Pages

Pages

4.29.2015

Kata-kata Positif Buat Anakanda Tingkatkan Keyakinan

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...


Kadang-kadang seharian mengadap karenah anak-anak memang boleh buat naik darah, itu pentingnya cool, banyak sabar dan banyak bertenang. Menjadi ibu bapa bukan suatu perkara yang mudah sebabnya kita adalah contoh terbaik. Sebab itu ada pepatah bagaimana acuannya begitulah kuihnya...eh, betul ke pepatah haku guna?-__-". Tapi itulah maksud yang nak disampaikan betapa pentingnya kita as parents sebagai role model anak. Sebab tu perlakuan kita lebih banyak dicopy berbanding kata-kata, so nak anak baik-baik tunjuklah akhlak yang baik..insyaallah (reminder for myself).


Namun kata-kata yang baik buat anak-anak juga sangat penting dan mempengaruhi perlakuan anak. Don't even say something towards your kids, samada nanti anak sendiri yang applykan perlakuan rude tersebut ataupun anak-anak take the rude words as common communication with others. Sebab tu kadang-kadang kita rasa nak marah bilamana kita tak pernah ajar anak-anak something yang buruk tapi bila dah bertaska, bernursery ianya menjadi cabaran bila anak-anak mengikut menyebut something yang rude buat anak-anak. Nak mendidik anak-anak tak perlu menyebut perkara negatif atau menunjukkan perkara negatif. Show the positive way. (sebab tu haku benci iklan drugs kat TV sekarang, yang silih ulang tayang entah hape2, even sekalipun nak tayang negatif impact tak perlulah nak tunjuk iklan so negatif, itu bukan mendidik malah mengajar anak2 buat perkara tak elok). Entah macam mana iklan macam tu boleh lulus. Tengok iklan thai so creative cara diorang buat iklan untuk capai motif, nak bagitahu menda tak elok tak perlu pun tunjuk yang tak elok. Iklan kita hancuss. Kalau 2 3 kali tayang takpe lagi sempat nak bagitahu terangkan kat anak-anak apa jenis iklan tu, ne kalau sehari ulang 2359276 kali larat haku nak terangkan anak-anak yang masih suci pemikirannya. Ke hape motif sebenarnya iklan macam tu-____-. Tutup TV terus senang!!.Bersangka baiklah...blergghh


Ok, back to story, membebel plak beheheh...so pentingnya bagi kata positif, kata-kata yang menggalakkan buat anak. Lagi pulak kata-kata ni kan doa, kalau menda tak elok aje sebut kat anak, insyaallah one jadi lah dia seperti yang kita sebut-sebut tu. Macam anakanda double H even kena marah sekalipun cuba sangat2 tak sebut perkataan yang tak elok, like apesal degil sangat? tukar ke abg harraz anak baik kan?tak perlu buat macam tu, mama larang sebab sayang, etc. Kesannya amazing, anak lebih positif, terima teguran dan yang lebih penting anak-anak lebih confident takde terlalu manja and more independent. Apapun kena sentiasa berpesan-pesanlah pada diri supaya sentiasa muhasabah diri dan mengawal kemarahan, kadang-kadang dalam kemarahan semuanya terhambur keluar, hati kalau dah terkesan selamanya berparut even dengan anak-anak apatah lagi dengan orang dewasa....tq sudi baca.....daaaa

4.26.2015

Junkfood Macdonald

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...


Korang perasan tak Iklan Mc'donalds sekarang hmm..entahlah, hihi, tambah pula bermacam isu yang keluar pasal Mc'donalds. Alhamdulillah dah hampir dua tahun kitaorang laki bini tak makan mc'donalds, nak kata boikot pun boleh tapi kitaorang more dah geli tekak disebabkan pendedahan jimmy oliver bagaimana mc'donalds dibuat. Rasa macam blerghh, macam mana lah boleh telan dulu-dulu makanan cenggitu. Nasib baik sekarang makanan like mc'donalds dah bermacam pilihan atau alternatif pengganti mc'donald. Burger bakar walaupun takde setanding branding mc'donalds tapi rasanya boleh jadi pilihan buat penggemar burger. Nak dengan tak nak je..kitaorang pernah jugak makan burger dekat ampang dan burger bakar abang burn memang boleh angkat ibu jari...behehe.



