Sreettt....sretttt, bunyi meja ditarik sana sini. Sekali sekala bunyi guli bergolek. Dumm, sekali, dumm!sretttt,
Aii, boleh tahan bilik sebelah ni. Tak pernah masuk hotel meriah cemni pukul 3pagi plak tu. Ada sejam scene dok galak bunyi cemtu. Aku punya seriau jangan cakapla.
Budak dua orang ni plak menyusu punya lamalah plak tengah pagi ni. Adoii, saborr je lerr. Tiba-tiba bunyi galak tadi bertukar sunyi sepi, kedengaran hanya surah Al-Baqarah dari phone.
Cuba lelapkan mata, tak lelap jugak. Sretttt!! Aaa sudah..bunyi pulak. Sambil mulut terkumat-kamit, ku tengok semua dok lena tidur. Tolonglah mata! Sekali terlelap. Tak lama, tersedar balik, tapi surah Al-Baqarah tak habis lagi baca, means sedar dalam jam yang sama. Srett! Sreettt! Bunyi meja ditarik makin mendekat kat dinding sebelah.
"ish, ish dia ni tahu ka aku dok dengar ni? Aku tak takut! Yang aku takut ni kat Allah ni, dah bangun tapi tak solat tahajud. Ya Allah, ampunilah dosaku, dah bangun tapi tak ringankan tubuh gi solat". Ku dok ketar nak bangun pergi bilik, kang bukak bilik air tercongok depan pintu, naya.
Tolonglah! Aku tak nak tengok pun ko, baik kutenung lakiku, dapat gak pahala. Orang kata kalau bunyi macam tu kat sebelah ke, kat atas ke sebenarnya benda tu dah ada dekat kita atau dah ada dalam bilik kita pun, cuma macam trick depa konon dok bunyi jauh dari kita, betul ke?
Sambil hati dok baca doa gitu gini, "Ya Allah, aku nak solat tahajjud ni", "Ya Allah aku takut terlelap balik ni, kang sedar lewat subuh pulak, aku nak solat awal waktu", boleh tahan kelakar jugak hati bermonolog sendiri, dan disambung berjela-jela lagi dengan doa lain.
Terlelap lagi. Sedar kes sayup-sayup keluar suara jantan dari phone.
I am the architect of my life; I build its foundation and choose its contents.
Today, I am brimming with energy and overflowing with joy.
My body is healthy; my mind is brilliant; my soul is tranquil.
I am superior to negative thoughts and low actions.
Berjela-jela lagilah suara dalam phone dok buat affirm.
Eh, eh buat aku cuak je, terus tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Bangun ambik wudhu, terus solat taubat. Dramatik betul nak bangun awal pagi pun. Ika tak pernah lalui pengalaman seram duduk kat Hotel, kecuali first time merasa bila masa tu balik dari ziarah arwah mak saudara yang sakit kanser, dari hospital Klang, kita orang decide bermalam kat Shah Alam je sebab dah lewat. So memandangkan takde aktiviti hujung minggu kita orang stay jelah hotel. Lagi pun baju overnight pun dah standby, so why not teruskan jelah niat, esoknya boleh jugak pusing-pusing Shah Alam kan?
Nak di jadikan cerita sebelum cari hotel tu kami settlekan bab makan malam dulu, sambil search online hotel yang available, tapi kebanyakannya jauh dari tempat kita orang makan, masa tu dah hampir pukul 10malam pun, nak cari jauh-jauh dah satu hal, anak-anak semua dah mode nak tidur dah, so cari yang terdekat kita orang terus tuju Hotel kat Shah Alam seksyen 7. Alhamdulillah ada biliknya yang family room. So apa lagi terus check in, mandikan anak dan diorang main sekejap hampir pukul 12 jugak diorang lelap. Ika pun terlelap sama, terkejut bangun pun kes anak merengek nak susu.
Masa tulah kejadian seram tu berlaku, seriously memang takut sangat sebab first time alami situasi cemtu, suami yang tidur hujung katil pun ku takut nak berpaling kejut kan kes takut tetiba benda tu dok tepi katil, haha. Masa tu just fokus susukan Haniy je sambil zikir. Bab remang bebulu kat badan tak yah cakap lerr. Masa tu nak bangun kencing memang tak sanggup nak masuk bilik air, kot tetiba buka bilik air kang tercongok benda tu, aduii. Imagine dari 3 pagi sampai ke subuh tahan kencing, power tak power, ngekk sungguh. Apapun benda ngaib ni memang takleh nak elak, sebab wujud, asal jangan kacau kita dah. So pagi tu lepas check out dan bertolak baru berani bagitahu suami. Masa kita orang keluar bilik tu sempat lagilah jenguk sebelah sebab ada staff yang baru kemas bilik yang berbunyi seram tu, tanya lah semalam bilik ni ada orang ke? Dia cakap takde, hari baru ada yang akan masuk tengahari nanti. Fuhhh, moga kali pertama dan terakhir lah dapat pengalaman cemtu, seram dia memang lain macam. Korang pernah tak lalui creepy Moment cemtu?
Apapun hotel tu memang tak dinafikan sangat selesa, kedai makan pun kat bawah je, siap ada self laundry so memang banyak kemudahanlah. So far oklah bab menginap, bab kena kacau tu rezeki diorang lah dapat kacau kita, hehe. So alang-alang dah dekat Shah Alam, kami pergi ziarah mak saudara for second time kat hospital klang masa tu, bukan selalu nak turun KL lagi pun ayah datang dari Kelantan sempat lah bersua mata dengan ayahanda sekejap. Lepas urusan ziarah, kami ke rumah sepupu kat Setia Alam, alang-alang nak balik Perak, laluan sama, singgah lah sambil-sambil kenal rumah. Sempat lah dijamu tuan rumah dengan Nasi Arab. Selesai makan kami berpisah dengan adik yang hantar ayah kat Airport Subang Jaya.
Kenangan Ziarah MokcikYah
3 & 4 Ogos 2019