Pages

Pages

1.25.2015

Tips untuk Sentiasa/Kerap Berzikir

uhukkkuhukk...buat entry macam bajet good good je, hahah..mm, just a tips to us as reminder..kadang-kadang kita ne banyak terlalai/terleka dengan urusan dunia, sibuk dengan anak-anak, urusan harian dan sebagainya...tahu-tahu dah penat, dah berlalu hari yang dilalui...dalam berlalunya masa yang sesekali tak boleh diulang balik, ada baiknya kita isi masa yang terluang/atau masa yang sibuk dengan zikir...sambil masak berzikir, sambil menyapu berzikir, sambil menyusu anak berzikir..mmm, honestly me pun memang payah jugak nak buat benda ne jadi amalan...kadang-kadang terlupa, sibuk sampai terlupa...ye, urusan dunia sangat melekakan..kadang-kadang duduk disejadah tak sempat berlama-lama, yang tu nangis, yang tu nak menyusu...huu


Antara salah satu cara supaya zikir sentiasa basah dimulut, pasang zikir munajat, sambil dengar, sambil kita ikut zikir sama. Album zikir terapi hafiz hamidun sangat bagus dimiliki, album 1 hingga 3 dan album ke3 almost my favourite.. promote takle komisyen ne ok, behehe tapi untuk sebar kebaikan dari usaha hafiz hamidun nak membiasakan lidah kita berzikir walau kat mana kita berada. Dalam kereta wajib dengar, kat rumah pun memang sengaja download save dalam usb so boleh pasang kat tv bila harraz haddad dah habis upin ipin setiap pagi. sambil main pun diorang boleh belajar sebut ayat-ayat zikir. Bila dah selalu dengar kadang-kadang automatik mulut kita menyebut sebab dah lekat dalam minda kepala kita kan, macam kita dengar lagu-lagu kesukaan kita. just my simple tips, mana yang elok kita boleh amalkan. daaaaaaa










------------------------------------------------------------------------------------------




SAAT kita dihimpit masalah, dirundung duka, dibebani kesulitan hidup, juga merasa berada dalam ancaman, maka ucapkanlah doa atau dzikir:

 “Hasbunallah wani’mal-wakîl, ni’mal-mawlâ, wani’man-nashîr"

ERTINYA: "Cukuplah Allah tempat berserah diri bagi kami,  sebaik-baik pelindung kami, dan sebaik-baik penolong kami".

Makna Hasbunallah Wani'mal Wakil
Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." tersebut berisi pernyataan ketergantungan kita kepada Allah SWT, memohon perlindungan-Nya, dan mengembalikan semua masalah kepada-Nya. Doa "Hasbunallah Wani'mal Wakil..." ini tercantum dalam Al-Quran dan Hadits.

berzikir Ya Wahhab 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Ini adalah latihan kita bersama dengan Allah. mula dengan zikir Ya Wahhab 100x selepas setiap kali solat fardhu. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari.

Melazimi 7 Zikir Pembuka Pintu Rezeki



1. Memperbanyak Membaca “La hawla Wala Quwwata Illa billah “
    Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak
    mengucapkan “La hawla Wala  Quwwata Illa billah ( HR. At Tabrani )



2. Membaca ” La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin”
    Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka
    bacaan itu  akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa
    takut dalam kubur  (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).



3. Melazimkan BerIstighfar
    “Barangsiapa melazimkan beristighfar niscaya Allah akan mengeluarkan dia dari
     segala kesusahan dan  memberikan rezki dari arah yang tidak diduga-duga”
     ( HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah )



4. Membaca Surat Al-Ikhlas
    “Barangsiapa mmbaca Surat Al Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan
     menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya ( HR. AtTabrani )



5. Membaca Surat Al-Waqiah
    “Barangsiapa mmbaca surat AlWaqiah setiap malam, maka tidak akan ditimpa
      kesempitan hidup"  (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab AlIman)



6. Memperbanyak Selawat Atas Nabi
    “Ubay Bin Ka’ab meriwayatkan , bila telah berlalu sepertiga malam,
     Rasulullah Salallahu’alaihiwassalam berdiri seraya bersabda : “Wahai Manusia
     Berdzikirlah mengingat Allah, berdzikirlah mengingat Allah. Akan datang tiupan
     (sangkakala kiamat) pertama, kemudian diiringi tiupan kedua. Akan datang
     kematian dan segala kesulitan didalamnya”



7. Membaca Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim
    …dari setiap kalimat itu seorang malaikat yg bertasbih kepada Allah Ta’ala
    sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu”
    (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)



Sumber : -Ihya Ulumiddin – Imam AL GHAZALI
Saduran 
credit to: www.melurhasanah.com