Korang yang memang penggemar Mc'donalds tak payah lah sentap2 dengan orang yang dah tak makan mc'donalds sama jugak yang tak makan mc'donalds dengan orang yang makan mc'donalds. tak payah nak bersinis menyinis, itu semua pilihan kita, mulut, perut, badan diri sendiri yang tanggung. Tanggungjawab sendiri ok, so nak makan Mc'donalds atau tidak suka hatilah. Yang penting kita semua ada pilihan dan pendapat masing-masing. Alhamdulillah semoga makin bertambah business orang muslim dalam melopori makanan segera yang lebih terjamin dari segi halal, kebersihan, kesucian. Kita pun banyak pilihan takde tertumpu kat branding restaurant je kan...tq sudi baca....daaa

4.23.2015

Terapi Main Pasir untuk Anak-anak



Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...



Yang dah bergelar mama, mak, ibu, mummy pasti banyak aktiviti bilamana anak-anak semakin membesar...samalh kita, and i perasan sangat masa 2, 3 tahun lepas dia macam banyak fasa tau geng blogger ne, so yang sefasa with me akan perasan, from we're preparing for wedding punya lah banyak idea dekorasi, DIY untuk wedding yang menjimatkan,  bila fasa mengandung mulalah huru hara geng blogger sefasa update tentang kehamilan, prepare nak sambut baby, sekarang kebanyakan update perkembangan anak-anak. seronokkan berkongsi dialam maya, walaupun kita melalui fasa yang sama namun pengalaman yang membezakan kita. Ada orang kata blogger suka nak menunjuk-nunjuk, buat apa, makan apa, pergi mana semua nak cerita privacylah sikit...behehe, the limit of privacy depends on blogger sendiri sebab kebiasaannya personal blogger know the limits. menunjuk-nunjuk? riak hanya Allah yang tahu niat kita kan? so being of blogger kena rajinlah keep sharing...sharing mean caring, bukan mengejar traffic semata..behee..





Main pasir untuk anak-anak semua dah tahu kan kenapa nak kena anak-anak main pasir?selain bantu anak-anak tingkatkan kemahiran motor, secara tak langsung dia fokus dan berimaginasi berfikir kreatif. So memandangkan kitaorang bukanlah parents yang baik hati sangat for everyday boleh main pasir, sekali sekala bawa anak-anak main pasir memang mengujakan sebab boleh tengok how excited two toddlers jumpa pasir, memang sepuas hati biarkan anak-anak melayan perasaan sendiri dan mengasyikkan diri dengan bermain pasir. Kalu ikutkan baru je berapa kali dedahkan dua orang anakanda ne dengan pasir-___-". Dulu disebabkan haddad kecil lagi dan masa tu ahmad harraz still geli dengan pasir...kihkih, so disebabkan everytime bawa diorang main pasir dulu takde sambutan so kitaorang jarang bawak anak-anak ke pantai just jalan ambil angin tu ye..heheh, so bila dah tak how they enjoy the moment memang rasa nak bawak pergi main pasir je everyweek...berangan jelah kan?? They both memang pencinta alam semulajadi agaknya, kalau bawak main kolam mandi terus tak mandi sampai sudah, tapi kalau bawak jeram dengan pantai, hamboiihh memang puas hati tengok double H tu main dan mandi...kikii. Korang biasa bawak anak-anak beraktiviti kat mana??







4.20.2015

Ulangtahun 19 APRIL & 23 APRIL

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...




Pejam celik pejam celik tak sangka tahun ne umur sendiri sudah memasuki 29 tahun semalam 19 April dan suami pula sambut 23 april (jimat kek...behehe) secara rasmi (selamat hari lahir buat penulis blog ika greenapel ~ nur atikah, moga sentiasa dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, maju dalam bisnes shaklee dan mencapai semua impian hidup, thanks pembaca semua doakan me^____^), dan tahun depan maka 3 series bakal dilalui. Banyak impian belum terlaksana, namun nikmat yang Allah berikan selama ini memang tiada taranya. Masih punya mak ayah, masih ada keluarga serta keluarga sendiri, punya suami dan anak-anak, kehidupan yang gembira & membahagiakan walaupun kadangkala halilintar dan ribut petir menyinggah sekali sekala...behehe. Rasa macam, cepat sangat masa berlalu, dulu masa sekolah sibuk nak dewasa, bila dah dewasa mulalah terkenang-kenang zaman kanak-kanak. Adatlah kita manusia. Melalui fasa-fasa kehidupan sehingga saat ini, rasa tak terhitungnya rahmat dan nikmat Allah bagi, syukur alhamdulillah atas segala peluang merasai nikmat yang mungkin sekali tidak dirasai orang lain. 


