Pages

Pages

4.29.2015

Kata-kata Positif Buat Anakanda Tingkatkan Keyakinan

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...


Kadang-kadang seharian mengadap karenah anak-anak memang boleh buat naik darah, itu pentingnya cool, banyak sabar dan banyak bertenang. Menjadi ibu bapa bukan suatu perkara yang mudah sebabnya kita adalah contoh terbaik. Sebab itu ada pepatah bagaimana acuannya begitulah kuihnya...eh, betul ke pepatah haku guna?-__-". Tapi itulah maksud yang nak disampaikan betapa pentingnya kita as parents sebagai role model anak. Sebab tu perlakuan kita lebih banyak dicopy berbanding kata-kata, so nak anak baik-baik tunjuklah akhlak yang baik..insyaallah (reminder for myself).


Namun kata-kata yang baik buat anak-anak juga sangat penting dan mempengaruhi perlakuan anak. Don't even say something towards your kids, samada nanti anak sendiri yang applykan perlakuan rude tersebut ataupun anak-anak take the rude words as common communication with others. Sebab tu kadang-kadang kita rasa nak marah bilamana kita tak pernah ajar anak-anak something yang buruk tapi bila dah bertaska, bernursery ianya menjadi cabaran bila anak-anak mengikut menyebut something yang rude buat anak-anak. Nak mendidik anak-anak tak perlu menyebut perkara negatif atau menunjukkan perkara negatif. Show the positive way. (sebab tu haku benci iklan drugs kat TV sekarang, yang silih ulang tayang entah hape2, even sekalipun nak tayang negatif impact tak perlulah nak tunjuk iklan so negatif, itu bukan mendidik malah mengajar anak2 buat perkara tak elok). Entah macam mana iklan macam tu boleh lulus. Tengok iklan thai so creative cara diorang buat iklan untuk capai motif, nak bagitahu menda tak elok tak perlu pun tunjuk yang tak elok. Iklan kita hancuss. Kalau 2 3 kali tayang takpe lagi sempat nak bagitahu terangkan kat anak-anak apa jenis iklan tu, ne kalau sehari ulang 2359276 kali larat haku nak terangkan anak-anak yang masih suci pemikirannya. Ke hape motif sebenarnya iklan macam tu-____-. Tutup TV terus senang!!.Bersangka baiklah...blergghh


Ok, back to story, membebel plak beheheh...so pentingnya bagi kata positif, kata-kata yang menggalakkan buat anak. Lagi pulak kata-kata ni kan doa, kalau menda tak elok aje sebut kat anak, insyaallah one jadi lah dia seperti yang kita sebut-sebut tu. Macam anakanda double H even kena marah sekalipun cuba sangat2 tak sebut perkataan yang tak elok, like apesal degil sangat? tukar ke abg harraz anak baik kan?tak perlu buat macam tu, mama larang sebab sayang, etc. Kesannya amazing, anak lebih positif, terima teguran dan yang lebih penting anak-anak lebih confident takde terlalu manja and more independent. Apapun kena sentiasa berpesan-pesanlah pada diri supaya sentiasa muhasabah diri dan mengawal kemarahan, kadang-kadang dalam kemarahan semuanya terhambur keluar, hati kalau dah terkesan selamanya berparut even dengan anak-anak apatah lagi dengan orang dewasa....tq sudi baca.....daaaa