahan utama dalam makanan berpantang ni wajib ada bawang putih, halia, lada hitam, kunyit. 

Mudahkan cara penyediaan menu berpantang selain menjimatkan masa dan tenaga untuk menyediakan menu, hasil menu untuk ibu dalam pantang lebih sihat. Makin kurang bahan perasa makin bagus sebab makanan yang tersedia adalah lebih sihat dan tak banyak bahan tambahan yang mungkin bagi kesan tak elok kat tubuh badan. Sekarang bila nak berpantang sendiri pun takde masalah kalau suami memang rela hati menawarkan khidmat buat isteri dalam pantang dengan menyediakan makanan untuk ibu berpantang makan, cara memasak pun mudah sangat dengan kukus, bakar atau rebus je. So takde dah alasan melainkan ada kos lebih guna food panda je, tempah makanan berpantang dengan hujung jari.


Nak idea menu lebih banyak pilihan, yelah takut boring dok makan menu yang sama, cari je kat cari #makananpantang, #makanpantangbersalin #makananpntangsihat, semuanya dah mudah. So tinggal kita je standby effort untuk buat semua yang telah kita rancang supaya tempoh berpantang lebih mudah, gembira dan badan cepat sembuh. Memang rindu makanan pantang ni, lagipun makanan pantang sepatutnya evergreen buat amalan makan hari-hari, lebih sihat dan asli tanpa banyak bahan pengawet dan perasa. So buat mommy yang bakal berpantang, boleh dah set menu awal awal menu pantang selama 40hari atau lebih. At least suami tak kelam kabut sediakan bahan. Selamat berpantang and enjoy the moments okay. 

4.01.2021

Resepi Acar Masak Turun Temurun

Dikala hujan brekk brekk mulalah anak tekak pun bernostalgia. Kalau makan sayur acar masak dihawa sejuk ni, memang umphhlah. Resepi ni diperturunkan oleh nenda Ika, alhamdulillah hari ni try buat sebijik rasanya sama macam mak minah buat. Resepi orang tua zaman dulu, rasanya memang unik dan menambat selera anak tekak ni. So sempena anniversary tak sambut dengan kek, kita sambut sajalah dengan masakan kampung.

Menu ni menu special kat Kelantan, sebab masa bulan puasa je banyak jumpa menu acar masak sayur ni. Ni juga antara resepi dan menu kegemaran Ika, rasa dekat di hati, asal teringat kampung memang makanan kat kampung lah Ika layan masak, terubat hati nak balik kampung dikala waktu tak dapat balik kampung sesuka hati. Kita layan makan acar sajalah kenyang juga hati perut ni, nak memikirkan keadilan dunia tipu-tipu memang sampai sudah tak selesai. So mohh kita layan masak, lagi syokk. Jom tengok resepi mudah tapi sedap sangat aihhh, konpem menambah makan nasi huhuuu tambah pula dimusim hujan tak menentu ni.

Bahan-bahan:-
1 labu bawang merah saiz sederhana besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili boh (2 sudu besar)
Cuka (2-3 sudu besar) 
Santan
Timun batang dipotong memanjang, buang biji
Bendi
Taugeh
Lobak merah
(boleh juga letak kobis atau sayur kegemaran yang lain)