Pages

Pages

8.29.2011

::Entri sebelum Beraya sakan...err sakan ke??::

27 Ogos 2011
Bertolak balik dari Shah Alam ke kelantan mengambil masa 13jam sebelum sampai kekampung halaman. Alhamdulillah walaupun ambil masa yang lama untuk balik, yang penting selamat sampai. Dari pukul 3 pagi bertolak sampai kat salor lebih kurang pukul 4 petang. 

28 Ogos 2011
Berehat secukupnya sebelum menyelesaikan urusan mengemas rumah. Selesai mengemas sebelum tengahari. hihi...semangat jugak rupanya. Ingatkan takde feeling dah...yelah orang kata semakin kita bertambah umur, feel nak raya tu dah kurang sikit melainkan rasa gembira masa buka puasa dan satu lagi nak meraikan kemenangan menjalani ibadah dibulan puasa. Owh kuliah subuh tadi ayah bagitahu ada 4 golongan manusia yang tidak diampunkan dosa oleh Allah s.w.t

  • Golongan yang menderhaka kepada kedua ibubapa
  • Golongan yang memutuskan hubungan silaturrahim
  • Golongan yang berhasad dengki
  • Golongan yang minum arak...

Nauzubillah, semoga terhindar dari tergolong dalam golongan macam tu, aminnn


29 Ogos 2011


Bersiap sedia untuk turun padang melirai roti jala. Alhamdulillah tahun ne tak banyak sangat amik tempahan sebabnya kekurangan tenaga. So maaf bebanyaklah kepada yang datang berkali-kali setiap hari merayu simpati nak buat tempahan tu terutamanya yang duduk dekat sekitar kampung tu. Pengajarannya buat tempahan awal-awal okei. Jangan datang sehari dua sebelum raya cakap anak nak makan roti jalalah, itulah, inilah(eh emo plak),...reason tak diterima, bukan nya tak tahu tiap-tiap tahun macam tu jugak pe'elnya, patutnya awal-awal lagilah tempah kan..entahlah tak faham orang ne ye..-_-"...huhu...lain kali tempah dulu, cancel last minute takpe la (untuk produk roti jala je boleh buat macam ne)...

Baju raya dah siap bergosok tema tahun ne putih, kuih kerepek raya semuanya tunjuk je tahun ne, pasal tak sempat nak membuatnya. Apapun paling meriah tahun ne, kat masjid buat makan-makan dan potluck.. ai bet memang meriahlah pasal boleh salam dan kenal-kenal anak-anak kampung jiran sebelah sana sinun bersalaman sambil makan juadah raya sebelum menziarah kubur..Pembaharuan kot yang dibuat Sultan Kelantan (Sultan Muhammad) Alahamdulillah...julung-julung kali ni...hope jumpalah rakan taulan yang berdekad tak jumpa...hihik...

Apapun buat rakan blogger terutamanya Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin, even kita tak pernah bersua muka, namun penulisan kat dunia blog ne harap membina ukhhuwah dan silaturahim yang berpanjangan...semoga catatan yang ada kalanya mengguris hati di blog yang tak bererti sangat, hanya untuk mengisi masa senggang diharap diampun maafkan(ehhh...cam pelik bahasanya)...0-0...meh salam-salam^_^

Note: Off masuk kampung sebelah pegi rumah mak minah melirai roti jala...owh menu tahun ne untuk open house tentulah roti jalan, rendang(testing buat tahun ne, tahun depan dah kena masak rumah mak mertua dah,hihik...insyaallah) dan soto.