Pages

Pages

3.09.2021

Rutin Skincare bila umur 30 tahun ++

Bila dah tua kertu ni, benda paling malas nak ambik cara bahagian mukalah. Tapi nak tak nak, kena amik cara jugaklah bila makin ramai yang tegur, nampak gaya teruk bebenor dah tu agaknya, wakaka. Nak mencuci muka tu dah rasa banyak habiskan masa, tak sempat menyempat. Rasa last cuci muka lepas kahwin sebelum dapat anak. Dapat anak terus lupa part muka sendiri, basuh berak anak lebih penting dari basuh dan sental muka sendiri. Ni anak-anak dah besar, baru teringat kat kulit muka sendiri, selama ni entah pergi mana semua. Tapi untungnya bila dah berlalu usia remaja, semua jerawat gone terus. 

First time naik jerawat dulu Ika memang gelabah. Rasa teruk sangat, rasa sakit hati tengok bintil-bintil kecil kat muka, frust. Ini dengan bernanah, bintil-bintil kecil kat dahi pipi. Hobi masa tu tak lain picit jerawat even tahu benda tu buat muka lagi worst sebab akan timbul tempat lain plak, apa boleh buat bila dah syok dengan aktiviti tu timbul lagi aktiviti lagi advance iaitu picit bintik hitam dan putih kat muka. Makan masa berjam-jam bab ni, uii syokk, kadang-kadang waktu orang dok prep kita dok syok gosok muka bagi bintik putih hitam tu keluar, puas hati tengok daki berterabur. Korang jangan tak mengaku, mesti pernah buat jugakkan?

Paling tak tahan ada cuba petua tradisional kononnya, yang ni kes curi baca majalah mak, petua sapu tomato, serbuk kayu manis, pernah try. Serik seumur hidup hahha, kes jerawat makin teruk, dan muka jadi panas cam terbakar. Sudahnya parut jerawat tu still ada berbekas kat kulit muka. Masa tu trend kulit putih belum popular, yang tahu masa tu nak kulit licin. So memang kerapla iols tukar pencuci muka, nampak kawan pakai yang tu ok, tukar tu, yang ini. Last-last semua sendu je, tak jumpa lagi masa tu yang sesuai dengan kulit. Paling tak menahan pernah jugak terguna krim timbang kilo sebab nak flawless, tapi tak tahu tu krim timbang kilo. Zaman dulu kan murah-murah je skincare, bawah RM5-RM10 dah dapat setiub pencuci muka. Tu yang galak dok main tukar-tukar. 

Tambah kulit berminyak teruk masa tu, jumpa geng tak sah kena tanya "tak buat goreng ikan ke minyak kat muka tu?". Lama jugalah nak jumpa pencuci muka yang serasi. Masuk matrikulasi baru pandai sikit cari skincare. Jumpa skincare Neutrogena, 5 tahun setia sebab berkesan sangat dari muka berjerawat terus licin flawless. Masa tu kerja belek muka je, rajin nohh. Lepas kahwin terus stop, tak sempat sental muka. Sampai sekarang togel je muka tanpa skincare. Lepas kahwin tak dan nak cuci muka, sebab rutin hidup kacau bilau time tu, memang bab belek muka tak masuk list langsung sebab tak menyempat.


Sedar-sedar dah masuk pertengahan umur 30 dah, cepatnya masa berlalu, baru sempat tengok diri sendiri kat cermin. Dalam banyak-banyak skincare memang youth skincare Shaklee in one set Ika aim untuk guna. So, YOUTHskincare ni datang tepat waktunya, so sedang elok anniversary kahwin, dapat grab one set dengan harga promo exclude serumlah. Ni pun jenuh nak konsisten kes dah lama tinggal bab rutin penjagaan kulit muka, kesian dak? Wakaka. Dah hampir 5 bulan guna Youth Skincare ni memang jimatlah sebab tak perlu banyak guna in one time. Setakat ni puas hati sebab memang nampak improving bab kulit yang oily dan teruk bab bintik-bintik hitam dan putih, berdebu sangat muka. Almaklum walaupun kerja homemaker, bahang panas api dapur akan bagi kesan juga kat kulit muka. Karang nak bagitahu cukup dengan wudhu je muka iols ni, too cliché sangatkan. Tampor kang. Salah satu kesyukuran, Ika bukan make up person, banyak jugak lah boleh save situ, tapi banyak habis tang lain plak, wakaka. Biasalah hidup pasti ada Pro kontra kan. Whatever bersyukur selalu, insyaallah amin.