Tahun ne, alhamdulillah, means diri sendiri tak lupa tarikh lahir sendiri kes scheduled awal2 lagi entri khas birthday sendiri, hihuu..walaupun tiada birthday shower...kahh, tiada yang lebih bererti selain berada disisi suami dan anak-anak. Sambutan past and past birthday cukuplah makan semeja dengan suami dan anak-anak. Moga disetiap kali bertambahnya umur, semakin banyak amal untuk kehidupan abadi. Tiada apa yang lebih membahagiakan dari mendapat keredhaan Allah selama bermusafir dimuka bumi Allah bak persinggahan sementara ne. Moga hari mendatang i'm better muslimah, mothers, daughter & solehah wife.amin insyaallah.tq sudi baca...daaa

4.17.2015

Tips Surirumah Cekap


Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh..semoga pembaca dikurniakan kesihatan yang baik dan dirahmati Allah selalu...








Kalau bab mengemas rumah, melipat kain dan memasak, kadang-kadang mengambil masa yang lama. Teringat dulu zaman remaja in case kalau tetamu datang rumah mengejut, memang bak halilintar mengemas, takdelah mengemas sangat, tapi haku main campak segala mak nenek masuk dalam bilik, lepas tu tutup pintu!Settle! Siapa dulu2 buat macam tu, kita memang geng...bahaha, kurang asam betulkan? tapi bila dah kahwin memang nak makan penamparlah kalau buat macamtu, lempang diri sendiri. Mengikut keadaan sekarang memang rumah asyik bersepah all the time, tapi takkan lah setiap kali suami balik kerja nak suami hadap benda menyakitkan mata, so nak tak nak memang kena simpan bak halilintar..










Biasanya rutin seharian, memang let be je anak main puas2, sepah2 kan rumah puas2, petang about two hours sebelum suami balik kerja, memang haku berlari-lari dalam rumah buat kerja sepantas yang boleh. Wanita ne memang sinonim dengan multifunction kerja, dalam masa yang sama boleh buat banyak kerja, itu kelebihan kita. Terus jadi sotong kaki tangan. In two hours alhamdulillah biasanya, siap mandikan anak2, suap anak, lipat kain, kemas rumah dan masak. kadang-kadang haku terfikir siapakah flashgirl disebalik wujudnya flashman.... Bila dah biasa buat insyaallah kita akan jadi cekap...behehe=p. Bukan suka buat last minit tapi tak nak berulang-ulang buat yang sama, kikiki Korang macam mana?da....

4.14.2015

Budu Cap Ketereh

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..



Budu ne memang all time feveret orang kelantan, tapi jangan pelik jika ada orang kelantan yang tak makan budu you!!hahaha..buakn kelantan celup, tapi kelantan darat orang panggil...bahaha, yang tak makan budu jangan marah aaa, kita gurau je...apapun budu ada penggemarnya sendiri. Percaya atau tidak rasa budu hampir sama dengan perapan sos istimewa orang jepun dan korea..patutlah feeling k-K-popers sekejap lepas makan budu, tapi lidah tetap kecek kelate...bahaha. Biasa menu budu wajib ada ulam-ulam kan? But me, kadang-kadang datang angin nak makan budu gaul dengan nasi panas, lenyek pula lada burung, lauk pulak ikan sardin goreng bawang putih, perrghh!! mahu berpinggan makan nasi,-__-". Sapa yang macam ni kita memang geng! kadang-kadang sauk dengan ikan kering pun jadi, memang lalu, berselera makan. hurm..Budu memang forever feveret..tak lawan menu lain. hehe. itu je pun nak kongsi cerita, korang cubalah mana tahu jatuh cinta...kikiki, daaaaa


4.08.2015

Tips Terapi untuk Surirumah, Bebas Stress

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh...salam ceria semua, semoga kita sentiasa dirahmati allah dan kelapangan sentiasa...



Korang yang surirumah tentu tahu kan, bagaimana urusan seharian kita, walaupun nampak tidaklah sepenat dengan orang berkerjaya, namun memang mencabar nak menghadap karenah anak-anak seharian disamping menguruskan rumah tangga. Jangan mengeluh ok, ne nak bagi tips dekat korang, nak tangani stress atau nak release tension, dan bagi terapi kat diri sendiri. 



