Anak-anak tak sihat memang membuatkan kehidupan seharian terganggu, terganggu dek perasaan yang tidak tenang..sesungguhnya ini semua dugaan Allah...dugaan untuk memberi kekuatan, kesabaran, insyaallah...dah bermacam petua cuba untuk keluarkan kahak anak..tapi nak kata tak berjaya, adalah jugak keluar kahaknya bila anak muntah susu..batuk berkahak dan selsema memang membuatkan hati risau dan perasaan berkecamuk..sebab utamanya kedua-dua anak adalah anak pra-matang...dan sejarahnya kelahirannya yang membuatkan diri trauma fobia dan seangkatan dengannya menambah beban dihati..bila batuk berkahak ne tentulah melibatkan paru-paru anak yang yang dulunya dibantu dengan ubat moden untuk menguatkan organ bagi berfungsi dengan cemerlang...tapi bila diduga begini perasaan dan fikiran tidak elok datang menerpa...oowh, nauzubillahiminzaliq...semoga anak-anakku dalam lindunganmu ya Allah, kurniakanlah kesihatan yang terbaik buat anak-anakku ya Allah..
Bila membaca sesetengah artikel, isteri perlu bersolek untuk menambat hati suami...manakan nak bersolek dan melawa bila beranak kecil sebegini..muntah susu dibahu baju, masam bau susu badan sebagai perfume harian, tambah pula anak berkahak dan berhingus, tentu saja ada yang terlekat dibaju dan pakaian harian...manakan mahu bersolek kalau perfumenya ratusan ringgit bisa hilang dengan bau masam susu, kahak dan hingus, hehe...alhamdulillah, kerana Allah ada ganjaran untuk pengorbanan kita sebagai ibu yang sebanyak-banyak pengorbanan demi anak-anak...hehe, eh apesal macam bermadah pulak ne..ok...daa..sungguh tidak berilmu entri kebelakangan ne..mihmih-.-"