Alkisahnya, asal viral baru tahu..biasalah zaman viral memviral ne..asalkan viral perkara yang bermanfaat, tambah ilmu, tambah pahala, alhamdulillah yg tu memang patut, viral perkara tak sahih, tak pasti, tak betul, tak pasal-pasal dapat saham dosa...so manfaat kanla butang share tu ye, jangan menampakkan kependekan akal sendiri sudah, nauzubillahiminzalik'...
So kisahnya kitaorang barulah tahu kewujudan taman wetland putrajaya..kikiki, kalau tak viral memang tak tahu, makanya terhegeh-hegehla kitaorang menyibukkan diri menjengah meninjau tempatnya yang dikatakan menarik..yang penting masuk free..siapa yang tak suka free dizaman wujud cukai gst, cukai perkhidmatan,zaman tol naik,minyak naik,harga barang semua naik, harga rumah naik, harga tiket lrt erl naik,ewahhh sedap nya senarai...kahkah, tetiba ada tempat masuknya free of charge,manalah tak terkejut rakyat marhaen ne...maka berbondong-bondonglah kami 4 beranak ke sana mencari hiburan dihujung minggu.
Sampai je terus kitaorang ke main place just tulis nama/daftar masuk kat kaunter terus boleh masuk kat ruang pameran. Kat tingkat ground floor banyak pamerkan info-info tentang area wetland sekitar putrajaya, apa yang ada kat wetland,how they handle and protect wetland..so ada lah akuarium2 kecil dan pameran skrin kat lantai yang menarik perhatian anak-anak..bila pijak butterfly group datang kerumun, dan ikan-ikan berenang disekitar pemijaknya..anak-anak apa lagi,terlompat-lompat tanpa hentilah..lepas tu kitaorang ke tingkat atas sekali which kat situ ada library, ruang aktiviti, dan ruang pameran tentang wetland..lukisan-lukisan menarik for kids, I mean it..for kids sure diorang sukalah tengok burung2 hiasan tergantung dan lukisan-lukisan alam tu..muahehe..
Kitaorang lepak2 sekejap sebelum turun ke dewan skrin dimana kat situ ada bilik tayangan skrin seakan ruang pameran pertama tu yang seakan touch skrin kat lantai disebabkan kat sini lagi luas dia punya ruang maka anakanda memang sepuas hati berlari-lari mengejar ikan, melompat-lompat bermacam gaya lagilah..kikiki. Tu jelah menda menarik yang ada kat sana, so memang berbaloilah dengan masuknya free..anak2 pun enjoy..
Lepas pusing2 dalam bangunan kitaorang singgah naik tram untuk pusing-pusing sekitar taman wetland tu sajalah nak bagi anak-anak suka dan rasa pengalaman naik keretapi katanya anakanda..tiket tram dalam RM3 atau RM4 ringgit je kalau tak silap untuk orang dewasa dan free of charge untuk kanak2 sebaya harraz Haddad...hihi,so apa lagi pusinglah kitaorang satu taman wetland tu pergi ke kawasan nursery wetland dan area burung-burung undang,bangau kat tepi tasik dalam 20minit ke setengah jam ambil masa pusing-pusing tu..hihi. Kesimpulannya taman wetland ne memang salah satu pilihan tepat untuk hiburkan anak-anak dengan alam semulajadi yang penting bajet murah..behehe, ok daaa