Alhamdulillah, walaupun sekejap saja balik kampung hujung minggu baru-baru ne, terasa ada kepuasan dan terubat kerinduan yang mendalam. Walaupun perancangan balik yang tiba-tiba segala urusan dipermudahkan Allah..Alhamdulillah^_^. Kesempatan untuk solat sunat berjemaah dan berbincang dengan ayahanda sebelum subuh memang jarang diamalkan, namun Allah bagi peluang untuk saya dan en.azham untuk mendengar nasihat dari ayahanda buat panduan untuk kehidupan yang baru bermula. Terlalu ceteknya pengetahuan dan ilmu yang ada, terlalu singkatnya terasa masa untuk mempelajari segala yang ada, terlalu banyaknya perkara yang perlu dipelajari..walaupun pendeknya nasihat ayahanda, penuh berhikmah, terasa padat dan mendalam. Moga menjadi amalan dan panduan buat kami suami isteri untuk sampai bila-bila..Semoga dengan doa dan restu mak ayah, kehidupan kami penuh keredhaan, penuh nikmat dan dilimpahi rahmat olehNYA..amin^_^.
Terima kasih ayahanda kerana sentiasa mengingatkan kami yang masih muda dalam melayari bahtera kehidupan supaya tidak terlalai dek penangan dunia. Walaupun amanah telah bertukar tangan, tanggungjawab menegur dan bimbingan tak pernah dilupakan buat anak menantu. My ayahanda really the best person, i'm glad to have one, semoga sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat ganjaran syurga atas pengorbanan yang tidak ternilai....dan buat en.azham, terima kasih sentiasa jadi imam saya selepas ayahanda tercinta..eh, sebak pulak dah-_-". Okei, meh nak kongsi sikit apa nasihat buat kami, yang baik jadi panduan, yang buruk kita buang-buangkan..semoga sama-sama jadi amalan.
pic source: aizudinmn teringat dulu-dulu, tak sangka kitaran tu akan bermula balik dengan kita...insyallah^_^
-Jaga solat jemaah
-Al-Quran jangan tinggal
-Bila dah jadi suami isteri kena banyak tolak ansur
-Isteri kena jaga 'dua jenis lapar suami' Perut & keinginan batinnya
-Sentiasa berdoa jangan diberi ujian yang berat sehingga tak mampu ditanggungi
-Sebab tengah mengandung, ayah pesan supaya bakal cucu tak diberi nama-nama yang terlalu panjang (trend sekarang) sehingga menyukarkan anak dimasa depan, simple tapi ada makna, macam nama kami..*baik, kami menurut perintah*hehe..
Itu jelah sedikit sebanyak boleh kongsi, yang lain tentu lebih kurang je dengan ibu bapa lain yang sentiasa bagi nasihat kat anak kan? nanti kongsi-kongsilah, boleh kita amalkan apa yang baik..^_^.
p/s: owhh, tak sempat makan kuih-kuih kelate..