Pages

Pages

1.22.2013

Babymoon & Lapisan Lemak

Hujung minggu ne memang penatlah sangat, dengan percutian segera, dengan rumah berseleraknya, dengan nak balik kampungnya..ayyoo!!Apapun en.azham memang!suka sangat buat orang penat, tapi ok je dari melepak kat rumah je kejenya..so dengan tiba-tibanya pagi sabtu tu, jom kita pergi cameron!ambikk, terus bersilat mandikan anak,packing barang, book hotel siap-siap, tengahari jugak tinggalkan rumah yang berselerak macam tu je pergi bercuti...kahkah=p, tak senonoh...so motif kali ne memang nak bawak anakanda berjalan-jalan, sebabnya Ahmad Harraz ada kenangan kat puncak Cameron Highland tu..hihi, so i think he know so well that place, bawak nak mengimbau kenanganlah kononnya..sambil menambah lelemak yang sedia berlemak kat body neh..huhu-.-'. Sampai sana dah petang sangat, so terus singgah kat kedai sekitar Tanah Rata cari baju tebal sikit untuk si comel tu..then terus check-in kat Hotel Heritage kat Tanah Rata...little bit sesal sikit sebab book hotel kat Tanah Rata pasal kat Brinchang lagi best, banyak pilihan kedai makan, lagipun malam tu kitaorang keluar jalan-jalan kat pasar malam kat Brinchang tu..senang nak bergerak sana sini, jalan kaki je sebab banyak hotel sekitar Brinchang tu..Kalau tak, senang je dok kat Brinchang pergi jalan kaki je pusing-pusing sekitar Brinchang macam hari tu...tapi dah ada anak ne lain la plak ye..hehe, nak menapak pun lenguh tangan berdukung si kecil...Malam tu memang cuaca sejuk sangat dengan angin sepoi-sepoi, risau kat anak takyah cakaplah, takut demam ke, selsema ke...hehe, tapi jalan-jalan tetap jalan-jalan..pheww

Tak sangka plak atas Cameron ne boleh jam bukan main, ramai hoii bercuti jugak..ingatkan keesokan tu dah ok, rupanya lagi teruk jam. So kitaorang decide just singgah kat tempat yang boleh makan-makan je. On the way ke Kea Farm tu kereta dah beratur panjang, cancel niat nak pusing-pusing sana..singgah aje dekat Strawberry Corner Kea Farm tu...tu pun tak puas hati pasalnya menu tak banyak..katanya dah motif nak makan aje naik Cameron kan?huhu..discuss balik, kitaorang patah balik ke Brinchang singgah pasar pagi beli jagung manis untuk buat jagung bakar, maklumlah favorite someone tu, nak taknak kena beli jugak..so far pasar pagi kat Brinchang lebih kurang je harganya dengan Kea Farm, so takde terkilan sangat..(konon)..lepas tu terus ke Big Farm tempat yang kitaorang pergi masa Honeymoon (honeymoonla sangat kan?haha) ..tujuannya?tentulah makan-makan..menambah lapisan lemak kat perut neh..grrr-.-". Memandangkan budak comel tu asyik tidur je kejenya (tahulah sejuk sedap tidur), kesian plak nak bawak mendaki ladang teh, terus je kitaorang decide balik after lepak-lepak dekat Big Farm tu...Apapun Babymoon kali ne memang seronok pasalnya orang yang paling gembira tentulah budak comel tu..-.-'. Oh ya yang paling tak disangka-sangka, pagi sebelum check-out dari hotel, tak pasal-pasal kitaorang dapat kejutan..serentak pulak tu, me and hubby shouted...aahhh, sudahh!!sambil berpaling serentak, tersengih-sengih...what a surprise!!nak babymoon sangat kan...haha...jengjengjeng...dotdotdot , tamat sudah babymoon kali ni^_^. daa, time to packing balik kampung plak..weee
p/s: cukup anakanda umur setahun kita naik bot plak pergi vacation ye anak comel, yehaa...kihkih=p..

