So how's your MCO situation? Actually walaupun semua kena kurung, kita ambil positif side sajalah untuk mengisi masa yang ada ketika berada di rumah ni. Memandangkan anak-anak pun semua pdpr kat rumah, mungkin chaos tetap berlaku tapi everything takyah push so perfect, kita buat semampu yang kita boleh okey. Semua orang ada struggle masing-masing, insyaallah tak Allah uji pasti mengikut kemampuan kita semua.
The best thing to do, adalah perbaiki diri, perbaiki Ibadah kita, kerana at the end hidup kita pasti menuju penamat. Masa ni lah kita lapangkan masa kita untuk tambah yang sunat-sunat, baiki bacaan Al-quran, baca tafsir dan fahami terjemahan al-Quran, dan idea 1 Hari 1juz pun sangat bagus untuk kita praktikkan, 30 hari dah settle 30juz Al-quran, lepas tu boleh ulang balik bacaan tapi tambah pula baca sekali dengan terjemahan. Peluang sebegini tak selalu datang, maka kita penuhi masa yang ada dengan penuh manfaat.
Anak-anak yang homeschooling jangan kita pressure diri plak, just buat secara praktikal, suruh anak praktik buat kerja rumah, atau 1 week ada target apa nak anak capai, macam contoh minggu ni nak anak duduk dapur, kenal kan semua bahan masak, cara potong, cara memasak, just simple resepi macam sandwich ke, sambal telur ke, sambil potong bawang tu kasilah tahu kebaikan bawang, kenapa bila potong bawang mata jadi pedih, terangkan, dalam masa yang sama anak tetap belajarkan, kait dengan sains, matematik ke, whatever. Next week ajak anak tanam menanam pulak, jenis pokok nak ditanam, rupa, jenis dan kaitkan dengan apa diorang belajar kenapa kena siram, macam mana nak bagi pokok subur, kenapa kena bagi cahaya matahari etc. Look simple tapi bab praktik kadang ribut juga, keep calm and follow the flow, anak-anak ni macam tulah, diorang manusia, bukan robot ada emosi dan perasaan. Masa ni lah semua merasa nak mendidik anak bukan mudah kan? Mendidih dan mendidih tu sama naik kihkih.
Selain fokus part tu, masa ni juga ambil peluang tingkatkan kesihatan diri, masa ni lah nak ubah cara makan, rutin harian, whatever plan lah, nak berjemaah dengan suami dan keluarga, yelah semua dah dikurungkan, tengok situasi dan try and adjust. Seems stress jugak sebab kita semua tak boleh nak grounding ambil feel bersiar-siar macam dulu-dulu, tapi benda yang kita tak boleh kawal letak tepi dulu, control apa yang kita boleh kawal.
So, Ika sekarang still in phase declutter process, jenuh nak buang dan kurangkan barang-barang dalam rumah ni. Bab baju alhamdulillah dah lama settle, part barang dapur dan barang-barang rumah ni, sayang banyak oihh tapi banyak yang jarang sekali diguna, haishhh. Apapun goodluck untuk semua mommy, sebab yang paling banyak kerja paling sibuk dalam tempoh ni tetap jua mak-mak. Standby essential oil supaya motherhood journey tidak tercalar balar, bertukar bermacam jenis monster ketika melayan kehendak isi rumah. Happy MCO uolss, we can do this, insyaallah.