Pages

Pages

7.03.2019

Kronologi Kelahiran Anak ke-5

Masyaallah lamanya rasa tak menaip, azam hari tu berzaman nak update, katanya nak aktifkan blog, sudahnya macam tu gak gayanya. Apapun syukur blog ni hidup pun jasa anak-anak. Asal anak bertambah maka hiduplah blog ni, update pertambahan anak, mbahahah. Ika bukannya takde masa, cuma masa sekarang banyak habis kat nursing time tambah sambung tandem nursing baby baru dan Hajjar pula.

Tak sah pula tak mengarang cerita kronologi anak kelima ni. Kelakar pun ada, mana taknya Ika ikutkan memang tak nak menambah lagi sebab dah niat nak cukupkan Hajjar 2 tahun menyusu badan. Kisahnya baru on projek detox kes berat badan naik makan tak ingat bila tandem nursing Hawaa dan Hajjar. Since nak start projek detox Ika set terus berhentikan Hawaa breastfeed untuk fokus pada Hajjar pulak.




Bila dah hentikan tandem nursing, haid tetiba tak datang pada bulan seterusnya sebab yang part ni Ika memang buat catatan untuk regular period. Masa tu berdebar sangat ingatkan dah preggy balik. Tapi alhamdulillah check, negatif hasilnya. Since then Ika memang ingat kes hormon, tapi check upt tetap check, punyalah insecure kan? Nak kata ready pun tak, nak kata tak ready pun tak kalau "terpregnant". Hinggalah suami beli upt iaitu kali ke-15 (check tetiap hujung minggu kot, punya gigih uols, wakaka) tapi semua result negatif, upt mahal ke murah ke, sedang-sedang ke, resultnya tetap sama. Nak dijadikan cerita, suatu hari tu tertengok gambar sendiri body curve semacam orang mengandung. Punya trigger terus whatsapp suami suruh beli upt kali terakhir iaitu kali ke-16, if negatif jugak means memang confirm takdelah. Pagi esoknya punya berdebar nak check, tak tersangka-sangka hasil positif. Apalagi memang terkejut, gembira dalam tak tersangka. Masa tu hampir hujung tahun 2018 dah, anak-anak dah nak cuti sekolah, so terus kami laki bini decide buat ultrasound dekat kampung nanti. Manalah nak percaya mengandung sebab masa tu berat Ika turun banyak kot kes projek detox. Tengok muka pun cengkung, siap boleh sarung kebaya lagi.



Balik kampung tu kitaorang tak tangguh esoknya terus ke klinik buat ultrasound. Lagi terkejut bila anak dalam kandungan dah besar pun hampir nak 20minggu pun. Rasa tak percaya pun ada, tapi itu lah kerja Allah ni memang tak boleh nak dijangka, lagipun Ika masa tu dah take alert dari awal lagi tu pasal yang rajin buat test upt everyweek.


Lepas tu memang beringatlah bila dah tahu mengandung lagi. Lagi pula anak-anak dah bersekolah ni memang kitaorang dah ada plan A, B dan C untuk tempoh bersalin. Nak bersalin kat perak, pantang sendiri, nak bersalin kat perak then baru balik kampung atau balik awal dan bersalin kat kampung dan last option follow the flow, itulah antara plan kami lakibini. 


Alhamdulillah sepanjang mengandung kesihatan Ika ok, even detect GDM on diet, alhamdulillah semua cantik dan gone smooth. Satu lagi sebab tak nak mengandung bila umur 30an ni risiko kesihatanlah. Memandangkan Ika ni kategori buku pink sticker hijau, rasanya dah cukuplah nak beranak. Tapi itulah, macam mana pun perancangan kita, perancangan Allah tetap yang terbaik, kehadiran anak kelima ni kami laki bini berlapang dada dan terima dengan gembira rezeki tak terduga nih. Allah makbulkan doa Ika untuk beranak dikala tenaga masih kuat dan takde masalah kesihatan yang lain.

Nanti Ika buat post khas masalah ketika mengandung kali ni dan disahkan ada GDM. Ika share details kat situ nanti. So alhamdulillah selama mengandung kali kelima Ika tak harap yang lain selain dapat carry forward sampai 35minggu ke atas pun dah syukur banyak dah kandungan tu, so itu jelah harapan ibu mengandung bayi pramatang 4 orang sebelum ni.

