Sekarang nak servis doktor wanita ketika bersalin memang payah kalau bukan bersalin dihospital swasta, hospital kerajaan pun ada tapi tak banyak..dan isu tentang doktor lelaki yang menjadi bidan wanita bersalin terus hangat diperkatakan..Alhamdulillah, syukur kerana Allah memudahkan segala urusan ketika bersalin...walaupun perit untuk mengingati, tapi tentunya jadi kenangan manis dihari-hari mendatang...Ahmad Haddad (my second baby name)..walaupun dalam sakit-sakit nak beranak, sempat lagi ingatkan Ahmad Harraz kat rumah, tu tak kira lagi kes menangis kat wad pasal rindukan Ahmad Harraz tika admitted ward beberapa hari sebelum bersalin...owwhh no word to describe motherhood feeling ...hehe
so, bila dah terlalu kerap berlaku contraction, memang ke labor room terus sambil berdoa semoga Allah menjaga keaibanku ketika bersalin nanti..supaya mulut terjaga dari meraung tak tentu arah...yelah bila sakit kita tak tahu macam mana rupa dan gaya kita layan sakit tu melainkan Allah sentiasa diingatan..terus baring kat katil untuk CTG test dan VE...alhamdulillah, siapa sangka untuk kali ni semua doktor perempuan yang buat dari buat VE sampai bersalin semuanya dari kaum sendiri...malu dan segan juga bila asyik terfikir bagaimana nak bersalin nanti jika yang bertugas doktor lelaki, hanya mampu berdoa setiap kali selesai solat semoga Allah jaga segalanya dan mempermudahkan segala urusan...maklumlah hospital goverment, tak boleh memilih melainkan dah amik pakej berbayar..tak mampu eden-.-"...kira berserah dan pasrah je masa tu, doktor lelaki ke perempuan asal selamat bersalin alhamdulillah..Bila dah check jalan rupa-rupanya dah 5cm terbuka, patutla sakit yang amat sepanjang malam tu..tambah plak melayan anakanda Ahmad harraz yang berperangai luarbiasa meraung-raung tengah malam tu..oo macam tu rupanya sakit contraction..untuk ingatan dimasa depan..huhu, masa Ahmad Harraz tak rasa sakit camtu, so memang takde pengalaman...
bila dah camtu, terus ke bilik bersalin, bilik no.4...menunggu detik dan ketika..sekejap-sekejap ok, sekejap-sekejap sakit amat, sambil menunggu kepulangan suami dibilik bersalin...sekejap-sekejap pejam mata, sekejap-sekejap mengiring kiri kanan...semua serba tak kena...dari 9pagi sampailah ke 4petang, takde tanda baby nak keluar..takde tanda rasa nak meneran..sampaikan suami sampai dan duduk disisi bagi semangat, contraction yang makin lama makin kerap...tak jugak merasa air ketuban pecah...disebabkan this second baby still in 34w++ (prem) doktor decide tak nak pecahkan ketuban..let it be natural birth..biar pecah sendiri...sampaikan jalan dah bukak 8cm and 3 doktor cuba pecahkan ketuban tak berjaya..exactly belum sampai masa...sampailah azan maghrib contraction stop, lama plak tu..so terus panggil nurse, memang camtu katanya..masa tu memang berdebar, berdebar takut kena czer ke apa, tapi disebabkan air ketuban still ada, no worries anak lemas or other problem..tunggu punya tunggu sampailah pukul 9.30malam, suruh suami keluar makan dulu..tak menyempat nak makan teman isteri layan sakit punya pasal-.-"...boleh pula lepas aje suami keluar, nurse pun takde lalu lalang, tetiba datang sakit contraction tak boleh nak describe sakitnya...sunyi sekejap..sampailah seseorang lalu depan bilik...terus panggil "nurse, please dah tak tahan ne, cuba buat VE, rasa tak tau nak meneran ke tak?" punya panjang berjela haku cakap, siap bagi arahan pulak tu..haha..rupanya yang kebetulan lalu tu memang dah doktor, bukan nurse...doktor yang tertulis untuk sambut kelahiran anak...terus doktor buat VE then "ok, dah bukak 10cm ne, awak buat la apa yang awak rasa nak buat, nak teran ke apa..saya pecahkan air ketuban ye" (terus rasa panas suam lepas doktor pecahkan ketuban) wahh...boleh plak cakap camtu...dengan takde pengalaman ne>.<"..lagi doktor tanya" mana suami awak?baby dah nak keluar ne"..sempat lagi dalam rasa nak meneran tu "takpe doktor, nanti suami saya kenyang dia masuk"...elok aje baru nak start teran, suami masuk..apa lagi dua kali push terus keluar si comel anak..alhamdulillah suami sempat tengok kelahiran anak...bahagia ok!terus doktor suruh suami azan kat anak sebelum dimasukkan ke NICU, sempatlah anak dok kat dada sekejap...subhanallah, hebatnya ciptaan Allah..nikmat bersalin Allah bagi peluang rasainya..okey bolehla pasang niat nak beranak lagi 2 ke 3 tahun akan datang,insyaallah(let me rest for a years, tak larat ok)..kahkah tak menahan pasang niat terus!..fobia lagi kali ni, bila semua dah selesai(ai mean bersalin) even mendapat layanan first class dari nurse dan doktor tambah pulak semua dari kaum sendiri, tentulah ada kelass, miahhaha..ada lagi masalah lain. T_T (continue)