Saya dengan sejuk memang tak serasi, tak boleh kalau sejuk sangat-sangat...Namun disebabkan keindahan dan kehijauan Cameron Highlands, ia memang termasuk dalam list untuk berbulan madu walaupun dah tahu cuaca sejuk semacam kat sana..eheh, bunyi macam banyak tempat yang aim nak pergi honeymoon siap dengan list tu, tapi berangan jelah..heh!Kalau terlampau sejuk memang tak boleh tidur, tapi sekarang dah ada suami no big deal la kan, tapi bagi saya tempat sejuk tanpa stoking..it's a big deal!..Apapun untuk mengelakkan saya tak boleh tidur malam akibat sejuk melampau tambahan bila kaki yang mula-mula sejuk, memang nak cari nahaslah tak pakai stoking (lupa bawak, kata lagi kelam kabut mengemas beg), mahu pergi berjalan-jalan dengan mata merah nanti keesokkannya...so lepas je check-in dekat hotel, tunaikan solat...terus kami keluar cari makan dan niat mencari stoking...errr, tempat sejuk pun boleh jadi jugak buat perut cepat lapar...hihi..
Kitaorang book hotel dekat Berinchang, banyak pilihan kedai makan berbanding di Tanah Rata, siap je makan terus ke pasar malam dekat situ...sempat lah berhabis beli souvenir sikit untuk adik-adik dan anak sedara (menyesal shopping kat sini, padahal ada lagi tempat lebih murah)huhu...dan yang penting stoking wajib beli...Apapun walau semalaman tidur kat Cameron sudah cukup puas hati...hehe
p/s: err...kenapa lupa beli bunga-__-'