Ujian bila masuk 28minggu

Tak disangka-sangka sebulan lebih sebelum cuti sekolah 2minggu dalam bulan puasa dan raya tu, Haddad terkena chicken pox. Uii, melayan anak-anak sakit dikala tandem nursing, mengandung lagi memang memenatkan yang amat, tambah kena berkurung dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Elok Haddad sembuh, ketiga-tiga anak yang lain terjangkit pulak, pakej tiga beradik terus. Lagilah berganda-ganda dia punya penat tu. Nasib baiklah misi ganti puasa 30hari berturut dah selesai (ganti puasa kes bersalin Haddad, punya dasyat, anak umur 6 tahun baru settle hutang puasa, allahu). So bila semua kena chickenpox tu rasa legalah jugak sebab masa tu Ika dah nak masuk 30minggu mengandung. Waktu tu bagi Ika waktu kritikal sebab yang history lahirkan anak pramatang memang borderline alert masa minggu tu lah supaya prepare diri untuk the worst unexpectedly thing happen kan. Alhamdulillah semuanya smooth until semua anak sembuh sedang elok masa Ika dah masuk 33minggu.


Menangis dikala 33minggu


Masuk dua minggu sebelum kelahiran anak-anak Ika asyiklah merajuk dengan suami, sedih tak tentu pasal. Murah je air mata masa tu. Biasanya kes menangis sebab suami balik lewat kerja. Hinggalah hujung minggu terakhir  dikala 33minggu, adik Ika buat kenduri naik rumah kat KL, mak ayah datang KL. Alang-alang lama tak jumpa janjilah nak berkumpul adik beradik dengan mak ayah kat rumah adik hujung minggu tu. Plan asalnya suami bagitahu nak bertolak terus ke KL lepas balik kerja. So suami janjilah nak balik awal.


Boleh pulak dia janji sampai rumah pukul 7 malam, alih-alih 8.30malam baru sampai. Punyalah sedih tak terkata sampai teresak-esak Ika menangis. Menangis sebab penat satu hal, sudahnya janji tinggal janji sebab masa tu berkobar dah suami balik baru nak kemas beg untuk tidur kat KL nanti. Menangis sepuas hati, sampailah lakiku dah buntu, terus cakap kat suami "kita tak payahlah gi KL, malas dah nak pergi, nak kemas beg", terus ku tidur dalam esakan.

Esok pagi tu haa, terus datang sakit-sakit contraction, masa tu dah siap kemas beg nak pergi KL lah, tapi dah alang-alang sakit, bawaklah sekali beg untuk bawa ke hospital. Telefon mak ayah bagitahu, punyalah risau mak ayah dari KL turun ke perak pulak, janji jumpa kat Slim River, kesnya nak check bukaan jalan kat hospital. Alhamdulillah jalan tak bukak pun even 1cm tu pun doktor cakap maybe lambat lagi, mungkin disebabkan history sebelum ni, badan bagi signal suruh prepare to birth. So punya confident laki bini teruskan perjalanan ke KL even masa tu doktor dah suruh admit kat Hospital Teluk Intan. Panjang kitaorang laki bini dok termenung kat lobi hospital fikir nak admit kat teluk intan ke, standby beranak KL ke atau balik kampung. Memang tawakal betullah masa buat keputusan pun untuk balik bersalin kat kampung setelah ditolak campur segala kemungkinan . So dari slim River kitaorang direct ke KL, singgah tidur rumah adik. Masa tu fikir kalau bukaan jalan dan contraction tak berhenti, memang beranak kat HKL lah. Tapi cantiknya susunan Allah, malam tu contraction berhenti, boleh tidur lena.

Awal pagi tu lepas solat subuh kami laki bini bertolak balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan lancar, cuaca cantik dan yang paling penting ibu mengandung in good condition. Takde contraction, baby gerak cun. So baliklah kami dengan debaran, bermacam difikiran tapi tetap tenang. Sampai di Kuala Krai kebetulan nak isi minyak kereta dan solat, ditempat yang sama hampir 10 orang ibu mengandung macam Ika jugak henti dan rawat ditempat yang sama. Masa tu terdetik dalam hati, "nak balik beranak ke semua ibu-ibu mengandung ni? Berjemaah la pulak" . Maklumlah masa tu sehari sebelum 1 Ramadhan Ika agak ramai yang balik sebab nak sambut Ramadhan kat kampung.

Sampai rumah mak mertua, ayah mak pun sampai jugak balik dengan flight, standbylah kot anakanda nak bersalin bila-bila masa. So petang tu sempatlah mak mertua jamu gulai daging kijang dan makan-makan apa yang tekak nak sebelum beranak. Malam tu memang lenalah Ika tidur, hinggalah pukul 1.30 pagi tersedar kes tilam basah. Allahu, air ketuban dah turun, dah lah air ketuban tak cantik, light green, means baby dalam kandungan dah berak. So terus kejut suami, dan kami bertolak ke hospital. Anak-anak yang sedang tidur kami tinggalkan dengan mak mertua, juga dalam jagaan Allah sebab tu pun first time Hajjar tidur berjauhan, huu. Masa tu doa anak-anak tak meragam dan tak menyusahkan mak mertua je. Alhamdulillah syukur sangat mak mertua Ika pun still sihat dan bertenaga. Ika pun dalam risau kat anak-anak dirumah, usaha jugak fokus diri yang nak beranak ni. Sampai hospital terus check-in ke labour room. Check pun baru 3cm bukaan jalan, alhamdulillah masa tu tak ramai ibu yang in process so Ika dapat bilik, lagi syok sebab semua doktor tertumpu kat Ika kes history sebelum ni dan kes masa tu anak dah berak pun dalam kandungan.

