Pages

Pages

2.28.2016

Taman Haiwan di Bukit Tinggi

Hujung minggu memang kitaorang tak lekat kat rumah. Terima kasih suami kerana memahami isteri surirumah dan anak-anak. Memandangkan hari-hari memang melepak kat rumah je, tentu-tentu boring nak ambil angin luar jugak..so husband memang everyweek ada je plan bawa anak-anak jalan-jalan ke taman permainan atau ke taman tengok alam semulajadi atau just pusing-pusing ke kawasan pantai dan sebagainya. Yang pasti kitaorang jarang bawa anak-anak ke pasaraya entahlah kenapa tak berminat sangat nak bawa anak-anak ketempat sesak macam tu...hihi. So kitaorang memang suka bawa anak-anak ke tempat yang diorang boleh bebas berlari-lari dan main, puas hati tengok anak-anak seronok.



Lagi satu perangai suami tak boleh nak cakap apa, cakap nak pergi tempat lain sampai tempat lain...apapun I follow je driver, kikiki, kehujung dunia sekalipun I ikut, ewahh..hahahha, so one fine day at weekend tiba2 dah on the way ke bukit tinggi..sabar jelah, memandangkan kitaorang dah pernah sampai kat tropical Colmar tu dan tempatnya sedikit membosankan kanak2 seperti harraz melainkan photographer so suami bawa anak2 ke taman haiwan bukit tinggi tu...


Tiket masuk taman haiwan ne dalam RM3/entry..taman pun saiz mini je,tapi puas hati lah sebab kat sini semua haiwan jinak termasuk rusa-rusa, arnab tu memang kau kejar sehabis daya memang xdapat pegang..dia punya culas tu..boleh tahan,tapi Ahmad harraz dan Haddad memang suka sebab tak pernah tengok binatang-binatang ne apatah lagi nak pegang..so dapatlah pengalaman baru untuk anak2. Lepas puas main dengan binatang, terus diorang serbu mini playground kat rumah animal park tu...behehe..memandangkan suami malas nak jalan2 kat japanesse village maka lepas lepak2 kat animal park terus kitaorang turun dari bukit tinggi. Kiranya semata-mata naik bukit tinggi tu nak pergi animal park..boleh tak macam tu, sabar jelah..beheehe, kalau ikutkan baik je pergi zoo negara, tapi xnak lah banyak mengomel,suami dah bawa tu syukur dah...behehe, ok daaa...




Ditulis pada 25 disember 2015
11.30am