1.16.2013

The Behave Son & Magical Touch

Tiada apa yang mengujakan dan menyeronokkan kita bila anak sangat senang untuk diuruskan setiap hari.Alhamdulillah. Membesarkan baby bukanlah perkara rumit tapi banyak melibatkan emosi dan perasaan, adakalanya anak meragam berterusan memang membuatkan diri stress, dan yang penting penat fizikal mental. Once kita dah bergelar mama untuk anak-anak, memang tak dapat dielakkan kita akan rasa apa yang mak ayah kita rasa masa besarkan kita dulu-dulu. Anyway, my litlle khalifah Ahmad Harraz is almost 6 months on 24th this january. How time flies! Experience membesarkan anakanda dengan pelbagai ragam, insha Allah jadi panduan untuk adik Harraz pulak..kihkih=p. Bila mengingatkan kembali dari anakanda Ahmad Harraz dari umur 1 hari hingga ke hari ni, memang boleh menitis air mata..sangat menguji diri, Alhamdulillah, syukur yaAllah atas kekuatan yang Engkau titipkan buat hambaMu yang lemah ni..



**First Day New Born-1 months

Memandangkan Ahmad Harraz tinggal kat NICU selama 47hari, sangat memilukan hati bila tak dapat tatap wajah anak setiap masa, kalaulah disediakan katil khas untuk mama kat NICU tu, sanggup je nak tidur sana, tapi mimpi jelah!!. So gagahkan diri setiap hari berulang-alik untuk jenguk anakanda bagi magical touch untuk Ahmad Harraz. Sepanjang Ahmad Harraz  kat dalam tabung tu, memang macam bayi lain jugak, menangis masa lapar, masa poo poo & menangis tika rindukan mama..ooucchh!pity my little khalifah..so meragam tak meragam hanya mak angkat Harraz je yang tahu, setiap kali sampai kat NICU, nurse yang bertanggungjawab jaga Harraz akan bagitahu details bila ditanya "Ahmad Harraz macam mana semalam?bole tidur tak?susu dah minum banyak mana?bla2bla2 nurse tu bercerita panjang..tak cukup pergi setiap hari, malam-malam buta teringat sangat kat anak call pulak NICU tanya condition Ahmad Harraz..pathetic!kahkah..yang penting i know my son always healthy and active itu dah cukup melegakan..Sesuatu yang sangat magic, nurse yang jaga Ahmad Harraz sentiasa bagitahu my son ne macam tahu-tahu if i come to see him, tengah elok-elok tidur lena, if i dah datang, belum masuk lagi kat pintu depan NICU, mulalah my son's body dah bergerak-gerak, tak dok diam..so cute!so nurse tahu ohh mama Harraz dah datang!!Satu perangai Ahmad Harraz yang sangat tak boleh tahan tengoknya sampai sekarang, setiap kali bagi salam masa dia tengah tidur, terus dia buka mata sebelah dan senyum pastu buat-buat tidur balik..geram, grrr!!

**2 months-3 months
After come back home, inilah cabaran sebenar sebagai Mama Ahmad Harraz, orang kata bayi bila nak berubah bulan memang meragam..uhuu, so memang sangat-sangat memenatkan dalam tempoh ne. Sangat!! Kena berjaga malam dan siang, tidur tak payah cakaplah memang tak cukup, berat badan memang turun merudum-rudum, muka cekung bagai mak ponti...tapi bab makan, tak payah cakap macam bulldozer, makan je selagi boleh..Dalam tempoh ne, Ahmad Harraz suka sangat menangis, kembung perut, tak nak tidur..dan macam-macam lagi, stress, memang stress, penat memang penat, tapi macam tulah bila beranak kecil..walaupun perit tapi memang menyeronokkan bila boleh tengok wajah anak setiap masa. Lepas seminggu keluar wad barulah buat perkara sunat untuk anakanda, mentahnik dan cukur jambul, Alhamdulillah niat termakbul jugak supaya Tok Guru Nik Aziz yang tahnik dan cukur rambut anakanda..sebabnya masa mengandung lagi dah niat siap-siap nak bagi Ahmad Harraz menatap wajah suci bersih seorang ulama..Ahmad Harraz (Yang Amat Warak), sangat cantik nama diberi suami untuk anakanda, semoga panggilan Mama untuk Ahmad Harraz setiap masa menjadi doa yang dimakbul, Insya Allah, berkat didikan jugak ye nanti..hihi.

