Pages

Pages

7.29.2012

Unexpected Born~New Little Khalifah

Week of pregnancy : 30 weeks 2 days (pre-mature)
Date of Born : 24/7/2012 at 12:47 afternoon (4 Ramadhan 1943H)
Gender : Baby Boy (Ahmad Harraz b. Mohd Azham)
Weight: 1 kg with 37cm height (incubator)
Current condition: he's doing really well, hope my little Harraz sentiasa dalam peliharaan Allah. Do the best dear, mama will give the best effort to supply breastmilk for you. Grow up & cepat tembam-tembam ye sayang mama. Anak mama kuat semangat. I know my little hero can do more than mama imagine. Mama & ayah love u so much and always pray for you dear. 

Post terakhir sebelum ramadhan sememangnya meninggalkan kenangan buat diri dan suami...tak sangka tragedi ikan selayang merupakan petanda awal akan kelahiran si kecil^_^. Memang terlalu awal..owwhh, tak best mengarang dikala sisa sakit masih berbaki akibat ceazer..next time maybe..However, Pray for my little Harraz to doing the best in everything...insyaallah^_^



Love & Faith,
Greenapel

7.17.2012

Tragedi Ikan Sardin/Selayang

Semalam, entah hape kena emosi sensitif sangat..sampai pagi ni masih berbaki mata bengkak akibat menangis tanpa motif yang nyata..kesian en.azham, layan kan aje emosi ibu mengandung yang entah apa-apa neT_T. Memang tragedi buat suami, harap dimaafkan ibu mengandung itu! Sebelum balik kerja en.azham dah tanya siap-siap nak beli lauk apa untuk dinner, memandangkan mood kekampungan datang menjengah, makanya siap-siap bagitahu beli ikan selayang je atau orang luar panggil ikan sardin nak rebus asam dan goreng bawang putih cicah sambal belacan (menu habis simple) . Biasa kalau kat kelantan, ikan selayang paling murah dalam sekilo boleh cecah RM4 ke RM5 je. Mak minah pun beli ikan ne buat ikan celup tepung makan dengan nasi kerabu hitam dan jamu si kucing je. 
pic: Inilah ikannya yg buat haku sedih bangat, malu kat suami..huu
So, semangat nak makan ikan selayang rebus goreng garing-garing bawang putih tu lain macam, awal-awal dah masuk dapur menumbuk sambal belacan sambil tunggu suami balik. Sudahnya bila suami balik "cuba tengok betul tak saya beli ikan tu"..aaiisehh, emosi dah gelabah ne nak tengok ikan, sekali..seperti yang dijangka suami silap beli ikan, bukan ikan selayang, tapi ikan kembong!!Terus nada dah berubah frust sangat bila suami cakap "sama je ikannya" (yang ne, diri sendiri pun tak faham kenapa jadi macam tu?!)dah cuba tahan dah perasaan, istighfar dalam hati..lastnya kalah jugak, menyiang ikan kembung sambil air mata meleleh-leleh, lama-lama makin menjadi-jadi plak bila ditahan-tahan tangisnya (adess, buruk pe'el betul) sampai teresak-esak sambil menyiang ikan..sekali en.azham yang tak tahu motif isteri yang sedih bagai menangis beria-ia bertanya "kenapa?sambil tunjuk muka gelabah"..sambil menjawab dengan jawapan nak boleh pelempang " awakla, salah beli ikan, sedih sangat ne, tak tahu kenapa"..terus muka en.azham macam cakap "aaiikk, silap beli ikan pun sampai boleh menangis macam tu sekali"..

Akhirnya, walaupun sedih-sedih, makan nasi tetap tambah jugak dinner semalam kahkah, walaupun ikan kembung tak berapa nak ummphh bila rebus dan goreng bawang putih tapi bila cicah dengan sambal belacan, sedap jugak jadinya. Adeeii, kalau mak baca ne, confirm tak tahu nak respons apa..hihi. Itulah tragedinya, apapun storyku ne memang tak masuk akal, jangan dibuat-buat ye adik-adik, kakak-kakak...tak elok, payah suami nak memahami nanti..kihkih=p