Tips pertama : Window shopping!
hek elleh, nak window shopping menda kalau keluar rumah pun sebulan sekali, kikiki...betul..sekarang kan zaman teknologi!gunakan sepenuhnya, this therapy memang tak boleh lari dari kita sebagai seorang perempuan yang sinonim dengan SHOPPING! So here we go, ne me selalu buat, window shopping, online!Best tau, tak perlu bersesak, tak perlu semak dengan salesperson, kita layan je mood window shopping. first step Cari website online yang kita suka, fashion online, ke, ikea online ke, then klik! Klik! masuk shopping kat mana2 item yang kita suka, memang syok je yang ne...behehe, so bila dah puas hati,kita Klik pangkah kat atas hujung belah kanan, keluar dari zone shopping, tadaa, puasnya hati..beheh, best tak my tips!Jimat, rasa puas dan yang penting kita dah window shopping. Dulu i'm the one shopaholic person, so nak kurangkan ketagihan membeli, that the best way...cubalah korang mesti suka!

Apapun senyumlah dalam melalui hari-hari anda


Tips kedua : Me Time!!
Me time memang penting sekali sekala, ada orang suami bagi chance pergi spa massage therapy, betulkan urat. Tapi kebanyakkan surirumah payah nak dapat me time tu. ada orang kata betul-betul me time adalah waktu solat, tapi kadang-kadang rasa tak sempat nak berlama-lama atas sejadah.  Sorang meraung, sorang cari gaduh. So the best 'me time' untuk suri rumah adalah masa anak-anak tidur malam, bangun sekejap tunaikan keperluan rohani, moga kita sama-sama istiqamah. 



Tips Ketiga : Keluar dari Rumah
Sekali sekala keluar dari rumah ambil angin luar sangat penting buat surirumah, supaya otak tubuh badan rasa release. Berhari-hari dalam persekitaran yang sama, situasi yang lebih kurang sama boleh mendatangkan stress. Terapi dengan alam sekitar is the best way sambil-sambil layan anak-anak main. Kita pun turut rasa seronok. 



Apapun surirumah pun perlukan tenaga yang cukup supaya dapat menguruskan rumahtangga dengan baik. Jangan abaikan suplemen ok. Ambil B-Complex untuk bebas Stress!!..ok daaa

4.06.2015

Percutian Bajet di Teratak Pak Lah Janda Baik Menggamit Memori

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..

Alang-alang menyempat taip setepek dua patah kat entri ne, nak bercerita tentang percutian pendek dan sangat bajet tapi memuaskan hati..Kita ne asal cuti panjang, sikit, cuti bersambung sikit, cuti sekolah sikit, punyalah ligat otak memikir nak gerakkan kaki ne gi memana kan? Alhamdulillah, nasib baik dapat pasangan yang agak suka amik angin luar ne, takdelah terperuk jadik parasit dalam rumah haku...bahahah..kalau tak mahu cam kak limah baru keluar hutan nanti, -__-". Apapun, seboleh mampu kitaorang sebenarnya nak dedahkan anak-anak dengan dunia luar, taknak rasa terasing dan janggal bila keluar rumah, nak biasakan diorang adapt bila bertukar-tukar tempat tidur dan suasana.. itu sebenarnya kan selain appreciate familytime together ne. So kadang-kadang memang ada je on weekend kitaorang lepak rumah, gotong royong dan rest kat rumah dan ada jugak sometimes kitaorang keluar pergi taman, makan kat luar, dan yang paling seronok bercuti on weekend, semalam pun dah cukup mengujakan kami anak-beranak. So disebabkan dan lama, tak ingat dah bila exactly kitaorang pergi bercuti kat JANDA BAIK...hiihuuu.


So memandangkan hubby cakap nak bakar-bakar ayam tepi jeram, kitaorang pilih janda baik sebagai tempat untuk berkelah dan bermalam. So hari kejadian, kitaorang bertolak awal sebabnya standby nak pusing-pusing janda baik sambil cari tempat penginapan memandangkan kitaorang malas nak booking awal. Tambah pula first time sampai kat janda baik, maka baik pergi awal-awalkan, takdelah bazir masa nak pusing lama-lama tempat yang baru kitarang nak pergi. Sampai je kat janda baik, memang kitaorang teruja pasalnya terlalu banyak penginapan yang menarik dan berpatutan sehinggalah kitaorang pusing berdekatan dengan penginapan Le'manaeh tu lalu depan satu area dinamakan TERATAK PAK LAH, dan masa tu kat situ je yang nampak meriah so kitaorang sibukkan diri jugak nak meriahkan area tu.