1.21.2015

Mudahnya DIY Two Seat Sofa Slipcover

Jakel memang hebat bab marketing kan?clearance sale, promo sempena itu inilah, and the one yang attract dengan jakel it's me!!bahaha, pantang sekarang nampak sale kedai kain, so sempena clearance sale for renovation katanya, sempatlah beli fabric untuk buat slipcover sofa kat rumah kitaorang, memandangkan dah nazak sangat kulit sofa tertanggal, sampai tengok pun sakit mata....so time to makeover supaya tetamu pun ada gamak nak duduk atas sofa tu...hehehe. mana tak nazak rupa sofa, situlah tempat makan harraz haddad, situlah tempat main basahkan sofa dengan air, situlah tempat istirehat mama ayah, situlah tempat lepak anak beranak..hmm, memikirkan nak beli sofa baru macam tak berbaloi sebab nak mencantik-cantikkan umah takde feeling (alasan sebab bukan rumah sendiri..behehe) salute mommies yg sedaya upaya menghias rumah dikala anak-anak tengah berkreativiti. kalaukan ikutkan hati memang nak sangat tapi takpelah hold dulu sebab boleh sabar dengan keinginan sendiri, idea tu memang macam2 dah takpelah sampai masa boleh buat seperti yang diidamkan. insyaallah.



Back to story kitaorang lakibini singgah jakel kebetulan fabric for sofa pun tengah sale sehingga semurah rm10/meter, apalagi bantai ambillah, tu pun tak cukup pasal main agak-agak je sekali kain tak cukup meter, asal beli 2 meter setengah tak pasal kena bertambah lagi 1 meter setengah. Nak buat slipcover sofa ne senang je sebab just ukur setiap bahagian sofa dan lebihkan dalam setengah ke 1 inci untuk dijahit. bila dah potong, terus letakkan kain yang dipotong mengikut bahagian di sofa dan pinkan dengan jarum, takut salah jahit, better jahit jelujur kasar kain yang dicantumkan kat sofa terus, so boleh agak yang mana boleh adjust.kalau baca memang tak nampak jalan, i'm just follow the step, google aje...kikiki..how to diy-sofa-slip-cover step by step. Tapi tak boleh pakai lama pun asyik kena membasuh aje kena coklatlah, muntah susu anak, basah anak-anak main air, tu pun tak intro lagi water colour habis berpelangi sarung sofa-__-". 

1.15.2015

Banjir Besar Kelantan 2014

sebelum kejadian banjir atau bah kuning dikelantan berlaku, kitaorang lakibini balik sebab ada familyday belah mak. Memandangkan dah sekian lama keluarga besar kami tak berkumpul dan hujung tahun semestinya tarikh pilihan kerana kebanyakkanya memang bercuti cuti sekolah dan cikgu pun turut bercuti. So senanglah sikit, semua ada masa terluang walaupun sekejap tapi sangat berbaloi. kitaorang bertolak balik 12 disember memandangkan program start 13-14disember. Balik tu lalu ikut terengganu sebabnya memang suami saja nak menyinggah and my bunch of memory memang banyak kat terengganu. Do miss the moment. ohh yang tu kita cerita edisi lain sebab memang ada story yang membungkam hati lara nestapa masa singgah kat terengganu. 


Hari program start kitaorang berkumpul disudara resort, kalau ikutkan plan asal kitaorang nak ke thailand pergi ke krabi island dan melawat kawasan sekitar. Tapi ubah plan disebabkan jauh dan tak ramai yang boleh join, so pilihan disudara resort memanglah tepat sebab semua boleh join. Walaupun minggu tu dah start hujan, tapi hari tu alhamdulillah hujan sekejap je so sempatlah anak-anak mandi air pantai walaupun ombak semacam je, bolehlah lepaskan keinginan dan malamnya sempat berBBQ. Punyalah family gathering agendanya lebih kepada berkelah ramai-ramai pasal asyik makan aje dari petang kitaorang sampai ke malam BBQ. Petang makan bihun goreng, kek batik, tat telur, nasi berlaukkan ikan masak kari,  ayam kampung goreng rempah, daging rusa goreng, gulai lemak kuning ikan tongkol, puding triffle sambung pula ke malamnya kitaorang BBQ ayam bakar, daging kambing bakar, sotong bakar, udang bakar, sosej bakar, satar bakar, lokceng bakar, jagung bakar...adooii stress haku tulis entri neh!!terus lapar wehh, grrr-_-". Begitulah jika tukang-tukang masak bergabung tenaga, habis membuntal anak-beranak makan kekenyangan. kebetulan minggu tu memang penuh bilik resort dan hotel, tidur semalaman pun dah kira berbaloi sangat dah, yang penting best berkumpul ramai-ramai macam tu. pagi sebelum kitaorang balik sempatlah buat acara sukaneka isi masa bersama keluarga, seronok2. what a best moment!! diharap lain kali insyaallah boleh buat pula..hihi, sebab this event memang wajib for every year for my family...