Love & Faith,
Greenapel

7.11.2012

Braxton Hicks & Jangkitan Kuman

Di awal fasa terakhir sememangnya terlalu banyak risiko buat ibu mengandung...maka penjagaan diri lebih teliti dan perasaan sentiasa berjaga-jaga memang amat perlu demi keselamatan ibu dan baby..Hampir seminggu jugak menahan sakit bawah perut akibat jangkitan kuman kencing kotor..nak tidur tak lena, habis gaya tidur pun tak jugak boleh tidur..sudahnya kerap juga bangun malam menahan sakit beralih posisi tidur..Tambah pulak masih teringat situasi kakak sendiri sakit beranak, adei terbayang-bayang tiap malam macam mana diri sendiri nanti..-.-'. Emosi terlebih! Sekarang ne, memang kerap jugak mengalami Braxtons Hicks, itu situasi biasa bagi mommies yang dah masuk trimester akhir..tak bahaya, cuma mengundang rasa ketakselesaan. Perut tetiba mengeras selang beberapa saat petanda kita sedang mengalami Braxton Hicks, dan yang penting takde rasa sakit. Sekiranya kerap dan mengambil masa yang lama nak hilang tambah sakit, yang tu kena refer doktorlah. Mende macam ne salah satu latihan otot-otot rahim untuk lebih bersedia tika proses bersalin nanti. 
Tips nak kurangkan ketakselesaan tika berlaku Braxton Hicks, cuba berbaring dengan tenang, tarik nafas dengan tenang. Sekiranya tak hilang jugak, cuba mengiring ke kiri dan berehat dengan lebih lama. Cuba minum air dan buang air dengan lebih kerap sebabnya pundi kencing penuh juga boleh mengundang Braxton Hicks.  Jangkitan kuman pun harap-harap boleh hilang dalam tempoh ne, seksa rasa nak berjalan..bahaya kencing kotor jangan diambil ringan..huhu. Apapun, insyaallah doakan semuanya okei..

p/s: moody

7.09.2012

Indahnya Hidup Dengan Dugaan#V

Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas menggunakan nikmat Allah. For my sister, be strong and redha dengan apa yang sudah ditakdirkan Allah..insyaallah, setiap ujian dari Allah ada hikmah yang tersembunyi. Perancangan Allah lebih baik dari perancangan kita. Bercakap memang senang kan, tapi perasaan yang ditanggung hanya Allah yang tahu, semoga kuat dan tabah..amin. kami semua mendoakan yang terbaik buat kakak tersayang. Kalau ikutkan perasaan sendiri masih rasa sedih lagi, ibarat orang kata cubit peha kanan, paha kiri pun merasa. 


Rasulullah SAW menyifatkan bahawa ujian yang diberikan kepada kaum manusia adalah tanda kecintaan Allah kepada mereka. Dan semakin besar dugaan yang diberikan oleh Allah kepada manusia, menandakan besar juga pahala yang diperoleh. “ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(2:286)

p/s: ....

7.05.2012

Redha & Saham Akhirat

"Disamping para malaikat dan Hurul-aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh, juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga. Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : " Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu di asuh oleh Nabi Ibrahim as sampai orang tuanya datang." (HR. Abu Daud)

Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, dia alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar,hisab,mizan dan sebagainya.

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamnanya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu?Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga. "Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.

Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. Sambil menangis dan memgang air tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?"

Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku,apakah kesalahanmu,apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka?Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berada dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

Note: Semoga diberi kekuatan dan kesabaran dengan ujian Allah yang tiada tandingan ganjaran dari-NYA (mood: sedih). 

7.02.2012

Prepare To Be a Babysitter of Two Heroes

Sempoi aje en.azham bagitahu, "awak, nanti minggu depan kena jaga anak buah saya 3 hari okei, diorang datang tidur sini, your SIL ada kursus"..PITAM sekejap*_* bila teringat kat dua hero tu!..okei, i love too..but, i've no experienced! kihkih..nak tak nak kena jaga jugak, kena belajarlah jugak jaga budak-budak ne, tu baru 3 hari, budak dalam perut ne bakal bergantung dengan malaikat yang diamanahkan Allah bergelar ibu..so just take it easy..ecehh, neh kes menyedapkan hati..Haku punya fikiran dah berbalam-balam neh dalam seminggu lepas, minggu ne siap berkali-kali tanya en.azham, confirm ke ne diorang datang tidur sini ni?kahkah..punya panik tak bertempat, siap hafal ayat penjinak budak lagi takut uncontrol nanti...huhu-_-". 
pic source: BestBabyPhotographers
Ni pun dalam proses mengemas bagai rumah & menyorokkan apa yang perlu, segala alatan yang berbahaya untuk kanak-kanak comel sekecil 10bulan dan 2 tahun itu..adeii, harap-harapnya semua okei..tak huru haralah kan...hehe, experienced jaga adik sendiri belas-belas tahun dulu dah lupa dah. Lagipun kalau tanya aku, suka budak tak? "honestly aku jawab tak!" tapi disebabkan kecomelan dan segala ke'cute'an perlakuan budak, so i guessed i loved them so much..walaupun kadang-kadang their action little bit annoying, dan mencabar kesabaran itu adalah proses kehidupan..well, sama macam kita dulu-dululah berapa banyak buat mak ayah kita annoying  nak hadap perangai anak-anak, so it's recycle..kita plak kena lalui mende tu..hehe, fair!

So akif and afiq, behave well.cik ika tak pandai nak jaga budak..ee, geram jek teringat two heroes tu..moga diberi kesabaran yang menggunung dalam melayan karenah babies comel...my lil'bun, u gonna get ur friend soon..just play safe in mama's womb for little month only, oowhh, dear it's end of second trimester, welcome final journey...chaiyook!Grow up well my son/daughter..hehe^_^

Note: waiting^_^