Pages

Pages

3.11.2021

Rahsia Penyusuan Badan 9 Tahun

Pengalaman pertama breastfeed anak, berjaya sampai 6 bulan je. Sedih sebab tak capai impian nak susukan anak sampai 2 tahun. Adakah Ika sedih berterusan? Putus asa? Malas dah nak breastfeed anak seterusnya? Tentulah tidak Harraz hanya 6 bulan exclusive breastfeed, exclusive pumping, struggle tu memang dasyat. Setiap kali nak keluar wajib sediakan susu perahan secukupnya. Tak cukup memang cancel keluar dari rumah. Macam aktiviti keluar rumah tu ibarat nightmare buat Ika sebab rasa helpless sangat kalau susu tak cukup then anak meragam. Dari rasa nak santai, relax, chill bila keluar jalan-jalan tukar angin tak pasal jadi stress. 6 bulan tu kejayaan cukup besar dah bagi Ika, alhamdulillah. So yang tak berjaya susukan anak sendiri, jangan pernah putus asa. Don't blame yourself.


Seriously bila dah niat nak menyusu kan anak, sedikit sebanyak ilmu penyusuan pun wajib kita carigali, kalau tak niat tinggal niat je. Proses penyusuan anak ni satu proses yang panjang juga, bukan sekali cuba terus berjaya, banyak kegagalan dan airmata sepanjang proses penyusuan berlangsung selama dua tahun. Tak cukup tidur, susu sikit, bengkak susu, anak nak menyusu sebelah saja, susu berdarah, macam-macam hal tapi semua tu jadi pengalaman untuk teruskan penyusuan badan untuk anak berikutnya.


Pengalaman sendiri breastfeeding Hawaa Hajjar paling best, sebab berat turun perlahan-lahan tanpa effect yo-yo. Masa breastfeed Haddad paling seram, badan teruk nau moks moks. Sampai nak ambil gambar benci, suami ambil gambar kita benci, benci tengok gambar tu lah. Badan naik macam dipam-pam tambah pula masa tu pil perancang diambil, memang teruk kacau hormon badan. Beza semua tu adalah knowledge dan apply bila dah belajar part nutrisi. Masa menyusu anak kedua teruk sangat muka Ika kusam, memang terus umur 40an even baru hujung 20an. Teruk kalau kita takde ilmu, sebab buat benda ikut-ikutan. So bila dah terjebak dengan Shaklee banyak sangat ilmu nutrisi Ika dapat tambah untuk mommy breastfeeding, so bertitik tolak dari tu banyak juga yang berubah termasuk kesihatan diri walaupun menyusu anak, dapat maintainkan berat badan, simple je detox for breastfeeding mommy berasaskan sumber protein dan daun alfalfa. Banyak juga turun berat badan in mean while dapat nutrition yang padat dari suplemen.


Dulu Ika rasa macam mustahil saja nak turunkan berat badan dalam tempoh susukan anak, almaklum ibu menyusukan ni lapar dahaga dia lain lepas kena sedut dek anak. Kerja mak menyusu badan ni selain tertidur masa menyusukan anak, dia kerap ulang alik masuk dapur.Ika tak tahu orang lain tapi tulah Ika, memang bab makan memang tak berhenti dan kerap kalau menyusu anak, sekali menyusu rasa kering satu badan, tu yang lapar dahaga bukan main bila satu-satu sesi menyusu anak. Ika syukur sangat sempat merasa pengalaman tandem nursing, susukan anak dua orang dalam satu masa, haaa yang ni lagi dasyat Penangan dia, boleh stress kalau tak reti manage, tapi best, post effect after tandem nursing ni, anak-anak sangat rapat antara satu sama lain.


Kalau dah tandem lagilah double dia punya letih, lapar dahaga tu. Apa taknya hormon cholecystokinin (CCK) yang dirembeskan semasa penyusuan yang mengakibatkan rasa mengantuk pada kedua ibu dan anak. Jadi tak pelik kalau mak-mak menyusui anak kerap mengantuk dan tertidur sama. Breastfeeding is a matter of supply and demand. Konsep penyusuan depends on bekalan dan permintaan. The more demand, the more milk will be there for the baby.


Jadi, kerapkan memberi anak minum direct dan pam seboleh-bolehnya minimum 3 ke 4 kali sehari(untuk yang berkerjaya). Lebih banyak anak direct feed dan lebih kerap dipam akan semakin banyak lah susu ibu yang akan dihasilkan. Lagi menarik, salah satu nutrients yang Ika tambah dalam pemakanan harian adalah Alfalfa sebagai tumbuhan terbaik untuk penuhi segala zat keperluan harian tubuh manusia terutama ibu menyusu anak.


Tahun ni Hawa dah berumur 5 tahun, means 5 tahun Ika konsisten makan Alfalfa ni, percaya atau tidak Ika dah 5 tahun juga tak pakai deodorant sebab bau badan dah tiada, berpeluh pun takdak masalah. Ika masih ingat dulu masa menyusu Haddad kalau berpeluh ya ampun masam, hapak, tengik bau badan bercampur baur, memang hilang konfiden terus dengan suami. Bau tu bukan takat menusuk orang lain, diri sendiri pun tak menahan, so alfalfa tu ibarat jamu moden untuk sekalian mak-mak moden masa kini, jaga rahim dengan kebaikan Alfalfa, tiada lagi masalah kewanitaan.


Memang simple detox untuk mak-mak sebab Ika tak boleh skip ESP while detox and breastfeed at the same time. So adjust ikut selesa, yang penting cut off sugar sebagai goals utama. Enjoy breastfeeding moment mommy. Give the best for what we choose. Kurus perkara kedua, yang penting anak kenyang dan dapat nutrisi lengkap dari penyusuan. Perasan tak even mana-mana yang dalam proses diet ke, detoxs ke, even yang nak TTC, breastfeed, point penting yang di tekankan adalah jaga pemakanan. So even Ika ni yang ambil suplemen tambahan pun tetap kena jaga yang tu. Ambillah milkbooster ke, detox booster, point utama jaga pemakanan, senaman dan ubah health style. Lagilah plak yang tak jaga langsung. Dalam hidup memang tiada shortcut. Betul tak? So kalau takat ambil suplemen tapi bab makan haprak memang rugi sajalah ambil suplemen tu, benda kena seiring sejalan gitew. 


The best moment breastfeeding mommy, pipi diusap-usap anakanda. Tersenyum. Balasannya cuit-cuit hidung pulak. Terkekeh girang anakanda gelak. Simple reflection give you both joy and happiness. Ironic. Is it? Dah niat nak menyusu badan untuk anak, yang paling utama adalah mindset anda sendiri, insyaallah datang lah apajua dugaan, pasti anda dapat laluinya dengan tenang. Ika doakan mommy baru yang niat nak menyusukan anak selama 2 tahun Allah permudahkan urusan kalian, mindset, doa, usaha, dan lalui proses dengan tenang, unlearn and relearn always.


Mak anak 5,
Tahun kesembilan menunaikan hak anak.