Memang tak bercadang nak menginap situ, sebabnya turun nak tengok area dan penginapan je macam mana, sekali turun tengok memang kitaorang terus jumpa owner cakap nak bermalam situ...behehe. Kitaorang teruja sebabnya teratak pak lah ne memang 'kekampungan' sangat, dan yang pasti murah RM70 je sehari semalam, dan yang lagi best memandangkan kitaorang memang nak beraktiviti berBBQ, so rumah penginapan yang 'so kampung' sangatlah sesuai dengan planning kitaorang laki bini...kikiki
Lagi best jeram dekat je so petang pagi esoknya sempatlah mandi jeram sepuas hati. Memang 5 bintang teratak pak lah ne for me. No TV, No aircond, just nature surround dan yang penting mengimbau memori dahulukala sebabnya tandas asing dari rumah, rasa tua plak mengimbau macam ne, air sejuk macam air batu teringat mandi manda kat perigi dulu. Lewat petang tu lepas makan, rest kitaorang prepare bakar ayam BBQ sikit so lepas solat mahgrib boleh makan then berehat jelah..

Sekali-sekala ambil udara luar memang syokkan?yang surirumah tu i think need this, sehari-hari mengadap kerjarumah non-stop, fresh air memang the best therapy!!...daaa

4.01.2015

Teknik Beri Bila tak Minta sebagai Penghargaan

Assalamualaikum-warahmatullah-hiwabarakatuh, moga pembaca yg setia dikurniakan kesihatan yg baik sentiasa..tiada nikmat yg paling berharga melainkan waktu sihat dan masa lapang..





Tak sangka pejam celik anak-anak main membesar...cepatnya masa berlalu, tahun ni ahmad harraz dan ahmad haddad akan menginjak umur ke 3 tahun dan dua tahun. Semakin petah bercakap itulah harraz, dalam proses membaca al-fatihah, moga dilembutkan lidah anak-anak mama menyebut ayat-ayat suci al-quran, haddad pula dalam fasa belajar bercakap, bunyi hujung-hujung je, tapi kalau dengar elok-elok dia dah pandai buat ayam macam abangnya cuma dalam lingkungan 3 patah perkataan. Fasa ni memang sedikit memenatkan tapi best sebab anak-anak tengah banyak meneroka dan dalam masa yang sama diorang dah belajar sikit-sikit untuk berdikari.


my precoius!

Sangat bersyukur dikurniakan anak-anak baik, walaupun kadangkala kesabaran teruji, namun nikmat yang dimiliki tiada nilainya. Ahmad harraz dan ahmad haddad memang tak pandai meminta untuk dibelikan sesuatu, even if kitaorang lalu depan kedai permainan yang boleh buat anak-anak rambang mata sehingga boleh mewujudkan situasi anak bergolek-golek, mengamuk sakan mahukan mainan dibeli, alhamdulillah kedua ahmad ne masih boleh dikawal. So disebabkan diorang berdua tak banyak songeh, dan yang penting diorang dah pandai main sama2, bergurau dan berkawan, lagi2 yang paling melting ahmad harraz selalu cakap "nak tolong mama" if nampak me nak sapu sampah, nak lipat kain, nak basuh pinggan, yang si ayah pula merajinkan diri beli sesuatu untuk anak-anak, tu pun bukan selalu, adalah one time tiba-tiba macam surprise buat mereka berdua. Reaksi anak-anak tentulah teruja bukan main...hihi, masa ne memang seronok tengok reaksi dan gelagat mereka. Macam ahmad harraz, memang tersipu-sipu malu bila dapat surprise macam tu, pastu ucap terima kasih pun sorok2. lucu pun ada anakandaku ne-___-". They really appreciate & both of us appreciate them. 





Buat parent yang diuji dengan karenah anak-anak, bersabarlah, sekejap je diorang membesar, layanlah amanah baik-baik, kita didunia untuk diuji, anak-anak juga ujian...moga kita diberi kekuatan, kesabaran dalam mendidik dan membesarkan anak-anak...insyallah...amin...daaa