Mm, maksudnya makhluk yang stok comel-comel ajelah yang kita berangan nak buat bela kan? Eheh… kalau ikut banyak je, biasa ahh pet lover kan…haha=p. Actually dulu masa zaman budak-budak suka sangat kat kucing, sekarang pun suka juga kat kucing tapi mak memang berkeras secara keras untuk membuat larangan bagi sebarang belaan binatang kat rumah…(-___-). Asal nak main kucing ke, angsa ke errr…kucing je maksud saya, maka harus ke rumah nenek saya sebab kat situ je menatang tu wujud untuk dibelai-belai…namun sekarang baru saya faham, ooo rupa-rupanya mak suruh kerap lah berkunjung jenguk nenek even niat masa tu untuk g gosok-gosok bulu kucing aje…(-___-). Bagus!
Pastu hari tu kebetulan timbul keinginan yang membuak-buak tak pepasal nak bela ninja…comel sangat, sampai kan sanggup bawa en.azham untuk menunjukkan bahawa jiwa saya yang sayangkan binatang ne dengan menunjukkan aksi cair sebab dah jatuh cinta dengan menatang comel tu, owh ai mean turtle lah, bukan ninja….Sekali bukan turtle yang dapat, ceramah berjela dari en.azham je yang dapat!terbaikkk! takut ninja mati kena hempap bontotlah kot tak perasan mende tu kuar bersiar ke hape kan?blabalabalabala…..grrr…akhirnya, tak jugak bela(-____-).
Then latestnya jatuh cinta plak kat menatang comel lain masa balik cuti panjang hari tu…owh, sangat sangat comel, nak bagi penyepak je rasa sebab geram sangat tengok kecomelannya…tapi takdelah saya bagi penyepak betul even geram bagai pun, ketap-ketap gigi sudahlah…lagipun saya kan pet lover, haruslah menunjukkan tahap kasih sayang yang tinggi kat diorang…hehe. Owh, tak bagitahu lagi apa dia menatangnya.Anak Kambing!comelkan…tambah plak stok kembar, memang gedik ahh ku nak bela.(-___-). Tapi mungkin boleh bela dioram masa kecik-kecik je, dah besar sikit kena suruh orang lain bela, kang tak pepasal kena semelih jadi grilled lamb…kata lagi obsess kat daging kambing(T___T)
Kesimpulannya banyak sangat kalau ikutkan hati menatang yang nak dibela. Bila tengok budak adam ada sikit-sikit punya perangai pet lover, saya akan senyum…haha, kesian…Dah banyak binatang dia cuba bela, tapi semuanya separuh jalan sebab mati tanpa sebab. Mungkin skill takde sebab kakak-kakak dia tak pandai nak bela binatang ne, bab nasihat semua nak no.1, tapi hampeh..semua nya mati(T___T). Sekarang, budak adam amalkan bela 3 hari pastu lepaskan balik binatang tu, dia cakap kesian kot mati nanti…
pic source: redearslider.com ~ owh,diorang serasi rupanya, ne mesti pengaruh cerita perlumbaan arnab dan kura-kura tu!
Note: tetiba je rasa nak bela arnab bila tengok gambar kat atas...haha=p, comel!!!grr
30 project challenged
30 project challenged