Jauh mencari makan semalam dari bangi ke hulu langat...huu,suami punya pasal, suka try n error cuba jalan yang tak pernah lalu..haku dah seram-seram sejuk lalu jalan sunyi dan sepi walaupun siang hari..pagi-pagi keluar cari barang anak-anak kat manjaku bangi..hehe, favor port tu nak cuci mata tengok barang-barang baby...so lepas singgah tempat mesra selalu, sucikan ahmad haddad, biasalah bawak anak-anak kecik ne, kejap-kejap stop, kejap-kejap cari port basuh poo poo...then kitaorang terus ke hulu langat, pusing punya pusing...alhamdulillah jumpa jugak..walaupun agak scary tempatnya, sebab hampir hujung bukit tapi not bad..boleh masuk list untuk bercuti dengan keluarga nanti...huu. Berkali-kali tanya hubby, betul ke tempat ne?karang sedap-sedap makan balik nanti baru tahu tempat tu tak wujud pun..haa, makan daunla jawabnya..."takla, dah betul dah, nanti jangan terkejut pulak awak, ne dah tempah satu resort ne untuk kita je makan tengahari kat sini"katanya...kahkah, wat lawak betul my hubby, mane tak tempah satu resort takde orang pun datang sini makan, melainkan ada any group yang buat seminar/kursus dan menginap kat sini...anyway anggap jelah macam tu-.-"..hiii
pilihan tempat duduk makan yang pelbagai
landskap sangatlah cantik
bilik chalet tepi kolam
amboi, budak lelaki comel tu, kemain je=p
so tengahari tu kitaorang lunch dengan western food, pasal sebelum keluar dah habis sepinggan nasi lemak..best juga western foodnye, sedap tapi takdela variety sangat pilihan untuk dimakan, makanan panas pun ada...tapi restoren ne sangatlah harmoni dan hijau, luas dan sangat luas maklumlah untuk penginap agroresort tu ..aman je nak makan, harraz dan haddad pun ok je..memandangkan kat sini pun dah ada surau, menyenangkan lagi kitaorang, solat terus lepas makan..tak payah gilir-gilir..nak letak anak pun takdelah rasa tak selamat, memandangkan kitaorang suami isteri je yang ada kat dalam surau tu..
excited yang sulung berlari-lari dalam surau
surau pun aman hijau, sedap mata memandang
this place sangat recommended untuk sesiapa yang nak makan sambil nikmati panorama yang cantik, hijau..tak puas pulak melepak sana, stay one night maybe worth boleh mandi-mandi air jeram sekali...hihih..