Pages

Pages

10.01.2020

Purple mood dengan Happy Day Juice

Lama tak buat greenjuice rasa lain macam badan, biasa 3x seminggu wajib layan, ni banyak sangat sibuk benda lain sampaikan tak menyempat nak buat greenjuice ikut rutin, yelah benda baru nak biasakan, dapat layan sekali seminggu pun dah lega. So kali ni nak antara the best taste yang Ika suka dari blueberry dan kobis purple. Kali ni tukar bahan iaitu guna base dari seleri. Nanti Ika share 2 resepi dalam entri kali ni untuk buat jus purple ni. Not so green juice tapi nutrisi dari juice ni so powerful. Kalau rasa lemau, takde mood, tak semangat, negative vibes, nak boost mood ke lebih baik, layanlah jus purple ni. Tengok pun dah melting akan warnanya kan? Rasanya pun sedap, manis dari dari kobis tu memang umphh. Sayur kobis ni biasa makan mentah pun masuk sebagai ulam dan salad, lagilah kalau buat jus. Rasanya memang tak pernah mengecewakan. 

Baca juga >> Jus Booster Zat Besi


Nak buat jus purple ni mudah je bahannya cari bahan yang berwarna purple, biasa nak cari carrot purple pun agak payah, atas Cameron pun tengok rezeki, kadang masa kita tak cari tu adalah. Kobis purple ni insyaallah ada kat pasaraya biasa pun, senang nak cari. Kalau terung tu memang warna purple tapi tak pernah dibuat orang makan mentah macam tu je, kobis ni biasalah buat salad pun boleh, nak masak pun boleh. 

Resepi 1 Purple Jus :
Separuh Kobis purple
Seleri 3-4 batang
Segenggam blueberry
1 inci halia

Resepi 2 purple Jus:
Separuh kobis purple
3-4 batang seleri
1 biji epal hijau
Setengah biji lemon

**1 gram serbuk wheatgrass untuk topping kedua-dua resepi) 
Cara buat: potong semua bahan, epal tu kalau tak organik, buang kulitnya, rendam semua bahan yang di potong sekejap dengan cuka epal atau garam pink, lepas tu bilas dengan air tapisan. Kering kan bahan sekejap then boleh slow juice semua bahan dan nikmatilah kesedapannya. Kita hari ni semua terdedah dengan stress, so this juice good for your health, consume masa perut kosong atau sebelum breakfast sebagai mood and energy booster. 



Kubis merah atau nama saintifiknya Brassica oleracea var. capitata f. rubra adalah daripada keluarga kubis yang berbentuk bulat, padat, dan bewarna merah atau ungu. Berasa sedikit kelat tetapi rangup. Rasanya lebih lazat sekiranya warnanya bertambah gelap. Jika di belah, ada warna putih berselang seli dengan warna merahnya. Itu yang mebuat sayur ini kelihatan mempersonakan.

Warna merah dan ungu terbentuk daripada pigmen yang dikenali sebagai anthocyonin iaitu antioksida dalam kelas flavonoid yang sangat baik untuk memerangi radikal bebas dalam badan. Ia dapat mengurangkan dan megelakkan risiko mendapat kanser.
Kubis merah juga tidak mengandungi lemak dan bebas dari kandungan kolestrol, kaya dengan kandungan zat besi, vitamin C, riboflabin, potasium dan serat diet. Secawan kubis yang di kisar mengandungi 25 kalori. Dengan kandungan khasiatnya, kubis merah dapat melindungi kita daripada mendapat penyakit.

Selain itu kubis merah mengandungi banyak vitamin, mineral dan klorofil yang larut dalam air. Sebenarnya lebih bagus kita menikmati kubis merah ini secara mentah tanpa dimasak. Jika anda mengambilnye secara mentah pastikan kubis ini dihiris nipis atau dicincang kecil. Dengan berbuat demikian kubis akan mengeluarkan sejenis enzim myrosinase yang kemudian akan menghasilkan glucosinolates yang bertindak sebagai anti kanser. Teknik megukus juga terbukti dapat melindungi nutrien kubis daripada hilang manakala memasak pula boleh membantutkan penghasilan glucosinolates.


Serbuk Superfood Wheatgrass. 
Perasan tak tabur an hijau kat jus purple tu, yang tu adalah serbuk wheatgrass, biasa Ika buat topping untuk green juice. Pahit kalau test kat jari serbuk tu, kalau nak telan cemtu memang tidak lah, the best way buat topping atau mix dengan green juice. Luarannya tumbuhan ini tidak ubah seperti rumput di tepi jalan tapi siapa sangka rumput hijau kecil ini dikatakan sebagai makanan luar biasa kerana mengandungi khasiat yang mengagumkan untuk kesihatan.




Rumput gandum atau wheatgrass ialah rumput muda tumbuhan gandum biasa dipanggil triticum aestivum, sejenis rumput yang boleh dijadikan jus atau dikisar sebagai serbuk halus hijau yang digunakan bagi mencipta produk pelbagai guna untuk manusia dan haiwan.