**4 months-5 months
Alhamdulillah, setiap kesukaran ada juga hikmahnya, now Ahmad Harraz seorang bayi yang sangat happy bila waktu bangun tidurnya dan hari-hari yang dilalui sangat menenangkan. Awal-awal dulu setiap kali bangun tidur memang menangis je kejenya, so i keep remind him, Ahmad Harraz setiap kali bangun tidur kena senyum, barulah comel..sekarang memang Ahmad Harraz bangun tidur dengan senyuman, dah tak nangis-nangis dah, dan yang paling menyeronokkan bila Ahmad Harraz sangat suka berkasih sayang & peramah (instead use manja, karang jadi manja terlebih-lebih sampai besar,  naya!so kena kurangkan perkataan manja) sangat suka orang memeluknya..gaya tidur Ahmad Harraz sangat fleksibel, asalkan letak atas dada, dah tertidur, asal peluk lama-lama dah tertidur, kadang-kadang main sensorang pun boleh tertidur..ee geram! Pantang tengok cermin, memang mengekek ketawa, ferasan comel!Alhamdulillah, syukur Ya Allah atas anugerah-Mu yang tak ternilai..Walaupun perkembangan anakanda lambat 2bulan ikut umur sebenar, umur knologi dah nak masuk 6bulan,(my son ada dua umur) it's ok as long as my son healthy, risau jugak ye tak meniarap2 lagi ni..go go my son!u can do it better..

**6 month and another coming season
Just praying that my son grow healthy and become a happiest baby..tak sabar nak introduce Ahmad Harraz dengan solid food..terasa rajin membuak-buak bab masak-memasak ni, tapi lemau bab kemas-mengemas..hihi..update soon..daa=))