1.14.2015

Apa yang Surirumah Perlukan

wahh cam bajet topik hangat pun ada ne...hahaha. well ini bukan desperate housewife, ini solehah housewife version punya topik. kadang2, ada betulnya juga bila ditanya..keje apa?dan dijawab HANYA SURIRUMAH, jawapan pun dah lookdown apatah lagi tuan yang merasa. Sebabnya golongan surirumah zaman sekarang berbeza dengan surirumah zaman dahulu. zaman dahulukala orang tak pelik bila jadi surirumah yang pelik bila mak-mak kita keluar bekerja berkerjaya, itu pelik!!zaman sekarang situasi dah terbalik, orang pelik bila kita jadi surirumah pasalnya banyak kekangan dan kekangan pulak bukan satu faktor, banyak faktor terutamanya bab kewangan. Apapun takyah pelik2 zaman sekarang housewife version dah bijak pandai cari rezeki dari rumah, disamping nak didik diri berdikari dan didik diri sendiri punya keyakinan. eh!surirumah sebelum ni takde keyakinan ke?well yang tu bergantung pada diri...kikiki, like me dulu memang rasa down sebab takde nothing yang boleh dibanggakan. hmmm, panjang lah pula intro.




First thing first apa yang surirumah perlukan SOKONGAN. Sokongan dari suami, keluarga, kerabat keluarga dan orang sekeliling. siapa cakap kerja surirumah senang goyang kaki?apa?berat punggung?! apapun taknak dipanjangkan sebab semua tahu apa kerja surirumah, selain bekerja 24jam sehari, public holiday pun takde, kerja surirumah memang berat. So tambah-tambahla pulak surirumah part-time yang bekerja siang hari, balik kerja settle pulak hal rumahangga, mana tak letih. So para suami please alert this, bila dah ada anak dan anak-anak beban semestinya bertambah. Tak bolehkah bertimbangtara menolong isteri ringankan beban. Bantu isteri buat kerja rumah, taknak jemur kain, tolong basuh kain, tak nak masak, tolong basuh pinggan, taknak mandikan anak, tolong layan anak vice versa. Ni, makan pun nak tunggu hidang, pinggan pun nak kena isteri basuh, ingat maharaja lawak ke?! Nikmat itu datang sekali dengan cabaran, takkanlah nak suruh isteri sahaja yang rasa nikmat dan cabaran, bahagian suami pula asyik merasa nikmat aje??!!Please be gentleman husband, as we wish kita nak buat terbaik untuk ibu kita buatlah terbaik untuk isteri kita sebagaimana besar pengorbanan ibu melahirkan kita sebegitu besar juga pengorbanan isteri kita melahirkan zuriat penyambung warisan.  Bahagikan tugas ok!!



Kedua APPRECIATE isteri/surirumah either yang fulltime ke part-time sama je. Hargai isteri samada kecil atau besar perbuatan isteri terhadap rumahtangga. Kerja rumahtangga bukan se-ringan memetik keyboard tapi guna kerahan tenaga. Bila isteri terlebih guna tenaga, lebih dari sepatutnya memang akan menjejaskan emosi kerana dah letih. Tak boleh nak fikir rasional dah, kadang-kadang benda kecil yang suami lakukan tak kena dimata isteri boleh jadi perkara yang besar disebabkan remehnya pandangan suami terhadap apa yang isteri lakukan selama ne. So just be alert, nak hargai isteri bukannya keluar duit pun, tapi kalau keluar duit lagi bagus!!behehe...ucap terima kasih pun isteri/surirumah dah berbunga-bunga, apatah lagi tolong urut-urutkan kaki ke lengan ke, spa kan terus. Tentu-tentulah isteri dan surirumah terlebih suka, sampai seminggu pun masih teringat romantika suami. hmm, nak gembirakan hati pasangan mudah sangat, nak dengan tak nak je^_^.


PROUD with your wife. yes!!ada ke suami yang malu ada isteri yang tak bekerja. eh, mestilah ada, adat manusia kan?!!bahaha..jangan merendah-rendahkan isteri sendiri tambah-tambah bila pergi majlis jumpa geng lama, rakan lama, kawan lama dan sebagainya. Part member tanya, wife ko kerja apa?terkebil-kebil, tergagap-gagap nak jawab. Why?!malu ka?!! siap ada yang keturunan tapir boleh pulak jawab isteri aku kerja makan tidur, perabis kan beras, ternak lemak, tu yang macam anak gajah!!oowhh, molek dan manis sekali jawapan sebegitu, haku sarankan bagi penampar badak pakej kombo tendangan halilintar sekali buat keturunan tapir macam tu ok, yang keturunan manusia rasanya takde masalah, miahaha... SEE!! kenapa tak boleh jawab dengan confident yang isteri surirumah jaga didik anak-anak kat rumah, domestic engineer bak kata raja shamri. Dah cukuplah, rasanya banyak lagi point yang tu make sense ok, takkanlah semua benda nak diharapkan dan diletakkan atas bahu isteri semata dalam rumahtangga, bekerjasamalah, itu lebih baik dan jangan tunggu isteri suruh minta tolong dulu, buatlah dengan seikhlas hati ye para suami. Matlamat suami isteri sudahtentu nak masuk syurga Allah sama-samakan, so sama-samalh berusaha dan saling ingat-mengingatkan.daaaaaaa