Pelbagai kajian sejak beberapa tahun ini mengenai manfaat minuman jus rumput gandum mentah untuk kesihatan termasuk selesema biasa dan batuk, sembelit dan kolitis, penyakit kulit, jangkitan dan radang. Ia juga mula dikaji untuk penyakit jantung dan kanser.

Kalau first time nak cuba wheatgrass ni dalam bentuk serbuk just ambil dalam 1 sudu kecil je mula dengan 1gram serbuk dah cukup. Rumput gandum mengandungi bekalan yang kaya dengan klorofil dan membantu untuk melawan radikal yang merosakkan badan kita. Ia juga sumber semula jadi vitamin A, C, E, K dan B mineral dan enzim termasuk zat besi, magnesium, kalsium, kalium, zink dan asid Amino. Ika order Lazada je dari page Love Earth Organic. 

Perlu lebih banyak fakta yang meyakinkan anda untuk bermula mengambil lebih rumput gandum dalam diet harian? Berikut antara sebab pengambilan rumput gandum baik untuk anda:

1. Daun hijau rumput gandum mengandungi klorofil yang berfungsi sebagai komponen penting untuk darah.

2. Tumbuhan halus yang mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan enzim yang segar di dalam minuman ini mudah dicerna.

3. Klorofil mengandungi enzim hidup yang melawan radikal bebas di dalam badan untuk melambatkan proses penuaan

4. Klorofil membantu menguruskan, juga memberhentikan pertumbuhan bakteria tidak mesra daripada tumbuh dan berkembang di dalam badan.

5.Walaupun klorofil boleh diekstrak daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, rumput gandum mengandungi sejumlah klorofil jauh lebih tinggi kerana ia boleh menyimpan sejumlah besar unsur lain.

6.Klorofil membantu menyembuh dan merawat lapisan kulit untuk keadaan seperti ekzema, gatal-gatal dan keracunan

7.Rumput gandum membantu menghilangkan kesesakan hidung dan selesema, juga resdung kronik.

8. Klorofil membantu membersihkan hati daripada lebihan toksin yang dimakan setiap hari.

9. Ia juga membantu menyeimbangkan tahap gula di dalam darah.

10. Dianggap sebagai makanan berkhasiat lengkap kerana ia mengandungi spektrum penuh dengan vitamin, mineral, dan unsur surih yang diperlukan oleh badan kita.

11.Rumput gandum membantu untuk menangani penyakit usus dan meningkatkan penghadaman

12. Ia juga pembersih kulit dan boleh diserap jika badan direndam di dalam tab yang hangat dengan jus berkenaan.

13. Membantu melegakan kesakitan artritis apabila diletakkan di atas sendi kerana klorofil membantu menyembuhkan keradangan.

14. Masalah kelemumur? Sapu beberapa sudu jus rumput gandum di atas kulit kepala dan biarkan ia selama 20 minit. Ia juga dikatakan membantu menangani uban.

15. Rumput gandum membantu penurunan berat badan kerana ia membantu menguruskan kelenjar tiroid dan ia juga banyak membantu anda mengurangkan pengambilan pemakanan anda.

16. Rumput gandum bertindak sebagai pengkumur mulut semula jadi. Berkumur jus rumput gandum untuk beberapa minit membantu untuk mencegah kerosakan gigi, melegakan sakit gigi dan merawat gusi berdarah.

17. Ia mengandungi antioksidan yang membantu mengurangkan jumlah kolesterol darah dan meningkatkan HDL atau kolesterol baik dan juga tahap vitamin C dalam darah.

18. Ia juga kaya dengan kandungan serat bagi membantu meningkatkan kesihatan pencernaan terutama apabila dimakan sebagai sebahagian daripada diet yang kaya dengan serat larut dan tidak larut seperti buah-buahan segar dan sayur-sayuran.

19. Ia membantu untuk meningkatkan penglihatan pada keseluruhannya terutama penglihatan pada waktu malam.

20. Secara semula jadi, ia membantu anda tidur nyenyak, meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.


Woww banyak sangat manfaatnya kan? Nak ubah pemakanan seimbang dah satu hal,  sebenarnya badan kita perlukan banyak real food. So real food memang makanan terbaik untuk badan kita. Next time Ika share another superfood powder yang bagus untuk kita ambil setiap hari. Biasa kalau malas nak proses greenjuice Ika mix wheatgrass dengan ESP Shaklee je, then shake, minum settle. Simple je nak cukupkan nutrisi harian kita, yang penting kita faham apa yang kita ambil, insyaallah banyak membantu tingkatkan tenaga dan tahap kesihatan diri. Jangan takut nak mulakan sesuatu yang baik untuk kita, insyaallah moga dapat manfaat dari apa yang kita buat. Selamat mencuba!