Love&Faith

Greenapel,

1.09.2013

Perbaiki Diri Surirumah

Entah kenapa, semalam sampai ke kemuncaknya perasaan serba tak kena dan bersalah terhadap anak dan suami sampai terbawa-bawa ke mimpi dan mengigau..boleh tak camtu?!Sedar-sedar suami kejut pasal dok terjerit-jerit dalam tidur, tengok jam pukul 4 pagi..ohh!teruk sekali perasaan tu, sampaikan macam tu sekali penangannya, anakanda comel pun turut terkejut, tambahan lapar...pity my son!beristighfar panjang...i know what happen to me lately..terasa gagal untuk berperanan sebaiknya untuk menjadi isteri dan mama untuk suami dan anak..Merenung timbunan kain yang memenuhi ruang tamu tanpa dikemas, merenung lantai yang dipenuhi dengan lautan rambut dan habuk-habuk..teringat pula kain dalam mesin basuh yang hampir kering tanpa dijemur..teruknya!!Entah kenapa akhir-akhir ne rasa lesu, takde tenaga, lemau, dan semacam lagi perasaan, tambah lagi masalah yang ditakuti ibu menyusu mula menunjukkan belangnya..T_T'',i know Allah nak uji..Merenung kembali sedalam-dalamnya!Ya Allah terasa jauhnya diriku dari-Mu, Allahu Rabbi..Terus bangun dari mimpi yang mengejutkan tidur suami, bangun menunaikan tanggungjawab untuk anakanda kesayangan. Aku sujud memohon keampunan akibat terlalu banyak lalai dengan ujian dunia..sedih sangat perasaan, bila teringat soalan dari suami yang balik dari kerja petang semalam, sayang dah basuh seluar kerja abang?owhh, ya Allah, entah apa yang difikirkan akhir-akhir ne, yup, aku lupa!!Terus ke belakang mencapai baju hapak yang tak berjemur untuk dibasuh sekali lagi dan buat apa yang patut dengan seluar kerja suami..hmm, mengeluh panjang bila teringat jawapan suami bila ditanya semalam.."Awak lunch dengan apa kat tempat kerja?".."Tak sempat, banyak kerja, tak sempat nak keluar makan!" terpempan dengan jawapan suami...ohh, isteri apakah ini?  terus ke dapur, menyediakan apa yang patut untuk bekalan suami hari ni. Bila difikirkan kembali, memang sedih, selama ne after kahwin suami selalu bawa bekal ke tempat kerja, tak pernah miss, until sampai beranak masa berpantang, my hubby keep messaging tell me that he miss my bento, miss my breakfast dan tak lalu makan sorang-sorang..4 bulan keseorangan!mengharungi hidup sebagai bujang tapi dah kahwin..u know what i mean..memang menyeksakan seorang suami!so i thought after confinement, the routine back to the normal, tapi jangkaan meleset, penat sehingga membantutkan rutin biasa..baru seorang anak, dah macam tu!-.-".I promise to myself kena rajin-rajinkan diri bangun awal buat bento untuk suami, promise to myself untuk lebih berusaha jadi isteri yang lebih baik..hmm, sayu merenung kitab suci, Al-Quran..rindu!sudah lama tak menatap dan meliti isi kandungannya, lalu mengambil dan mencium kitab suci "Ya Allah, apa dosaku tak dapat nak baca ayat suci-Mu hari ni!"..Semoga Allah sentiasa memudahkan urusan harianku..amin..Bangun dari renungan yang panjang untuk menatap wajah suci si comel.."ya Allah aku mohon pada-mu semoga dengan kehadiran cahayamata dalam keluarga kami lebih mendekatkan kami pada-MU..Anak itu, anugerah, anak itu amanah dan anak juga ujian Allah..Allahuakbar, aku memohon keredhaan-Mu dalam kehidupan kami, amin...Insha Allah




Love&faith, 
Greenapel

1.01.2013

Hello 2013

Berlalu sudah tahun 2012?apakah matlamat tercapai?cita-cita menjadi realiti?azam terlaksana?amalan  bertambah baik? umur dah tentu bertambah saban tahun..anak bertambah jugak sempena tahun baru?banyaklah persoalan..tentu 2012 banyak peristiwa yang bakal menjadi kenangan kan....terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang 2012..kan?kan?kan? So dengan semangat baru menaip entri baru ditahun baru sangat mengujakan..oh really?-.-..For me terlalu banyak rentetan memori sepanjang 2012, tu pasal malas nak recall balik memori then taip pastu recall back...uhh!!For easy recall back in my life story click  therapy point button at left hand side..mm tahun baru ne didoakan semoga menjadi hamba Allah yang lebih baik dan insan yang bertaqwa..insha Allah..amin! dan yang penting semoga menjadi penulis tak bertauliah diblog sendiri dengan lebih tegar..kahkah, hope so, not entri celup celup..sekejap ada sekejap takde..mean it!dan penulisan yang lebih bermanfaat buat diri dan readers.

For my little son, Ahmad Harraz grow up healthy dear,be anak soleh dan menjadi penyejuk hati mama dan ayah..Be an al-Quran generation, Insha Allah, poor u son terpaksa berhadapan dengan generasi yang terlalu mencabar kini, mama harap Ahmad Harraz kuat semangat untuk menangkis segala cabaran dan fitnah dunia. Tak mudah mengalah dengan keindahan duniawi dan dijauhkan dari segala jalan maksiat. Didoakan kita sekeluarga berusaha untuk menjadi keluarga yang bertaqwa dan mencintai agama islam serta diredhai Allah dunia akhirat..insha Allah, amin! Hello, ne entri ucapan tahun baru kah?!kahkah=p..btw we miss kampung salor and bukit gading already..hope planning nak balik kampung berjalan lancar..oohh family!!ok, my son wake up..till then, see u in next entry..daa, wassalam.


Love&Faith,
Greenapel