Pages

Pages

9.15.2011

::Kenapa Perempuan Mudah Memaaafkan tapi Sukar Melupakan, Lelaki pula Sukar Meminta Maaf?::

yup exactly, sememang perempuan mudah sangat memaafkan, tak kiralah atas kesalahan apa yang orang lain atau pasangan lakukan tetap jua dimaafkan. Namun dalam kemaafan dihulur kenapa kesilapan yang dilakukan orang yang meminta maaf itu sukar untuk dilupakan??. Adakah tidak ikhlas memaafkan atau ikhlas hanya dari lahiriah bukannya dari dalam. Entahlah sukar memahami, sebagai kaum perempuan memang saya akui sekiranya berlaku perkara yang menusuk hati serta melukakan perasaan, permohonan maaf terus diterima tanpa banyak bicara...wahhh senang gituwww, tapi bab melupakan memang mengambil masa atau akan terus menjadi ingatan. Kenapa begitu ye? Mungkin kita sebagai perempuan penuh dengan emosi, dan dengan emosi tersebutlah kita amat teliti dalam menyimpan memori. Memandangkan perempuan ne lebih dari segi kekuatan ingatannya, juga dari segi emosinya tidak mustahil emosi tersebut dilahirkan dengan pelbagai cara. Rumit jugak perempuan ne, ingatkan lelaki aje rumit. 

Tapi terbalik pulak dengan lelaki, part nak minta maaf memang payah. Entah la, tak jugak faham kenapa mulut berat nak minta maaf biarpun terang lagi bersuluh memang salah dirinya. Ego tinggi satu hal, tapi takkanlah dengan lafaz maaf tu boleh memperlihatkan kelemahan diri. Memanglah tak semua yang macam tu, tapi kebanyakannya mungkin ya. Paling tak tahan ada juga yang jenis tak nak mengaku kesalahan diri, memang tak cool, dan ada juga yang jenis cool dengan meminta maaf menggunakan cara alternatif contohnya dengan cara memujuk (dari melafazkan minta maaf baik keluar sikit duit) biasalah perempuan kan mudah cair, pujuk sikit dah okei, bagi cakelat sikit dah leper, bagi bunga sikit dah melompat, bagi emas jongkong kompem wehh saya pun maafkan...muahahaha=D.. Tapi dalam banyak-banyak cara meminta maaf, saya lebih suka yang melafazkan perkataan maaf, walaupun sukar dimulut lelaki, tapi ianya indah untuk didengari oleh kaum perempuan terutama macam saya ne...hehe. Sejuk telinga...hehe, kan?kan? Tahu tak lelaki yang meminta maaf(syarat ikhlas, tengok mata) comel sangat, grrrr (ini adalah fakta...haha=p)...Whatever, tak kiralah lelaki ke, perempuan ke yang penting dalam kemaafan, biarlah terlahir dari hati yang tulus ikhlas, insyaallah hati pun tenang...tak siapa yang sempurna melainkan kita yang berusaha menyempurnakan segala kekurangan diri.^_^. 
pic source: www.swiss-miss.com
Note: dah terlebih rajin update...hehe...suuukkkkaaaaa!!!