Banyaknya kekangan sampaikan tak sempat writeup kat laman sendiri. Tahu-tahu dah ramadhan 2016. alhamdulillah masih diberi peluang beribadah menjalani puasa dibulan mulia ini, 2016 banyak suka dan duka family kecil ika. memang boleh buat novel nak cerita satu-satu, tapi yang paling bersyukur tentulah kehadiran sikecil Azra Hawaa penambah seri keluarga ika. Banyak plannin nak tukar header, nak humban entri lama-lama kat tong sampah, i mean tulisan yang tak bermanfaat jika ada, walaupun rasa sayang maklumlah blog ne memang banyak kenangan ketika muda mudi dulu, main karang je apa yang nak tulis...tapi bila dah masuk umur 30 ni lain macam pulak rasa kematangan dan kedewasaan, cara berfikir, melihat perspektif kehidupan dengan cara yang berbeza. Ika dalam usaha merubah kehidupan dan diri kearah yang lebih baik, memandangkan hidup ini singkat, ruginya kalau tak tulis perkara yang bermanfaat buat orang lain. Apapun pengalaman hidup sangat mematangkan diri. Ika mohon maaf sekiranya tulisan ika sebelum-sebelum ada yang mencuit hati pembaca. Yang baik ambil buat panduan, yang buruk jadikan sempadan, yang buruk itu datang dari ika sendiri yang lemah dan selalu membuat khilaf, yang baik itu tentunya dari Allah taala maha pengcipta langit dan bumi. Insyaallah ramadhan ni, ika berniat nak ubah blog ni sebagai medan menyampaikan ilmu, pengalaman sendiri supaya kita dapat sharing-sharing knowledge & pengalaman, serta perkara baik. Semoga diberi kelapangan masa olehNYA untuk terus menulis. insyaallah, amin.