Tasik Raban pasti korang tahu kat mana kan? Kat Lenggong Perak, buat yang blurr macam iols, hahah. Apa yang famous kat Tasik Raban bukan pasal hantu, aishh korang ni suka bebenor cerita seram ye. Nak cerita salah satu daya tarikan kat sini adalah Restoren Tasik Raban yang terkenal dengan masakan kampung yang asli, sedap dan berbaloi untuk singgah makan. Sepanjang kami lalu lalang jalan ni baru sekali je kami singgah makan dulu tak ingat dah tahun bila, tapi rupa-rupanya memang Restoren Tasik Raban ni menjadi pilihan ramai dan siap ada cawangan lagi. Kami tak tahu sebab pesen kami berjalan jauh memang membekal makan, jadi takde singgah makan situ sini kalau perjalanan jauh, melainkan singgah pergi tandas je atau memang dah plan awal-awal tak nak membekal dah tahu nak singgah makan kat mana nanti. Biasa bab membekal makan tu wajib lah, sebab anak ramai maklumlah ongkos dah satu hal, bab nak singgah tempat ramai-ramai ni malas sikit.
So kesempatan singgah kali ni kami makan kat Restoren Tasik Raban ni, kalau dah lewat memang tak singgahlah biasanya sebab restoren cemni lewat sikit dah tinggal hujung-hujung lauk je. Kebetulan singgah tu baru pukul 1 petang, jadi kami singgah sini jelah memandangkan anak-anak dah berzikir lapar. Apa yang pasti restoren ni lapang dan luas, bersih juga kemas. Kelengkapan surau dan tandas pun ada, jadi memang pilihan tepat untuk yang bermusafir untuk singgah.
Hidangan kat sini ala-ala buffet dengan pilihan yang pelbagai lauk dan masakan. Paling famous tentulah ikan tawar Tasik Raban dan masakan lemak cili api. Harga makanan kat sini pun agak berpatutan dan yang paling penting semua masakan sedap dan secukup rasa. Nak makan ulam-ulaman bermacam pilihan ulaman kat sini, pilih dan makan, semua layan diri sajalah. Antara cawangan Restoren Tasik Raban selain kat Lenggong adalah di Simpang Pulai, yang kat Ipoh katanya dah tutup. Mungkin kurang sambutan akibat PKP dulu. Actually memang banyak sangat bisnes ranap akibat PKP and so on, tapi at the same time banyak juga bisnes yang mula naik akibat PKP, apapun semuanya berhikmah, insyaallah.