Semalam, hujung minggu di isi dengan aktiviti melengkapkan barang-barang kahwin kat Jalan TAR, tentulah bahagian untuk diri sendiri wajib ada..-_-'. Dan paling mengejutkan diri yang naif ne, en.azham yang mula-mula shopping. Tak pernah-pernah, pasalnya dah jumpa barang yang dicari selama ini dengan spontan terus dia beli...gituuwww!!hehe..sukalah, itu baru betul...haha=p. Neh sampai berjam-jam, habis mall nak jelajah, berminggu-minggu mencari, bukan dialah shopping macam tu...-_-'
pic source: Tudung nur kasih
Dan semalam bila jalan-jalan disekitar masjid India tu, masuk sebuah kedai beli tudung. Tu pun main ambil je, pasal dah nak masuk asar kelam kabut nak balik pasal nak tengok wayang Hantu Bonceng, so beli aje, tanpa teliti betul-betul. Sampai aje kat rumah mulalah testing apa yang patut. Walllaa...terus jatuh hati, jatuh cinta kat tudung yang dibeli tu. Terus jugak menyesal berkali-kali pasal tak borong terus (ehemmm, cakap macam banyak je fulusnya) tapi memikirkan bukan senang nak pergi sana, sebab bukanlah suka sangat pergi tempat sesak-sesak dan paling penting kena jalan kaki banyak, itu bukanlah perkara yang disukai...hehe. Tapi disebabkan tudung Nur kasih ne, rasa nya sanggup pulak turun KL nanti. Siap calling-calling dah Snow White dan semalam pun nak tidur still masih terasa nyesalnya pasal tak borong tudung tu...muahaha=p. Betul ketinggalan lah, tudung tu dah lama dah kat pasaran sejak cerita Nur kasih agaknya. oowhhh, nurrr kasiiihhhhh...
Note: Doa sama-sama dimurahkan rezeki