Tengok orang selalu buat bekam kat area muka, nak sangat cuba tapi lemah semangat pulak dok imagine toreh-toreh kat muka tu. Uhuiii, seram tapi jeles sebab selalu yang buat bekam kat muka ni memang nampak beza glowing tu.
So kasi can kat suami dulu cuba buat bekam ni, ikhtiar untuk masalah kulit kat badan tak settle, menten makan vitamin oklah, stop sekejap datang balik masalahnya, means root cause tak settle. Selagi tak settle root cause memang masalah ni takkan selesailah, so tak salah ikhtiar alternatif lain selain dok sapu cream dan makan ubat juga vitamin. So lepas buat bekam tu nak kata obviously nampak perubahan tu tak juga, tapi oklah sikit dari dari sebelumnya, maybe kena buat jadi amalan betul-betul insyaallah nampak hasilnya.
So nak di jadikan cerita kebetulan suami ada kursus kerja kat Manjung, esok nak balik tu malam tu borak-borak dengan suami, cakap nak try bekam next time. Suami pun cakap, tryla cari yang buat bekam kat manjung ni, kot ada boleh buat terus esok sebelum balik, lagi pun esok takde buat apa-apa aktiviti. Ye jugak kan, terus Google cari yang buat bekam kat area Manjung, alhamdulillah ada dan dekat sangat dah dengan hotel yang kami menginap. Apa lagi terus WhatsApp Tanya kotlah kena booking ke apa, luckily waktu tengahari lepas kita orang checkout tu, ada slot kosong pukul 12 tengahari ke atas. Alhamdulillah rezeki nak cuba Berbekam dipermudahkan Allah. Ika nak bekam pun kes abis pkpb sakit kepala tak hilang, berkurung lama sangat tak kena cahaya matahari, panic attack memacamlah dalam tempoh PKP tu tambah lagi bab jaga makan kelaut. So nak cuba lah cara Berbekam moga-moga dapat hilang kan sakit kepala yang berpanjangan walahpun tak kerap menyerang tapi mengganggu aktiviti harian. Alhamdulillah lepas buat bekam untuk kali pertama takdelah ngeri sangat dan sakit sangat, macam pedih-pedih macam kena gigit semut tu sehari lepas buat je, lepas ok dah. Ika buat 22 cups, paling banyak hasil memang kat kepala lah, penuh 1 cup yang tu ku ngeri nengoknya. Yang tempat lain semua ok, alhamdulillah sekarang lepas bekam memang takde dah sakit kepala menyengat nyengat datang, ini tidak kalau time nak marah anak, ya Rabb memang ku naik hantu marah ya, yang tu lah paling obviously jadi lepas bekam, jadi tak boleh nak marah anak, biasa kalau start marah suara tengking jangan cakap buruk ya ampun, huu. Suami pun perasan yang tu, huu lama bebenor peram ya umur pertengahan 30an baru jumpa cara sebaiknya. Apapun Allah jua yang melorongkan semuanya, entah tak terdetik dan terfikir pun nak buat bekam selama ni, kihkih. Apapun syukur alhamdulillah. Allah jua yang menyembuh yang segala penyakit. Next time insyaallah repeat, amin. Apapun buat bekam kena pandai juga cari tempat terpilih. Untuk Ika buat bekam kat I-manjung pilihan tepat, memang akan repeat sebab nak suruh suami cuba plak kat sini.