Masa dengar doktor bincang pun dah buat Ika cuak sebab bunyi macam word c-section berulangkali. Adoii Ika dah agak-agak doktor nak ceaser kot sebab air ketuban dah light green. So bila doktor datang bagitahu hal sebenar kes Ika ni in between sama ada normal atau ceaser semua tengok progress semasa. Memandangkan bacaan ctg cantik, nadi anak dalam kandungan cantik, doktor hanya follow the flow tunggu bukaan je. Legalah sekejap bila doktor bagitahu cemtu. 


Imaginelah masa check in labour room pukul 2.30pagi, doktor bagi masa hingga 12 tengahari esoknya untuk tunggu bukaan sepenuhnya, kalau pukul 12 still takde progress mean terus ceaser.  Ya Allah masa tu tak tahu nak kata apa doa dapat beranak normal je. Tunggu punya tunggu sampailah 9pagi esoknya, still bukaan tak bergerak dari 3cm. Ya Allah masa tu Ika dah kecut perut sangat memikirkan kena ceaser. Pukul 10pagi doktor decide untuk bagi ubat induce disebabkan slow progression. 

Induce untuk pertama kali

Seriously inilah pengalaman pertama Ika kena induce, allahu rasa serik sangat. Sakit contraction kena induce memang sakit 10kali ganda dari sakit contraction semulajadi. Masa doktor offer ubat epidural Ika tolak, sebab tak nak dapat effect tak rasa apa-apa bila baby nak keluar nanti. So bertahan lah sakit contraction yang amat teruk. Serius Ika serik kali ni kes induce, salute mommy yang induce setiap kali beranak. Tungu punya tunggu, still pukul 12 tengahari jalan masih 4cm. Doktor datang lagi dan bagitahu dia tambah masa sejam lagi, kalau takde progress memang masuk bilik bedah. Sebak sungguh masa tu, Ika dah redha dan pasrah dah kalau itu yang tertulis olehNYA. 




Disebabkan asyik baring je dari pukul 2.30pagi sampailah pukul 12 tengahari tu, Ika mintak izin doktor nak duduk bersandar kat katil condong 90 darjah kedudukannya. Mintak tolong suami usap-usap belakang pinggul untuk kurangkan sakit contraction, dalam melayan contraction yang makin lama makin pendek dan cepat, sakit tak boleh nak kata apa, sambil dok menahan sakit, cakap kat doktor nak kencinglah, nak beraklah, doktor buang air kecil, terus makin kerap contraction sampailah dah tak tertahan-tahan, rasa macam dah nak keluar sangat, doktor yang buang air kecil tu terus jadi bidan sambut anak sebab dah nampak kepala baby nak keluar. Dari pukul 12 tengari tu, alhamdulillah tepat pukul 1.15 tengahari lahirlah puteri kelima. Adoii kalaulah datang ilham awal nak mintak duduk bersandar condong cemtu kat doktor, dari awal lagi ku mintak. Ni asyiklah dok berbaring, patutlah jalan pun tak nak bukak, flat aje kedudukannya padahal dah ambik tahu tentang gentle birth. Lagi best masa doktor jerit "intact perineum! Intact perineum!", lega uihh bersalin tak koyak kali ni. Nikmat sungguh. Tu pasallah mak-mak gentlebirth suka bersalin kot, sebab takde trauma. Ika kali ni memang trauma kes induce je. Yang lain alhamdulillah semua Allah permudahkan. Doktor dan nurse pun semua bagi layanan baik even berpuasa dan berganda-ganda letihnya untuk sama berjuang bantu ibu-ibu beranak. 



Alhamdulillah semua smooth until terpaksa tunggu 19jam kat labour room lepas bersalin kes wad penuh. Dah agak dah, jumpa mak-mak mengandung kat stesen minyak semalam tu agaknya timing beranak dengan Ika tak jauh beza kot. Tu yang penuh wad. Rasminya 1 Ramadhan Ika bersalin anak kelima dan pastinya 30hari pulak puasa nak diganti. Apa boleh buat, Allah pilih jadi insan istimewa sempena Ramadhan 2019 ni jadi mak berpantang lagi dikala orang lain berpuasa.

So inilah anak bertuah puteri ke-3 dalam adik beradik, nak jugak lahir awal dan sambut raya dengan mama dan keluarga.Welcoming my cutie princess. 


Masa lahir:1.15 tengahari
Tarikh lahir: 6/5/2019(1Ramadhan)
Berat: 2.28kg