Almost a weeks kat kampung, actually planning balik kampung untuk gathering with family members kat Tok Bali aje, memandangkan keadaan dah sarat sangat nak berualang alik balik kampung menimbulkan perasaan tak sedap hati...better for safe terpaksa stay kat kampung aje menunggu masa untuk bersalinkan adik Harraz yang comel ne, tak nak pisang berbuah berkali-kali... terpaksalah membujangkan suami awal sikit..huhu-.-"..kononnya kenalah berehat bila dah masuk 30weeks++, tapi lain jadiknya, sebelum bertolak balik ke terengganu terus, sempat lagi pergi tawaf bangunan GM Klang, dua kali pulak tu..siap pasang niat nak tawaf sekali lagi sebelum balik beranak...nasib baik dah duduk kat kampung, kalau tak kempis poket suami hasil mentawafkan diri kat situ...so, conclusionnya GM Klang dah boleh masuk list tempat shopping barang baby yang best dengan syarat BORONG...heheh..memang kelabu matalah dok kat sana..memang best, tambah best ada Ayam Penyet jugak kat sana...bahaha, takde kaitan...disebabkan niat dah tak tertunai untuk pusing GM Klang untuk kali ketiga, maka niat suci murni tu kita tunaikan lepas deliver adik Harraz lah ye..haha. tersedak suamiku baca nehh..-.-".
Memang banyak betullah aktiviti sebelum balik baru-baru ni, bukan takat tawaf satu GM Klang tu aje, satu zoo Melaka pun dah tawaf sehari sebelum tu..huu, tak pernah-pernah, tambah pulak dok travel jauh-jauh, memang cari pasal betul, apa-apa orang cakap banyak jalan-jalan mudah nanti waktu bersalin ..hope everything fine..Ahmad Harraz pulak semakin hari semakin atap (berat, bahasa ore kelate) dan semakin manja, asal nampak mamanya nak bangun sikit dah meraung suruh angkat sekali, memang tak boleh buat kerja apelah selain budak comel tu dok berbelit dikaki aje...maybe dah tau nak ada adik, tu yang manja terlebih..huuu, walaupun tak pandai merangkak, sekarang dah tunjuk pandai nak meniti di sofa dan panjat bendul dan tangga..adeii...tak sampai seminggu dah dapat skill baru...daa, just short entry for updates...tengah struggle settle hutang puasa beranakkan Ahmad Harraz tahun lepas...takut this year bertambah pulak hutang untuk adik Harraz..so, kena bertabah hati habiskan jugak..semoga sentiasa didalam lindungan Allah...amin=))