Pages

Pages

1.16.2013

The Behave Son & Magical Touch

Tiada apa yang mengujakan dan menyeronokkan kita bila anak sangat senang untuk diuruskan setiap hari.Alhamdulillah. Membesarkan baby bukanlah perkara rumit tapi banyak melibatkan emosi dan perasaan, adakalanya anak meragam berterusan memang membuatkan diri stress, dan yang penting penat fizikal mental. Once kita dah bergelar mama untuk anak-anak, memang tak dapat dielakkan kita akan rasa apa yang mak ayah kita rasa masa besarkan kita dulu-dulu. Anyway, my litlle khalifah Ahmad Harraz is almost 6 months on 24th this january. How time flies! Experience membesarkan anakanda dengan pelbagai ragam, insha Allah jadi panduan untuk adik Harraz pulak..kihkih=p. Bila mengingatkan kembali dari anakanda Ahmad Harraz dari umur 1 hari hingga ke hari ni, memang boleh menitis air mata..sangat menguji diri, Alhamdulillah, syukur yaAllah atas kekuatan yang Engkau titipkan buat hambaMu yang lemah ni..



**First Day New Born-1 months

Memandangkan Ahmad Harraz tinggal kat NICU selama 47hari, sangat memilukan hati bila tak dapat tatap wajah anak setiap masa, kalaulah disediakan katil khas untuk mama kat NICU tu, sanggup je nak tidur sana, tapi mimpi jelah!!. So gagahkan diri setiap hari berulang-alik untuk jenguk anakanda bagi magical touch untuk Ahmad Harraz. Sepanjang Ahmad Harraz  kat dalam tabung tu, memang macam bayi lain jugak, menangis masa lapar, masa poo poo & menangis tika rindukan mama..ooucchh!pity my little khalifah..so meragam tak meragam hanya mak angkat Harraz je yang tahu, setiap kali sampai kat NICU, nurse yang bertanggungjawab jaga Harraz akan bagitahu details bila ditanya "Ahmad Harraz macam mana semalam?bole tidur tak?susu dah minum banyak mana?bla2bla2 nurse tu bercerita panjang..tak cukup pergi setiap hari, malam-malam buta teringat sangat kat anak call pulak NICU tanya condition Ahmad Harraz..pathetic!kahkah..yang penting i know my son always healthy and active itu dah cukup melegakan..Sesuatu yang sangat magic, nurse yang jaga Ahmad Harraz sentiasa bagitahu my son ne macam tahu-tahu if i come to see him, tengah elok-elok tidur lena, if i dah datang, belum masuk lagi kat pintu depan NICU, mulalah my son's body dah bergerak-gerak, tak dok diam..so cute!so nurse tahu ohh mama Harraz dah datang!!Satu perangai Ahmad Harraz yang sangat tak boleh tahan tengoknya sampai sekarang, setiap kali bagi salam masa dia tengah tidur, terus dia buka mata sebelah dan senyum pastu buat-buat tidur balik..geram, grrr!!

**2 months-3 months
After come back home, inilah cabaran sebenar sebagai Mama Ahmad Harraz, orang kata bayi bila nak berubah bulan memang meragam..uhuu, so memang sangat-sangat memenatkan dalam tempoh ne. Sangat!! Kena berjaga malam dan siang, tidur tak payah cakaplah memang tak cukup, berat badan memang turun merudum-rudum, muka cekung bagai mak ponti...tapi bab makan, tak payah cakap macam bulldozer, makan je selagi boleh..Dalam tempoh ne, Ahmad Harraz suka sangat menangis, kembung perut, tak nak tidur..dan macam-macam lagi, stress, memang stress, penat memang penat, tapi macam tulah bila beranak kecil..walaupun perit tapi memang menyeronokkan bila boleh tengok wajah anak setiap masa. Lepas seminggu keluar wad barulah buat perkara sunat untuk anakanda, mentahnik dan cukur jambul, Alhamdulillah niat termakbul jugak supaya Tok Guru Nik Aziz yang tahnik dan cukur rambut anakanda..sebabnya masa mengandung lagi dah niat siap-siap nak bagi Ahmad Harraz menatap wajah suci bersih seorang ulama..Ahmad Harraz (Yang Amat Warak), sangat cantik nama diberi suami untuk anakanda, semoga panggilan Mama untuk Ahmad Harraz setiap masa menjadi doa yang dimakbul, Insya Allah, berkat didikan jugak ye nanti..hihi.

**4 months-5 months
Alhamdulillah, setiap kesukaran ada juga hikmahnya, now Ahmad Harraz seorang bayi yang sangat happy bila waktu bangun tidurnya dan hari-hari yang dilalui sangat menenangkan. Awal-awal dulu setiap kali bangun tidur memang menangis je kejenya, so i keep remind him, Ahmad Harraz setiap kali bangun tidur kena senyum, barulah comel..sekarang memang Ahmad Harraz bangun tidur dengan senyuman, dah tak nangis-nangis dah, dan yang paling menyeronokkan bila Ahmad Harraz sangat suka berkasih sayang & peramah (instead use manja, karang jadi manja terlebih-lebih sampai besar,  naya!so kena kurangkan perkataan manja) sangat suka orang memeluknya..gaya tidur Ahmad Harraz sangat fleksibel, asalkan letak atas dada, dah tertidur, asal peluk lama-lama dah tertidur, kadang-kadang main sensorang pun boleh tertidur..ee geram! Pantang tengok cermin, memang mengekek ketawa, ferasan comel!Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerah-Mu yang tak ternilai..Walaupun perkembangan anakanda lambat 2bulan ikut umur sebenar, umur knologi dah nak masuk 6bulan,(my son ada dua umur) it's ok as long as my son healthy, risau jugak ye tak meniarap2 lagi ni..go go my son!u can do it better..

**6 month and another coming season
Just praying that my son grow healthy and become a happiest baby..tak sabar nak introduce Ahmad Harraz dengan solid food..terasa rajin membuak-buak bab masak-memasak ni, tapi lemau bab kemas-mengemas..hihi..update soon..daa=))






Love&Faith

Greenapel,