Jakel memang hebat bab marketing kan?clearance sale, promo sempena itu inilah, and the one yang attract dengan jakel it's me!!bahaha, pantang sekarang nampak sale kedai kain, so sempena clearance sale for renovation katanya, sempatlah beli fabric untuk buat slipcover sofa kat rumah kitaorang, memandangkan dah nazak sangat kulit sofa tertanggal, sampai tengok pun sakit mata....so time to makeover supaya tetamu pun ada gamak nak duduk atas sofa tu...hehehe. mana tak nazak rupa sofa, situlah tempat makan harraz haddad, situlah tempat main basahkan sofa dengan air, situlah tempat istirehat mama ayah, situlah tempat lepak anak beranak..hmm, memikirkan nak beli sofa baru macam tak berbaloi sebab nak mencantik-cantikkan umah takde feeling (alasan sebab bukan rumah sendiri..behehe) salute mommies yg sedaya upaya menghias rumah dikala anak-anak tengah berkreativiti. kalaukan ikutkan hati memang nak sangat tapi takpelah hold dulu sebab boleh sabar dengan keinginan sendiri, idea tu memang macam2 dah takpelah sampai masa boleh buat seperti yang diidamkan. insyaallah.
Back to story kitaorang lakibini singgah jakel kebetulan fabric for sofa pun tengah sale sehingga semurah rm10/meter, apalagi bantai ambillah, tu pun tak cukup pasal main agak-agak je sekali kain tak cukup meter, asal beli 2 meter setengah tak pasal kena bertambah lagi 1 meter setengah. Nak buat slipcover sofa ne senang je sebab just ukur setiap bahagian sofa dan lebihkan dalam setengah ke 1 inci untuk dijahit. bila dah potong, terus letakkan kain yang dipotong mengikut bahagian di sofa dan pinkan dengan jarum, takut salah jahit, better jahit jelujur kasar kain yang dicantumkan kat sofa terus, so boleh agak yang mana boleh adjust.kalau baca memang tak nampak jalan, i'm just follow the step, google aje...kikiki..how to diy-sofa-slip-cover step by step. Tapi tak boleh pakai lama pun asyik kena membasuh aje kena coklatlah, muntah susu anak, basah anak-anak main air, tu pun tak intro lagi water colour habis berpelangi sarung sofa-__-".